Selasa, 24 November 2015

Mamee Monster House!

Program last month kot ni, terpaksa rela ganti Pensyarah untuk mengiringi pelajar. Since I ada dua event yang nak kena urus, so tukar dengan kawan dan I pilih yang ini kerana program satu lagi tu melibatkan Trainer luar. Macam tak sesuai je nak urus sebab terpaksa bawa budak dua orang ni. Takda tempat nak tinggal sebab Dedinya juga kerja.

Kononnya, macam rasa hebatlah, boleh handle dua kanak-kanak riang ni sendiri tanpa Dedi.   Berangan dalam mimpi jelah, sebab Ya Allah, dia punya cabaran tu rasa macam jadi tarzan. Bertabah bermandi peluh nak melayan karenah kedua-duanya. Nasiblah ada para pelajar, dah diorang pula yang tolong jagakan anak-anak I.

Welcome to Kilang Mamee. Anda akan disambut oleh dua kanak-kanak riang ini, yang akan berlari ke sana-sini sebab teruja tengok Monster biru tu. Haha.

Kakak siap tanya,

Mamee tu sama dengan Mami ke? Mami, monster ke? (mami tu merujuk kepada I la) *terus rasa menyesal bawa kakak datang tau!

Adik pula, bila kita kata, adik, tu Mamee Monster. (tunjuk Mamee Monster)
Tapi dia jawab, Takkkk! Ni Mamee (tunjuk I)

Haha!



Untuk makluman, lawatan pelajar I ni pergi ke Kilang Mamee di Ayer Keroh dan Mamee Monster House di Jonker Street, Jalan Hang Jebat Melaka.

Pergi ke kilang tu, I ok je tengok proses makanan tu semua. Budak-budak ni je lah yang boring. Nasib lepas selesai lawatan diberi goodies bag, terus mereka diam.

Selesai di Ayer Keroh, terus bergerak ke Mamee Monster House (MMH) pula. Sampai je terus kami dihidangkan dengan Chicke Rice Ball di Mamee Cafe.  Signature dish Melaka, kata pekerja di sana. Eh ya ke? Apasal I yang orang Melaka ni tak tahu pun. =p

Selesai kami semua makan, dan at the same time juga kedua-dua kekanak tu pun selesai membuat ribut di meja makan dan memerut. T___T

Hoi la hai.  Sila bayangkan I berhempas pulas nak menukar diapers kedua-duanya yang melasak seorang demi seorang kan, kemudian ditambah student cari pula sebab Manager MMH tu panggil, tak tentu arah dibuatnya.

Lepas makan, kami dibawa masuk ke Mini Muzium Mamee. Tiket masuk RM5.



Syurga diorang betul. Habis digodeknya kedai acah-acah ni. Menebal muka je lah mak ko menahan sabar dan malu bila En Manager dah jeling-jeling :D

Memula masuk je ke dalam muzium korang akan jumpa ni. Ala-ala macam kedai runcit dulu-dulu. Ikut penerangan Manager tu, ini adalah bentuk kedai Founder Mamee ni dulu. Bermula berniaga kecil-kecilan, terus Mameenya berkembang hingga sekarang.

Korang tahu apa maksud Mamee? Maksudnya emaklah. Memang perkataan emak dipilih untuk jenama ini dan dikomersialkan kepada Mamee. Eh, I tak tipu ya. I translate seperti yang diterang oleh Manager la.

Hamboii, dedulu sangat ni!

Siapa ingat lagi kotak mancis, tin rokok tu? Hehe. Mengimbas kenangan dulu sungguh! Banyak lagi barang dulu-dulu ada kat sini, tapi tak sempatnya lah hakak nak snap. Lagi laju tangkap anak dari tangkap gambar.

Selesai di Mini Muzium, terus ke aktiviti seterusnya di tingkat atas iaitu Noodle Doodle. Semua akan diberi cawam cawan  Mamee untuk dihias, kemudian cawan tersebut akan dimasukkan dengan mee, perasa pilihan kita, sayuran pilihan dan dipacking di Lil' Monster Kitchen. Siap ada expired date sekali mee cawan tu.

Alhamdulillah ada aktiviti ni. Dapat lah hakak bertenang sekejap.



Sungguh-sungguh betul diorang lukis dan warna cawan tu. Haha. Malangnya, cawan dedua kekanak ni tak boleh diisikan dengan mee sebab diorang siap lukis dalam cawan sekali. Dah la meraung deduanya tengok cawan diorang kosong.




Selesai aktiviti di tingkat atas, peserta akan diberi kupon untuk shopping Mamee Merchandise. Hmmm, kat sini lah drama paling besar terjadi dan time ni juga I rasa nak bertukar jadi the Hulk sebab kedua-duanya melalak serentak. Tahu je lah kan kalau dah kedai Mamee tu macam-macam jualnya. Bila yang dikehendak tak dapat, memang meraung lak mereka.

Taubat dah I lepas ni. Memang tak berani dah nak bawa budak dedua ni ke mana-mana program kalau bapanya takda.  Seram hokey!

3 ulasan:

  1. hahaha...sian ko...
    aku dapat bayangkan betapa bertabahnya kau masa tu...ekekek...
    cayalah nok...kira ko berjaya jugak la handle anak2 tanpa suami di sisi...

    BalasPadam
  2. patutnye diorang la seram mami diorang dah tukar jadi monster. hahahahaha

    i feel u ain.. 3 tahun bawak budak 2orang tu menjadikan aku kurus ramping dan elegant. kahkahkahhh

    BalasPadam