Isnin, 25 Jun 2012

Bebelan Dakpink. #4

1. Selimut busuk/kepam.

Kalau orang lain ada bantal busuk, anak I lain pulak feel nya. Dia ada selimut busuk. Haha. Bukanlah busuk pun selimut tu sebab selimut busuk Iman Raneeya tu I basuh selalu. Selimut busuk ni diusung oleh Iman Raneeya hari-hari. Lagi-lagi kalau nak tidur, selimut tu lah dia akan hidu-cium sampai lelap.

Sekarang ni, I dalam proses nak ceraikan Iman Raneeya dengan selimut busuknya. Walaupun, kadang-kadang nampak dia comel-comel je bila bangun tidur, diseretnya selimut itu keluar bilik, tapi lama-lama I jadi rimas menengokkannya. Lagi bertambah rimas bila dia tarik selimut, lepas tu dia terpijak selimut yang dia tarik, jatuh tersembam dan melalak tak hingat dunia. Haishh, rimas sungguh mendengarnya.

So, cara yang I guna, beli sekor rabbit pink yang kain ala-ala selimut dan bagi dia. Selimut dia I sorokkan. So far, hari pertama dia nampak ok bila takde selimut tu. Tapi time dia nak tidur, dia macam hilang arah mencari sesuatu. Lepas tu menangis. Disebabkan ada kat kampung ketika itu, ibu I bising-bising suruh bagikan je sebab kesian tengok dia menangis.

Hari kedua pulak, dah kat rumah sendiri, dia berjaya tidur sambil gentel rabbit pink tu, tapi tengah malam dia menangis-nangis meraung. Dah tak tahu nak buat cemana, i suakan je selimut dia. Terus senyap dan tidur sampai pagi. So, masih tak berjaya.

Malam ni, malam ketiga. Dia baru je tidur lepas dua jam cuba tidurkan dia tapi tak berjaya. Tapi lepas je bagi selimut, tak sampai 10 minit, tidur dah. Hmmmm, kena fikirkan cara yang lebih baik lagi lah kot nak hilangkan selimut tu.


2. Anugerah

Betul sangat bila orang kata anugerah yang kita terima di tempat kerja adalah suatu motivasi kerja. Bila dapat anugerah, orang akan rasa dihargai, kerja yang kita buat terasa dinilai dengan betul, buat kerja pun bertambah-tambah semangatnya bila dah terima anugerah. Yelar, dah dapat anugerah, tak perform kang, orang pertikai pula nanti macam mana kita boleh layak dapat kan kan?

Tapi pada yang rasa dia patut terima anugerah, tapi tak dapat-dapat lagi, jangan pula rasa kecewa atau iri hati. Tak guna kita cakap-cakap belakang bila kerja yang kita buat tak setimpal dengan penghargaan yang sepatutnya kita dapat. Seharusnya kita guna channel yang betul untuk memperjuangkan hak kita. Macam I sendiri, I direct tanya bos, kenapa markah I 93.5, tapi tak layak dapat anugerah cemerlang. Eh, ni bukan nak riak tapi itulah cara yang betul kalau nak mencari kebenaran. Kan?

So, jawapan bos, dia nak bagi semua staf dia merasa anugerah. Oleh itu kena lah bergilir bagi anugerah kat semua. OKF, jawapan bos buat I kena terima lah sebab bos kan sentiasa betul semuanya. Tapi performance yang baik tetap kenalah teruskan juga walau tak terima anugerah idaman semua tu. Kerja kan ibadah. Kerja dengan ikhlas walupun tak dapat anugerah, akan menjanjikan rezeki yang halal, Insya-Allah. Lagi satu, kalau orang asyik suruh kita buat kerja itu ini tapi masih tak dapat anugerah, ingat benda ni, itu tandanya orang percaya hasil kerja kita. =) Taw?


3. Temuduga.

Haritu kan I ada cerita tentang satu temuduga yang I terima. Oh, keputusannya I tak berjaya. I pergi temuduga dalaman je. Jawatan kosong yang tetap ada satu sahaja dan calon temuduga ada 11 iaitu 8 pegawai kontrak dan 3 orang staf sokongan termasuk I lah. So, siapa yang perform time temuduga, dia berjayalah.

Positifnya, I pergi temuduga ini untuk mencari pengalaman. Ialah, bukan senang nak dapat pengalaman ditemuduga, so i grab lah peluang ini walaupun tahu peluang I nak dapat jawatan tu 10% je. Bersaing dengan pegawai yang dah bekerja 2 3 tahun manakan sama dengan I yang baru nak mencuba nasib jawatan pegawai. Even tak dapat, Alhamdulillah, semua soalan penemuduga I boleh jawab.

Jujurnya i suka dengan cara Kampeni Kubah Biru ni. Pengisian jawatan itu dibuat berdasarkan performance ye, no cable-cable, seniority pun takde dipandangnya. Bagus! Kau perform, orang pandang, kau tak perform tata good bye lah.
=)

8 ulasan:

  1. InsyaAllah, ada rezeki nanti :)

    BalasPadam
  2. anak saya pun ada juga selimut busuk dia.. heheheheh.. selendang saya dia buat selimut busuk dia.. kalau tak der selendang saya tu memang tak bole tidur la budak tu.. dah koyak2 dah selendang tu.. tetap dia nak juga.. dia gigit2 selendang tu...

    saya pun setakat ni belum berjaya lagi dengan 2 temuduga yang dah saya ikuti. sedih memang sedih tapi belum ada rezeki..

    BalasPadam
  3. tak pe lah, bab anugerah tu, kalau kita ikhlas, satu hari akan dtg juga anugerah tu...kita tak perlu cari, janji kita kerja lah dgn seikhlas hati...

    BalasPadam
  4. aku pon dapat bayangkan si kenit tu heret selimut. somelll
    tapi payah gak in case benda tu tertinggal kan??
    huuu seram

    BalasPadam
  5. pasal selimut tu, dulu adik saya ada bantal busuk dia duk gentel hujung jari. sampai dia dekat umur 4,5 tahun, masa tu kitorg otw balik kg, mak saya acah2 dia tanya kalau buang bantal ni dekat luar boleh ke? sebelum tu memang dah banyak kali pujuk dia supaya buang..dia dah besar nak masuk skolah..
    dia kata boleh buang, betul2 mak saya buang.. dia tengok jela. malam tu nak tido, dia tanya bantal dia, mak saya kata lah kan dah buang tepi jalan tadi, dia pun senyap mak saya kasi susu botol, terus tido.. huhuuu.

    BalasPadam
  6. HAHA. nasib isya takde bantal/selimut busuk macam mama dia. kahkah.
    kak, sampai sekarang aku tak tau kampeni kubah biru tu ape. pencerahan plis :)
    baru dapat blogwalking. penat woo pindah umah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Halahai, Kampeni Kubah Biru tu USIM lah. :p
      I bajet retis tak tulis nama penuh organisasi. Kahkahkah. *gelak macam ko

      Padam
  7. i've noticed that some kids like to hold the blanket kehulu kehilir. hehehe
    bagi Arisha, jika seseorang itu menerima anugerah, itu berarti Allah telah mengkaruniakan kepada mereka yang berusaha sebaik-baiknya. :)

    BalasPadam