Khamis, 28 Mac 2013

Pink loves mint.

Tiap-tiap tahun kalau tak buat post pasal ni, memang tak sah!
Kahkahkah.
Kan main! Ganti puasa pun baru dua hari je pun tapi dah sibuk nak cari warna tema untuk baju raya ;p ;p ;p

Tahun ni giliran beraya di rumah makpak sendiri. So, warna tema tahun ini adalah hijau. Adik ada bagi cadangan nak emerald green, tapi bila mikirkan kulit suami sendiri yang tak berapa nak cerah tu, I rasa, I kena pilih warna yang pastel dan light-light je lah untuk menyelamatkan kulit dia. Haha.

Eh, tahun ni pun giliran I juga untuk pilih warna bagi keluarga kecil I.

Dalam kepala macam dah fikir nak  pilih mint green je. Warna yang tengah in sekarang kan? Macam cantik sweet and soft je. Sesuai lah untuk keluarga kecil I yang tak berapa nak cerah, plus, warna ni adik beradik hijau juga.

Tapi, weekend lepas, time tengok movie Main in Manhattan *hoi, Maid la, apa taip main lak ni!, lakonan JLO tu, alih-alih suami  bersuara.

Yang, cantik dress JLO ni. Buat warna ni je lah baju raya kita tahun ni.

Mak oi, kan main lunak dan bersahaja je dia bagi cadangan tanpa rasa bersalah. Terus lupa yan tahun ni giliran I pilih warna. Nasib dia suggest warna tu, kalau dia suruh I buat dress macam tu untuk baju raya, ha, mau I kena perah otak nak fikir celah mana pulak nak selit tudung kalau pakai dress gitu. Haha.



Tapi I  buat dunno je lah cadangan suami tu. Tak kuasa nak layan sebab baju I warna pink pun dah banyak melambak. Lagipun, tahun ni kan nak sambut baby pon, haruslah kena pilih warna lain selain pink.

Sekali tadi, blogwalking kat The Perfect Palette, blog warna-warna tu posting pasal pink loves mint pulok. Haha. Macam tahu-tahu jelah I tengah mencari warna. Bila tengok kombinasi pink dan mint pun boleh tahan cantik juga lah.  So, mungkin boleh consider mint ada pink-pink sikit untuk baju raya nanti.

See, cantik kan kombinasi pink dan mint. Manis-manis comel je bila tengok warna ni. Kalau I  buat baju kurung warna mint pastu tabur manik-manik pink ke sikit mesti nampak manis je nanti kan walauuuupun alingmnet badan time tu tak tahu lagi dah kembali ke asal atau sama je macam time prengnant. Kahkahkah.

Apapun, I nak pi cari kain, lepas bersalin nanti. Kalau ada tailor yang masih nak ambil tempahan, I hantar lah. Kalau takde, I beli siap je. Untuk suami, dia dah pesan siap-siap, dia nak  beli baju Melayu yang dan siap. Dia tak suka tempah-tempah. So senang. Dah dekat-dekat nak raya nanti baru cari, so murah sikit  harga baju dia. Balance peruntukan dari baju dia nanti, I boleh pula beli benda lain macam kasut ke, tudung ke, handbag etc. ;)

Eh, eh, eh Ain, ko jangan lupa lak anak ko dah dua tahun ni ye. So make sure, ada juga peruntukan baju Melayu untuk si adik nanti ok. Bajet baju raya untuk anak pun dah bertambah jadi dua ye tahun ni. Harap maklum.

Haha.



Sumber: The Perfect Palette & Mr. Google

11 ulasan:

  1. Cantik menarik tetarik dengan warna hijau tu...

    BalasPadam
  2. so soft & sweet color pink & mint!

    mesti korang nampak deboom masa raya nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Wina.

      Kot sempat lah nak mencari kain/bajunye.

      Padam
  3. alise peminat tegar kaler hijau.. :)

    BalasPadam
  4. cantik nok...sgt soft...sejuk mata aku memandang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la nok. Dah senja-senja ni, warna soft pulak jadi pilihan. Kahkahkah.

      Padam
  5. pilih baju raya pun dah macam pilih baju kwen skng..hehe kene ikut tema...

    BalasPadam