Khamis, 22 Mac 2012

Bila lelaki menjadi Dayus?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'supporting' / yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?Tidak sekali-sekali!

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di sekelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.


Sumber.

Rabu, 21 Mac 2012

Tema baju raya Aidilfitri 1433H

Ehem-ehem,
Insya-Allah, bulan Ramadhan pada tahun ni akan jatuh pada bulan Julai dan Aidilfitri pula pada 19 Ogos 2012 gitu.

Agak-agak baju raya korang tahun ini, warna tema apa?

Wah,
kan main buat posting baju raya Aidilfitri lagi uols, waaaalauuuupun puasa ganti baru buat sehari!
Haha.

Feremfuan kan,
haruslah fikir tentang baju raya awal-awal,
Sebabnya,
nak kena beli kain pilihan hati cepat-cepat, lepas tu hantar ke tailor cecepat juga sebelum tailor tak nak terima tempahan.

Kan kan kan?

Bukan tak nak beli yang dah siap,
tapi,
sejak kes tumbesaran melampau haritu,
rasa macam malu je nak beli baju siap.

Kang ada yang baju muat, kain tak lepas. Baju tak lepas, kain pula lepas sikit-sikit.
Kes-kes macam ni lah yang I cuba nak elak.

Tambahan pula I ni kan tinggi *eksen, susah ok nak cari baju dan kain yang elok je pakai dan sedap mata memandang. Haha.

This year ingat hajat di hati nak tema sweet yellow. Ala, kuning yang soft nampak macam sweet je bila pakai tu.

Tapi, cadangan direject pula oleh suami dengan alasan kulit dia hitam.

What?
You hitam Azreen?
*geleng-geleng kepala

Kalau tara kulit you tu hitam.........
Kalau...
Ah, malas lah nak teruskan ayat!
=p


So, tahun ni Azreen sendiri lah yang pilih tema,
Dia mau hitam silver.


Mungkin ala-ala gini lah nanti warna baju raya I.

Not bad lah kan.
Belasah je lah suamiku, janji ada baju baru untuk raya sudah.

Ingat next week nak pi cari kain dengan my Sistas then pi hantar tempah terus. Senang, tak payah nak fikir pasal baju raya dah lepas ni. Tunggu Hari Raya untuk pakai baju raya ja lepas tu.

=)



Untuk Ibu Abah & siblings yang bujang pula,
Mungkin akan beli kain warna biru kot sebab abah request warna royal blue.

Kan main abah, royal blue yee untuk raya?

Ikutkan aja lah. Kalau ada rezeki lebih, Insya-Allah adalah kain baju raya untuk abah dan ibu nanti ye.

Eh, I pun kena da juga lah macam ni baju raya sehelai warna royal blue
=)


Notalipscumel:

Bila sebut pasal family je hati mesti ada senyum.

Selasa, 20 Mac 2012

Kad kahwin: Plagiat.



Nilah kad kahwin yang I sangat vangge-vanggekan dulu. Kad yang simple tapi sweet.
Nak tahu kat mana yang sweetnya? Nampak love color pink dan garis ala-ala tak lurus tu?Ha, kat situ lah yang sweetnya. Haha.

Ingat lagi dulu, I bukan main senyum sampai ke telinga bilamana melihat sketching I yang tak seberapa itu telah ditransformkan oleh kawan I, Sofia seperti imej di atas. Vangge tak ingat dengan kad kahwin sendiri.

Sebelum Majlis Hari Besar dulu, dari awal I dah cakap pada Azreen, I taknak kad kahwin mahal, yang serabut bagai semua tu. Kad kahwin kita mestilah simple dan sweet then ada love, ada pink sikit. Azreen tak banyak cakap, ikutkan ajalah.

Pada I, buat kad kahwin beriya bagaipun, bagi kat orang, nanti ke tong sampah juga tempatnya kan? Bukan semua orang yang jenis simpan dan kumpul kad kahwin ni.

Dulu juga I ada jalan-jalan kat blog bride to be (B2B), jumpa satu posting ni ha: Ladynoe. Tentang plagiat kad. Baca sepintas lalu je lah tetapi bersimpati dengan Ladynoe tu sebab usaha gigih dia buat kartun comel untuk kad kahwinnya diplagiat.

Tapi, siapa sangka, siapa menduga, buah cempedak dah jadi nangka.


Kad I yang simple tapi sweet tu ada juga yang berkenan rupanya. Posting Ladynoe tu terkena juga kat batang hidung sendiri. Tengok ni,


Elok je kan dia letak sebelah-sebelah lepas kad itu diplagiat sebijik sejiban. Oh, ni yang kali kedua I jumpa ye. Kedai tempat I tempah kad tu yang display kad I untuk sample customernya. Kedainya kat Jalan Pudu.

Sebelum ni, kawan suami I punya tunang dok sibuk call I tanya kat mana tempah kad kahwin. Kot lah nak bagitahu kan nak buat kad sama dengan I. Tak pun. Alih-alih sampai kad, sebijik macam kad kahwin I.


Walaupun ada rasa bangga sikit sebab kad kita jadi ikutan, tapi bila difikirkan sentimental value kad tu, tentang hasil usaha sketch yang tak menjadi, lepas tu tebal muka pergi minta tolong kawan untuk design, susah payah pulak cari orang nak printkan, bila dah print tak menepati hasil yang kita mahukan, kena print semula, hati terus jadi macam frust lepas putus cinta sebab kad kita senang-senang je orang tiru.

Tapi, nak sedih-sedih pun, takdo guno ea. Itu lah dunio kan? Tak ke mano pun. Pusing-pusing pun kek situ jugak. Eh, terus tukar slang Nogori dah hah!

Terkini, kad kat bawah ni ha yang ditambah-tambah kerawang-kerawang pulak dah. Tapi design tulisan itu tetap sejibik macam kad ahkakkkk ok! Kad ni pulak dicetak di Kajang.



Ala, hasil kerja Artis pun orang boleh plagiat tanpa rasa bersalah, nikan pulak hasil kerja orang yang tak seberapa nak harrrtis macam I ni kan, lagilah memang tanpa rasa bersalah dan ragu-ragu pun orang nak plagiat-plagiat kan?

So, redha dan pasrah je lah. Think positive sudah ~ Kad I kan comel dan cantik, sebab tu orang suka tiru. =) *a'ahhh, memang positif pun kan, tangan di dada, mata ke atas!

Pssst,
Besok 11.11.11.
Cantik kan tarikh tu? Ada sesiapa yang menikah pada tarikh tu ke? =p

Ohoooooiiiii!





Oh kenangan!
Ia sangat indah untuk dikenang.
=)

Jumaat, 16 Mac 2012

Oh Bella!

Dulu,
balik kerja,
tengok tv, xda heran pun.

Melainkan ada waktu tertentu, ada rancangan tertentu yang jadi pilihan,
baru duduk menghadap tv.

Haha.

Sekarang,

Pagi,
buka mata seawal pukul 5 pagi,
laju2 masak, siapkan segala bekal, barang Iman Raneeya,
pukul 6 pagi,
terus on TV, chanel 133.

Balik kerja,
Dalam 6 lebih sampai rumah,
laju-laju on TV,
Chanel 133 jadi pilihan.

Masak untuk makan malam pun laju je sekarang tau!

Malam,
Time berita,
Kalau Azreen buat tak port dengan berita,
laju-laju tukar channel, 133.

Sabtu Ahad ni pun,
Kalau tak ke mana sebab tak gaji lagi,
Dari pagi hingga ke petang,
mungkin akan layan channel 133.

Motip???

Haha.

Semuanya kerana channel baru kat Astro dalam pakej Mustika tu.

Channel 133, Bella.

Dulu macam sedih jugalah bila Astro tukar Zee B4U ke Bella. Sedih sangat sebab tak dapat dah nak layan Hindustan.

Tapi bila dah tertengok haritu, terlayan, terus terjatuh cinta uols kat Bella.
Lagi-lagi bila hero dalam rancangan itu, EMSEM tak hingat, terus sedaya upaya berebut chanel siap sorok-sorok remote dengan Azreen.

Nasib baik Iman Raneeya sekaran layan Upin Ipin je. Kalau semua kartun dia nak tengok, mau, Mummy dia kena beli tv lain nih.

Ark ark ark.

Seronok layan Astro Bella ni sebab banyak drama dari pelbagai negara ada. Selain tengok drama, boleh jugalah belajar-belajar bahasa depa ni kan kan selain menonton hero yang EMSEM dan heroin yang gojes sangat.


Fish Port Princess - Filipina
Heroin dalam cerita ni putih melepak sangat.
Cerita ni pasal dua beradik yang terpisah. Bila dah terpisah tu, sorang hidupnya susah, dan seorang lagi jadi kaya.


Pasion Morena - Latin
Tengok perempuan tu. Cantik sangat kan.
Cerita pasal pereka fesyen yang patah hati lari bawa diri ke hutan lalu jumpa lah hero tu.
EMSEM tak hero?
Tak?
Lantak korang lah, tapi I suka hero muka macam tu.


Rivals - Filipina
Ni pula kisah pasal persaingan antara pereka fesyen.
Hero dia botakkk! Ahkakkk likee!


Eternamente Tuya/Forever Yours ( Latin)
Cerita ni mengisahkan dua sahabat baik yang jatuh cinta pada lelaki yang sama.
Cepat-cepat, lihat hero baju kelabu tu!
Ohhhhhh. *fengsan


Emparatriz (Latin)
Ni pula kisah perempuan yang teraniaya then dia bangun untuk membalas dendam demi mencari anaknya.

Cuba tengok heroin tu? Korang ingat tak muka dia?
Alah, pada siapa yang dulu layan telenovela La Usurpadora, itu lah dia heroin cerita tu dulu.
Dah tua dah sekarang, tapi tetap maintain cun giteww.

Hero dalam cerita ni nama Alejandro. Pun EMSEM jugak.


Haha.
Habislah I kalau Azreen stalk posting ni.

Psst Azreen,
Muka you pun stock hero-hero dalam channel Bella ni lah.
Hidung terpacak, kening lebat, gagah, perkasa.
Kan kan? *ayat cuba ambil hati

=)