Jumaat, 11 November 2011

Mari mengikat jodoh.

Ha, musim mengikat jodoh sudah sampai.
Dalam 3 bulan ini, 3 sepupu akan berturut-turut bertunang.


1. Mr. Qayum ~ 13 November 2011. Bertunang dengan orang Cheras.
Maaflah tak dapat hadir sebab I kena pergi kursus di Melaka. Insya-Allah, masa kahwin nanti, I confirm datang memeriahkan majlis. =)


2. Mr. Syamsul ~ 17 Disember 2011. Bertunang dengan orang Seghomban.
Semoga I akan berkelapanganlah untuk hadir. Dekat sepelaung je kat Sikamat nu, kalau tak datang, memang saja cari pasal lah kan.


3. Mr. Shaha a.k.a Banglong ~ 29 Januari 2012. Bertunang dengan orang Melaka.
Ni sepupu teman sepembesaran sepergaduhan ketika sama-sama membesar di rumah Nenek. Kalau tak hadir, memang sampai tua lah jadi bahan nanti. Oleh itu, akan cuba mencari masa balik ke Melaka.
Mamat ni, awal-awal dia dah minta sponsor sedulang hantaran. Hmm, yollah, I akan fikirkan lah nanti nak boh apa dalam dulang hantaran tu. Ikutkan je lah permintaan dia tu sebab masa kahwin I dulu dia dah sponsor video kahwin. =p

Psst: Seronok kan majlis-majlis memanjangkan jodoh ni? =) Tapi tu lah, sepupu lelaki ni, kemeriahan dia kureng sikit sebab sepupu lelaki tak di make-up dan pakai cantik-cantik.

Notalipscumel;
1. Tulis siap-siap kat blog, so kalau lupa hadir, ada buktilah kat sini yang I ingat tarikh diorang tunang. Cuma tak berkesempatan pergi je.

2. Alhamdulillah, semua sepupu bertunang dengan orang-orang dekat je. Takdolah penat nak jalan jauh time majlis kahwin nanti. =p

15 ulasan:

  1. kalau wedding i u tak datang i majuk :p. PLEASE TAKE NOTE 27 NOVEMBER 2011

    -gajahputih

    BalasPadam
  2. wah melaka gitu.

    jgn lupe singah ok..nak pelok iman raneeya erat-erat.

    BalasPadam
  3. GP:
    Muahahah. Dah tulis besar2 kat PC ni ha. 27 Dis kan?

    eh,
    salah lak. 27 November lah.

    Of course lah I datang darling sebab MUA kita sama. Tak sabar nak tengok perantin cantik tau.

    BalasPadam
  4. Elin,

    Kalau tak sebab cousin tunang pun, I selalu balik Melaka. I memang orang Melaka nye punnn.

    BalasPadam
  5. melaka kat mana? blh pelok iman lama2...hhahha

    BalasPadam
  6. Kg. Solok Duku, Masjid Tanah Melaka.

    Nnt ada masa kita jumpa ok?

    BalasPadam
  7. alaaahiii solok duku tuh!!! x jauh mana pun.
    ok :)

    BalasPadam
  8. musim hujan musim bertunang berkawen seiring jer gayanya...

    BalasPadam
  9. Daddylicious,

    Tq sebab singgah.
    Tulah, musim cuti sekolah kan, musim panjang jodoh pun sampai lah.

    Psst, comel ya twins Daddy tu.

    BalasPadam
  10. salam..betul tuh..sepupu sepapat seangkatan yg lbih kurang baya ramai yg akn t6/nikah..dh musim nih..hihi

    BalasPadam
  11. mcm mana la kalau dpt org Sarawak atau Sabah kan?

    BalasPadam
  12. kang aku merisik+tunang+kawen ko jgn tak datang lak..
    bkn jauh pon..

    Korea aje.
    hahahahah

    BalasPadam
  13. Noli,
    Hai noli. Tq singgah ye. Hujung tahun memang dah musim yg gitu-gitu. =)


    Wahida,
    Ada sorang yang kahwin dengan orang Sarawak, tapi tak pi nganto pun. =p


    Ummi,
    Huishhh, kat Korea tu. Belanja mahal oi. Aku tengok gambo je lah ye. =p

    BalasPadam
  14. Mr shaha tuh macam fahrin Ahmad lak haka tengokk..:)

    BalasPadam
  15. hakak CNN,
    Muahahah. Dah ramai yang cakap dia macam tu dah.

    BalasPadam