Rabu, 30 November 2011

Pengantin cantik mak aiiii!!


Last week pergi majlis perkahwinan kawan departmen lama dulu.
Majlis start pukul 12.00 tapi I datang pukul 11.00. Boleh?
Haha. Suka hati main redah je. Bila dah main redah tu, haruslah tulis kat page depan sekali kan, bagi tahu orang dan pengantin yang, i orang 1st sampai. =p


Pengantin cantik?
Eh, ni bukan. Ni bakal pengantin baru nak up tapi jodoh tak jumpa lagi. =p
Saje bagi anak enterprem sambil skodeng-skodeng bakal bofren kat blog mummy dia.


Ni plak?
Haha. Ni pengantin of the year kan kak yanee kan? Tapi pengantin basi lah sebab dia jadi pengantin of the year tahun 2010 tuari *kenyit mata kat kak yanee. Gelaran tu Kak Yanee yang bagi ea, bukan I yang sesaje nak letak. =p

Eh, weols guna khidmat MUA yang sama tau. =)


Yang sebenarnya, ini lah yang pengantin cantik makkk aii seperti yang ditulis kat tajuk posting ni. =)
Cantik sangat kan?
Orang, kalau jarang mekap ni, sekali di mekap, memang terus transform jadi cantik meletop tak hingat kan?


Letak lagi gambar ni, tapi bukan gambar yang sama tau. Ada beza gambar kat atas dengan gambar ni. Kalau terer, try lah cari.


Nak cakap lagi perkataan ni, cantikkkkkkkkknya dia!


Pengantin cantik senyum kemam. Rasa macam nak bagi penampor je kat pengantin ni sebab geram tengok dia tak reti nak senyum betul-betul. =p


Bunting pengantin yang di design oleh suami pengantin. Comel lah!


Ni pelamin sanding pengantin. Purple pink sweet sweet gituu.

Gambar sanding?

Alah, tak sempat nak tunggu dia bersanding. Kata dah sampai awal kan. Di tambah pulak dengan Iman Raneeya yang dah terlentok-lentok penat melayan mummy dia yang asik menepek kat bilik pengantin, terus pukul 12.30 lari balik.

Apapun,
sempat lah pergi tengok-tengok gambor pengantin cantik ni kat FB dia.
Meh nak tunjuk sikit.


Outdoor shooting. I heart this!


Outdoor lagi. Nice picture.


Ha, ni lah muka suami dia, Kazaa.
Maaf lah ye, akak tak sempat nak tunggu ko sambil wish apa yang patut kazaa. Tapi akak dah salam peluk kocha dah dan sokseksoksek kat dia. Apapun, tolonglah jaga si Kocha tu elok-elok ya dan semoga kamu berdua berbahagia hingga ke syurga hendaknya. Amin.

Psst Kazaa, Azreen cakap nama ko best. Qadzar apetah. Tak ingat. Nak refer kat kad kahwin, kad tu si Iman Raneeya dah renyuk-renyuk. =p


Lastly, pelamin nikah dia yang sangat lah comel dan cantik. Geram je tengok rasa macam nak makan epal kat belakang tu. Haha.

Maklumat tentang majlis:

Majlis Perkahwinan Kocha & Kazaa
Tarikh: 27 November 2011 (Ahad) pada tarikh ni juga Iman Raneeya genap 7 bulan. =)
Tempat: Saujana Impian, Kajang
Mua: Readzul


Khamis, 24 November 2011

7 bulan minggu hadapan.


Next week dah 7 bulan. Haishh, cepat je masa berlalu. Rasa macam baru semalam je dok bersusah-susah teran princess ni. =p

Progress terkini?
1. Rambut masih halus macam tulah tak tumbuh-tumbuh lepas cukur jambul.
2. Tak nak main dengan toys dia kalau sorang-sorang. Kena ada teman.
3. Dah pandai hulur tangan mintak dukung.
4. Dah pandai sebut tatata, buat bunyi cetcet panggil cat.
5. Makan bubur nasi & nestum.
6. Cuba angkat bontot tapi selalu jatuh tertumuih.

Hmm, kalau sekarang ni Iman Raneeya 7 bulan, katalah I pregnant, Iman Raneeya akan dapat adik dalam umur 1 tahun 4 bulan camtu.

Eh, katalah i pregnant kan, maknanya bersusun-susun lah baby rumah kira-kira ni sebab ada dua orang pembantu tadbir yang sedang mengandung dan sorang lagi pembantu tadbir isteri dia juga mengandung?
Haha.

Berdasarkan tanda-tanda yang sedang ada sekarang ni macam sakit perot yang macam nak period padahal i dah period dua minggu lepas, malas yang terlampau, I positif je. Malas nak fikir tak nak, tak bersedialah etc.

Kalau ada, terima, kalau takde, bukan rezeki I dan Azreen lah tu.

Anak tu kan rezeki, kalau Tuhan nak bagi, kita kena terima. Besok lusa kalau tak nak bagi terus, ha, ambik kau, sorang tu jelah penyambung zuriat.

Teringatlak kata-kata someone haritu,

"Kalau taknak, elak. Ini tak. Macam bersedia seadanya tak pakai protection apa-apa.
So, redha je lah!"

Ya, I memang tak pakai protection apa-apa pun sebab lepas 3 bulan bersalin dulu I amik injection perancang terus bleeding sebulan. Nurse advise suruh stop dulu injection sekejap. I patuh, dah stop sampai sekarang ni.

So, senyum, tak perlu kata apa-apa!

Apapun, tag line favourite I:
Semoga semuanya kan baik-baik sahaja. =)
Amin.

Notalipscumel:

To Cha,
All the best for your big day pada 27 November ni. Dah macam-macam dugaan kamu lalui, semoga dengan ikatan perkahwinan ini nanti bahagia akan sentiasa bersama kamu. Semoga berbahagia hingga ke syurga dan cepat-cepat dapat baby ye. Love you pengantin cantik!

Tak sabar nak pergi majlis dia sebab dia gunak MUA yang sama dengan I.

Selasa, 22 November 2011

Tahniah Harimau Muda!

Tersungkur GARU DADA di bumi sendiri,
Diratah rakus HARIMAU MUDA,
Itulah akibatnya meninggi diri,
Seeloknya diucapkan 'PADAN MUKA!'

'MALING SIAL' gelaran kau beri,
Bendera dibakar, pemimpin dihina,
Ternyata sial itu memakan diri,
Gah MALAYSIA memenangi piala!

Provokasi dan layanan kelas bawahan,
Juadah BERACUN dihidang tuan rumah,
Dirgahayu MALAYSIA kental perjuangan,
Berkat sabar dan doa kepada ALLAH.

Atas padang kita berlawan,
Di luar padang kita berkawan,
Penyokong lawan tidak budiman,
Ibarat BERUK MAK YE duduk di hutan.

'GANYANG MALAYSIA' kata dijulang,
HARIMAU MUDA dicaci maki,
Pingat EMAS kami bawak pulang,
Merataplah orang seberang tak henti-henti.

Lagu NEGARAKU lambang negara,
Tapi di'booooooo' sepanjang masa,
Sifat BANGSAT LAHANAT mu tidak terkata,
Menanglah sejuta emas sekalipun, ia tidak bermakna.

Garuda itu binatang dongengan,
Mana kan ketemu di mana-mana,
Harimau Malaya LAMBANG sanjungan,
Tersohor hebatnya ke seluruh dunia!

Sunyi sepi negara seberang,
gegak gempita di negara kami,
Lain kali jangan berlagak sembarang,
Bila dah tewas, tersembam menyembah bumi!

Acara bola sepak ibu segala pingat,
2 kali berturut2 milik kita,
Pemain bermatian mengerah keringat,
1 JIWA SOKONG MALAYSIA!

BONAI PONOROGO WAK EH ONOJOROKO,
MILONOBO PATRICH JOTOSOWOLO,
PODOCOYONGGO UPIT NENEM IYO WAK OKTO,
IRENG KOKOBO INDON MONGGOBOTONGGO!!!!!
*bukak google translate nak tau ape maksudnye ~ I dah try GT dah, tapi xde pun maksudnya? =p

Source.

Notalipscumel:

1. Yey, HM menang! Seronok sangat dorang menang waaaaaluuuupun I dan bola takdelah nak berapa ngam mana nye pun! Dengan bakar benderanya lah, dengan tak hormat lagu kebangsaan nye dan macam-macam lagilah nak melayan perangai mereka yang tak bertamadun tu, Alhamdulillah, kemenangan berpihak kat Malaysia juga.

Isnin, 21 November 2011

Apam dot dot.



Boleh tersenyum dah sebab berjaya buat kuih ni.
First time buat, menjadi kuihnya. Sedap gebu je ngap-ngap dengan Azreen sambil tengok tv makan panas-panas.

Second time buat, masih bentuk rupa apam, tapi kuihnya keras. Ini semua sebab si kecil tu yang asyiklah nak melekat 24 jam. Baru nak pukul telur, dah melalak. Baru nak masuk tepung melalak lagi. Aduiyaiii, terus keras kuih makkk nak!!

Resipi Apam dot-dot atau Azreen panggil Apam Smurfs

Bahan2 :

3bj telur sejuk dr peti ais (asingkan putih & kuning telur)
2 cawan stengah tepung gndum + 3sudu kecil baking powder (di ayak sekali)
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalette
3 suku cawan susu segar/susu cair/santan (mana2 yg suka)
1 sudu kecil esen vanila
Inti bluberry or ape2 je yg korang suke, aku suke oren :)
Pewarna

1. Pukul putih telur dgn kelajuan yg paling max smpai kembang/meringue/bertanduk (pusing kan mangkuk, putih telur tak jatuh)
2. Masukkan kuning telur, gula, esen vanila & ovalette pukul smpai kembang lagi.
3. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn baking powder td sedikit demi sedikit berselang selikan dengan susu, pukul pd kelajuan paling minimum masa ni.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa mangkuk untuk diwarnakan dan masukkan dlm piping bag. Inti jem td pun sama.
5. Picit adunan ke dalam papercup yg telah dimsukkan ke dalam acuan lompang 3/4, kemudian picitkan sdikit inti, dan penuhkan papercup td dgn adunan apam td, last step buat dot2 di atas mengikut kretiviti sendiri.
6. Kukus selama 15minit dengan api perlahan & make sure penutup pengukus ditutup dgn kain bagi memastikan air wap dlm pengukus tidak menitik ke atas apam.

Sumber resipi.

Tqsm pada tuan punya resipi sebab tolong sukatkan bahan-bahan kuih guna cawan. =)

Notalipscumel,

1. Nak buat dot dot tu sangan menguji kesabaran ok. Bila dah tak sabar, terus macam-macam corak dah terhasil. =p

2. Ima Raneeya dah besar nanti mesti seronok kalau buat apam ni dengan dia sebab bila dah diletak pewarna, dah macam nak buat lukisan pulak.

Tutti Frutti @ Nilai


Tutti Frutti dah buka cawangan baru kat Nilai!

So,
lunch hour tadi pergi try.

Sedappppp sangat!

Azreen said: What? 9 ringgit? Makan nasi lagi elok. Rasa takde lah sedap mana pun.

Ahhhkak Pink said: Sedapppppppppnya tak terkata. Petang karang nak singgah lagi lah. Eh? =p


Jumaat, 18 November 2011

Tak suka tau kalau kena jadi Jurufoto!

Last weekend, I berkursus selama 2 hari di A'Famosa Resort Hotel, Melaka. Eh, I berkursus c.u.m jadi Urusetia.

Biasalah, kalau dah jadi Urusetia ni, kau kenalah multitasking gitu. Serba-serbi kau kena tahu ya. Kat kursus tu juga, I kena jadi Jurufoto. Ok, ok, I mengaku, dalam banyak-banyak tugas, tugas ni I tak berapa nak suka. Sebabnya, sila kira foto kat bawah ni, berapa keping je ada muka I?

Nampak?
So, dah fahamlah kan kenapa I tak berapa nak suka. =p


Yang ni bukan I, so tak payah kira.

Lawak gila tengok gambar ni.
Cuba teka, ni Sang Kancil ke Sang Lembu? Haha.
Maafkan lah bakat terpendam I tu ya. Dah, jangan gelakkan gambar ni sebab Penceramah kata ni bakat semulajadi. Kena hargai.


Gambar satu ~ Dengan peserta Kem Kendiri 2011.


Gambar 2 ~ With my BFF. =)


Gambar 3 ~ Bagi hadiaah pada Orang besar KKB yang cakap I, dulu macam Shila Majid, sekarang dah macam Shila Mambo. Sentappp mak nak!


Gambar 4 ~ Penilaian Dalam Kumpulan.


Gambar 5 ~ With my BFF lagi.


Gambar 6 ~ Semua peserta bergambar bersama Orang Besar KKB.

Ha, kan dah kata!
memang kurang gambar kalau kena jadi Jurufoto ni. =p

Psst, nak tengok gambar tangan keras I ni capture, ada kat sini.


Khamis, 17 November 2011

Bukit Broga lagi.


First time naik Bukit Broga sehari sebelum puasa haritu selepas 4 bulan setengah habis pantang untuk meraikan Ulangtahun pertama perkahwinan I dan Azreen.

Semput juga lah naik pada masa tu sebab faktor fizikal yang dah membesar. Siap sekerat jalan minta nak turun lagi sebab tak larat, tapi Azreen bagi support untuk teruskan juga. Alhamdulillah, berkat moral support suami, berjaya juga ahkakkk sampai atas tu tau!


Kali pertama haritu pergi dengan adik, sepupu dan kawan-kawan adik. Pergi dengan orang-orang muda belia, alamatnya, kena tinggal kat belakang je lah kita ni.


Muka gembira bila dah sampai. Lagi gembira sebab first time naik Bukit Broga sambil menyambut first anniversary.
Cuba tengok cina kat belakang tu, rilex je pakai macam tu naik bukit.


Ni pula second time naik Bukit Broga. Kali kedua, dah laju dah. Siap jadi tukang support pulak kat orang yang tak larat. Cewah, kan main lagi kan. Time ni juga lah I jumpa buaian tempat Syeikh Muzzafar buat pre-wedding.


Kali kedua naik atas permintaan makcik (berbaju merah pegang botol air) yang dok jauh di Kulim nuuuu. So, permintaan orang jauh tu haruslah ditunaikan. Nasib baik dah larat dah tau. =)


Sempat juga lah buat sesi bergambar post-wedding syok sendiri kat atas tu ha.
Nampak puncak kat belakang tu? Tu lah puncak Bukit Broga. Tak boleh beramai-ramai naik kat atas tu sebab puncaknya sempit.

Minggu ni pula akan naik Bukit Broga lagi untuk kali ketiga!
Dan yang pasti untuk kali ini, aktivitinya lain sikit dari sebelum ni sebab kami akan berjalan malam, camping kat atas dan paginya baru bergerak turun.

Semoga cuaca dan semuanya akan baik-baik sahaja lah.

Bila ditanya, apa yang best sangat lah asyik pergi Bukit Broga tu?

Jawapan I mudah je.

1. Nak tenangkan fikiran ~ mendaki sambil menghayati kehijauan alam = terasa sangat fresh, tenang dan aman.

2. Nak membina perhubungan ~ melalui aktiviti macam ni hubungan sesama suami isteri akan menjadi erat, hubungan adik-beradik, sepupu, saudara dah lain-lain akan menjadi rapat.

3. Nak bersenam untuk sihat ~ banyak peluh keluar ye walaupun mendaki bukit yang tak seberapa ni.

Selalunya, aktiviti mendaki bukit ni, kaum Cina sahaja yang penuh sebab diorang ni rajin bersenam. Awal-awal pagi lagi dorang ni akan bangun untuk mendaki. Kalau pergi Bukit Bendera, Penang pun sama. Penuh dia orang sahaja. Dari yang muda sampailah yang tua.

Pssst blogers,
Jom kita pergi Bukit Broga jom!
Ada berani? =p

Senyum Khamis







































Notalipscumel:

Perempuan ni, dia suka fikir banyak kan?
=p



Rabu, 16 November 2011

It's inspiring!

1. “Don’t forget to pray today, because Allah s.w.t didn’t forget to wake you up this morning.”

2. “Nothing beautiful is created without struggle. You want your heart to be beautiful, but you forget that a diamond is created by heat and pressure, and pure gold is made by heating.”

3. “Sometimes things don’t work out the way we want. They work out better. Because we plan but Allah plans too. And Allah’s plan is always the best plan.”

4. “…..and it may be that you dislike something while it is good for you; and it may be that you love something while it is bad for you. And Allah knows while you do not know. .” 2:216

5. If Allah says to do something, shut-up and JUST DO IT!

6. When times get hard, don’t runaway from Allah, run towards him.

7. “Learn to accept the seasons of your heart, like you accept winter, fall and summer. Spring never lasts forever. But that’s okay. The Winter is cold, but beautiful. Fall is windy, but full of color. And Summer is hot, but in that heat, still grow the most beautiful roses.

Source


Selasa, 15 November 2011

Rancangan di televisyen.

Korang suka tengok TV?
Apa? Suka?

I pun sama juga.

Korang mesti selalu dok menepek depan TV lama-lama kan?
Kan?

Tapi I tak!
Huahuahuahuahua.

Mana lah nak menepeknya kan sebab bila balik kerja je, laju-laju jadi Supermak buat itu ini. So, masa nak menonton tu kadangnya ada, kadangnya tidak.

I ni tak memilih nak menontong TV. Cerita Tamil pun, kalau cerita bagus, I layan je. Muahaha. Ada juga rancangan bersiri yang I suka tengok. Contohnya,


Soffiya
=)
Drama-drama kat TV ni ada masa je I follow.

Kalau dah tengok siri pertama, jalan cerita memberangsangkan, hero emsem, heroin cantik mata memandang, confirm lepastu pada hari dan masa rancangan di tayangkan, I dah chop remote.


Ni pun my favorite sebab ada Shah Jazel tu. Haha, Azreen cakap Shah Jazel tak emsem. =p Jeles leteww. Drama ni I siap tengok Asmara 1 & 2 lagi.


All time favorite. Dari masa belajar, sampai lah dah beranak satu, rancangan ni tak boleh kalau tak tengok.=)
You wannabe on top?*sebut sambil bisik

Tak sabar nak tengok America's Next Top Model All Stars lepas ni pulak.


Pakcik ni pun I suka!
Suka tengok dia jerit-jerit marah orang dalam dapur tu. Best kan. Ada dalam satu siri tu siap perserta dia lawan balik. Ha, cemas pakcik tu!


Pakcik Ramsey lagi! Besama kawan-kawan pulak dalam Masterchef (MC). Rancangan ni pun I suka. Seronok tengok bila orang tertekan masak ni. Ark ark ark. Apapun, melalui tekanan tu lah yang selalu menjadikan kita yang terbaik kan?




Masterchef Australia!
Junior Masterchef pun seronok untuk di layan.

Next,
Ha, Masterchef juga, tapi version Malaysia.

First time tengok yang Malaysia punya, hampir setengah jam blank depan TV. Sebab? Macam tak boleh terima + pelik sebab Juri bercakap dalam Bahasa Melayu lepas tu dok compare kan setting MC Malaysia dengan MC yang luar negara. =p





Apapun, faktor utama yang mendorong I tengok rancangan ni bukanlah nak tengok sangat dorang masak, tapi adalah disebabkan cinta pandangan orang botak pertama dengan Nik Micheal!

Dan,

Yang terbaru,
Rancangan ulangan yang I tertengok secara tak sengaja di hari Sabtu,

TERRA NOVA!

Fall in love sudah dengan rancangan ni! Sebab dah tengok dari episod pertama, tahu jalan cerita, lepas tu sinematografi rancangan ni pun cantik je kan, oleh itu jadik suka gilak. Heart 15juta kali lah.


See, cantik je kan?


Ni lah antara keluarga yang telah dihantar ke Terra Nova, sebuah dunia baru yang sedang cuba dibangunkan. Tengok budak kecil tu, nama dia Zoey, comel kan?

Di Terra Nova, diorang ni menghadapi macam-macam dugaan sepanjang kat tempat baru. Antaranya kena menghadap makhluk-makhluk pelik dan puak yang dah berpecah-belah.


Daddy, Mummy, Abang, Kakak, Zoey - Pendokong utama cerita Terra Nova.

Nak tahu tentang Terra Nova dengan lebih jelas? Pi lah cari Mr. Google. =p


Notalipscumel:

Sila jangan tertipu. I bukan tengok ontime pun cerita-cerita kat atas tu. Dapat tengok ulangan pun dah boleh tersenyum sampai telinga dah. =)