Isnin, 25 Mac 2013

Bunga durian.

Kalau durian dah berbunga, apakah maknanya?

Hmmmm, lu pikir lah sendiri jawapannya!
Oh kome, doghoyan dah berbunge.
Haha.

Bila tengok bunga durian ni, mesti akan terkenang memori zaman kanak-kanak dan bunga duriannya.
=)

Untuk orang-orang bandar, ni adalah ghope bunga durian nya belum nak kembang ye kawan-kawan ;p

Ni pula ghopenye bila bunga durian dah mekar kembang setaman.

Kalau uols  nak tahu, bau bunga durian ni wangi sangat. Bau dia fresh sweet sweet gitu dan memang sedap sangat dibau.

Ini tatau panggil apa, tapi  benda yang tampung kelopak bunga durian tu lah. Dalam benda ni kan, ada air yang manis rasanya. Dulu time kanak-kanak, kalau pergi kutip bunga durian, I akan minum air dalam benda tu. I panggil air tu madu.


Ni adalah hasil kutipan sepupu I minggu lepas. Dia pergi post kat FB.

Bunga durian yang kat atas ni boleh dimasak dan dijadikan lauk tau. I tak tahulah kat tempat lain, tapi kat kawasan kampung I, benda ni memang dimasak dan dimakan. Ada juga yang dibuat jeruk macam sawi jeruk tu, so, nanti-nanti kalau nak makan, ambil je bunga durian ni dan masukkan dalam masakan. Biasanya, nenek I dulu masak bunga durian ni buat masak lemak cili padi lawan dengan ikan. Sedapppppppp.

Dulu time kanak-kanak, bila weekend, nenek I mesti akan kejut pagi-pagi hadam suruh pergi tolong kutip bunga durian ni banyak-banyak. Dia nak buat jeruk. Senang simpan. Nanti, anak-anak cucu balik boleh buat masak. Bunga durian ni kena kutip pagi-pagi baru dia fresh. Bila kutip dah tengahari, dia jadi layu tak bermaya gitu. Haha.

Ni bunga durian yang telah dibersihkan. Kalau nak masak, kena buang yang hujung-hujung macam debunga tu sebab kalau tak buang nanti lauk atau jeruk jadi berlendir. So,  bila dah bersihkan, boleh lah dimasak dan dimakan.


I dulu kalau kutip, buang siap-siap debunga tu. Sambil kutip sambil buang. So memang lembap sikit kutip dan hasilnya pun sikit. Nenak I pula, dia kutip dulu. Debungan tu buang kat rumah.

Haha.
Terkenang-kenang  betul waktu dulu-dulu bila tengok bunga durian ni. Siap boleh terbau-bau lagi ooo bau bunga durian.

Eh, ada juga yang tanya I rasa bunga ni macam mana bila I post gambar ni kat IG.
Apa yang I boleh describe kan, rasa dia macam ala-ala jantung pisang macam tu lah. Sedap je kalau dilawan masak dengan masak lemak.


Gambar kredit: Encik Google dan Encik Shaha

10 ulasan:

  1. Wahhh x sangka bunga durian boleh dimasak buat lauk rasa mcm jantung pisang ye....sungguh x tau kalo x buat entry mcm nih dear...besttt yeee

    BalasPadam
  2. Gud info thanks for sharing, b4 x penah tahu ade bunga durian ni...

    BalasPadam
  3. Baru tahu pasal bunga durian nie. Selalunya tengok yang dah jadi buah je kat pokok tu. hehehe

    BalasPadam
  4. Mieya & Mummie Berry,
    =) sharing is caring. Nanti2 try la masak ye.

    BalasPadam
  5. sangat terror aku sebab tak penah tau bunga ni wujud. hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko kan org bando, mana nak tau semua tu ;p

      Padam
  6. first time tau ni kak. sedap ke?

    psttt : sy org kampung tapi tak tau atau mak tak pernah masak hihi

    gajahputih

    BalasPadam