Selasa, 6 Januari 2026

GCB's annual meeting

Salam,

Nowdays semua sibuk susah nak jumpa my GCB. Lagi-lagi yang dah dilantik jadi Pengarah, lagi busy jadualnya. So, this year, I try juga la setkan siap-siap pertemuan. Book tarikh diorang di kalendar, dan pesan siap-siap, sila bawa 5 hadiah time jumpa nanti. Nak buat gift exchange.

Hari yang ditunggu pun tiba. I block date dan masa je. Tempat diorang cari sendiri! Haha! So kami ke Wawa Cafe, Nilai. Jom, group photo for 2025.

Kafe ni baru buka. I order air suam, sekali nahhhhh, siap teko ia sampai ko! Tanjat acikkkk.



Semua food ok, sedap tapi since kami datang time rehat Jumaat, adik kedai suruh order menu cepat sebab diorang nak tutup kedai jap, nak pergi solat Jumaat. Ini kelako ya! Dah la ada yang belum sampai, so kita call la tanya nak makan apa.


Presentation dia memang A++. Air siap ada deco bunga.



Lepas makan, since adik-adik kedai tu dah pi solat Jumaat, kedai pun takda orang, selesa betul kami buat sesi tukar hadiah. 




Lepas semua food dan air sampai, adik kedai suruh bayar siap-siap. Haha. Gelak besar kami. Takut kami lari la tuuu.

Kami pun pesan suruh kunci kedai sesiap sebab kang orang masuk kami tak tahu nak layan =p


 

Isnin, 5 Januari 2026

Salam Tahun Baru 2026!

Salam semua,

Selamat Tahun baru 2026!

Semoga semua rakan blogger terus diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan rutin tahun 2026 dan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang dilakukan, amin!

This year kami tak pi tengok bunga api pun sebab anak-anak tak nak. Haha! Bukan jenis berjaga lewat malam. Last year pergi tengok bunga api, si adik siap tidur, bangun balik, belum juga pukul 12 malam. So this, year, semua nak tenang-tenang je di rumah di malam tahun baru.


This year juga, husband ajak start balik exercise sebab berat dia dah naik, perut pun dah ke depan. Haha. Day 1/365, ayuhlah kita! Santai-santai briskwalk as a starter.


Happy New year siput! Boleh laju sikit tak jalan tu =p


Healthy breakfast gitu tapi I rasa tak kenyang terus goreng nasi.

Tengahari ajak anak-anak pi cari barang sekolah tapi sebelum tu isi perut dulu kat sini.


Walaupun dah tahun 2026, bujang sorang tu tetap gitu ya. Seboleh-boleh nak menyelit kat makpak. Mana tak kena reject 😂 Dia GAMON sebab awek cakap dia tak matang.


Rakyat Malaysia suka beratur


Beratur sebab nak makan Nippon Sushi Shabuyaki ni la. Tak boleh booking, so kena datang awal kalo nak masuk. Penuh sokmo tempat ni.

I lagi suka Seoul Garden sebab ada udang dan ketam. Tapi tu lah, harga pricey sikit  dari Nippon Sushi ni. 


Fav kakak.


Our first family photo for 2026!
Dah elok melantak tengahari, petang Apaknya ajak lagi briskwalk sebab dia kata dia dah makan banyak. Ayuuuuuhhhh, ke taman baru buka di Nilai kita tuju.


Cinta hati. Moga kita terus bercinta sampai syurga ya, amin. Nak jumpa you je kat syurga. Takmo orang lain =)


Ni yang sebenarnya tujuan nak pi Nippon Shabuyaki ni. I nak makan ice snow dia. Sedap tau yang ni. Flavor Tiramisu.


Tiga ketul The Imans. Amanah pinjaman Allah.
Insha Allah, moga yang baik-baik saja untuk anak-anak Mami di tahun 2026, amin.


Jumaat, 26 Disember 2025

Takda rezeki menang

Salam semua,

Kitanya merancang, Allah juga yang menentukan segalanya. Alhamdulillah, selesai 3 minggu komitmen dengan kumpulan koir UR. 

Perjalanan yang tak mudah, tetapi Alhamdulillah, dapat pengalaman yang indah, mengenali staf dari jabatan lain, berlatih bersama-sama demi menjayakan pasukan ini.


Moh la simpan kenangan di sini untuk dikenang di masa hadapan. Hello, panggung PUSKEB. Setelah kena sidai oleh JKKNS dengan macam-macam tarikh, akhirnya dapat masuk semula berlatih di panggung ni untuk pertandingan akhir.


Cikgu yang dirindui. Haha. 
Terima kasih cikgu, banyak curahkan ilmu tentang muzik kepada kami. Minta maaf tak dapat bagi MENANG.


Team LHDN yang sama-sama join koir Hari Kebangsaan dulu.


During sound check.


Final moment - siap ada make-up artist. Terima kasih PUSKEB.


Kesayangan semua ni walaupun perangai macam-macam ragam. Terima kasih tetap bersama sehingga ke akhirnya. 


Cikg AO, cikgu ganti bila Cikgu Azizul takdo.


Maghrib dulu, baru final!


Sesi Preview bersama Ketua Jabatan.


Sesi soundcheck. Berdedai jalan kaki ke tempat program.


Satu keluarga turut hadir sama ke sesi latihan.



Thank you adik-adik yang bantu kami bersiap dan make-up kan.


Majlis Bacaan Yasin dan Doa selamat memohon keberkatan dariNya untuk pasukan kami. Namun, tiada perkenanNya. Mungkin ada yang lebih baik lagi rezeki untuk kami selepas ini.


Terima kasih anak-anak kerana memahami passion kami dan sentiasa support. Siap nangis ya makpak tak menang =(


Yang selalu ada. Hmmm, belakang tu orang ketiga =p


Dealova


My remedies for tekak sepanjang persiapan pertandingan. 

 

Isnin, 10 November 2025

Muar, PAP datanggg!


Salam semua,

Dah lama sebenarnya teringin nak pi Jalan-jalan cari makan kat Muar, so bila Popo ajak,

Kak Ain jom pi Muar pada 24 Oktober?

I  terus on je. Terus invite rakan seperjuangan di kalendar. Haha!

Kalau ikut perancangan, ada 5 orang peserta tapi itulah, kita merancang, Tuhan menentukan, dari berlima, terus tinggal tiga je. Tetap kita teruskan perjuangan Muar, PAP datang!

P.A.P stand for Popo, Ain dan Pijah.

Sebelum  subuh, Cik Pilot dah roger dah. Dan macam biasa, kitonyo kalo nak berjalan, yang di rumah takkan dibiarkan kelaparan. Masak dah lauk tengahari. Sarapan pagi, pandai-pandailah Apaknya cari roti canai nanti.



Bismillah, lepas Subuh, kami pun memulakan perjalanan ke Muar, Johor yang mengambil masa 2 jam setengah perjalanan.


Dah ke Muo, haruslah bersarapan Sate dan Soto! Plan asal nak ke tempat viral, tapi malangnya  hari Jumaat tutup. Teruslah kami menuju ke Mael Satay ni.


Sebelum makan jangan lupa bayar parking sebab kami datang ni hari bekerja. Bangsa Johor kena download apps parking dia sendiri.



Alhamdulillah, sedap semua menu yang diorder walaupun last minit search tempatnya di Tiktok.

Dah isi perut  moh kita berjalan di Muar Street Art. Dua orang rakan seperjuangan dalam Misi ke Muar, Popo dan Pijah. 

Pijah pinjam tripod suaminya lepas tu tak belajar cara guna. Dah kena VC cara nak buka.

Kenyang perut, muka pun happy nak berjalan.




Kebetulan Mael Satay tu terletak dekat dengan Muar Street Art. Berdepannya pula Hentian Bas. Sempat la tumpang toilet dan terlihat ni. Sebarang sana tu Tangkak. Dipisahkan oleh sungai je.



Snap gambo la, buat video la, almost tengahari juga kat sini Muar Street Art ni. 


Perut rasa kenyang lagi, so kami skip tempat lunch dan terus je ke Laman Bakau Parit Kassim di tengahari buta. Layankan permintaan nature's lover, si Popo.




Seronok juga ya masukkan tempat gini dalam itinerari. Tenang dan damai je rasa kat sini. Bergelak ketawa ambil gambar dan video sambil menghayati kehijauan alam.

Dari Parit Kassim, kami patah balik Bandar Muar sebab nak ke Kedai Kopi 434. Tak lengkap kan kalau datang kat sini tak try kopi muar. Parking area hentian bas, kena lalu jejantas untuk melintas. Lamanya lahai tak guna jejantas.

Kat Kopi 434 ni juga, I cadang buat pertukaran hadiah. Tengok kat IG dan Tiktok, trend orang campak hadia atas meja, lepas tu ambil sorang satu, so kita pun nak ikut trend la. Cumanya, dah tak ramai kan, dapat sorang dua hadia je lah. Haha. I tetapkan hadiah minimum RM10, kalau lebih dialu-alukan. So, ini hadi dari I. Lip serum dari Anas, mini kalendar 2026, kerongsang comel dengan box kecil dan purple tu hand wash.


Kami dengan give exchange masing-masing.


Menu minum petang kami di Kopi 434.



Nak makan asam pedas, perut full lagi. So, I ajak diorang tapau Asam Pedas Pakcik Daud di area Parit Jawa. Kedai bapa mertua kawan office juga ni.

On the way balik, Popo ajak singgah Klebang, Melaka sebab dia teringin keria gula Melaka.


Takkan nak cakap tak pula kan sebab dia pilotnya. Kita ikut je lah.


Dalam pukul 5.30 petang kami pun gerak pulang semula ke Nilai.


Esoknya ada balance asam pedas sedapnyaaaa yang ditapau tu, kita buat sarapan lawankan dengan lempeng.