Isnin, 17 Jun 2013

Kapucino sedap yang menghiasi hari-hari indah berpantang.

Haha. Tajuk mengalahkan orang bercinta. Siap hari-hari indah kan main. Padahal nak cerita tentang kapucino yang I minum time berpantang je.

Dulu kan, i pernah cuba masuk giveway dengan harapan dapat menang hadiah kopi Haida Kamaruzaman Cappucino Collagen (HKCC) untuk stok berpantang. Dan, Alhamdulillah, i berjaya dalam giveway tu. Terus dapat tajaan HKCC time berpantang =)

Happy kan main time menang ni. Bukan apa, sebab i tau, time berpantang nanti, air yang i akan hadap hanyalah susu, milo dan horlicks je. So, dengan adanya HKCC ni, adalah sikit variety air I. Dah lah nak kena hadap air panas ko, so kene pelbagaikan lah supaya tak muak jemu segala.

Mula-mula I cuba je dulu sepeket. Yelar, mana tahu kot-kot badan tak serasi dan tak boleh terima kan. Tapi I takde masalah apa pun minum HKCC ni ketika dalam pantang. Susu ok, anak pun ok bila minum kopi ni. Ada juga yang tanya, ok ke berpantang minum kopi ni? Apa yang I boleh jawab, cuba dulu then tengok serasi ke tak. Yelar, badan lain-lain kan, penerimaan pun lain-lain juga. Kopi ni pun dibuat dari bahan-bahan yang memang diguna oleh perempuan berpantang, so I rasa memang takda masalah lah kalau I minum.


Rasa kopi ni memang sedap. Time minum, kalau boleh, nak minum tiga paket sehari. Haha.  Tapi disebabkan ada air-air lain yang nak kena diminum juga, memadai lah i minum kopi ni sekali/dua kali sehari ketika berpantang.

Apa yang I perasan, bila minum kopi ni, memang tak terasa lapar sangat. Dapat lah I bertahan dari nak mengunyah je. Yelar, dah la I control makan nasi sesenduk sehari je time berpantang, lepas tu breastfeed pula, maunye tak rasa lapar. Tapi dengan minum kopi ni, rasa lapar I jadi kurang. Jadi kurang ye, bukan takde langsung rasa lapar. Mungkin kopi ni juga adalah faktor yang berjaya bantu berat I turun sebab 1st pregnancy dulu, I tak ambil kopi ni pun, dan tak dapat langsung pun berat asal sebelum pregnant.

So, kalau uols nak cuba, pi la beli kopi ni kat Cik Ummi:

Cik Ummi
016-6603741
(call @ sms @ whats app @ viber @ wechat)

email: nuqmans@gmail.com

Untuk bulan Jun ni juga, ada promosi RM100 untuk 3 kotak kopi HKCC ni.

Kot la malu nak call Cik Ummi tu, meh submit order kat I, nanti I kabo kan order uols pada Cik Ummi ye.

3 ulasan:

  1. kahkahkah.
    ok nak gelak je aku baca kak!
    wehhh, tak yah ckp pantang, aku yg tak pantang ni pun mmg suka kopi.
    nak jugak lah! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoi, gelak kan main.
      Nak kalu pi order pi.

      Padam
  2. Untungg pantang disponsor HKCC. Hehehe.. Tahniah. Kopi ni mmg sedap. TAk pantang pun mmg nak minum je. Tapi kite kenaminum air lain juge. ahaha

    BalasPadam