Khamis, 28 April 2011

Helo dunia!


Nama: Iman Raneeya Mohammed Azreen
Tarikh lahir: 27 April 2011, pukul 5.35 pagi.
Berat: 2.5kg

Selasa, 26 April 2011

Si bayi.


kredit gamba dari puan feeza.

Tahniah kepada rakan sekelas, Puan Shitha dan En Azmi atas kelahiran bayi comel mereka, Nuramelia Azmira bt. Azmi.

Gembira, terharu, tersentuh hati melihat gambar si kecil yang suci murni ini. =,)
Tengok jari jemarinya yang masih merah, kulitnya yang halus mulus, hati terusik terus speechless, tatau nak kata apa dah.

Shitha dah selamat melahirkan bayinya. Sekarang, tinggal diri ni sahaja yang masih terkedek-kedek mengendong perut membawa badan menunggu hari pula.

Semoga semuanya kan baik-baik saja. Insya-Allah.


Isnin, 25 April 2011

A photo that makes you happy.

Sambung balik cabaran gambar 10 hari. =p

Gembira dapat kenal mereka-mereka ini.
Lagi berapa bulan saja lagi ye, kita akan bersama. =,)
Semoga kita berjaya.

Psst: Inai di jari masih merah-merah oren lagi. =p


Ahad, 24 April 2011

Baby Shower

Mami kita ni kan, orang nak berbaby shower, dia pun ada hati nak ada juga. Tapi dia tak bagi tau sesiapa pun, dia simpan dalam hati dia sensorang je. Kat dedi pun dia tak cakap.
Nasib baiklah kawan-kawan mami kita memahami, lalu mereka adakan baby shower tok mami kita. Mami kita hepi sangat dengan majlis kecil-kecilan itu walaupun majlis baby shower tu lebih kepada berkumpul dan bercerita sahaja sebab dah lama tak jumpa.

Apapun, hasrat mami kita tok ada babyshower sendiri tercapai juga sebelum kita lahir. Terima kasih diucapkan kepada makcik-makcik auntie-auntie gojes B.E.P, sebab adakan majlis ni tok mami kita kat The Bayou, Alamanda pada 16 April 2011 haritu. Baby sayang auntie-auntie gojes semua tau. Lebiu. =)


Hadiah pintu yang mami kita buat sebagai buah tangan tok auntie gojes.


Sebelum pulang, haruslah bergambar dahulu. Eh, mami kita sangat besar kan? =p

Mami kita dengan auntie B.E.P aka auntie Beby, auntie Emma dan auntie Phia.


Eh, eh, auntie B. E. P pegang-pegang kita pulak. Gembira-gembira saja mereka ni.


Ini auntie Emma dengan uncle Am. Nanti mereka pun nak dapat baby juga dan kita ada kawanlah nanti. =)


Auntie Phia yang seronok sangat gelak. Kat sebelah dia tu uncle Ajid. Uncle Ajid tu Jurufoto tau. Tapi masa babyshower aritu dia tak bawa kamera canggih dia.


Oh, ini pula auntie Beby yang comel dengan hadiah pintunya. Mami kita suka tengok auntie Beby ni sebab, apa pun gaya tudung dia pakai, dia tetap nampak comel. Tudung yang dia pakai tu gaya ala-ala Hana Tajima.


Tengok tu, bila dorang dah berjumpa, leka bergosip. Tak ambil peduli hal-hal di sekeliling dan suami dah. Termasuklah mami kita tu.


Yey, auntie Beby usik kita lagi!


Kan main beriye-iye auntie Emma bercerita. Mami dan auntie lain pula khusyuk mendengar.


Tu mami kita, dengan auntie Phia dan uncle Ajid.




Gambar mami kita lagi, dengan auntie B. E. P.


Yang ni kita suka. Hadiah yang kita dapat dari auntie-auntie. Tak sabar kita nak pakai.


Akhir sekali, makanan yang di makan oleh mami dan dedi kat restoran tu.

Kepada auntie-auntie B. E. P,
Terima kasih sebab belanja mami dan dedi kita.
Terima kasih juga untuk hadiah-hadiah itu. Nanti bila kita dah keluar, kita jumpa auntie-auntie lagi ye. Tata auntie. Baby dan mami lebiu auntie-auntie. =)

Eh, gambar Dedi kita xde langsung kan?
Tu la dedi, sapa bawa kamera, gambar dia memang takkan ada. =p

Isnin, 18 April 2011

Masalah 'kecil' ketika hamil.

Yey, minggu ini baby akan genap 37 minggu (fullterm) di mana baby sudah matang untuk lahir ke dunia ini, Insya-Allah. Semoga ai akan selamat bersalin dalam minggu ni atau minggu depan, sebab lif dah rosak balik. Tak larat nak tunggu sampai 12 Mei lah. *Doa kan ye semua?

Sepanjang mengandung 37 minggu, ai nak share beberapa masalah 'kecil' yang ai hadapi. Walaupun masalah tersebut nampak kecil, tapi jika tak diberi perhatian yang sewajarnya, ia boleh menjadi serius. So, jom kita lihat apakah masalahnya.

1. Muntah-Muntah dan Loya
Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon in, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan.

Selalunya, untuk mengatasi masalah ini Doktor akan mengesyorkan ubat stemetil, avomine atau pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang masalah kepada bayi yang dikandung. Dan bagi kes muntah-muntah yang teruk, wanita hamil akan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


2. Pedih hati / Heartburn
Ini disebabkan oleh timbunan gastric acid dalam perut. Perjalanan tali usus menjadi lebih lembap ketika hamil. Rahim yang kian membesar menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan atau kepedihan pada bahagian hulu hati.

Minum lebih susu dan menentukan perutnya tidak kosong dengan memakan makanan secara sedikit dan kerap. Jika masalah ini menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan dengan memberi ubat yang mengandungi Antacid seperti gelusil actal atau magnesium trisillicate.



3. Bengkak kaki / Edema
Bengkak kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki adalah atau tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.

Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya.

Ia boleh dikurangkan dengan berehat secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam.
*Ai kurangkan dengan cara tinggikan kaki ketika tidur.


4. Tangan kebas
Sesetengah wanita mengalami rasa kebas pada bahagian tangan khususnya di peringkat akhir kehamilan. Ini disebabkan oleh kandungan hormon menyebabkan sendi menjadi bengkak sedikit. Berkemungkinan juga ada kaitan dengan kekurang vitamin B ketika kehamilan.

Untuk mengatasi masalah ini rawatan dengan vitamin B akan diberikan dan kandungan air dalam tubuh juga akan dikurangkan dengan memberi rawatan yang sesuai.


5. Sakit pinggang dan belakang
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar.

Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.


6. Tegang/kejang otot
Cramps atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika seseorang wanita itu hamil. Ia mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat kalsium dengan harapan boleh mengatasi masalah cramps ini. Pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi untuk mengukuhkan tulang dan gigi.

7. Kulit perut pecah

Perut yang semakin membesar ketika hamil mengakibatkan kulitnya tegang dan pecah-pecah berjalur. Ini dikenali sebagai stretch marks. Sesetengah wanita mengalami masalah ini dengan teruknya kerana bekas stretch marks menjadi sangat nyata dan lebih buruk apabila kehamilan meningkat umurnya. Keadaan ini sukar dielakkan.

Calar-calar pada kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan.

Strecth marks pada perut ini boleh juga dielakkan dengan menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan. Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi kurang sedikit tetapi parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu pernah hamil dan melahirkan anak.


8. Masalah Air Kencing

Ketika hamil beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku. Pertamanya, wanita kerapkali membuang air kencing dan keduanya jangkitan kuman pada saluran air kencing. Kekerapan membuang air kencing ini boleh mengganggu seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika berlaku di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya. Wanita perlu bangun tiga atau empat kali semalam. Biasanya kekerapan in disebabkan oleh rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku pada kehamilan di peringkat awal iaitu selepas lapan bulan.

Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekanpundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik.


9. Keputihan

Wanita yang sedang hamil biasanya akan mengalami lelehan keputihan dari kemaluan yang lebih dari biasa. Ini disebabkan oleh lelehan lendir yang lebih dari saluran kemaluan akibat tindakan hormon kehamilan. Kejadian jangkitan kuman pada saluran kemaluan ketika hamil juga meningkat menyebabkan keputihan disertai oleh rasa gatal dan lendir yang berbau.

Kuman yang kerap menjangkiti kemaluan ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan lendir. Rawatan diberikan dalam bentuk ubat yang dimasukkan ke dalam kemaluan setiap malam selama tujuh hari, dan kadang-kadang ubat antibiotik juga diberikan. Disamping itu, kebersihan kemaluan hendaklah diberi perhatian yang rapi.


10. Toxemia

Preclamptic toxemia atau PET adalah satu situasi ketika hamil dimana tekanan darah naik tinggi, kencing mengandungi albumin, dan kaki bengkak/edema.

Yang ini ai takut nak paste kat sini. Series, ai takut sangat bace tentang toxemia ni sebab Doktor kecik saspek ai mungkin terkena toxemia. Tapi dalam masa yang sama, darah ai normal dan ai xde diabetis, so Doktor kecik suruh ai refer kepada Doktor besar je.

Nak tau apa itu toxemia, baca lah TOXEMIA

sumber: di sini dan juga di sini.


Khamis, 14 April 2011

Temujanji.

Kerja ai memang tukang buat temujanji antara orang dengan bos ai.
Set kan masa, set kan tarikh, tanya bos ok ke tak, confirmkan then dah bolehlah bagi orang tu jumpa.
Set masa jumpa pukul 10, pukul 10 lah dia akan jumpa bos ai. Tepat pada masanya.
Kalau lambat pun kes-kes tertentu je lah.

Tapi ai cukup tak suka bila ai pula yang perlu ditemujanjikan. Dengan doktor kerajaan pulak tu. Tahu je la kan kalau kena jumpa Dr. kerajaan ni, tulis je atas buku pukul lapan, pukul doblas karang belum tentu dapat jumpa lagi. Haishhhh, letih!

AJ selalu cakap ai banyak komplen bila ai bising-bising kat telinga dia tentang benda-benda macam ni. =|

Mahaplah, sebab ai memang tak suka keadaan macam ni. Sebab tu lah, ai rela amik cuti rehat atau EL je bila bab-bab buat temujanji dengan sepital atau kelinik 'K' nih. Yelar, kalau tak buat macam tu, lepas temujanji masuk kerja dah tentu tengahari atau petang. Helo, time-time macam tu, mood untuk buat kerja adalah ditahap bawah daripada 4/10 ye bila dah setengah hari kau penat duduk tercongok menunggu kat sepital tu!

27 April 2011 ada satu lagi temujanji dengan Doktor Besar. Sebabnya, doktor-doktor kecik ni tatau nak respon apa tentang masalah ai. *Harap-harap time tu ai dah bersalin lah. Senang, tak payah jumpa dah!

Setakat ni yang ai tau salah satu faktor ai kena jumpa Doktor Besar adalah sel darah putih ai lebih byk dari sel darah merah. Hmm, apa lagi lah nanti kan?

Apapun, baby, cepatlah keluar ye. Malas mami nak hadap semua ni dah. =|

Ahad, 10 April 2011

Tanda-tanda Hampir Bersalin

** Entri melekat sehingga bersalin nanti. Sila skrol ke bawah untuk entri terkini. =)

psst Encik Suami:
pelis take note juga ye. =)

Apakah tanda-tanda hampir bersalin?

Selalunya, tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita. Antara tanda-tandanya ialah:

♥ Bayi turun ke bawah

♥ Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

♥ Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

♥ Sakit belakang
* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

♥ Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

♥ Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

♥ Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.

Bila perlu ke Hospital?
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta kan?)
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.

dipetik dari sumber ini.

kemasterkini:

11 April 2011 (sebulan sebelum 12 Mei 2011)
Dari pukul 1 hingga 2.30 pagi tadi, sakit perut memulas-mulas macam nak buang air besar. Baring ke kiri salah, baring ke kanan salah. Gerakkan AJ, tak sedar-sedar pulak. Cuba tahan sambil mulut kumat-kamit baca ayat-ayat yang tau & doa2 yang dihafal sampai tertido. Bangun pagi ni, sakit takde dah. Hmm, belum tiba masanya lagi lah. =)

Sabtu, 9 April 2011

Jumaat, 8 April 2011

Day 2 - A photo of yourself a year ago.


setahun yg lepas,
peeeeewittt, selim world!
=p

sekarang?
AJ panggey raksasa Gorgon T_____T *nangeh

Rabu, 6 April 2011

This is your life.


*sila klik untuk paparan lebih jelas untuk dibaca.

via: Bows and a Rose & Wonder Wife

Isnin, 4 April 2011

Lif rosak.

Bila pulang ke kampung dah abah melihatkan kaki yang bengkak, abah pelik. Takkan lah kerana mengandung kaki jadi terlampau bengkak sebegitu. Lalu abah pun bertanya lah sebab musababnya.

Malas nak bersoal jawab, ai memberikan jawapan jujur: kena naik tangga ke tingkat 5 bah.

Mengucap panjang abah mendengar jawapan itu dan terpacul pula soalan, tak berhati perut ke diorang itu?

Penat nak menjawab lebih lanjut lagi, ai terus menjawab: Ai bukan anak Tan Sri, bersuamikan Tan Sri apatah lagi ada pertalian sanak saudara dengan orang-orang berada wahai abah. Siapalah yang kisah tentang perkara remeh temeh macamni.

Terus abah senyap terus tak bertanya dah.

Sekarang ini ai menggunakan tangga untuk ke pejabat yang terletak di aras 5 kerana lif rosak. Lif tersebut memang selalu rosak dari dulu lagi. Tapi baru sekarang tindakan diambil untuk memperbaiki kerosakannya yang agak besar. Lebih kurang sebulan masa diperlukan untuk memperbaikinya.

Bagi yang sihat walafiat, kuat kederat, mungkin tidak menjadi masalah besar kepada mereka untuk turun naik. Dulu di awal kehamilan pun, di mana kandungan ai hampir-hampir gugur, di mana badan ai masih sekeping melayang, lif rosak, ai redah je turun naik. Berpeluh ketiak, kembang-kempis lubang hidung, xde pun ai kisah. Kedatangan ke pejabat penuh je, dan ia tak menjadi masalah besar pun.

Tapi, dalam keadaan fizikal yang sebegini, dalam keadaan badan yang sudah membesar bagai johan, menaiki tangga ke aras 5 adalah satu perkara yang sangat-sangat mebebankan! Lagi bertambah beban bila sampai saja ke tingkat 5, terus kaki cramp. Hmmmm.

Ada terasa mau bercuti saja untuk mengelak menaiki tangga, tapi bila memikirkan taknak menyusahkan orang yang dah sedia banyak kerja untuk menjalankan tugas kita, terus rasa itu dibuang jauh-jauh. Biarlah saja tiba waktu yang sebenarnya nanti baru bercuti 60 hari. Lagi sebulan je lagi, oleh itu, hati, silalah bersabar.

Ada juga yang mencadangkan supaya ai berpejabat di tingkat bawah sahaja. Senang. Tapi, segala tok nenek kerja, fail itu semua, takkan nak dibawa turun pula. Tetap memerlukan bantuan orang untuk turun naik dan menyusahkan mereka. Lagipun, ai dan bos sentiasa berkomunikasi secara dua hala. Bila berpejabat di bawah, komunikasi mungkin hanya melalui telefon dan email sahaja. Oh, komunikasi secara tidak bersemuka bukanlah komunikasi yang berkesan dalam pentadbiran.

Apapun, doa ai,
1. Moga lif rosak tersebut dapat dibaiki dengan segeralah hendaknya.
2. Minggu depan dan masuk 36 minggu. Semoga ai bersalin awal. Tak perlulah tunggu sampai 12/5 untuk bersalin. Dah tak larat nak naik tangga tu.

oh, sebelum terlupa,

UNTUK ORANG2 BANGANG yang menjadikan benda ini satu gurauan, ingatlah doa orang teranaiya tu makbul. Ai tak perlukan kren pun atau nak didokong apatah lagi diangkat untuk naik ke atas tu. Moga satu hari nanti, ko rasa lah apa yang ai rasa ni. Tak jadi kat isteri ko, mana tau satu hari nanti jadi kat keluarga kau ke, anak cucu kau ke. Time tu barulah ko tau ape rasa yang ai hadapkan sekarang ini yang sedap-sedap je ko jadikan bahan gurauan. *series, ai memang marah kat orang-orang bangang tu.

Sabtu, 2 April 2011

2 April 2011


*Eh, eh, pasal gambar ai yang lelebih dari besday boy pulak ni? =p

Selamat ulangtahun kelahiran ke 28 buat Encik Suami dan selamat menyambut ulangtahun kelahiran pertama kali sebagai suami saya. =)

Ucapan tok Encik Suami?
Ala, tak payah lah tulis kat sini.
Nanti ai bisik je kat telinga yu ye Encik Suami.

Dah and tata.
Nak p bagi seksisperais untuk Dea. =p

Jumaat, 1 April 2011

Kontraksi.

Di klinik swasta,

Doc: Apa masalah?

Me: Baby tak gerak. Kiraan sepuluh saya tak cukup.

Doc: Ni mesti KK yang suruh buat kiraan sepuluh tu kan. Alahai KK ni! *dengan gaya beriye nak cerita sambil gelak2. Dulu masa ai kerja dengan Kerajaan, ai kalau boleh nak ubah rules tu. It doesn't make sense lah kita nak buat kiraan sepuluh tu. Helo, nowdays, semua wanita bekerja lah! Bukan macam dulu, ada masa nak duduk mengira semua ni. Kadang-kadang kita kira pun, kita terlupa sebab bizi kerja. *sambil explain, sambil pandang Azreen. Kenpius ai. Ai ke yang pegnen, Azreen ni? Asek la menengok Azreen.

Me: Itulah. Baby bergerak, cuma tendangan dia tu je lah, xdapat nak kira dan kadang-kadang saya tak perasan.

Doc: Xpe, ai sajes kat u, u try kira dari 9 malam sampai 9 pagi lak. Ai percaya, kalau u buat time malam, tak sampai pukul 12 am, kiraan sepuluh u dah cukup dah. Ai ni 6 orang anak oke, semua ai praktikkan macam tu je.

Me: Oo, ok.

Doc: Ada masalah lain lagi?

Me: Baby asyik mengeras je. Normal ke tu?

Doc: Oo, baby try practice nak keluar tu. It's normah lah. You and baby ok je. Xde apa masalah pun. Daripada scan td pun, kita dah tgok condition baby semua ok, dah engaged. Dia tak sabar nak keluar tu. So tak perlulah risau.

Me: Ok Dokter.


Di Klinik Kesihatan (KK),

Nurse: Eh, baby mengeras ni. *sambil tekan-tekan perut ai.
Me: Oh, dia memang selalu mengeras sekarang ni.

Nurse: Selalu tu macam mana? 10 minit sekali? 5 minit sekali?
Me: Eh, kena kira ke? Saya pun tak ingat. Tapi selalu lah.

Nurse: Xpe, meh duduk kat kerusi. Kalau dia mengeras lagi inform saya.


tak sampai 3 minit,

Me: Nurse, dia mengeras balik.
Nurse: Eh, tak sampai 5 minit pun. *nurse cemas dan inform Ketua Nurse.

Ketua Nurse: Selalu ke contraction macam ni?
Me: Contraction xde lah. Tapi baby memang selalu mengeras.

Ketua Nurse: Mengeras tu contraction lah.
Me: Oh, ye ke?

Ketua Nurse: Awak baring. Kita nak tengok kerap ke tidak contraction awak. Kalau kerap, masa awak nak bersalin dah dekat ni.

Me: erkkkk.. *im not ready yet! time ni rasa menyesal sangat datang & drive sendiri ke KK. macam-macam dah dalam kepala otak. takkan secepat ni kot? adoiai, siapa nak bawa beg baju baby, siapa nak inform azreen kalau ai dah masuk dalam bilik bersalin nanti. haishhh, dan-dan ai seramm!!


Setelah dipantau selama 10 minit oleh Ketua Nurse,

Ketua Nurse: hmm, xde pula contraction lagi. Belum masanya kot.
Me: Alhamdulillah. *lebar ai senyum

Ketua Nurse: kalau terjadi lagi macam tadi, contraction selang 5 minit atau 3 minit, sakit teramat sangat di pinggang belakang atau keluar darah, cepat-cepat pergi hospital ye?

Me: Ok Nurse. *lega yang teramat sebab masa untuk bersalin tak sampai lagi. buat ai cemas je lah nurse ni.