Isnin, 26 Januari 2015

Tips memasak untuk pengantin baru =)

Terasa nak menulis tentang masak-masak ni bila blogwalking ke blog Hannah Johari tuari. Walaupun ai bukan expert dalam bab masak-memasak ni tapi ada lah sedikit tips yang boleh dikongsi untuk pengantin baru.

Dahulu, masa kecil ai tinggal dengan nenek. Balik dari sekolah, semua dah tersedia oleh Nenek. Kemudian, form 4, dok asrama, sambung belajar ke UiTM, memang tak pegang periukbelanga langsung. Ai juga tak pernah berpeluang duduk rumah sewa, so, memang lagilah peluang untuk memasak sendiri itu kurang.

Bila dah berkahwin, semuanya berubah sebab dapat pula suami yang suka makan. Haha. Suka tak suka, kena masak juga lah. Ingat lagi, lauk pertama yang direquest oleh suami adalah udang masak merah. Terkelujat sekejap sebab tatau cemane nak memasaknya. Nasib pada masa tu, ada kawan sebagai penyelamat. Berpandukan sms dari dia sahaja, ai dah boleh siapkan permintaan suami itu. =)

Mula-mula dahulu ai memang rasa susah nak memasak ni. Bila balik kerja je rasa stress sebab nak kena masak. Lagi-lagi lepas kahwin terus mengandung, dengan pembawakannya lagi, dengan penat kerja lagi, maunye tak stress. Tapi, sekarang rasa stress tu takde lagi sebab ai amalkan perkara-perkara di bawah ni.


1. Tahu Kegemaran Suami.


Bila nak memasak, perkara utama yang perlu diketahui adalah makanan kesukaan/kegemaran suami.

Penting kena tau kegemaran suami sebab bila dah berdua, memasak adalah perlu mengikut tekak dia dan bukan tekak kita semata-mata. Macam ai sendiri, ai bernasib baik sebab mak mentua ai suka bercerita apa yang Azreen suka, apa yang Azreen tak suka. So, senang lah ai. Yang dia tak suka ai tak masak lah dan bolehlah juga elak pembaziran.


2. Awak masak tak macam mak!


Untuk yang baru berkahwin, silalah lembut-lembut dan sejuk-sejukkan telinga bila suami menyebut kalimah itu.

"Eh, tak sama macam mak masak lah!,
Mak saya masak lain, kenapa awak masak rasa macam ni?"

Sila jangan melenting atau sedih-sedih bila suami berkata begitu. Yelar, dah berpuluh tahun dia hidup dengan masakan mak dia, takkan baru berkahwin dengan kita sebulan dua, dan dan tu juga boleh ubah selera kan? SILA bersabar dan beri masa kat dia untuk belajar menerima masakan kita ye?

Bagi ai sendiri, ai belajar cara mak mentua ai masak atau kadang-kadang masak bersama-sama mak mentua. Dari situ ai perhati dan apply cara mak mentua masak dalam masakan ai. So, rasa itu takkan lari banyak lah. Tak rugi apa-apa pun kalau belajar dari mak mentua, malah boleh tambah skill dan koleksi resepi-resipi lauk lagi.


3. Tahu perkara yang basic.

Ini sangat perlu. Contoh perkara basic dalam memasak, tahu masak nasi, goreng telur, goreng sayur, goreng ikan, goreng ayam. Daripada yang basic itu nanti, kita boleh kembangkan menjadi lauk lain pula. Dari ayam goreng kita boleh kembangkan ke sambal ayam, ayam masak kicap, ayam blackpepper, ayam goreng cili padi, ayam goreng kunyit. Nampak? Memasak kan umpama buat research. Tahu basic, explore, buat kajian, banyaklah lauk yang terhasil nanti. Apa yang penting, berani mencuba. Hasilnya nanti tentu makan hingga menjilat jari.


4. Sediakan payung sebelum hujan.

Persediaan untuk memasak dilakukan awal. Cara ini memudahkan kita nak masak bila barang telah tersedia. Lagi-lagi untuk isteri yang bekerja, bila semua dah tersedia, nanti senang. Balik kerja, ambil barang yang dah tersedia, dan terus masak je. Malah, ia juga dapat menjimatkan masa.

Macam ai sendiri, cili mesin stok seminggu (cili kering, bawang merah, bawang putih dan sedikit minyak dimesin) sentiasa tersimpan di dalam peti ais. Kalau rajin di tahap terlampau lak, cili kering, bawang merah, bawang putih di mesin asing. =p So, bila bahan asas dah tersedia, senang lah bila nak buat sambal ke, kari ke, udang masak merah ke. Tak perlu lagi nak buang masa nak kupas bawang, mesin cili semua tu. Tips ni diberi oleh BBF ai, kokin masa ai mula-mula kahwin dahulu.

Untuk ayam *Azreen suka makan ayam, ikan kureng, ai beli yang siap potong, dan bahagi-bahagikan siap-siap ikut hari yang ai nak masak. Kalau ada sotong & udang, bersihkan dahulu kemudian baru simpan dalam tempat sejuk beku.

Untuk sayur hijau, ai beli bila teringin nak makan sayur. Tak beli untuk stok seminggu sebab tanak sayur yang tak fresh. Lobak merah dan bunga kubis boleh distanbykan dalam peti ais sebab dua benda ni boleh dijadikan kawan dalam sayur campur, masak merah atau masak air.


4. Mind setting.

Dalam kepala otak kita, memang dah diset. Memasak ni susah, memasak ni leceh. It's just a mind setting. Setiap perkara, kalau kita rasa ia susah, maka akan jadi susahlah. Oleh itu, tukar lah mindsetting uols dengan mengatakan memasak itu seronok dan mudah. Confirm, hari-hari uols nak masuk dapur. =)


5. Sumber rujukan.

Ni part yang paling ai suka. Ingat dalam assignment je perlu ada benda tu. Memasak pun perlu ye sebab kita ni bukanlah perfect mana pun dalam masak memasak ni. Sumber rujukan perlu dalam kes-kes kecemasan untuk lauk yang kita tatau nak masak.

Bagi ai, sumber rujukan utama ai adalah ibu. Apa je yang ai tatau, ai akan call untuk tanya. Kalau lauk tak menjadi pun ai akan call tanya napa jadi gitu. Haha. Sumber kedua adalah kawan-kawan. Pada dorang pun senang ai nak minta resepi. Text je, nanti dapatlah resipi yang diminta.

Ketiga adalah blog. Pada ai, cara ini lagi mudah, boleh bawa hingga ke dapur terus berdasarkan resipi yang ada. Inspirasi ai adalah blog hanamemoriesblogspotdotcom. =)

Sumber terakhir adalah buku resipi hasil dari paper cutting resipi yang ai suka. Tang buku resipi tu memang ai selalu di bahan Azreen bila tengok ai masak dengan buku resipi. Tapi buat tatau sudah. Kalau takde buku resipi tu, takkan ada la lauk untuk you ye cik Suami.


6. Nasihat orang berpengalaman.

Nasihat nenek,

"Dah kahwin nanti masak. Walaupun tak sedap, usaha masak, sebab selain cinta & kasih sayang, air tangan isteri adalah rahsia rumah tangga orang dulu-dulu kekal lama."


Nasihat mak mentua,

"Memang penat nak memasak hari-hari. Tapi kalau kita buat, kita dapat pahala. Lagi-lagi kalau ikhlas untuk suami, lagi besar pahalanya."

Nasihat di atas adalah faktor penyumbang walau penat macam mana pun ai tetap nak masak juga. Sesungguhnya ai memang kejarkan kedua-duanya itu. =)


Ok. Itu je antara perkara yang ai dapat kongsikan dalam bab memasak. Tataulah kan berguna atau tidak untuk pengantin baru. Yang terer masak tu, sila jangan gelakkan ai pulak bila bace posting ni ye?

Apapun, memasaklah dengan penuh kasih sayang, bace doa minta suami sayang sikit-sikit dan panjang jodoh, Insya-Allah, untuk setiap yang baik kita lakukan, pasti akan ada ganjaran daripada Allah s.w.t. Renung-renungkan dan selamat memasak! Haha.


Tips ikhlas dengan penuh kasih sayang,

Ahkakkk Pink muka Korea ;)

8 ulasan:

  1. eh ehhh nama ai pon adooo...pasnie bley masak yg bombastika la plak yer...hehehe

    BalasPadam
  2. mrsaura:

    haha. you kan sifu ai.

    BalasPadam
  3. curlas ko jah....hihi

    BalasPadam
  4. good.. aku pun start kerap kedapur masa ngandungkan Aimi babe...n until now, rasa happy bila diorg mkn apa y kita masak... good sharing mami ^_^

    BalasPadam
  5. yelah.. yelahhh...
    *survey apron comel tetibe.

    BalasPadam
  6. Sangat berguna tipsnya bagi saya. Thanks. Salam dari Kalimantan, Indonesia.

    BalasPadam
  7. ya ampun noks...aku dulu pun sangatlah tak pandai memasak nok oii...dan lebih haru, laki aku bukan sekadar suka makan kat rumah, laki aku jugak penggemar homemade teh tarik!! kalau ko nak tau, sebelum kawen, mak dia uji aku suruh buat teh tarik tau...huwaaaaa...i is gagal dalam percubaan tu...nasib baik mak dia tak reject aku...hahaha...malah dia ajar aku cara2 buat teh tarik...
    sampai sekarang pun aku masih lagi belajar memasak dengan MIL aku...dulu sumpah aku cakap, nak masak sambal pun aku gagal wei...sekarang dah expert la...hahaha...
    pada aku, memasak ni kena selalu buat...sebab akan ada try n error gitu...so, di situ kita tau mana kelemahan kita...
    but anyway, good sharing info ko ni nok...

    BalasPadam