Jumaat, 9 April 2010

Mau tempah baju di mana?

my pink lace for akad nanti.
tak g tempah lagipun sebab masih mencari tailor yang seswai. pesen pun tatau nak wat pesen apa sbb mama mau dari atas ke bawah berlace. ades!
ada sajesyen?


di sponsor oleh mama dan dibeli di jakel.
oh, beli baju pompuan dapat free baju laki + sampin ye. =)



iklan: ni plak manik yang telah dianyam oleh ai untuk bunga telor.
wat sikit je.
sgt berharap boleh buat sendiri, tapi, bila fikirkan masa yang xcukup,
kene redha bg makcik buatkan.
=/

Rabu, 7 April 2010

Cincin, lelaki dan hukumnya

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:”Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menambah:
“Halal buat orang-orang perempuan”.

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.Kemudian beliau bersabda:
”Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya." Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’”(Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’wink dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius.Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning.

White Golds: What are they?

What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.

Juga disebut bahawa :-”White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.”

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Bagaimana dengan Platinum?

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,”Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.”Jelas dari penjelasan ini, bahawa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Hukum Memakai Cincin Suasa?

Apa yang saya ketahui hukum makai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
”Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
”Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”

Untuk mengelakkan jatuh dalam perkara syubhah melalui pendapat ulamak yang mengatakan makruh dan ada yang mengatakan haram. Eloklah dijauhi memakai suasa.

Kesimpulannya, halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak (Silver) bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Wallahua’lam..

sumber: dari orang ini

lagi

Apakah hukum memakai cincin suasa?

Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:

1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.

Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.
Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.

sumber: infad, usim

Jumaat, 2 April 2010

Happy birthday HIMS


hepi burfday to hims.
baju oren 31/3, baju pink 2/4.
majlis sambut sesama. saje buat macam tu, sebab mau rapat2kan dan biar dakpinkL ramasmesra dengan famili ai.

to besday boys, *boys ka?? haha.
i laf u both sama rata. *adil
=)
smoga panjang umur, murah rezki dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t hendaknya.
psst: harap maaf. ai ter'ober' dalam gamba.



bakal ahli baru dalam my family (Insya-Allah), sedang potong kek buat2 rajin depan bakal pak mentua =p

FYI, weols, telah larilaju2 balik ke melaka selepas waktu pejabat untuk majlis ini. sebenarnya ai mau buat seprais tok dakpinkL, sekali tak menjadi sebab time beli kek, even ai da suroh xpayah ikot dok dlm keta, dia tetap mengekor ai juga. so, ai kantoi, bila dia tau ada nama dia ditulis atas kek itu.

notalipscumel:
kejujuran dan kepercayaan penting dalam perhubungan. kalo kedua2 itu takda, bek ko tak payah kawen dengan orang itu. fikir2 dan renung2kan lah.

Khamis, 1 April 2010

Coretmoret Hari Besar

3 bulan je lagi majlis besar saya.
=)

persiapan?
ada yang da selesai, ada yang sedang dan ada yang belum buat langsung.
normal la tu. skrg rasa banyak masa lagi. da tinggal sebulan nak dekat nanti baru la gelabah biawak tak cukup tangan nak buat semua. =p

sedikit coret-moret tentang majlis saya.

1. majlis resepsi akan diadakan di Melaka tanah tempat tumpah darah ai. majlis adalah sepenuhnya cara kampung okey. bermula dari 'berkampung' di mana orang kampung akan berkumpul dan berbincang tentang pembahagian tugas sebulan sebelum majlis. kendian, mereka akan masakmemasak untuk jamuan makan pada hari kejadian secara bergotong-royong. so, toksah la berharap untuk majlis keles2 ala2 VIP ye uols. =)

2. kebanyakkan barang keperluan untuk kenduri adalah dari 'hasiltanam' oleh sedara mara. takpasti sama ada 'tanam' itu adat atau perkara kebiasaan yang dilakukan oleh orang kampung. tp ia dilakukan bagi membantu meringankan beban majlis perkahwinan si tuan rumah.
sebagai contoh, ketika majlis perkahwinan anak pakngah saya, ibu saya 'telah menanam' dengan membayarkan perbelanjaan bagi 100 ekor ayam. oleh itu, ketika majlis perkahwinan saya, pakngah akan membalas 'tanam' itu dengan melakukan perkara yang sama juga . kalau diikotkan dari senarai ibu, ramai juga la yang akan membalas 'tanam' pada majlis saya.

3. saya akan dinikahkan selepas asar. dan malamnya akan diarak/dijulang, dibakar2 bunga api di depan perantin dan disandingkan. =) besoknya pula akan diarak dan disandingkan sekali lagi. 2kali ko! adess. redah je lar.

4. oleh kerana ic saya adalah beralamat negeri sembilan, dan mau bernikah di melaka, saya perlu mendapatkan surat kebenaran bernikah di luar negeri sembilan. ades, sangat menyesal sekarang ni sebab guna alamat n9 dalam ic. kan da banyak proses!

5. perkara ai takotkan ketika majlis adalah, mekap tak santek. =p haha. takot akan terkilan dan tak dapat menerima kenyataan selepas hari kejadian.

6. hanimun kat mana? oh, hanimun ai dipospon bagi memberi laluan pada bulan Ramadhan. haha. seminggu selepas majlis ai selesai adalah bulan puasa. FYI, dulu ai ada cadang kat dakpinkL untuk hanimun camping dihutan. tapi ia telah ditolak atas alasan tak sesuai. ceh, tak sesuai lak, bez apa, tak pernah org buat tau hanimun sambil camping.

7. ibu seperti sudah mengalah bila ai asek la ulangcakap mau cari makandam sendiri. mungkin dia sudah penat kot mendengar ayat itu. =p tapi ayat ibu bila jawab: suka ati ko la, dalam nada2 macam tak eklas, buat ai belah bagi. dabel meaning ayat itu. tapi tak mengapa, sebab ai suda ngadudomba kat abah ngatakan mau cari makandam sendiri, mebi ibu akan eklas hati kot ngikot kata ai.

pesan abah: ko langgar je kak. biar je ibu tu. ark ark ark *gulp! xpenahnya nak series la abah ni.

Mekap mekap mak nakk


salima


geecantik


madamhana

setakat ini, ai sangat suka mekap 3 orang ini.
ye, tau. byk lagi tukang mekap yang hebat2, tapi ai mengambil kira faktor kos, alat mekap yg digunakan & jarak, 3 ini sajalah yang disenarai pendekkan.

kecuali madam hana, jadual 2 dari mereka masih kosong pada hari besar ai. so, ai harus cepat sebelum mereka di booking.

hurm,

nak pilih yg mana satu ea?