Khamis, 26 Mei 2011

My BFF wedding.


Nama pompuan ni Norafzan Abdul Rahim.

Siapa dia?
Kawan karib ai sekatil sebantal masa belajar di UiTM Seri Iskandar dulu.

Motip buat posting pasal dia?
Dia akan berkahwin besok. =|

Sebab ai buat muka -> =| ?
=,(
Ai tak dapat bersama dia tok meraikan hari bahagia dia.

Pasai apa tak dapat bersama dia?
1. Sebab majlis dia jauh kat Sungai Petani nun. Kalau setakat KL, memang ai dah redah je even dalam patang pun.
2. Suami ai tak bagi izin ai pi sebab ai dalam pantang. Dah jadi isteri kan, cakap suami tak boleh nak lawan, kang tak cium bau syurga. =,(
3. Kalau ai pi, sapa nak jaga anak ai. Ai kan dah jadi Mummy.

Series, ai sangat sedih. Full stop.

To afzan:
I laf you, tu ang kena taw even aku takdak di Hari Besar ang. Aku minta maaf sesangat tak dapat pi kenduri ang. =,(
Aku doakan ang bahagia sampai syurga dan cepat dapat baby macam aku. Aku harap ang dapat maafkan aku na sebab aku tak datang.

Isnin, 23 Mei 2011

B kecil, B besar.


si B kecil. =)


Tenang dan aman seketika bila B kecil tidur.


Senyumnya penghilang penat berjaga malam.


B kecil si ratu air mata.


B kecil yang tak suka tidurnya beralas bantal.


Terkini, B kecil suka diriba bila nak tidur.


Penutup, gambar kenangan time mummy jadi besar bersama B besar yang sentiasa di hati. =p *pixa, kredit to Beby.

Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Ain!


12 Mei 2011

Terima kasih Tuhan, bertambah setahun lagi umur. Dengan rahmatmu juga, diri ini dikurniakan dengan rezeki, kesihatan dan kehidupan yang baik. Alhamdulillah. Tuhan, terima kasih juga atas hadiah yang sangat berharga darimu pada tahun ini iaitu Iman Raneeya.

Kepada suami, terima kasih atas kejutanmanis tapi, ai tak boleh makan pun kek kecik tu, kan ai sedang berpantang. =)

Dan, kepada keluarga dan rakan-rakan, terima kasih kerana mengingati hari ulang tahun kelahiran ai. Ai sangat menghargai ucapan-ucapan yang dihantar melalui sms dan di FB. Laf uols samarata. =)


Khamis, 12 Mei 2011

Kempunan air bunga kembang fatimah.


pixa kredit to cik gugel.

Bunga Kembang Fatimah ni boleh didapati di Tanah Suci Mekah je. Kegunaan bunga ni yang ai tau, adalah untuk mengetahui samada masa untuk bersalin dah dekat ke belum dan air rendaman tersebut boleh diminum dah khasiatnya samalah macam air selusuh. Cara untuk mengetahuinya ialah dengan merendam bunga tersebut. Kalau bunga tersebut kembang selepas direndam, maknanya masa untuk bersalin dah tibalah tu.

Ai dapat bunga ni daripada klasmet ai Feeza. Mak dia pi umrah, so minta tolonglah mak dia carikan. Alhamdulillah, bunga tersebut sampai ke tangan ai, sebelum ai bersalin. Kalau xdapat bunga tu pun, klasmet ai yang lain dah janji nak bagi pinjam bunga dia. Oh ye, untuk makluman bunga ni boleh digunapakai berulang kali ye hingga ke anak cucu sekiranya disimpan dengan baik.

Dengan adanya bunga kembang fatimah dan ibu ai pun dah sediakan minyak selusuh, kira persediaan ai untuk bersalin dah complete lah tu. Dengan benda-benda tersebut jugalah ai mohon pada Tuhan agar ia dapat membantu mempermudahkan jalan ai bersalin nanti.

Nenek sedara ai juga telah membekalkan dua botol air zam-zam untuk ai. Seminggu sebelum ai bersalin, bila haus je, air zam-zam tersebut ai minum sambil selawat dan mohon pada Tuhan moga ai cepat bersalin dan dipermudahkan segala urusan untuk bersalin nanti.

Tapi nak dijadikan cerita, ketika nak bersalin haritu, ai tak sempat langsung pun nak rendam bunga tu tok tengok ia berkembang. Minyak selusuh pun tak diminum dan dibawa masuk dalam labour room. Huhu. Takpolah la kan, janji semuanya dah selamat. Mungkin time adik Iman Raneeya nanti kot, baru dapat merasa. =p

psst: Ai rasa air zam-zam tu sangat membantu memudahkan ai bersalin.