Jumaat, 22 Jun 2012

Suami/Lelaki/Teman Lelaki pakai cincin?

S : Apakah hukumnya lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada suasa atau platinum? Ia telah menjadi satu fesyen dalam kalangan pasangan yang mendirikan rumah tangga masa kini.

Joe
Johor Baharu

J : Ramai yang menganggap hukum lelaki memakai cincin hanya bergantung kepada jenis logam. Haram memakai cincin yang diperbuat daripada emas dan halal memakai cincin yang diperbuat daripada logam-logam lain seperti perak, platinum dan lain-lain. Sebenarnya terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi hukum lelaki memakai cincin.

Pertama: Lelaki dilarang daripada memakai cincin yang diperbuat daripada `emas kuning [Shahih al-Bukhari, no: 5414]. Larangan ini sudah diketahui ramai.

Kedua: Lelaki dilarang memakai cincin atas tujuan perhiasan diri. Ini kerana cincin adalah barang perhiasan khusus kaum wanita dan Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (Shahih al-Bukhari, no: 5546).

Ketiga: Lelaki dilarang memakai cincin pertunangan mahupun perkahwinan. Cincin pertunangan mahupun perkahwinan adalah budaya orang bukan Islam dan kita sebagai umat Islam dilarang daripada menyerupai mereka. Tidak mengapa jika seorang isteri memakai cincin pertunangan atau perkahwinan dengan tujuan ia adalah perhiasan dirinya. Namun bagi seorang suami, cincin bukanlah barang perhiasan baginya. Berkenaan larangan penyerupaan ini, Rasulullah bersabda: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka adalah dia daripada mereka. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4031]

Mungkin ada di antara pembaca yang tertanya-tanya, bukankah Rasulullah juga memakai cincin? Ya, benar bahawa Rasulullah memakai cincin. Namun baginda tidak memakainya sebagai perhiasan diri atau sebagai cincin perkahwinan. Baginda memakainya sebagai cop mohor.

Di mata cincin Rasulullah, diukir tulisan “Muhammad Rasulullah”. Cincin ini baginda gunakan untuk menurunkan cop mohor ke atas surat-surat rasmi yang baginda utus kepada para pemimpin dan pembesar kaum lain. Ketika tidak digunakan sebagai cop mohor, baginda akan memusing mata cincin ke dalam, ertinya menghadap ke tapak tangannya. [Shahih al-Bukhari, no: 5417]

Jika dikaji tujuan dan cara Rasulullah memakai cincin, jelaslah kesalahan dakwaan sebahagian orang yang memakai cincin atas alasan ingin mengikuti sunnah Rasulullah. Mereka memakai cincin di beberapa jari, setiapnya dihiasi dengan mata cincin yang diperbuat daripada batu-batu yang cantik lagi berharga. Ini adalah amalan yang menyelisihi sunnah Rasulullah.

Merujuk kepada soalan di atas, apa yang penting bukanlah jenis logam tetapi tujuan cincin itu dipakai. Sudah dijelaskan lelaki tidak boleh memakai cincin atas tujuan perhiasan atau tanda sudah berkahwin. Selain dua tujuan ini, saya tidak mengetahui apa tujuan lain untuk seorang lelaki muslim memakai cincin, baik yang diperbuat daripada suasa, platinum atau apa-apa logam lain.


Sumber.

10 ulasan:

  1. ain, thanks utk perkongsian ni.. mmg sangat baik..

    dulu zana ada jugak luahkan hasrat hati ttg cincin kahwin utk encik adiey.. but encik adiey ada ckp pasal perkara ni.. dia kata kalau menyerupai kaum lain, seboleh-bolehnya elakkan.. tu yg zana x jadi nak trskan niat utk sarungkan dia cincin masa kitaorang kahwin..

    apapun, sama2 kita berubah demi kebaikan.. insyaAllah..

    BalasPadam
  2. tu r lelaki mane de pkai cincin kan??
    bek bagi jam.
    bio die tepati mase.gud info.
    *meh folo url baru aku* =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeps, betul tu. Sebab tu lah Azreen dulu nak jam je. La ni baru I tahu mi.

      Padam
  3. tak mengapalah. asalkan jgn dr emas sudaahh.

    BalasPadam
  4. salam kenal.
    pernah hubby cerita jugak pasal hal cincin ni sebelum kahwin dulu.
    sampai sekarang dia tak pakai cincin dan tak suka pon pakai.

    BalasPadam
  5. nasib suami i tak suka pakai cincin ke rantai ke apa haha. thanks for sharing kak

    -gajahputih

    BalasPadam