Jumaat, 23 Ogos 2013

Macam mana kau kurus?

Hmmm, sebenarnya payah nak jawab bila orang tanya I soalan ni. Sebabnya, kalau selepas bersalin hari tu, ye, betul, memang nampak bezanya. Tu I akui. Adalah kurus sikit. Dan rasa macam nak jugalah share tips nye time tu.

Tapi lepas raya ni, lagi-lagi dengan keadaan Malaysia yang banyak sangat makanan yang buat juling biji mata untuk orang yang tak kuat iman pantang nampak makanan macam I ni, dah tiada makna dah kurus tu kat I. Rasa macam orang perli adalah. Kahkahkah. Berat semakin naik kan main. Lagi-lagi I dah start minum ais. Hai, lagi lah. Macam di pam-pam. Suami pun dah mula bagi siren hoi hoi kurus balik lah yang oi.

Apapun, meh I cuba kongsi sikit apa benda kejadah yang I ambil waktu berpantang dan do and don'ts I amalkan ketika berpantang.

1. Time berpantang dulu, I ambil set bersalin Mak Dara. Dua minggu lepas bersalin, I start makan kapsul dia tu. Dua biji pagi sebelum makan, dua biji sebelum tidur. Tatau lah benda ni ada membantu untuk kurus atau tak. Tapi I ambil untuk kesihatan dalaman.

Selain itu, I rajin pakai bengkung dia ni. I tak sapu minyak panas dalam set ni, tapi I guna pati limau purut yang I ada buat review sebelum ni tu. Sapu kat perut, bengkungkan. Tu jelah. Tak pakai siang, I pakai malam. Ikut tahap kerajinan lah.


2. Selain makan jamu mak dara tu, I juga minum kopi ni. Bila minum kopi sedap ni, memang. Memang terasa sangat kurang nafsu makan tu. Pada I sendiri, kurang rasa lapar. Buat lawan cicah-cicah biskut lemak cap ping pong tu pun sedap juga dengan kopi ni.

3. Masa berpantang, selain jamu Mak Dara tu, vit shaklee ni pun I telan juga. Haha. Ada orang yang pantang, kalau makan jamu tak boleh makan vit ni. I tak. I belasah je semua, tapi tak lah telan sekali harung. Selang seli lah. Kalau jamu dah makan pagi, b complex i mkn lepas minum pukul 10. Tengahari, I telan omega. Malam 1/2 jam sebelum telah jamu, i telan oste dulu.  FYI, I tak ambil full set kehamilan pun. Beli ikut kemampuan je kat Zana Putrajya  =)


4. Masa berpantang juga, I disiplin kan diri betul-betul. Satu senduk nasi sekali sehari. Even ibu I paksa, makan waktu pagi, tengahari, dan malam, tapi I melawan tak nak. =p I makan hanya waktu tengahari je. Pagi ambil dua ketul kuih, pukul 10 susu + roti or meskot. Petang minum lah air apa-apa dengan biskut or kuih yang tak manis. Malam, minum susu, lepas tu laju-laju pi tidur. Kalau rasa nak makan, minum air putih banyak-banyak.

Faktor kurangkan nasi ni, I rasa memang membantu turunkan  berat badan.  Time berpantang, bolehlah kurangkan nasi, sebab lauk pun tak berapa nak memberangsangkan, tapi, lepas pantang, makan kalau tak menambah, rasa tak lengkap pulak rutin makan I.

5. Tak minum ais sepenuhnya. Gila ko nak sentuh ais time berpantang. Even I ni agak macam orang bandar sikit bab berpantang, ada part yang I main langgar je, tapi ais memang I tak berani sentuh. 100 hari tak minum. Ada minum pun sekali time kenduri kahwin sepupu sebab ibu I suruh rasa dengan alasan, besok anak ketiga, takda lah sakit badan kalau terminum. Tapi seratus hari je lah. Selepas itu, ditambah dengan hari raya, orang nak mudah hidang air ber ais je sebab malas nak bancuh teh ;p, belasah ais tak ingat donia dah. Terus lupa 20 jahit semua. Kahkahkah.

6. Kalau dalam gambar, korang nampak I macam kurus, silalah jangan tertipu. Dan, sila lah pergi belajar, teknik menguruskan badan ketika bergambar. Yang ini betul. Kalau dah rasa badan tu kenderaan berat sila ikut kiri, silalah jangan tunjukkan sebulat-bulatnya tubuh badan. Iringkan lah sikit bagi nampak setengah badan so, nampak lah macam kurus. Tang kaki, kalau bergambar, bengkok kan sikit ala-ala top model waloooopun badan tak berapa nak model, so akan ada ilusi nampak-nampak konon kurus lah. Susah-susah kalau tak tahu, pi tengok Top Model je lah.

7. Selain dari perkara di atas, suka I nak stresskan kat sini yang masa pregnant anak pertama, berat I naik 29 kilo ye kawan-kawan dan I tak berusaha langsung pun nak turun kan berat badan. Berat asal di ketika itu adalah 54, pregnant jadi 83. Then bila sampai ke jarum 69 kilo, jarum tu statik je tak nak turun2 dah. So, I buat assumption, berat I memang takkan turun sampai bila-bila dah, lemak pejal payah nak cair, dan, jodoh I dengan berat 54kg memang dah takdo gitu.

Di kemengandungan yang kedua pula, berat I naik hanya lah setakat 20 kilo lebih-lebih sikit je time tu. Then, I disiplin kan diri sebab asyik dicabar oleh si suami kan, so turun lah berat tu. Kau tahan ke telinga kau, bila hari-hari laki kau memekak, awak kurus lah bla bla bla, awak jangan lah jadi macam hamidah wahab bla bla bla, dah macam-macam lagi lah. So, sebab ambil berat saranan laki, dapatlah berat asal sebelum prengant sebab berdisiplin, malah turun lagi 5 kilo ke 65 sebab kurangkan nasi, dan tak minum ais.


Dah, itu jelah faktor-faktor yang I ingat setakat ini yang membantu I turunkan berat badan. Tak banyak pun turun. Tapi, adalah membantu juga untuk kurang.
=)

8 ulasan:

  1. mmg btol tu nasik mmg petualang segala kegemukan...hahahaha.. btw congrats dpt turun bnyk kilo... huhuhu

    BalasPadam
  2. rara masa pantang mmg displin.tapi LEPAS pantang tu mkn mcm nk gila.haih~

    BalasPadam
  3. aku pulak pelik nok...masa berpantang aku selera noks...ntah sedap pulak lauk kering2 ni...mak mertua aku jenuh marah mkn nasik sekali sehari je, ada aku kisah? mkn bertambah2 lagi ada lah...hahaha...

    mmg gerun kalau ingat balik cara aku berpantang...huhu...selamba bedal itu ini...


    lawak la laki ko...jgn jadik mcm hamidah wahab? wakakakaka...gelak guling2 aku kat ofis ni...kahkah...

    BalasPadam
  4. ai jugak yang x kurus² nih...nafsu makan kuat sungguh skrg!

    BalasPadam