Sabtu, 27 Februari 2010

Shithah's Wedds

pulang dari alamanda semalam, ai laju2 mandi & siap tok g wedding classmate ai, rashithah abdul hamid.
ia adolah wedding pertama yang ai hadiri tok tahun 2010 dan wedding kedua yang ai hadiri bersama dakpinkL. *wedding 1st yg kami hadiri bersama adalah wedding puan siti rahayu =p
setelah sesat2barat di PJ itu, akhirnya ai, dakpinkL, kak tina, amutha dan feeza sampai juga ke Dewan Sivik MBPJ itu. *syukur, nsb bek tak terlepas tngok pengantin sanding


kad jemputan & hadiah pintu yg comel.

de perantins.
shithah sangat lawa dan jeliter.
majlisnya pula sgt meriah dengan persembahan2 (kompang+bangra dance+tarian2).
oh, i heart krosi sanding tu. =) cantik.


next picas: no komen! =p lihat dan senyum2 suda.


picas lagi, ai snappy2 & dak pinkL hangen.

dakpinkL: bole tak simpan hp tu, da nak makan da ni!
ai, jwb dlm hati je: sebok. ai guna hp ai tau, bukan guna hp u pun. *sentap dlm hati.

notalipscumel:
1. tok bakal perantins, kedudukan pengantin lelaki adalah di sebelah kanan ye. pelis tak note.

2. pulang dari majlis itu, ai laju2 g search sumthing. haishh, sumthing's fishy. ai xsuka rasa camtu. keries. nape die delete msg tu laju2 dan ai pulak tertengok??
erghh!! +ve thinking: kekawan je tu kot. =/


♥,

Alamanda dan Koyam

26.02.2010


semalam,
ai & koyam telah deting di alamanda. *last minit plan
=)

motip:
1. tenangkan hati koyam yg lari dari rumah dgn izin sambil dengar luahan perahsaan dia.
2. jalan2 sambil cuci mata di sana sambil mencari barang. ai mencari hadiah kawen & koyam mencari hadiah besday laki suami dia.

kami sgt hepi+gembira g alamanda tu sampai xsedar jam suda pukul 3.

notalipscumel:
1. kak, jgn lari dari rumah lg ea. kang ado yg kete waja bertukar jadik kancil kang. =p
& thanx for sajesyen hadiah kawen tu.
2. uolsss, ado pameran pengantin skrg ni kat alamanda. g la jengah2. *awak, nnt kita g tgok ea sbb time gi tgok dengan koyam tado feeling2 nak kawen. so, haruslah g tgok dgn kamu.
3. tok orang yg memakai selendang: sila la check blakang kaplo kamu slalu.
kes: kesian je smlm nengok sorang minah tu yg anak tudungnya terkeluar dr selendang. ades, penat gelak dgn koyam nengok insiden itu

modes(moral of de story): kalo stress or susa ati, jgn pendam sendiri. cari sesorang tok releasekannya. kan koyam kan??? =)

♥,

Khamis, 25 Februari 2010

Tata Cik Shikin

lunch hour td, staf admin rumah kekira telah 'mengelunchkan' diri bersama bos kecik yang akan bertukar jabatan.


nilar antara menu yang sempat dibelasah. ai makan 2 keping piza je. sos cili mesti ado ye. tekak melayu, xboleh tado sos! then jamah mashroom sup. x abes pun. seterusnye merasa spegetti kak sila. =) *abes diet aiiii!


orang yg dirai. my bos kecik. =)
dia akan bertukar ke tempat baru iaitu di kayangan.
sepanjang ai di rumah kira2 dan di kampeni kubah biru, die adalah antara bos kecik yg supporting & caring tntng subordinates nya yang pernah ai temui. boleh dok makan semeja, gosip2 sesama & sekaplo.
time keje, keje, time memain, memain btol2. haha. memain?? =p

to cik shikin, my bos kecik:
all da bez kat tmpt baru,
kekalkan prestasi anda sebegitu ye cik shikin, barulah disenangi oleh orang bawahan dan org bawahan tado ngumpat2 yg bukan2 tentang bosnye. =p
& ingat kami selalu.
semoga cik shikin sentiasa bahagia, diberkati Allah s.w.t sentiasa dan cepat mendirikan mesjid dgn sidia. amin. =p
*xbole da nk bfast & lunch together2 da kat pantri sambil gelak2 besar lepas ni =/


oh, pada yang da lame tak gi piza hutt, dorang da ado button service ye!
hehe.
so, lps ni xpyh la nak tarik2 muka da kalo service lambat ke hape, tekan je button tu byk2 kali ye kokin dan si pelayan akan segera datang! *tetibe kait name kokin lak =p

notalipscumel: ai sgt xsuke berpisah2 ni. tp lumrah alam kan, setiap pertemuan ado perpisahan. walopun ai & bos kecik tu hanyalah rakan sepejabat je, tapi pemergiannya ke kayangan tu amatlah ai rasai. =/

♥,

Rabu, 24 Februari 2010

Sekelip mata kau berubah


jumaat lepas, kita gelak ketawa, makan2 roti itam legam dan mee udang, minum air coklat dengan fresh oren sambil cerita2 tentang biggie kita.


lihat, kamu senyum kerana dipaksa oleh saya.
kita gembira. kamu ceria.

tapi,
tak diduga, kamu berubah sekelip mata.

hilang senyum kamu,
hilang tawa itu,
lenyap segala gembira.
ceria itu tiba2 tiada.

sekelip mata kamu berubah =,(



awak,
harap sakit kamu tidak sebesar mana.
harap kamu cepat sihat.
harap sakit itu tidak mengganggu ceria kita.
saya tunggu awak sihat,
untuk makan tenghari bersama.
cepat sembuh ye awak.

lagi satu,
cepat sembuh,
sebab saya nak tunjuk ni kat awak.



♥,

Isnin, 22 Februari 2010

Mau kawen kah?

/

oh,
untuk semua yg masih belum mengetahui, laf2 di atas tersebut adalah hitungan hari untuk hari besar saya. besar mana? besarbiasa tapi akan dikenang seumur hidup la. insya-Allah.
=)
seakan tidak percaya.
i tot saya tidak akan kawen sampai bila2. *huh, penat & tenat dengan kisah lepas2!
fullstop. no regret. yang berlalu biarkanlah, dan jgn dikenang.

tukar kepada mode kawen semula.

masa semakin berlalu,
dan percaya atau tidak,
saya masih belum bermula apa-apa lagi.

yang ada pun,
1. early mac going for kurus , eh silap, bukan kurus tp kusus kawen. =p
2. planning g cari baju nikah kaler pink saya with mama & dakpinkL. tarikh tak decide lg tp akan dilakukan dalam bulan mac ini. *thanx ma sponsor baju nikah saya.
3. sketch of wedding kad. sekadar contengan yang saya sendiri rasa comel untuk dibuat kad kawen. nanti nak tunjuk kat dakpinkL.
4. sokseksoksek dengan dak pinkL tentang pre-wed kami. saya suka cantuman idea awk dan idea saya itu. * senyum2 dan bayang2kan.
5. goodies bag will be sponsor by makngah.
6. macik sedang menunggu design bunga telor dari saya.

tu jela yang baru direncana.

tentang mak andam untuk hari besar, ada sedikit bingung tentang itu kerana ibu awal-awal sudah membentangkan kertas kerja cadangan mak andam pilihan hatinya. siap request mau saya pakai songket penuh di hari besar.

ayarrkk, gila panas kalo pakai songketpenuh di tengahari buta wahai ibuku. *pengsan.

dan ibu juga telah mengeluarkan stetmen untuk dikenang seumurhidup agar saya memilih makandam pilihannya itu:
"toksah ikot org nak kawen. ukur baju di badan sendiri. kalo kawen berutang bagai, semata-mata nak cantik, baik tak payah. orang lepas kawen nak hidup senang, ni, nanti lepas kawen dikeliling hutang je. " *kata-kata itu ada betulnya dan menyedarkan saya. jgn ikot nafsu, ikot kemampuan suda.

dan baru-baru ini, makcik juga ada menelefon dan sangat riang mau membelikan saya baju untuk nikah walaupun telah diberitahu, mama yang akan belikan. maaf makcik. saya tau kamu kecewa. tp saya rasa cukuplah sepasang untuk baju nikah saya sebab saya bukan artis pun nak baju nikah sampai dua tiga.

dan lagi,
sekali lagi makcik berkecil hati bile cadangan dia untuk menempah set bilik tidur pengantin terpaksa dilupakan.
maaf makcik.
saya mau yang simple2 sahaja. tidak mau saratmarat begitu ye.

seterusnya?

hurmm,
saya risau tentang hari itu, tapi masih tak mulakan apa-apa.
nantila.
lepas kursus nanti saya akan fikirkan semula.
lagipun, dakpinkL tak sehat.
tunggu dia sembuh baru saya sambung fikir.

♥,

Get well soon Dear!

dea sedang dlm perjalanan ke hospital skrg,
setelah 2hari menghadap sakit itu.
=/
semoga semuanya kan baik2 saja awak.
sgt berharap bole berade di sisi awk skrg ni,
tp,
saya masih belum layak lg untuk buat begitu,
papepun,
doa saya,
awak akan kembali sihatceria seperti biasa.
amin.


♥,

Rabu, 17 Februari 2010

Rinang.


from nilai to masjid tanah with =)

tarikh: 14 Februari 2010
masa: selepas zuhur
majlis: rinang (risik & tunang)
lokasi: masjid tanah, melaka

♥,

Rabu, 10 Februari 2010

Cuba cari tajuk puisi ini???

Masih ingat tatkala
Ombak melanda
Hati terluka
Angkara panas jiwa muda
Mencetus persengketaan
Mencetus kekusutan antara
Engkau dan aku
Dahulu

Alhamdulillah syukur
Zon kesuraman berlalu
Rawan lenyap hadir bahagia
Enak dan indah
Emosi tercipta untuk
Nur sebuah kisah indah

Jangat direnggut
Alunan melodi kebahagian
Moga dengan
IzinMu Ya Rabbi
Adam dan Hawa ini akan mengecapi
Nikmat bahagia hakiki

notalipscumel:
1. puisi terakhir ai hasilkan untuk melengkapkan assgnmnt penglahiran bakat =p
2. sebentar lagi mau meeting. adoiainabil, kene amek MOM. mau nguap2 ni kang!


♥,

Sabtu, 6 Februari 2010

2 jam saja lagi sebelum mau ke kelas hari sabtu

1. selepas waktu kerja semalam, teman dakpinkL mencari baju untuk dipakainya pada hari itu. *sibuk mau cari baju juga walhal kamu tidak la sepenting ai pada hari itu la! xsia-sia menemannya bila ai juga dihadiahi 2 helai t'shirt gigolo. eh, silap eja, t'shirt jodano. tq awak!
on the way untuk pulang, singgah jumpa familynya yg sedang dinner di luar dan diserangtanya oleh mereka2 dgn soalan2 mesraaaaa. =p

2. sebentar lagi mau ke kelas. today @ 3 ada debat pusingan terakhir. haishh, nerves ai masih tidak hilang walaupun sudah beberapakali berdebat. =p haishhh, pengucapan awam adalah satu benda yang sentiasa mendebarkan dan menebeskan jiwa oke. ! harap semuanya kan baik2 saja. oh! ai akan jadi Perdana Menteri hari ini dengan mengusulkan AUKU perlu dilaksankan bagi menjamin kualiti IPT di Dewan Parlimen. semoga semuanya kan baik2 sajo.
pix: Yang Berhormat menggediks di Dewan Parlimen =p

3. masih terfikir-fikir sama ada mau mengambil cuti atau tidak pada hari jumaat ini. banyak benda yang perlu disetelkan untuk hari kecik ai. plus, perlu la menunjuk muka awal di melaka sebelum majlis kalo tanak berbakul perli sampai di telinga nnt. Fyi, ai suda lame tidak pulang ke melaka kerana kekangan masa. dan jika ai bercuti, ai juga perlu berulang dari melaka ke upm kerana ada kelas pada hari sabtunya. hurmmm, wat shud i do??

4. oh, ai terlupa tok mempamerkan ahli baru dalam keluarga. eiman nur qistina. =) nama itu ai yang pilih tapi telah diterbalikkan oleh mamanya. nama cadangan ai adalah nur iman qistina. Dulu, ai juga yang memberi nama kepada abg baby qish ini. nama abgnya eiman naufal. =)

pix: kecik2 suda pandai posing oke!

5. lastly, mau post cerita yg suda basi. menyiapkan tugasan untuk subjek agriculture & man. belajar di UPM wajib la mengambil subjek itu yang merupakan subjek wajib fakulti. ai, nazrul & hafiz telah me'legam'kan diri dalam cuaca panas di taman botanical dan taman warisan untuk menambah bahan tugasan. pesan ai kepada anak-anak bandar yang tidak mengenal pokok-pokok buah-buahan, saya sajeskan kamu ke taman warisan ye untuk mengenal jenis pokok buah-buahan yang semuanya ada di situ. =p


♥,

Selasa, 2 Februari 2010

Penantian terindah.

mode lagu blog: ketika cinta bertasbih *lagu itu telah ditujukan oleh seseorang untuk ai. 1 4 3 awak =)


Rindu bersulam
Dalam lipatan penantian
Harapan tinggi menggunung
Bak Himalaya yang berdiri megah
Andai terpaksa menjadi Hawa
Yang menunggu Adamnya
Aku rela
Demi akhir sebuah kisah
Demi akhir sebuah resah
Moga akhir penantian ini
Adalah yang terindah

notalipcumels:
1.salah satu sajak utk assingment BBK3410 penglahiran bakat dan karya kreatif.
gaya bahasa yang digunakan: similie, alusi dan metafora.

♥,

Isnin, 1 Februari 2010

Sendirian dan murung

2 3 ari ni ai kemurungan bile balik rumah. ai rasa balik rumah itu satu yg membebankan.
hurmm, dunno how to describe my feelings. tp kemurungan itu menceritakan segala apa yg ai sedang rasa.
dan ai terfikir, mcm mane lar org boleh hidup sendiri tanpa sesiapa, tanpa kawan, kan???

keceriaan ai hanya bila di opis, jumpa dak pinkL dan g class. di tempat2 itu ai tidak akan murung. ai boleh gelak2 riang.

tp, bila balik rumah,
kemurungan itu akan datang kembali.
haishhh,

nsb bek ada kak tijah, dapat juga la ai gelak2 dgn cerita cem dia tu bila di rumah. cerita cembinayat adalah ai paling suka baca dan buat ai tertawa. tp, gelak ketika on9 je lar dan kak tijah pun bukan slalu hapdet blog dia.

hurmmmmm..

papepun, semoga semua ini tidak akan lama. amin.

*mlm ni emi ada, tp.. tado ape yg beza pun. rasa sama je dia ada or takde. feeling makpak jauh ni mmg sukar tok diluahkan dengan kata-kata. =,(


♥,