Masa: Lepas Isyak
Tempat: Petaling Jaya, Selangor
Firstly, kalau lah Iman Reezqy terbaca posting ni bila dah besar nanti, haha, Mummy minta maaflah awal-awal kalau awak terasa ke hapa ke bilamana majlis awak tak segah majlis kakak Iman dulu. Bukan niat Mummy nak membeza-bezakan anak, tapi untuk pengetahuan Reezqy, majlis-majlis ni semua Nenek-nenek awak yang rancang dan Mummy sebagai anak yang patuh mengikut ajalah. =)
Lagipun, sebagai anak lelaki, Mummy tahu, Reezqy pun takde kisah apanya kan kan tentang majlis-majlis macam ni hatta mahu berkecil hati. Majlis-majlis gini kalau perempuan sesuai lah kan nak kan disambut besar-besar sebab banyak bunga yang nak diletak nanti. Sebagai lelaki, majlis simple-simple saja sudah memadai. Lelaki kan simple je kan nak kan kan kan?
Ok, dah. Habis tentang minta maap kat Reezqy.
Now, sambung cerita ni balik, masa I dalam pantang, hari ke 26, mak I suruh buat akikah dan majlis cukur jambul sebab makcik I dah panggil orang marhaban di majlis perkahwinan anak dia. See Reezqy, ini semua nenek-nenek awak yang punya kerja! Oleh itu, kami hanya mengikut ajalah tapi yang akikah tu I dan suami hold dulu atas kekangan bajet yang tak berapa nak ado. Proceed je lah dengan majlis cukur jambul.
Dalam-dalam pantang tu juga la, I bergegas la mencari bunga telur, sediakan goodies bag apa yang patut demi majlis anak bujang nan sorang itu. Haha. Bukan tak boleh suruh orang belikan or suami ke pergi cari, tapi I ni kang kalau tak kene dek mata I, ada yang sebulan tak bertegur sapa kang. Oleh itu, demi menjamin keharmonian sendiri, biarlah I langgar pantang demi memenuhi kehendak hati.
Gambo pengantin lagi. |
Majlis dia kan, haruslah tepek gambo dia yang lebih. Sepanjang majlis, Reezqy tidur sajo. |
Family potrait. Time ni Reezqy tak tukar baju lagi sebab baju dia tengah di iron. |
Si pembuai a.k.a pembuli adiknya. Kakak pakai baju raya tahun lepas yang dah senteng menteng . |
With my two little 'anugerah Allah'. =,) |
Lastly, dengan si jantung hati pulekkk. |
Alhamdulillah, dengan tak ready tak ready pun majlis dapat dilaksanakan. Big thanks to makcik dan ibu sebab buatkan majlis ni. To mama juga sebab buatkan pelamin comel Reezqy. Dan, tak lupa juga thank you so much kepada Mak Mertua sebab tolong rebuskan telur for goodies bag. Love uols semua lah mak-mak I yang ramai tu.
Eh, to Arif Daniyal too, Iman Reezqy cakap terima kasih sebab bagi pinjam baju Melayu yang nenek jahit tahun lepas tu.
=)