Ahad, 24 April 2011

Baby Shower

Mami kita ni kan, orang nak berbaby shower, dia pun ada hati nak ada juga. Tapi dia tak bagi tau sesiapa pun, dia simpan dalam hati dia sensorang je. Kat dedi pun dia tak cakap.
Nasib baiklah kawan-kawan mami kita memahami, lalu mereka adakan baby shower tok mami kita. Mami kita hepi sangat dengan majlis kecil-kecilan itu walaupun majlis baby shower tu lebih kepada berkumpul dan bercerita sahaja sebab dah lama tak jumpa.

Apapun, hasrat mami kita tok ada babyshower sendiri tercapai juga sebelum kita lahir. Terima kasih diucapkan kepada makcik-makcik auntie-auntie gojes B.E.P, sebab adakan majlis ni tok mami kita kat The Bayou, Alamanda pada 16 April 2011 haritu. Baby sayang auntie-auntie gojes semua tau. Lebiu. =)


Hadiah pintu yang mami kita buat sebagai buah tangan tok auntie gojes.


Sebelum pulang, haruslah bergambar dahulu. Eh, mami kita sangat besar kan? =p

Mami kita dengan auntie B.E.P aka auntie Beby, auntie Emma dan auntie Phia.


Eh, eh, auntie B. E. P pegang-pegang kita pulak. Gembira-gembira saja mereka ni.


Ini auntie Emma dengan uncle Am. Nanti mereka pun nak dapat baby juga dan kita ada kawanlah nanti. =)


Auntie Phia yang seronok sangat gelak. Kat sebelah dia tu uncle Ajid. Uncle Ajid tu Jurufoto tau. Tapi masa babyshower aritu dia tak bawa kamera canggih dia.


Oh, ini pula auntie Beby yang comel dengan hadiah pintunya. Mami kita suka tengok auntie Beby ni sebab, apa pun gaya tudung dia pakai, dia tetap nampak comel. Tudung yang dia pakai tu gaya ala-ala Hana Tajima.


Tengok tu, bila dorang dah berjumpa, leka bergosip. Tak ambil peduli hal-hal di sekeliling dan suami dah. Termasuklah mami kita tu.


Yey, auntie Beby usik kita lagi!


Kan main beriye-iye auntie Emma bercerita. Mami dan auntie lain pula khusyuk mendengar.


Tu mami kita, dengan auntie Phia dan uncle Ajid.




Gambar mami kita lagi, dengan auntie B. E. P.


Yang ni kita suka. Hadiah yang kita dapat dari auntie-auntie. Tak sabar kita nak pakai.


Akhir sekali, makanan yang di makan oleh mami dan dedi kat restoran tu.

Kepada auntie-auntie B. E. P,
Terima kasih sebab belanja mami dan dedi kita.
Terima kasih juga untuk hadiah-hadiah itu. Nanti bila kita dah keluar, kita jumpa auntie-auntie lagi ye. Tata auntie. Baby dan mami lebiu auntie-auntie. =)

Eh, gambar Dedi kita xde langsung kan?
Tu la dedi, sapa bawa kamera, gambar dia memang takkan ada. =p

2 ulasan:

  1. auw..u r welcome..janji mami awak suka, auntie2 gembira. maaf x dpt buat besar2an coz bagi auntie2, kami suke jumpa antara2 kami je. jemput ramai2 kang susah nak handle..eh terlerbih sudah cite kat baby :D

    harap baby dah kuar nt, jangan susahkan mami n dedi ye..mami banyak bersusah payah tau untuk baby..moga baby jadi anak yang soleh dan solehah..amin

    love you baby!

    ikhlas,
    auntie beby :)

    BalasPadam
  2. auntie beby:

    hehe. xpe kecil-kecilan pun dah ok. nanti kita buat babyshower tok auntie emma pula.

    baiklah auntie Beby, baby takkan nakal-nakal bila keluar nanti. =)

    BalasPadam