Selasa, 17 Februari 2015

Bloggers Babies Birthday Party

I mula menulis pada tahun 2008. Pengaruh dari kawan-kawan je pun. Time tu, Kokin, Linda, Piya, Baby rajin menulis blog. Maka, i pun termenulis samalah. Sehingga sekarang, dari yang lain-lain tinggal I je kot yang masih menulis. Yang lain-lain, ada yang dah tutup blog, ada yang masih aktif dengan aktiviti di luar blog dan lain-lain lagi.

Selalu apa yang I share kat blog lebih kepada cerita diri sendiri, makanan dan kawan-kawan. Penulisan blog pun lebih kepada rekod untuk I rujuk balik di masa akan datang. Ada masa, I merayau ke blog lain, tegur-tegur dan bina persahabatan maya dengan rakan blogger lain. Jarang sekali nak join mana-mana group atau pergi mana-mana gathering. Dah takde group nak gathering hapenye kan. Haha.

Ada jumpa sorang dua blogger. Ada yang beli barang dengan diorang. Ada yang diorang jemput datang ke kenduri atau majlis. Gitu-gitu jelah.

Ingat lagi, dulu, blogger yang I follow meriah updatenya. Ada aje cerita yang dikongsi. Tentang travelog, tentang resipi dan makanan, tentang persiapan kahwin, tentang makeup, tentang parenting, dan macam-macam lagi.

Blogger yang mula-mula sekali I follow ialah Kokin, Linda, Piya, Beby, Redmummy, Catz, Ceera, Green Apple dan rakan-rakan office. Kemudian, dah nak kahwin, follow blog Hidd, Nawal, Amy, Diah, Anil,  Gajah Putih dan lain-lain lagi. Masuk pula stage prengnant, time tu follow pula Nurul Jamian, Fadh, Balkidz, Hannah Johary dan beberapa lagi blogger yang selalu share pregnancy dan parenting moment.

Begitu lah al kisahnya tentang rakan-rakan maya ni. Mana yang ada dalam list blog I kat side bar, tu blogger yang I follow dan selalu singgah lettew.


Untuk Bloggers Babies Birthday Party ni, bila I maklum ke Azreen I nak pergi, soalan Azreen, kawan awak yang mana pula ni, kenapa dia tak kenal?

Haha.

I pun memang tak kenal semua. Yang I kenal (selalu singgah blog tapi tak pernah bersua muka) pun ada dua tiga orang je. Nurul, Dayu, Na (tak hadir) dan HJ. Tapi apa ada hal kan, dari tak kenal, boleh lah kita kenal-kenal nanti. So, dengan rasa segan dan nervous, I hadir je lah sekeluarga.


Kenalkan kawan-kawan baru saya. Jap ye, I cuba ingat, Dayu, Reen, Tuan Rumah (matiklaaa lupa nama), tak ingat juga. Depan, tak ingat nama juga, Midmod dan HJ. 



Tuan rumah tudung merah, Dayu yang expert bab deco-deco dan baju biru, minta maaf sangat kita tak ingat nama awak. :p

Sebahagian dari makanan.

Dan lagi.

Reen yang peramah dan Raifa comel.

Anak Fadh, Isma yang comel nau nau. Pandai pula tu bawa diri. Macam tuan rumah pun iye juga, semua orang dia sapa. Haha. Datang kat I hulur sepaket choki-choki. Ingat nak bagi auntie, rupanya suruh tolong buka je. Dah buka, dia ambil balik semua.

Gathering ni juga diadakan untuk sambut birthday anak-anak blogger dari bulan Jan - April. Kek cantik tema Elmo and the geng adalah dari Fadh.

Kecoh kemain time nak potong kek. Yang terpaling kecoh, dah tentulah mak-maknya.

Nyanyi lagi birthday reramai. Tangan anak-anak time ni ada yang dah letak pisau atas kek, ada yang dah cuit kek. 

Ok, ini adalah biasa sejak beranak dua ni. Mummy, snap sini. Mummy, sini sini sini!


Nanti, nanti, nyanyi dulu. Jangan potong kek lagi! Haha.

The kids yang comel je semua dengan contengan di muka.

Edaran pisau untuk kek. Tonggang tebalik dah gambau ha.

Fadh and thekids tengah merasa pulut kera I.


Ha, nampak! Mak-mak yang kalut lebih.

Group photo with the kids.

Group photo lagi.

Antara blogger dan keluarga yang hadir bergambar di photobooth.

Meriah sangat majlis  ni. Meriah dengan kanak-kanak, meriah dengan mak-mak, meriah dengan makanan, meriah dengan binatang peliharaan. Haha. Dan paling penting, majlis start dan tamat on time.

Terima kasih kepada Nurul Jamian dan team sebab jemput I. First gathering ni, I masih tak panas lagi. Nak tegur-menegur pun masih malu-malu kucing. Takpe, lepas ni I akan follow blog yang lain-lain ye. Dah baca-baca cerita, dah tau nama, mungkin lepas ni akan jadi bertambah mesra lagi kan kan kan?

Insha Allah.

p/s: Gambar cantik adalah daripada DAYU


Terima kasih daun keladi,
Panjang umur murah rezeki kita ketemu lagi.
=)

2 ulasan:

  1. Wahhh ! Seronoknya sekali sekala gathering macam ni. Huhu.

    BalasPadam
  2. daku gak yg blm lg update entri beday gathering ni..huaawaa..
    Ingat nk buat entri harini..tp harini dato bg 1/2dy lak..so xdpt ler..

    BalasPadam