Selasa, 9 Mac 2010

Sakit, berdenyut2!


semalam di klinik,
selepas 4 5 jarum disuntik di gusi, lidah & kawasan yg sewaktu dengannya,
elok je ai biar doktor menujah2, mencungkil2 gusi ai tok mengeluarkan gigi bongsu itu sambil mata dipejam.
xde rasa sakit. yang terasa hanyalah mulut ai macam nak koyak akibat tujahan alat yang macam skrudriver tu.
dua 3 kali dentist tu minta ai nganga luas2 sebab susah dia nak buat kerja walhal ai rasa ai da nganga seluas yang boleh da.
elok je ai nak buka mata, erghhh, ternampak tali tangsi yang digunakan untuk menjahit gusi.
ai terkejot dan masih xde lagi rasa sakit.

petang,
ai singgah di opis, menyetelkan pape yang patut sebelum pulang ke rumah. dentist menyuruh ai pulang, xpayah gi ofis. ai sangat pelik, bila dentist tak bagi stay di ofis. sebabnya, ai tak rasa sakit papepun, melainkan yang ai rasa hanyalah bibir ai yg semakin menebal selepas minor operation itu.

petang dekat2 nak malam,
kesan bius makin hilang.
sikit-sikit sakit tu datang.
berdenyut2. terasa seperti luka yang terkena air pedihnya.
tiada apa yang boleh dilakukan melainkan dengan menangis jo lar!
=,(
barulah ai faham kenapa dentist suro ai pulang.

malam,
tidor terjaga bila denyutan sakit itu semakin kuat,
ditambah dengan perot yang lapar (sempat makan nasi goreng je lepas perhimpunan smlm),
lagilah rasa tak tentu arah.
mengereng ke kanan salah, mengereng ke kiri xselesa,
sudahnya bangun dan duduk dikerusi sambil menyapu minyak cap kapak di pipi sambil sms dakpinkL.*sgt kejam sms org tetengah mlm kan?
kemudian, ubat yang diberi oleh dentist ditelan dengan harapan boleh mengurangkan denyutan,
tapi ubat itu hanyalah membuatkan ai mengantok sahaja.

pagi ini,
bila terjaga, adoiaiii, ia masih sakit dan berdenyut, masih belum berkurangan. =(
huhu, ia sangat sakit!

4 ulasan:

  1. akak cabut gigi ke?ngeriii

    -kocha

    BalasPadam
  2. kocha:
    yep. ngeri2 pun da selamat da =p

    BalasPadam
  3. sunggoh berani koin..semoga cepat sembuh babe!!!

    BalasPadam
  4. kokin:
    berani kerana benar kak.
    haha.
    tak tahan nanggong sakit.
    oleh itu, bek cabot tros je.

    BalasPadam