Selasa, 30 Mac 2010

♥ chenta ♥ ai ♥ love ♥



♥ When you think of your past love, you may view it as a failure.
But when you find a new love, you view the past as a teacher.

♥ In the game of love, it doesn't really matter who won or who lost.
What is important is you know when to hold on and when to let go!

♥ You know you really love someone when you want him or her to be happy, even if their happiness means that you're not part of it. Everything happens for the best!

If the person you love doesn't love you back, don't be afraid to love someone else again, for you'll never know unless you give it a try.

Love strives is hurting. If you don't get hurt, you don't learn how to love.

Love doesn't hurt at all the time. Though the hurting is still there to test you, to help you grow.

Don't find love, let love find you. That's why it's called falling in love because you don't force yourself to fall.

You can not finish the book without closing it's chapters. If you want to go on, then you have to leave the past as you turn the pages.

Love is not destroyed by a single failure or won by a single cares.

It is a lifetime venture in which we are always learning, discovering and growing. The greatest irony of love is letting go when you need to hold on and holding on when you need to let go.

We lose someone we love only when we are destined to find someone else who can love us even more than we can love ourselves.

On falling out of love, take some time to heal and then get back on the horse.
But don't ever make the same mistake of riding the same one that threw you the first time.

To love is to risk rejections, to love is to risk dying, to hope is to risk failure. But risk must be taken because the greatest hazard in life is risk nothing !To reach for another is to risk involvement, to expose your feeling.

sumber: repost & googling

_♥

Isnin, 29 Mac 2010

Pukul berapa datuk harimau?

tiada cerita. hanya beberapa keping gambar untuk tatapan bersama. =)


ehem2. =p
teka la sendiri berdasarkan gambar ye.
papepun, im officially free from hiv. yey! boleh kawen.


@ emi's convocation day. congrats sis. rentung ai & dakpinkL nunggu selesai majlis ko dik oii.
to dakpinkL, tq la sudi nunggu & merentungkan diri sesama.


jalan-jalan @ KL mencari tangkapan yang sesuai wit dakpinkL, mama & macik.
hasilnya: pinklace for my akad. thanx ma.

Lat talilat lali tamplom!


penat
+letih+ngantok+kangen (font paling kecik sbb malu nak tulis besar2)+malas+moodswing = tak sabar mau kawen. bole?

**blushing =p

Khamis, 25 Mac 2010

Asam pedas Kg. Jijan

semalam lunch with dakpinkL kat kg jijan yang terletak dekat2 dengan mydin kotaserimas.
kedai yg terletak di tepi jalan tu biasa2 je, xde la gah mana, tapi pelanggannya sgt ramai dan tak putus2 datang menyinggah.
orang kata, kalo kedai tu ramai pelanggan, makanannya sedap.
so, jom kita coba!


lihat! kuah asam pedasnya pekat dan cukup ramuannya. mabeless. *ngikot tekak ai la. kalo tekak kokin yg pandai masak tu, tatau lak cemane komen dia. =p
rasa pula?
sangat sodap oke. siyes, xtipu. kuah siap boleh dihirup2 lagi.
yummimami, rasa sekali pasti mau lagi!!


size hidangan adalah sgt besar xhengat ko! pestime ai nengok ikan tenggiri yg dipotong sizenya besar gitu.
dua 3x ai ulang ayat ni kat dakpinkL: patutnya kita order lauk satu je td. boleh share.
tak terhabis ai makan sorang. tunang ai juga la yg terpaksa tolong ngabiskan segalanya. =p


lauk di atas dihidangkan dengan nasi ini. dikira sebagai 1set dengan harga RM8 kot (mengikot jenis ikan yang dipilih). *xhengat sbb bukan ai yg bayar.


ekceli, tujuan utama sebenarnya ai dibawa datang ke situ adalah ini. donut yg besar!
setelah 2 3 ari memekak2 kat dakpinkL mau donat, ha, amek ko, donut besar gabak dibaginya.
haishhh, sgt sedap donutnya. lembut. gebu2 gitu. *oit dakpinkL, ai nak donat big epal la. nsb bek donut tu sedap. so, ai tanak bigepal da la.


tengok2! isi donut.
adessss, rasa mcm nak g beli lagi je.
awakkk, nnt kita g beli lagi ea. =p

hurm, selain makanan2 kat atas tu, ai perasana juga nasi ayam kat situ nampak macam sedap je. mahap gambar tidak disertakan sbb kami tak order. so, next time haruslah ke sana lagi bagi mencoba nasi ayamnya pula.

sekian, laporan ai untuk hari ini.

Khamis, 18 Mac 2010

L I K E S !

♥ Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

♥ Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita.

♥ Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami.

♥ Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. *btol sgt2. =/

♥ Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. =)

♥ Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu
jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. *btol3x

♥ Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum.

♥ Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda
dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. *yep! no regrets

♥ Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia.

♥ Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain
juga.

♥ Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

♥ Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka. *so, never ever givap uols!

♥ Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan. *yep, nothing last 4ever. semua milik Allah dan akan kembali kepada dia jua.

♥ Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. *stuju!

♥ Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.

♥ Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita
mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang
yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih
mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian
orang lain. *ye, mama pun pesan camtu juga. sayang org yang sayang kita kaklong!.

source: googling.

♥,

Rabu, 17 Mac 2010

50 - 50

separoh jiwa mau belajar, separoh jiwa suro tanggoh.
gimana?

adoi,
50- 50 untuk membuat keputusan.

kalo teruskan,

1. pasti akan ade class yang ai akan ponteng untuk persiapan biggie. yelar, majlis ai, takan la nak serah 100% kat makpak je. ai mesti juga la balik2 melaka tok amek tau tentang persiapan majlis sendiri kan? perantin kene la tunjuk2 muka gak. balik pulak mesti la wiken. takan nak balik time wikdays. kalo nak balik time wikdays kene amek cuti. nnt bising pulak bos ai asek cuti manjang. da la bulan 7 nnt nak cuti panjang. adoiai.

2. ye, boleh je ponteng class. klasmet boleh bekap. klasmet boleh amek kan nota. tp, ade clas sem ini yang buat penilaian time kuliah, dlm kelas. xdatang kuliah, xde penilaian, markah kosong. takan nak suro klasmet tolong jawab lak.

3. takot tak dapat nak kechap+bg full komitmen kat semua benda. biggie lagi, study lg, asaimen, ades! bole ke ai?*ke ai dlm bahasa mandrin bermaksud comel =p

kalo tangguh,

1. tangguh kene setahun. lama. then, ai plak yg kene struggle lepas tu tok kejar semua subjek. takpun, ai grad lambat. =/ rugi masa.

2. tak dapat graduate dgn klasmet skrg. haishh, da mcm2 kita lalui bersama, sekali tak dapat graduate dgn uols lak. tak beznya. ai tanak kalo bole. *sedey

3. next clas, xdapat juin dgn klasmet skrg. *xbez

4. bila da tangguh lak, da sedap x g kelas, da sedap cuti, kaplo pun da byk rest, mebi kemungkinan untuk tanak teroskan study itu tinggi. haishh. tak pun, kot la lepas kawen termengandung ke plak, hurm, lg la kemalasan tok troskan bertambah2. mesti akan tertangguh-tangguh nnt.

aduh, sgt serba salah sekarang ni. kene pilih salah satu. dua2 penting. klas penting. biggie pun penting. nak tangguh klas ke tangguh biggie?? *erkkk, mau ngamok AJ+makpak kalo tangguh biggie.

cemane nak buat ni?

♥,

Kenapa kita diuji?

REPOST untuk tatapan orang itu yang sedang bersedih. i kno ur feeling dear. it's hurt. but u shud be strong + be positive k?
yup, mmg kite rase sdih+down sgt atas ujian itu. Rasa xboleh nak teruskan hidup. Rasa xboleh nak buat satu benda pun. Asek menangis. Tanak makan. Makin kurus. Tp kite kene sedar, setiap apa yg jadi tu ada sebab & hikmahnya. Tuhan je yg tahu knape dia turunkan ujian sebegitu.

Meh baca ni biar kamu rasa tenang. *dulu, kalo sedih, ai mesti bace ni byk kali.

Manusia merasa dugaanNYA itu hanya ketika dia merasa sedih atau tak gembira. Tp ketika sedang gembira juga, DIA sebenarnya sedang menguji kita. =)


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
- Surah Al-Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka."
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


"bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan org yg menyakiti kamu kerana dialah org yg menabahkan hati kamu,
bersykurlah kepada Allah kerana mengadakan org yg menipu kamu kerana dialah org yg meningkatkan pengetahuan kamu,
bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan org yg menyeksa kamu kerana dialah org yg menguji kesabaran kamu."

~with ♥,

Seperti yang kujangka terjadi

pagi2 buta lagi di hari senin yg lalu bertempat di pejabat, ai suda sentap bila dapat satu kol.
sgt la mungok & wat ai panazzz sampai ai da tinggi2 suara da bile de koler mula marah2 & nengking2. *mungok, tengking2 ai lak!

& conversation tu tamat bila ai ckp: suka ati la, nak datang, datang, tp my bos xde. *in english

malas nak layan, sbb makhluk asing tu mmg bermasalah bila buat appoinment. suroh datang selasa, arini isnin petang dia da sampai. ai set appoinmnt petang, dia nak pagi (suke2 ati ko je request). bila wat appoinment then xdtg, ai kol off hp. suroh bace email, satu je email ai yg dibaca. email2 yang lain xcheck langsung. sgtla malapetaka melayannya.

so, seperti yang ai jangka akan terjadi, & memang da terjadi pons, mesti la reportnya sampai ke bos.

pagi ni, buka email, dlm inbox ado email yg diforwadkan oleh my bos dr makhluk asing tu.

"i would like to inform that i was interested in meting you more than one time, however, i could not make communicate with your secretary. the reason behind this may be we can not understand each other, me and the secretary. it will be therefore highly appreciated if you tell me when i can meet you and which time. i wish to write down my first chapter as soon as possible if you accept my ideas. " *wah, kan main lg ayat, kenot understand each other ye! banyak la ko!

panehhh je bace. tp bile terima email seterusnya yg direply oleh mybos:

"You have to contact Ms Ain for any appointments with me. Please email her and she will set the appointment, but make sure you come on that day. If you cancel the appointment, you also must inform her so that a new date can be arranged."

=)

haha. gelak suka ati. ko xboleh lari dari ai deh. papepun, ko mesti jumpa ai juga la cik makhluk asing oiiii. ngade, tak datang on time, nk ngadu2 lak. tampa kang baru tau. mungokss.

♥,

Selasa, 16 Mac 2010

Mohon ampun dan maaf.

pertama,
maaf saya pinta pada teman2 yang tidak mengetahui saya telah ditunangkan.
ye, saya salah sebab tak bagi tau kamu semua tentang pertunangan saya.
maaf sangat2, xde niat untuk melupakan kamu semua (pd yang tak tau la). seboleh2 nya, cukuplar majlis pertunangan saya diketahui oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja. *wat kecik2 je pung!

motip buat gitu? takot, fobia, troma, andai apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. dan takot pisang berbuah dua kali. *siyes xtipu, takot sgt2 deh!.

papepun, insya-Allah, kalo diizinkan Tuhan, saya jemput kamu semua untuk datang ke hari besar saya.*promise

kedua,
pada yang tak senang hati melihat gambar rinang saya di FB,
maaf juga saya pinta sekiranya gambar2 itu menyinggung perasaan atau buat kamu xselesa atau buat kamu meluat melihatnya.
Ye betol kata kamu: benda yang belum pasti, xpayah nak tayang kat semua orang.

tapi, untuk makluman kamu, saya hanya berkongsi kegembiraan saya dengan teman2 saya sahaja. dan gambar2 itu pun saya letak untuk tatapan friends only okey!
UNTUK TATAPAN RAKAN2, tidak ada kene mengena dengan kamu pun.
maaf sekali lagi saya pinta.

psst: kalo kamo xsuka melihat gambo itu, silalah remove kan diri sendiri dr frenlist saya.

♥,

Isnin, 15 Mac 2010

Kami setiausaha!


macam biasa, tetiap tahun weolss mesti jadik usherette.
gambar ini diambil ketika Majlis Pelancaran Permata Insan oleh Y. Bhg. Datin Paduka Rosmah di USIM.
tgok, kami sgt jelita dalam uniform kami bersama encik pengacara majlis.
oh, satu yang saya perasan, mereka2 yang sudah kawen itu bajunya sangat bermanek2 meriah bagai.
xpe, da bertukar status nnt saya juin uols meriahkan baju begitu pula ye. =p

♥,

Ahad, 14 Mac 2010

Pameran pengantin @ PWTC


midvalley + pwtc + jusco seremban = PENAT

♥,

Rabu, 10 Mac 2010

Jadual kuliah semester 5

jadual kuliah semester 5 suda keluar.
masa untuk sibuk suda datang. *ades, seram!


KOM3364 Komunikasi Kepimpinan, Sabtu (3-6 petang) Bilik Rahim Kajai, FBMK

KOH 3363 Komunikasi dan Perundingan, Sabtu (8-11 malam) Bilik Rahim Kajai, FBMK

DCE3001 Komputer dalam Pembangunan Sumber Manusia, Ahad (9-1 tghari) Bilik Al-Hadi, FBMK *mak oi, kelas 4jam! mau asek ke toilet je ni nnt+ kematu montot den dok lelama dlm klas.

SKP2203 Tamadun Islam dan Asia, Ahad (3-5 petang) Bilik Al-Hadi, FBMK

psst dak pinkL: tang bilenye ai nak berkepit dgn u g pameran tu?? habaq mai kat cheq?

♥,

Selasa, 9 Mac 2010

Sakit, berdenyut2!


semalam di klinik,
selepas 4 5 jarum disuntik di gusi, lidah & kawasan yg sewaktu dengannya,
elok je ai biar doktor menujah2, mencungkil2 gusi ai tok mengeluarkan gigi bongsu itu sambil mata dipejam.
xde rasa sakit. yang terasa hanyalah mulut ai macam nak koyak akibat tujahan alat yang macam skrudriver tu.
dua 3 kali dentist tu minta ai nganga luas2 sebab susah dia nak buat kerja walhal ai rasa ai da nganga seluas yang boleh da.
elok je ai nak buka mata, erghhh, ternampak tali tangsi yang digunakan untuk menjahit gusi.
ai terkejot dan masih xde lagi rasa sakit.

petang,
ai singgah di opis, menyetelkan pape yang patut sebelum pulang ke rumah. dentist menyuruh ai pulang, xpayah gi ofis. ai sangat pelik, bila dentist tak bagi stay di ofis. sebabnya, ai tak rasa sakit papepun, melainkan yang ai rasa hanyalah bibir ai yg semakin menebal selepas minor operation itu.

petang dekat2 nak malam,
kesan bius makin hilang.
sikit-sikit sakit tu datang.
berdenyut2. terasa seperti luka yang terkena air pedihnya.
tiada apa yang boleh dilakukan melainkan dengan menangis jo lar!
=,(
barulah ai faham kenapa dentist suro ai pulang.

malam,
tidor terjaga bila denyutan sakit itu semakin kuat,
ditambah dengan perot yang lapar (sempat makan nasi goreng je lepas perhimpunan smlm),
lagilah rasa tak tentu arah.
mengereng ke kanan salah, mengereng ke kiri xselesa,
sudahnya bangun dan duduk dikerusi sambil menyapu minyak cap kapak di pipi sambil sms dakpinkL.*sgt kejam sms org tetengah mlm kan?
kemudian, ubat yang diberi oleh dentist ditelan dengan harapan boleh mengurangkan denyutan,
tapi ubat itu hanyalah membuatkan ai mengantok sahaja.

pagi ini,
bila terjaga, adoiaiii, ia masih sakit dan berdenyut, masih belum berkurangan. =(
huhu, ia sangat sakit!

Isnin, 8 Mac 2010

Aktiviti minggu lepas

antara aktiviti saya sepanjang minggu lepas:


berkurusus kawen di setiawangsa.
wah, sgt jauh g berkursus kan? =p
saje beralih arah sbb da buhsan dgn suasana nilai.

ehem2, tok terunadara yg tak g berkursus kawen lg, bek g skrg ye. dengar cerita yuran akan dinaikkan dan slot akan dipanjangkan ke seminggu ekoran kes cerai berai yang makin meningkat sekarang ini.


oh, perkara wajib tok dibuat semasa berkursus. bergamba.
selain berkursus, ai juga gi makan2 sempena besday ikin. hepi besday sis, 25 tahun suda!
tqsm tok bofren ikin juga, kerana belanja kami bertiga. =)


balik dari berkursus, ai singgah di majlis perkahwinan adik ipar kokin.
nasib baik sampai sebelum majlis selesai.


sesi kenal2 dgn bos kecik yg baru dan sesi gudbye2 dgn mantan bos kecik.


dinner dengan dakpinkL @ beranang.
*awk, nampaknya tempat ini akan jadi port dinner kita la kan? =p


last but not least, lunch treat by Dr. Asmaddy sempena naik pangkat & farewell party tok cik shikin. tqsm Dr, moga sentiasa bahagia dan dirahmati Allah s.w.t selalu kerana belanja kami semua. amin.

notalipscumel:
makan, makan, makan! tetambah lagi la kilos ai.

♥,

Khamis, 4 Mac 2010

Misi 50kg! =p


saya dalam misi untuk menurunkan berat badan ke 50kg.
tatau adakah ia akan berjaya atau tidak.

sebab:
asek makan jo bila dengan dakpinkL.
adoiai, macam mana misi mau berjaya kayak gitu??

tapi, dalam asek2 makan pun,
semalam timbang, berat saya sudah turun satu kilo.
berat semasa: 55 kg.
mungkinkah itu satu permulaan yang baik??
=)

takpe, ada 4bulan lagi.
caiyok2!
dakpinkL, jangan kamu asek ajak saya makan malam bersama selalu.
tau?

♥,

Rabu, 3 Mac 2010

Himpunan rasa

1. Wanita dan pujian, bagai irama dan lagu. xboleh dipisahkan. lagi2 pujian itu datang dari yang tersayang. xperlu memuji hingga dia lupa diri, cukup sekadar satu perkataan yang akan memberi dia kegembiraan dan kebahagiaan, pasti dia akan tersenyum hingga ke malam. xsusah, tp kadangkala, sesetengah orang kedekut dan sangat berkira.

2. Bukan mudah untuk puaskan hati semua orang. kadang-kadang, kita rasa sesuatu itu dah cukup istimewa buat kita. tp pendapat orang lain, bisa buat kita terasa. ya betol, biar apa orang kata, yang penting kita bahagia. tapi bila sudah terasa, pasti ia akan jadi peringatan dan membuat kita berkira2 untuk memenuhi apa yang kita inginkan. bagi yang mengenali saya sedalam-dalamnya, dia akan faham. saya seorang yang ringkas. cukup melihat pada blog saya, tidak saratmarat. begitu juga lah saya. satu lg, pada saya, ukur baju di badan sendiri. biar elok, padan dan selesa dan pastinya tidak menyusahkan diri dan sesiapa.

3. Pengalaman diodit adalah sangat mendebarkan. Namun ia satu pengalaman yang baik dan banyak perkara yang dipelajari darinya. Masih terbayang lagi betapa cemasnya bila fail yang dicari tiada. Seramsejuk, sakit perot dan muka ketika itu hanya orang yang di hadapan saya yang mengetahuinya. Oh, mencari dokumen-dokumen lama juga akan membuat kita hangen satu badan bila sistem filingnya ke laut! Modes, patuhi segala yang telah ditetapkan kerana ada sebab mengapa ia dijadikan begitu. Filinglah sebetul-betulnya. Satu lagi kutipan pengalaman bermakna buat saya di rumah kira-kira. =)

4. Lama sudah rasa ini tidak datang. Ia ada, tak pernah hilang. tapi saya biarkan ia begitu saja. tergantung. ini kerana, jika dilayan, saya sendiri yang akan sengsara. Tapi, bila peristiwa pintu rumah terbuka tadi, saya tak mampu lagi nak menyembunyikan rasa itu. di kala ini yang terfikir di kepala saya, boleh tak kalau saya nikah gantung dulu dengan dak pinkL untuk menghilangkan rasa ini? =,( sangat mengada, kan?
*mengeluh. macam2 perkara yang merisaukan saya. sampaikan saya terfikir, macam mana kalo ketika sedang tidur, rumah dipecah masuk dan saya dibunuh?? nampak, hingga ke situ imaginasi saya. sesungguhnya, pelbagai kes jenayah yang terjadi sekarang begitu merisaukan saya. saya takot. tinggal sendirian adalah satu perkara yang amat menakotkan.

5. lagi 4 bulan saya akan disatukan. masa, boleh tak bergerak laju2? masih boleh berharap begitu sedangkan saya masih belum melakukan apa-apa persiapan. setakat ini, saya masih lagi tercari2 pakej yang sesuai dengan harga yang berpatutan. ada dua 3 yang sudah di'chop', yang saya suka. saya tahu saya perlu mengambil tindakan segera untuk membooking, tp selagi tak pergi melihat dan berjumpa mak andam pilihan ibu saya, saya masih tak boleh nak mengambil apa-apa tindakan. Aduh, sangat takot kalau apa yang diinginkan takkan jadi yg seperti yang diharapkan? Papepun, dakpinkL telah setuju, konsep tradisional di tempat saya dan moden di rumah dia. Mungkinkah krosi tinggi itu dapat direalisasikan?? *senyum nakal. minggu ini juga saya akan pergi berkursus kawen. yey!

♥,

Isnin, 1 Mac 2010

He turns 18

01.03.2010


he turns 18 today.
suda besar, sebesar orgnya.
selamat hari jadi dikwan. opss, xbole panggey adik da. suda besar. malu dipanggil begitu.
semula, semula.
selamat hari jadi wan. =)
semoga panjang umor, dimurahkan rezki dan tercapai hajat mu itu.
sila berusaha keras ye.

♥,