Selasa, 4 Oktober 2011

Bebelan Dakpink. #2

1. Nak uruskan majlis memang susah. Banyak perkara yang nak kena ambil berat termasuk juga perasaan sesama pengurus setia. Terasa, kecil hati, berkira kerja, tarik muka, emosi tak tentu hala, etc, adalah salah satu resipi yang perlu ada dalam sebuah pengurusan majlis. Time ni lah kita boleh tahu dan belajar perangai manusia. Apa yang penting? K E R J A S A M A! Haha. Plus, be professional lje, senang cerita, mudah kerja.


2. Politik kerja. Hmm, tanak cakap lebih-lebih. Kang kena ISA kampeni pulak. Ark ark ark. Apapun, si pengpolitikus ni, sangat licik, pandai bodek, cepat naik, pandai kelentong banyak dapat untung. Dalam hal ni, berbalik kepada niat kita kerja. Kerja adalah ibadah. Ikut jalan betul, dapat pahala+berkat. Ikut jalah salah, nanti-nanti balasan, kau merasalah. Tak semestinya Tuhan nak tunjukkan sekelip mata sebab kadang-kadang Tuhan perlukan masa untuk fikirkan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.


3. Kalaulah kaya, nak sangat berhenti kerja, duduk rumah, jaga anak je. Banyak benda yang tak selesa kat pandangan mata. Ai bukanlah perfect mana, tapi ada certain benda, ai jadi hilang sabar dan memendam rasa. Contoh:

1. Dah pegang rokok, tak basuh tangan pegang anak kita.
2. Suka-suka cakap baju yang ai beli untuk anak ai tak lawa.
3. Berlebih-lebih mengalahkan dia mak kepada anak ai.

Dan, adalah lagi 2 3 perkara yang ai tak suka.

Bukan tak nak tegur tok hilang kan semua rasa tak selesa tu, tapi bila sesama saudara ni, payah. Tersalah cakap nanti, ada pulak yang makan hati.

Apa yang boleh ai buat cuba jadi positif je lah untuk elak krisis sesama saudara. Lagipun, sekarang nikan susah nak cari orang jaga baby. Lagi nak jadi positif, bila dengar anak kawan hantar taska kena ruam lah sebab dorang tukar pampers bila dah berat, jangkit demam lah. Haihhh!

Wahai diri, sila positif!
Biar je lah Iman Raneeya mak saudara jaga.

.

1 ulasan:

  1. salam

    betul tu kena berfikiran positif..
    begitu juga bab orang jaga anak kita kalau kita tidak berkira dengan mereka ...lagi mereka suka

    dah follow jom follow back

    BalasPadam