29 Jun 2016

Menu berbuka: 15 hingga 22 Ramadhan 1437H

15 Ramadhan 1437H



Berbuka di rumah sendiri lah lepas dah gembira suka hati balik Melaka kan. Hadaplah muka suami dan anak-anak pula.

Menu: Lauk-lauk yang ibu bekalkan, i top up sambal sardin dan buat roti nan cheese yang viral kat FB tu. Lepas tu beli kuih tepung pelita yang sedap buat tambah penuh meja. Haha.


16 Ramadhan 1437H


Masih lagi berbuka di rumah sendiri. Permintaan suami nak air soda lemon berlaici, permintaan Iman Raneeya pula nak makan kuew teow goreng. Kita tambah telur goyang potong cili, lepas tu laju-laju buat kuih buah Melaka sebab teringin.

Pernah beli buah Melaka tu kat PARAM, tapi rasa tepung je. Terus sedih dan berazam buat sendiri. Kek tu jiran sebelah bagi. Piring ada lagi sehingga hari ni sebab tak sempat nak balas lagi :p


17 Ramadhan 1437H


Balance tepung buah Melaka semalam ada lagi, kita kacau kelapa buat inti, terus terjadi badak berendam air tangan sendiri. Haha. Puas hati dapat makan kuih yang cukup rasa, bukan gigit tepung semata.


Sebab dah tapau Nasi Kandar Lawood, tu yang sempat lah nak buat kuih segala. Sedapnya lahai nasi kandar ni. Untuk  anak-anak, buat lauk fucuk suhun dengan telur.

Bulan puasa ni memang macam-macam tekak teringin. Nak juga makan kek batik malam tu. So, kita ambil bahan yang ada je. Ambil biskut budak-budak ni, cairkan butter, campak susu, boh vico, godak-godak, simpan dalam esbox (peti ais), besoknya sahur kek batik.

Walaupun Azreen kata, apa bendalah kuih awak ni, tapi rasa dia sedap tak terkata tau. Betul, tak tipu, memang sedap.
Haha.


18 Ramadhan 1437H

Berbuka di luar time ni sebab pi settle cari baju bapak dan anak. Lepas settle berbuka, singgah rumah kawan I pi ambil kuih lidah buaya. Sedapnya lahai, malam-malam mengunyah lidah buaya ni. Krup krap krup krap mengadap tv.


19 Ramadhan 1437H

MIL call suruh datang berbuka kat rumah sebab dia kata, dia masak ikan besar. Kang takde orang nak habiskan. Menu simple, ikan siakap tiga rasa (kuah tak siram lagi sebab nak rasa garam), bendi goreng bercili, sup ayam dan ayam sambal kering. Tekak mak buyung lak nak roti john, maka, pak buyung kenalah belikan ;)


20 Ramadhan 1437H


Berbuka puasa dengan adik-beradik abah dengan tema potluck. Kalau berbuka kat sini memang lambat baliknya sebab pakej lengkap. Lepas berbuka Maghrib berjemaah, lepas tu sambung makan, lepas tu Isyak, sambung dengan terawih. Penutup moreh. Dah selesai, baru kau boleh pulang. Haha.

Menu potluck macam-macam, tapi tak tahu apasal adik I snap gambar ni je. Tak boleh harap tau diorang ni kalau suruh ambil gambar makanan! :p


21 Ramadhan 1437H


Iftar with Geng Bas Sekolah dan Geng Tetampa. Tuan rumah sajikan menu Arab. Falafel kot nama dia. Ala-ala sandwich subway tapi ni version arab punya. Senak perut kenyang walaupun makan setengah je. Terima kasih tuan rumah. =)


22 Ramadhan 1437H

Berbuka di rumah MIL lagi. Lauk asam pedas ikan apa tah tak ingat nama, masak lemak rebung dengan perut, ayam goreng dan sayur  bayam. Tekak I memang selalu lari dari menu utama, nak makan nasi lemak lak. So, pling, terhidang nasi lemak yang diidamkan. =)

Malam, mengadap tv sambil makan buah rock melon yang dibeli dari salah satu jabatan kat kampeni I ni. Sedap manis buahnya.


Sekejap je kan Ramadhan dah masuk hari ke 23.
Dalam tak larat tak larat nak masak, Alhamdulillah, masih mampu juga berbuka di rumah.
Alhamdulillah juga dapat berbuka di luar, so selamat sikit tak kena masak, dapat rehat sekejap.

Kepada semua, teruskan berpuasa dan menambah amal di bulan mulia ni ya.
=)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan