Ahad, 20 Oktober 2013

Mendidik anak: Otak kanan.

Artikel untuk parent and parent to be.


Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods

           "Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas, yakni kelas yg di uruskan oleh Jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarnya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. 

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku, dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dan sebagainya.  Sebab masa tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati. Kalau tengah marah, tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk Sabtu dan Ahad.

2. Start guna kad untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis
ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak .sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa, .kita pun bukan tak biasa merapu.

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu. Ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat, semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari, tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror. Ini semua satu cara yang Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak.

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca,

Kaunselor UTM pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2
ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Foto rawak #3

Rangkuman aktiviti minggu lepas.


Budak domok ni dah 5 bulan setengah dan tangan Mummy dia sekarang gatal je nak menyuap makan. Hahaha. Haritu cuba suap puree kentang. Mencebik-cebik je dia sambil keluarkan balik. Tak sedap kot. Takpe. Lepas ni Mummy try bagi puree lobak, epal, apricot, pisang pulak ye. Siap lah ko. Haha.




Try letak Reezqy dalam kolam, ingat dia akan menangis sebab air tu kan sejuk. Haha. Takdo makno ea. Dia mengekek2 gelak lagi adalah. Siap tendang-tendang air lagi. Ok. Lepas ni boleh bawa pi swiming pool lak.




Balik Melaka haritu keluar pergi barang. So bila keluar berdua, kenalah bawa salah sorang. Tak boleh tinggal dua-dua kat Ibu. Kang chaos. Bawa lah si kakak. Hmmmm, lama dah tak pangku dia dalam kereta macam ni. Rindu moment macam tu. 




Hari Raya Aidiladha yang lepas. Iman dengan cousin dia. Pakai juga lah baju raya. Sampai pukul 11 je, lepas tu memasing mengelupur tukar baju.  Yelah, dah berjumpa saudara mara, mana boleh tahan kan kalau tak berlari kejar mengejar. Oleh itu, sebelum kain baju peplum Iman tu koyak, cepat-cepat lah tukar baju bagi dia pakai seluar je.




                                       The cousins sweet moment. =) Ala tomei-tomei.




     Kami yang jadi tuan duduk belakang. Thank you Daddy sebab selalu jadi driver kami. Lebbiu



Mamat Iman Reezqy. Try letak dia dalam mendalah tu. Tegap duduk ea. Siap nak pegang stereng  semua. Hmmm, bila lah kau nak meniarap dik. Penat Mummy nak menjawab soalan nurse nanti. Tapi, rasanya, adik pun sama macam kakak juga, skip meniarap, skip merangkak, terus duduk then berjalan je. 

Khamis, 17 Oktober 2013

The tudung.


Ni kalau post kat FB ni, mau ramai terasa lepas tu akan adalah statement,

Alah, macam lah kau baik sangat.
Macam alim-alim je kau kan.
Kau tu dah bertudung elok sangat ke.

Kahkahkah.

Tipikal manusia kan, gitulah. Yang benar ditidakkan. Yang tidak diamalkan.
Wah, kemain.

Apapun, marilah kita mengasihi ayah kita, suami kita.
Mari perbaiki walaupun payahnya yang amat.

Yelah, kalau dah hari-hari makan nasi, pasti payah nak tukar makan salad je atau eatclean kan?
Tapi kalau cuba lama-lama, pasti berjaya juga.

Payah weh nak berbuat baik.
Tapi itulah ujian Tuhan untuk kita yang kita tak berapa nak sedar.
Dan,
Alhamdulillah, Tuhan masih buka kan hati ini untuk menerima kebaikan lepas tengok gambar tu.

Oleh itu, marilah memperbaiki diri.
Berdikit-dikit lah ye semua. Lama-lama membukit lah ia.
Insha Allah, dengan izin Allah.

=)



Isnin, 14 Oktober 2013