Khamis, 22 September 2011

Huru-hara.

Minggu huru-hara, serabut & serba tak kena.

1. Pagi Isnin raptai Majlis Anugerah Kecemerlangan & Inovasi, petangnnya sakit kepala sampai ke hari Selasa. Mual-mual siap nak muntah.

2. Menghadap Majlis Anugerah Kecemerlangan & Inovasi dengan sakit kepalanya lagi tak berhenti-henti sambil ditugaskan jadi pembaca nama penerima anugerah.

3. Menghadap kursus 2 hari dan Jamuan Raya Seketeri.

4. 2, 3 hari Iman Raneeya cirit-birit & muntah-muntah. Memang tahap kesabaran tercabar lah bila 2, 3 kali juga Iman Raneeya muntah kat Mummy dia. Erghhh, ai geli sebenarnya, tapi kena biasa-biasakan lah, sambil lap muntah anak, sambil tahan kembang tekak. =p

5. Ayarkkk, hutang esaimen dengan pensyarah.

6. Rabu malam lari laju-laju ke Rumah terbuka Mak itam.

7. Beberapa hari tak masuk ofis, kepala pening tengok surat banyak. Haishh, rasa nak muntah je ngadapnya.

8. Jumaat ni pula lepas kerja kena berlari ke Petaling Jaya untuk Rumah Terbuka Makcik pula.

9. Sabtu kelas, dan Ahad, Rumah Terbuka Bukit Broga.

Hmmmm, banyak sangat aktiviti, banyak sangat minum ais, terus tekak pun sempit dan hidung sudah mula berair. Kena makan ubat cecepatlah nampaknya sebab tanak bagi Iman Raneeya jangkit selsema.

Apapun, dalam huru-hara sibuk-sibuk tersebut, ada satu berita gumbira yang buat kepala ai tak serabut dah. =p

i































kan,



































































































tak pregnant! Dah buat ujian dah. =)

1 ulasan:

  1. hahaha ingatkan pregnant sebab panjang sangat drumm roll LOL

    BalasPadam