Jumaat, 9 Mac 2012

Berondos di tengahari Jumaat.

Tengahari Jumaat kan rehat panjang. So macam biasa, macam-macam plan akan dirangka untuk mengisi masa tersebut. Haha.

As usual, Koin, Kokin & Koyam - Geng Koko telah plan untuk berkaraoke then makan-makan sebab dah lama rasanya tak melalak mengetest kepoweran suara.

Tapi, disebabkan yang Koyam dan dan tu juga lah sakit tekak dek kerana tonsilnya, terus weols tukar haluan ke PH a.k.a Pizza Hut untuk mengisi perut.


Friendship forever ya!
=)
Koyam. Kokin. Koin.

Good friends are like stars, they always ligt you up ~ Mesej dari hotlink diterima elok2 je I jejak kaki kat PH.

Betullah kan.
Kawan sejati adalah kawan yang masa gembira bersama kita, dan dikala berduka juga mereka turut ada.

Kan?



Ni minuman yang I minum. Apa tah nama dia. Kokin cakap, rasa dia macam bau pencuci toilet.
Haha.
Ntah, I minum elok je sampai habis. Takde pun bau or rasa macam tu. =p



Dah alang-alang PH sekarang tengah promo Wow Savers 50% Discount, teruslah weols order Prawn Olio yang memang pebret weols ni.

Yummy!
Sedap sangat.

Lepas makan, rondo-rondo sikit, gelak-gelak, cuit-cuit kisah lalu tang cintan-cintun, haha then rehat Jumaat tengahari pun tamat bila Geng Koko melangkah keluar dari PH dengan hati yang gembira sebab dapat bersua muka.

Oh, happy weekend uols!
Apa program weekend ni?

I akan berweekend di Port Dickson.
Yippieee, it's family day time.
=)
Da..!

Doa seorang isteri.

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kubuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah

Hanya pada Mu Ya Allah
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin,
Ya Rabball A'laminnnn…….

=,)



sumber.

Khamis, 8 Mac 2012

Nak orang jaga anak, jangan banyak cerita!

  • Jangan bagi Iman Raneeya naik motor nanti Daddynya marah.
  • Kalau Papa (menantu mak saudara) nak pegang Iman Raneeya, tolong cuci tangan. Azreen tak suka dah pegang rokok, pegang anak dia pulak.
  • Tak payahlah nak bawa Iman Raneeya ke sana sini. Biar dia duduk di rumah je.
  • Ma tak payahlah masak untuk dia, bagi dia makan yang Ain bekalkan je.
  • etc..

"Nak orang jaga anak, jangan banyak cerita!"

Itu kata yang abah ucapkan bila ibu menyampaikan antara aduan I seperti yang dinyatakan kat atas tu pada Makcik yang menjaga Iman Raneeya.


Dan-dan tu juga, tiba-tiba rasa macam nak marah bila dengar abah cakap macam tu. Tapi dalam hati jelah. Tak terluah pun.


Haishh lah abah! Kalau boleh, kalau ada peluang, siapa yang tak nak jaga anak sendiri? Siapa?
Cuba angkat tangan kalau ada orang macam tu?

Takda bah.
Takda.

Semua orang kalau boleh, nak lihat anak 24/7 membesar depan mata.
Setiap saat anak membesar tu, kalau boleh nak dicatat, nak direkod segala perkembangan, perubahan yang berlaku.
Lagi-lagi bila anak pertama kan.

Segala pengalaman pertama kali yang tak ternilai harganya.
Yang pertama kali dikandung, dikendung ke hulu-hilir dalam perut, yang dirasa segala pergerakan-pergerakan comel, yang dimerasakan menahan sakit ketika nak dilahirkan, yang dijaga buat pertama kalinya juga dengan pelbagai perasaan takut, risau yang ada.

Dan kalau boleh dengan tangan sendiri jugalah nak anak itu dibesarkan tanpa bantuan sesiapa.

Tapi tulah.
I ni bekerja.
Kena bekerja sebab nak bantu keluarga besar dan keluarga kecil kita.
Banyak tanggungan yang memaksa i terus bekerja.
Dan terus juga bekerja walaupun kadangkala terdetik kesal di hati bila memikir kerja untuk menanggung bebanan yang ada.

Tu semua syaitan punya kerja lah tu bila ada rasa kesal terdetik di hati.
Astaghfirullah.




T_________________________T


Kalau nak diikutkan,
I punya peluang untuk hantar anak ke tempat lain kalau tak boleh nak luahkan apa yang tak boleh dan apa yang tidak.
Tapi,
Bila memikirkan ikatan kasih sayang yang terbina antara Iman Raneeya dan Makcik, i buang jauh-jauh perasaan itu.
Tak sampai hati nak memutuskan ikatan itu.


Hmmmm,
Mungkin i terlalu cerewet agaknya dalam perkara penjagaan anak ni.
Mungkin i ni terlebih caring kat anak sebab dulu i duduk dengan nenek, so bila sampai time anak, i seboleh-boleh nak yang terbaik untuk anak sampai jadi cerewet complain macam-macam. I taknak anak i rasa apa yang i rasa dulu bila dijaga orang.


Mungkin lah kot!

Isnin, 5 Mac 2012

Hujung minggu hari orang kahwin.

Salam Aunties blogger.
=)

Saya Iman Raneeya, anak Mummy. Mummy saya dah jarang menulis kan. Dia malas. Mungkin saya nak dapat adik kot, tu yang Mummy malas je sekarang ni. =p

Minggu ni, Daddy saya takda kat rumah. Dia kena kerja hujung minggu. Maklumlah kan, Daddy saya tu kan 'bujang'. Orang lain je yang ada family, Daddy kita takda. Sebab tu lah dia je yang kena kerja hujung minggu.

Minggu ni juga Mummy saya celebrate birthday Maklang Amy & Paksu Wan. Plan nak celebrate ni asyik tertangguh. So, this week, kebetulan ada orang kahwin kat Seremban dan Nenek saya pula nak singgah rumah, terus Mummy saya beli kek dan Makngah beli kepci. Kami sambut cepat-cepat sebelum pergi rumah orang kahwin.


Ni lah kek yang saya pilih. Mummy & Mak Ngah tanya banyak kali nak mana, saya tetap tunjuk kek ni juga. So, kek ni lah jadi kek birthday Maklang & Paksu.

Tapi, masa sambut tu, Maklang saya je yang datang. Paksu tak dapat datang sebab dia ada kerja sikit.


Nilah Maklang saya si birthday girl. Dah 25 tahun dah umur dia. =)
Sebelah Maklang tu Onyang saya.


Lepas sambut birthday Maklang, terus kami pergi Seremban nak hadiri Majlis Orang Kahwin. Yang kahwin ni adalah saudara Nenek Ani.

Hai, Maklang & Mummy ni, pantang betul nampak kamera.


Sampai-sampai je, pengantin dah berarak. Terus Mummy tarik kami ke pelamin untuk ambil gambar dengan pengantin.


Pergi rumah orang kahwin tanpa Daddy adalah sangat boring ok. Sebabnya, kalau pergi dengan Mummy, saya mesti kena behave je dan asyik kena paksa ambil gambar. Mummy tu malas nak dokong saya bawa saya jalan-jalan sebab Mummy berat bontot. Haha.

Gambar kat bawah ni adalah bukti saya memang asyik kena paksa ambil gambar.


Mummy suruh pose, saya jelir lidah. Bluweeeekk!!!


Mummy control comel.
Saya?
Saya tahu saya comel, so saya tak payah nak control-control dah.


Candid.
Saya buat muka.


Ahhh, bosan.
Kena bergambar lagi.


Boring betul lah Mummy ni. Gambar, gambar, gambar!


Taknakkkkkkkk lah Mummy!!!


Iyahhhhh, lepas kan diri cepatt!!


Saya cakap tak nak, tak nak lah Mummy! Tarik tudung Mummy!


Bak sini lah hp tu Makngah!


Ah, malas. Lantaklah, taknak pandang kamera.


Balik dari Majlis Orang Kahwin, saya, Mummy dan Makngah singgah JJ Seremban. Makngah nak beli barang baby. Tapi kami pergi tak lama pun sebab tengah2 diorang shopping, saya telah poopoo dengan banyaknya. Terus Mummy cepat-cepat balik rumah mandikan saya.

Haha.