Khamis, 25 November 2010

Setahun yang berlalu


*pixa: credit to su anna joe

dalam setahun yang berlalu ini,
hati teringat,
time mula nak berbaik semula.
asek ditanya soalan yg sama, "bila awak nak keluar dengan saya?"
dan ai jawab, kalo ada jodoh, nanti kita keluar la. *bajet artis+jual mahal.

dalam setahun yang berlalu ini,
hati teringat,
1st time berbuka puasa tahun lepas & 1st time jumpa semula.
serba tak kena.
bajet cun, kontrol sini sana.
nak suap nasi pun rasa macam nak tersuap lubang hidung je.
jujurnya, ai segan yang teramatlah saat berjumpa bertentang mata.
almaklumlah, 3 tahun takbertegor sapa.

dalam setahun yang berlalu ini,
hati teringat,
time ditanya, "boleh tak saya nak jaga awak? saya nak jadi guardian angel awak"
ai jawab, kalo diizinkan Tuhan moga adalar jodoh kita, doa ye?

dalam setahun yang berlalu ini,
pesan mama sentiasa tersemat di dalam hati,
"sayang orang yang sayang kita"
ternyata,
betol kata mama!
sebab orang yang sayang kita, akan berusaha untuk bersama kita.
orang yang hanya main-main cinta, bercinta sekadar melepas batuk di tangga.
kan ma?

notalipscumel:
hepi anibeseri 4 bulan habie.
 =)

Isnin, 22 November 2010

Tiada tajuk.

1. Mulakan entri dengan senyuman. Result exam ada peningkatan pada CGPA dah masih kekal dengan 3 pointer. Itu yang penting. Alhamdulillah. im back on track. Harap takkan kecundang lagi di tahun akhir ini.

2. Semester baru sudah bermula. Wiken xdapat nak berjimba-jimba. Sudah di tahun akhir di semester pertama. Di kala ini terasa macam buat master pulak. Sebab, ada paper research method yang perlu diambil. Haish, pening mak nak! Haha.

3. Preggy akan genap 4 bulan this wik. Alhamdulillah. Muntah dah berkurangan, selera makan pun dah tak dapat nak bendung2. Hadapkan je la. Tuhan je yg tahu macam mana eksaitednye perasaan ini nak jadi mami, tapi bila mama pesan, jangan hepi sangat sebab kita tak dapat jangka apa yg akan jadi, so teruskan sajalah dengan mood biasa2, mcm xda pape.
Ingat pesan orang-orang tua: Jangan suka-suka, nanti duka. Barang baby pun mama pesan jangan beli byk2. Dah lahir nanti baru beli yang lengkap semua.

4. Di bulan keempat kandungan ni juga, mata dah mula pedih-pedih. Mengikut thebump.com: "One bit of bad news -- your eyes might be feeling a little dry these days". So, kene gi tempah spek mata la nampaknya.

5. Dua orang sohabat akan bernikah Disember ini. Syukur. Ai sangat eksaited dan hepi sbb mereka akan berkahwin. Sebab? Mereka telah lalui macam-macam dugaan ketika bercinta, dan dengan pernikahan ini ai harap mereka akan bahagia. To abang faizal (4/12) & emma (12/12), semoga berbahagia hingga ke syurga ai ucapkan. Tiada la kesedihan oke, bahagia akan menjelma, Insya-Allah. Oleh kerana mereka sudah wat appointmnt setengah tahun awal, so, ai akan cuba la hadir majlis hari besar mereka nanti. =)

Jumaat, 19 November 2010

Mimpi.

dua hari lepas ada mimpi seorang nenek tua dan seorang budak asyik ngikut ai dan AJ ke mana saja kami pergi. sehingga masa kami tidur pun, dia ikot tidur bawah katil juga. tapi tu kan mimpi je.

bila cerita pada teman-teman, mereka suruh pergi jumpa ustaz untuk cari pendinding rumah.

hurmm,
akan cuba difikirkan.

tapi,
sekarang ini, hati asyik berdebar-debar sahaja.
dan,
perasaan takot sangatlah melampau-lampaunya. sampaikan nak mandi pun suruh AJ teman juga.

harap-harap tiada apa lah.

Khamis, 18 November 2010

Sebak.

Dalam tahun 2010 yang makin ke penghujung ini, ada beberapa perkara yang buat ai sebak.

1. Saat abah memandang ai ketika di tanya Imam mau jadi isteri AJ atau tidak. Sebak sgt di saat mau menukar status anak abah kepada isteri AJ. *sebak2 pun ai kaberline dengan gelak. =p

2. Saat pertama kalinya AJ mengimamkan solat maghrib selepas bernikah. Satu perasaan yang bercampur baur ketika itu tak dapat digambarkan dan terus sebak.

3. Saat mendengar takbir Hari Raya Aidiladha ketika dalam perjalanan pulang ke Melaka baru-baru ni. Sebak sambil mengusap perot mengenangkan degupan jantung comel yg sedap berdegup dalam perot ini.

Tuhan,
terima kasih atas setiap kurniaan.

Sesungguhnya dalam setiap pengorbanan dan kesakitan, pasti akan ada sinar kebahagiaan sebagai ganjaran.

Salam Aidiladha 1431H.

Jumaat, 12 November 2010

Alhamdulillah.


Alhamdulillah.

Chekap di GH semalam semuanya suda oke2 sahaja. Cuma dibagi ubat tambahan untuk pening yang hari2 datang tak penah kurang.

Dapat melawat baby Aisyah Humaira yang chinese look itu. Anak kepada Siti Hajar. Baby sangat comel dan gebu. *dok ngate ai lagi, kan dah ngikot mata sepet dan mulut kecik ai. haha.

Album hari besar sudah dapat. suke! =) ♥ ♥ ♥

Result exam sudah keluar. Tiada yang gagal. Kepada teman-teman, terima kasih atas segala bantuan dan pertolongan. =,)

Terima kasih Tuhan.

Ahad, 7 November 2010

Sampai juga ke Genting Highland.


yey! riang.


laf.nyaman.bez.

AJ! suka rosakkan gambo ai kan!


usaha pasti jaya. =p


game ni je la yg boleh main.



l o v e


telefon ni ada kat genting taw. haha.


ai like. *oppss, perot!


last but not least. the hepines.


notalipscumel:
1. balik dari genting teros demam+muntah keluar darah. haish.

Khamis, 4 November 2010

Roti kapit.

Since preggy, ai agak troma nak blogwalking ke blog yang wat posting tentang makanan.
motip?
troma sebab lepas tgok gambo mesti ai akan teringin nak makan. =p

dalam troma2, sekali tadi, terklik pulak kat posting roti impit si emma ni.

dan2,
xlengah2 semes AJ, suruh gie beli. haha.

hasilnya,

tadaaaa! yummy yeyeyeye!

selain roti kapit, AJ juga sempat memberikan sesuatu tok ai. AJ kate budak kedai tu suro bagi benda ni kat ai.

nak tau amendenye?


*sila klik gambar untuk lebih jelas

ni ha, roti kapit delivery uols.
ceh, AJ. ko malas la tu kan nak tolong beli dah. ngado.
papepun,
uols, delivery ni untuk mereka2 di kampeni kubahbiru je ea. harap maklum.

eh, roti impit la, pesal ai tulis roti kapit? *garu kepala

Delivery details:
Delivery is around 6 items and above. Roti impit only @ pearl beverage only @ mixed both.

How to make order:
NAME space SPECIFIC space LOCATION space QUANTITY space FLAVOUR send to 012.648.2096 *korang jangan taip space tu lak, space tu suroh jarakkan je.

Example:
NURAIN SYAZRIN FEM RT3 BV3 C, M, Bp, CO, MO, CP

Delivery Time:
12p.m to 5 p.m (Monday - Thursday)

Price:
Roti Impit (RT) = RM2.50 each
Pearl Beverage (BV) = RM3.00 each

Rabu, 3 November 2010

Alhamdulillah, moga ada rezki kami.


Kalau pergi klinik, tak dapat ubat, tak kene sound dengan nurse, memang bukan nur ain syazrin lah. haha.

Petang semalam, pergi ke klinik lagi. Tujuan utama adalah untuk scan 3 bulan. Petang-petang di klinik kesihatan mantin adalah tenang oke. 3 ibu mengandung, 2 orang baby yang menunggu giliran untuk di periksa. Lain kali, elok datang petang je lah. Tak serabut.

Masuk bilik doktor, terkejot sekejap. Selalu doktor perempuan, tapi kali ni yang tukang periksa adalah doktor lelaki India yang berbadan besar. Haishh! Naik darah ni bila nengokkan doktor. Nasib time scan, nurse yang buat. Takde la malu merah jambu sangat. Doktor cuma bagi penjelasan tentang imej di skrin sahaja.

Dan, tatkala di skrin memaparkan imej kepala badan, tangan dan kaki yang comel itu, diri ini terkaku.

=,)

Masya Allah. Speechless saat melihat kepala, tangan dan kaki itu. Macam tak pecaya, si kecil itu yang berada dalam perot ni. Dulu time scan, titik besar bulat kaler hitam je. Sekarang, dah cukup sifatnya. Air mata ditahan dari mengalir. Perasaan di kala itu sukar nak digambarkan. =,) Hilang sakit pening mual secara tiba-tiba. Lupa keadaan berdarah dan keadaan penat ketika muntah-muntah yang telah dilalui. Laf u baby, laf ur papa too. =p

Nurse yang ada di sisi pun mengucapkan syukur sbb nurse tu memang tahu kondisi ai cemane.

Melihat keadaan diri yang diam terkaku, doktor potong stim menegur, 'awak nampak ke tak ni? Ni heartbeat taw. Heartbeat ok. Ish, susah pula nak capture kaki baby. banyak bergerak ini baby.' *doktor bebel2

Haha doktor ni. Op coz la ai nampak bukti kekuasaan Allah yang Maha maha Berkuasa itu, yang mencipta si kecil yang mendiami perot kecil ai di kala ini. Masya-Allah!

Tapi, dalam keriangan2 ai melihat hasil peng'scannan itu, tetap ada juga yang tak bez.

1. Urine still poblemos. Bila da problem Doktor mesti sebut tentang threatened miscarriage (TM) itu. Haishh, nyampah. Nurse lak memekak2 suro minum air 2 liter. * Wahai Pn. Nurse, tak larat kencing dah oke sbb minum air yang banyak tu! Panties pun asek basah je dah ni.

2. Tekanan darah masih rendah. Heran. Walopun ai suka marah2, ia tetap rendah juga.

3. Setiap kali datang ada je ubat yang dia bagi. Nasib kali ni ubat kaler pink. So, skrg ni semangat la sket time nak makan ubat nnt sbb ada kaler pink. =p

4. Perot masih sakit lagi dan doktor ulang cakap lagi tentang TM itu. Apapun, doktor suroh tengok dulu cemane appointmnt ai dengan GH 11 Nov nanti. Since baby still fragile, ai kene maintain kan sikap 'berlemahlembap' ai itu.

5. im tired of being lemahlembap (lemah lembut sopan santun) oke! bila lemahlembap ai jadi lemau, xde mood nak buat semuanya. dari dulu lagi ai tak suka orang yang camtu. kawan-kawan ai pun tade yang camtu. Kena gelak perlahan, kene jalan cam orang sakit, terhadkan segala aktiviti. Haishhh!! Stress haku!

6. nurse sound, lenkali pakai kasut rendah sikit ye sayang! haha. baiklah! ni pun buat ai stress juga.

highheels = build your confident oke! tak caya gie la class personality development. tambah pulak bunyi tuptaptuptap itu, ia membantu menambahkan lagi keyakinan seseorang di pejabat. lagi2 kalau kasut bertutup penuh, tinggi, lagi la confident level bertingkat2 jadinya. tertutup semua ukiran pelik2 di kaki. =p

kasut rendah = kasut rendah ai pakai gie kedai, gie soping je. bukan gie opis. mood macik2 je kalo pakai kasut cam gitu gie pejabat.

alahai. papepun, ai cuba la pakaikan juga.

7. setiap kali orang tanya cemane keadaan ai, ai jawab oke je la. malas nak ckp bebanyak. nak tau detail gie la tanya doktor ai. =p hepi2 je sudah. dun wori, be hepi.

8. muntah2 menjengah kembali. ades!

9. apepun yang jadi, ai bersyukur atas kurniaan ini. terima kasih Tuhan. semoga ada rezki kami.

Selasa, 2 November 2010

Makna Doa Semasa Duduk Antara Dua Sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku).

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima keampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.

Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu:

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

love: sharing is caring ;)

Isnin, 1 November 2010

Fadhilat menjadi isteri

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami. Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun


Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami *ai try my bez AJ. nsb skrg ni dah bole masak balik =)
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah


Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus


Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid


Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin


Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. Dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.


Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah


Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!