Rabu, 18 Februari 2015

Fobia naik kapal terbang.

Al- Fatihah untuk MH370
Al- Fatihah untuk MH 17
Al- Fatihah untuk QZ8501

Ini antara tragedi yang menimpa pesawat udara. Banyak lagi yang lain, tapi yang tiga di atas sangat memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Dugaan besar untuk negara juga.

Bulan Mac ada satu program yang kena pergi dengan menaiki kapal terbang.
Bulan April juga, perkhidmatan udara diperlukan sebab dah  beli tiket.
Insha Allah, bulan September turut sama dengan kapal terbang kami akan ke sana.

Haishh.
Kita debar-debar.
Takut sangat.
Flight phobia.

Dulu, nenek suruh jadi Pramugari.
Kita tak nak. Takut.  Nanti mati sebab kapal terbang terhempas.
Tapi nenek kata,
Kalau nak mati, tengah makan pun boleh mati. Bukan sebab dek kapal terbang tu ja. Ajal maut kat tangan Dia, bukan kat tangan kapal terbang tu.
Gulp!

3 minggu lagi kot dah hari kejadian di bulan Mac.
Hari-hari kita doa, suruh bos kata, Ain, awak tak payah pergi sebab budjet constraint.
Serius, memang hari-hari kita bermonolog dalam hati.
Nampak luaran memang macam ok, tapi dalam hati, tak tergambar dek perkataan takutnya itu.

Ya Allah, kau permudahkanlah perjalananku.
Kau permudahkanlah segala urusanku.
Kau berilah kekuatan untuk aku menempuhi segala ketakutan itu.
Amin.

p/s: Untuk adik ketiga, selamat ulangtahun kelahiran. Sila baca ucapan di IG dan FB. ;)

4 ulasan:

  1. Semoga selamat semuanya Kakak Korea. :)

    BalasPadam
  2. ha, mcm tu lah perasaan aku sebelum nak ke Koh Samui..dalam flight aku tak putus berdoa weh...
    nyaris jugak nak cancel trip hanimun aku tu...sebab cuak punya pasal...
    insyaAllah nok, takde apa lah...kuatkan hati..tawakal...

    BalasPadam
  3. amiin..amiin Ya Rabb
    Banyakkan doa, sedekah & buat solat hajat ye dik

    BalasPadam
  4. ko je dah cuak. ko imejin perasaan aku anak beranak dah tu je transportation yg kitorang ade. tiap kali dengar pasal plane crashed jantung degup laju.
    pulak tu time tu jugak la aku nak balik ke nak travel etc.
    Apa²pun tawakal jelaaa.

    BalasPadam