Jumaat, 27 Februari 2015

7 hari sudah berlalu.

Arwah emak di masa sihat dan di masa I belum kahwin.

Sedikit sihat  tapi dah ingat-ingat lupa

Kurang sihat dah, tapi masih boleh duduk.
7 hari dah berlalu.
Tak tahu nak describe macam mana perasaan ni.
Sedihnya bila kehilangan tapi Alhamdulillah sebagai orang Islam yang beriman, I sedaya upaya cuba menerima segalanya dan cuba redha.
=(


Throwback,


Khamis malam Jumaat
Selain busy handle budak dua ketul, berulang kali I baca Yassin di sisi jenazah Mak. Tak buat kerja lain. Dalam pukul 11 malam, I tidurkan budak dua ketul, dengan-dengan I sekali tidur sebab keletihan kot. Kan pagi tu I pi daki Bukit Brogra. Pukul 2.30 pagi I terjaga, tengok kat mak, ramai anak cucu silih berganti mengaji dan baca Yassin untuk mak. I tertidur balik.

Isnin, 23 Februari 2015

Selamat jalan Mak!

Ia berlaku dengan sekelip mata!

19 Februari 2015.

Pagi tu I dan Azreen pergi mendaki Bukit Broga.
Balik, ambil budak-budak kat rumah Ikin sambil bincang-bincang bila nak balik Melaka sebab 21 Februari ibu nak buat kenduri sambut puasa.
Sampai rumah, mandikan bebudak, tidurkan diorang. Laju-laju kemas rumah, basuh baju, packing baju, siapkan budak-budak.
Tengah mandi dalam pukul 1 lebih, Azreen panggil dan beritahu, Ikin suruh awak tengok Whats App.
Tengok WA family, Amy maklum, mak sesak nafas. Korang baliklah cepat.

Dalam dua setengah, gerak ke Melaka. Jalan sana sini jam sebab Cuti Tahun Baru Cina. Dalam hati dah tak tentu arah rasa. Mak memang selalu sesak nafas, tapi kali ni, rasa semacam je bila dapat berita tu.  Pukul 4.15, dapat lagi WA, nak view handphone hang pula. Minta tolong Azreen check handphone dia.

Dalam sebak, Azreen maklum, MAK DAH TAKDE YANG.

Astaghfirullah...
Terus peluk Reezqy sambil tersedu-sedu.

Mak dah kembali menghadapNya.
19 Februari 2015.
4.15 petang.


Sampai rumah. Orang dah ramai.
Masuk dan dekat ke tubuh mak yang dah terbujur kaku.

Kawan mak, nenek yang mengajar I mengaji dulu ada kat sisi mak. Nek Gelah cakap kat I,
Mak yang jaga kau, yang besarkan kau dah takda Ain. Dia yang mandikan kau, tidurkan kau dulu.

Air mata jatuh lagi laju.

Perlahan-lahan, I tarik kain yang tutup muka mak.
Air mata I lap, dan I cium kedua-dua pipi mak. Sejuk.
Terus ambil wuduk, dan baca Yassin di sisi mak.

Tengah baca Yassin, ibu datang dan duduk si sebelah I.

Kak Long, pergi cari telekung putih, jubah putih, anak tudung putih untuk mandikan mak besok. Kedai banyak tutup hari ni. Tapi cuba lah cari.

Macam tak percaya, semua berlaku terlalu pantas.
Alhamdulillah, urusan mak menghadap Dia dipermudahkan.
Mak meninggal petang khamis, time semua orang cuti. Walaupun semua kedai tutup, segala persiapan mak dapat disediakan.
Alhamdulilllah.

Mak,
Semoga mak tenang di sana.
Sampai masa nanti kita bersua lagi mak.
Halalkan makan minum dan kasih sayang yang mak curahkan.
Terima kasih kerana sudi menjaga Ain dan adik-adik time ibu abah mencari rezeki.
Alhamdulillah mak sempat melihat Ain kerja, kahwin, dan berkeluarga.



Iman: Mummy, kenapa Onyang masuk dalam tanah.
Me: Onyang nak pergi jumpa Tuhan.
Iman; Onyang nak pergi jumpa Awwah?
Me: Iye man.
Iman: Iman sayangggg Onyang sangat Mummy.
Me: Mummy pun sayang Onyang juga.

=,(


Al Fatihah.
Hajjah Tijah Lasim  / Md Ali
25 Ogos 1937 - 19 Februari 2015



Rabu, 18 Februari 2015

Fobia naik kapal terbang.

Al- Fatihah untuk MH370
Al- Fatihah untuk MH 17
Al- Fatihah untuk QZ8501

Ini antara tragedi yang menimpa pesawat udara. Banyak lagi yang lain, tapi yang tiga di atas sangat memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Dugaan besar untuk negara juga.

Bulan Mac ada satu program yang kena pergi dengan menaiki kapal terbang.
Bulan April juga, perkhidmatan udara diperlukan sebab dah  beli tiket.
Insha Allah, bulan September turut sama dengan kapal terbang kami akan ke sana.

Haishh.
Kita debar-debar.
Takut sangat.
Flight phobia.

Dulu, nenek suruh jadi Pramugari.
Kita tak nak. Takut.  Nanti mati sebab kapal terbang terhempas.
Tapi nenek kata,
Kalau nak mati, tengah makan pun boleh mati. Bukan sebab dek kapal terbang tu ja. Ajal maut kat tangan Dia, bukan kat tangan kapal terbang tu.
Gulp!

3 minggu lagi kot dah hari kejadian di bulan Mac.
Hari-hari kita doa, suruh bos kata, Ain, awak tak payah pergi sebab budjet constraint.
Serius, memang hari-hari kita bermonolog dalam hati.
Nampak luaran memang macam ok, tapi dalam hati, tak tergambar dek perkataan takutnya itu.

Ya Allah, kau permudahkanlah perjalananku.
Kau permudahkanlah segala urusanku.
Kau berilah kekuatan untuk aku menempuhi segala ketakutan itu.
Amin.

p/s: Untuk adik ketiga, selamat ulangtahun kelahiran. Sila baca ucapan di IG dan FB. ;)

Resipi kuih seri muka mudah.



Bahagian Hijau

1/2 biji kelapa diblender dengan dua cawan air = 2 cawan santan
1 cawan tepung gandunm
1/2 cawan tepun ubi kayu
1 biji telur
Daun pandan ikut suka nak banyak mana + blender dengan secawan air
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Gula ikut nak manis mana (I letak setengah cawan)
Sedikit garam


Bahagian Pulut

300 gm/1 cawan beras pulut (direndam dalam 2-3jam)
1/2 biji kelapa diblend dengan dua cawan air
Sedikit garam
Sedikit gula *optional


Caranya:

1. Blender kelapa dan dapatkan santan. Santan digaul dengan sedikit garam dan gula.
2. Gaul rata santan dengan  beras pulut yang telah dibasuh bersih. Kukus pulut sehingga masak.
3. Pulut yang dah masak, ditekan-tekan dan dipadat-padatkan. Ketepikan.

4. Blender daun pandan dengan kulit kayu manis dan bunga lawang. Dapatkan air yang telah ditapis.
5. Blender kelapa untuk dapatkan santang.
6.  Dengan menggunakan blender, campur santan dengan air pandan, tepung gandum, tepung ubi, telur, garam dan gula. Blender hingga sebati.
7. Tapis adunan dan letakkan di bahagian atas pulut yang telah ditekan. Kukus 30 minit atau sehingga masak.
8. Siap.

Selamat mencuba.

p/s:
1. Resipi mudah dari ibu.
2. Kulit kayu manis dan bunga lawang akan menghasilkan bau yang wangi.
3. Untuk bahagian hijau, nak lagi cantik boleh letak sedikit pewarna sebab warna pandan nampak pudar.

Selasa, 17 Februari 2015

Bloggers Babies Birthday Party

I mula menulis pada tahun 2008. Pengaruh dari kawan-kawan je pun. Time tu, Kokin, Linda, Piya, Baby rajin menulis blog. Maka, i pun termenulis samalah. Sehingga sekarang, dari yang lain-lain tinggal I je kot yang masih menulis. Yang lain-lain, ada yang dah tutup blog, ada yang masih aktif dengan aktiviti di luar blog dan lain-lain lagi.

Selalu apa yang I share kat blog lebih kepada cerita diri sendiri, makanan dan kawan-kawan. Penulisan blog pun lebih kepada rekod untuk I rujuk balik di masa akan datang. Ada masa, I merayau ke blog lain, tegur-tegur dan bina persahabatan maya dengan rakan blogger lain. Jarang sekali nak join mana-mana group atau pergi mana-mana gathering. Dah takde group nak gathering hapenye kan. Haha.

Ada jumpa sorang dua blogger. Ada yang beli barang dengan diorang. Ada yang diorang jemput datang ke kenduri atau majlis. Gitu-gitu jelah.

Ingat lagi, dulu, blogger yang I follow meriah updatenya. Ada aje cerita yang dikongsi. Tentang travelog, tentang resipi dan makanan, tentang persiapan kahwin, tentang makeup, tentang parenting, dan macam-macam lagi.

Blogger yang mula-mula sekali I follow ialah Kokin, Linda, Piya, Beby, Redmummy, Catz, Ceera, Green Apple dan rakan-rakan office. Kemudian, dah nak kahwin, follow blog Hidd, Nawal, Amy, Diah, Anil,  Gajah Putih dan lain-lain lagi. Masuk pula stage prengnant, time tu follow pula Nurul Jamian, Fadh, Balkidz, Hannah Johary dan beberapa lagi blogger yang selalu share pregnancy dan parenting moment.

Begitu lah al kisahnya tentang rakan-rakan maya ni. Mana yang ada dalam list blog I kat side bar, tu blogger yang I follow dan selalu singgah lettew.


Untuk Bloggers Babies Birthday Party ni, bila I maklum ke Azreen I nak pergi, soalan Azreen, kawan awak yang mana pula ni, kenapa dia tak kenal?

Haha.

I pun memang tak kenal semua. Yang I kenal (selalu singgah blog tapi tak pernah bersua muka) pun ada dua tiga orang je. Nurul, Dayu, Na (tak hadir) dan HJ. Tapi apa ada hal kan, dari tak kenal, boleh lah kita kenal-kenal nanti. So, dengan rasa segan dan nervous, I hadir je lah sekeluarga.


Kenalkan kawan-kawan baru saya. Jap ye, I cuba ingat, Dayu, Reen, Tuan Rumah (matiklaaa lupa nama), tak ingat juga. Depan, tak ingat nama juga, Midmod dan HJ. 

Jumaat, 13 Februari 2015

Warna tema baju raya.

Pejam celik, pejam celik, bulan puasa tinggal lagi 3 bulan setengah je.
Pejam celik pejam celik juga, tau tau je sok dah puasa.
Pejam celik pejam celik juga, tahun ni, Insha Allah bulan Julai nanti genap lah 5 tahun usia perkahwinan kami. Maka, untuk kali kelima juga lah kena memikirkan warna tema baju raya sekeluarga.

2010

I kahwin pada tahun 2010. Kahwin hujung bulan Julai, majlis bertandang awal Ogos, dua minggu lepas tu bulan puasa. Kahkahkah.

Apa yang lawak tah kan kan kan? :p

Dek kerana seronok bebeno time tu sebab dah kahwin sampai tak terfikir pun I  nak beli baju raya, nak pakai warna apa time tu.

Ark ark ark.

Maka, untuk sambut raya pertama kalinya sebagai suami isteri pada tahun itu, KAMI PAKAI BAJU RAYA TAHUN LEPAS JE. Kahkahkah. 

Rabu, 11 Februari 2015

Cara masak periuk kera.

Dulu, masa nenek I masih sihat, agak-agak dia malas nak berpaneh bakar lemang time nak raya, dia akan order je periuk kera untuk ganti lemang. Dulu, seratus biji RM10 ringgit orang kampung jual. Tapi sekarang dah naik RM5. Mungkin dah susah kot nak jumpa, tu yang naik RM5.

Pokok periuk kera ni tumbuhan karnivor tau. Dia ngap serangga! Nama saintifiknya, Nepenthes spp. Hebat tak hakak sampai nama saintifik pun tahu? Hahha. Google je la tu :p

Ibu ada bekalkan I time Raya Haji haritu periuk kera ni, tapi sebab I dah lupa, simpan dalam periuk kukus, terus ia mengering je dah. Yang bagusnya periuk kera ni, even simpan lama, ia masih boleh digunakan.

So, disebabkan tak tahu nak bawa  potluck apa time Blogger Gathering haritu, maka I laju-laju beli beras pulut dan santan untuk masak benda ni.

Sebelum nak digunakan, I rendam semalaman dan bersihkan bahagian dalam periuk ni. Dah bersih, keringkan.

Selasa, 10 Februari 2015

Teaser: Jumpa Geng Blogger

Kredit gambar to FB Blogger

Alhamdulillah, even tak kenal, even I ni pemalu, haha, dapat juga join gathering diorang.
Terima kasih Nurul sebab jemput I.

Terima kasih daun keladi,
Nanti-nanti jemputlah lagi.
=)

Isnin, 9 Februari 2015

Selamat bersalin Kak Halina!

A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out.

Quote untuk dikongsi pada hari ini dengan semua.
=)

Bersiaran lagi untuk hari ini. Alhamdulillah.
Sebelum orang yang diraikan bersalin, maka meh kita post siap-siap.

Minggu bila tah ni, I dan rakan-rakan bola tampar habiskan masa bersama dengan Kak Halina yang dijangka bersalin pada 22 Februari nanti. Since dia akan berpantang di Alor Setaq nuuuun, kami jumpa dia awal-awal lah. Nak melawat dia lepas bersalin memang tak lah kan, kena tunggu 44 hari habis, baru boleh jumpa babynya.


Khamis, 5 Februari 2015

Si tikam belakang.


Dont' worry about backstabbers. 
They're the people who tried their hardest finding faults in your life instead of fixing the faults in theirs.


~Google

Rabu, 4 Februari 2015

Menemukan khusyuk yang hilang.

Selalunya, kalau mesej dari whats app group ni, kalau yang panjang-panjang, I memang jarang nak baca beriya. Lagi-lagi kalau dapat time kat office, memang sekali pandang je lah I tengok.

Termasuklah mesej yang di bawah ni. I skrol sekali lalu, tapi hati macam terusik nak baca. Disebabkan kat office, memang taklah nak mengadap handphone beriya, I forward mesej tu ke WA Azreen. Dengan harapan, ada masa kat rumah nanti, I baca lah.

Sehari.
Dua hari.
Tiga hari.
Masuk hari ke lima, baru teringat WA yang I nak baca sangat tu. Sebelum nak tidur, I cari balik WA haritu.

Dah malam kan, anak-anak dah tidur, suami pun busy dengan tv, keadaan sekeliling pun tenang, hati I pun turut sama tenang dan tersentuh baca WA ni,

------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Dr Fuad Latip .

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.