Salam,
Bos husband forward info program di group office, terus husband ajak pergi. Program Nostalgia Anak Kampung: Kerja Kampung anjuran Muzium Negara ni berlangsung selama 3 hari bermula dari 6 hingga 8 November 2026. Ikutkan husband nak pergi hari kedua sebab banyak aktiviti menarik seperti meraut lidi, cap teh, kupas ubi kayu tapi itulah, ada kekangan pula. So dia decide ajak pergi Ahad pagi je la.

Ayuhla kita ke Muzium negara!

Outfit pun husband ajak pakai macam orang kampung. As you wish, i terus siapkan!

Bus mini lejennnn yang menarik perhatian Gen Z dan Gen Alplha.

Hello Muzium Negara! Last datang time lawatan sekolah dulu rasanya =p

Depan pintu masuk program. Dia buat area luar Muzium.

Family photo.

Dah alang-alang ada rumah ni, moh photoshoot.

Program start pukul 9.00. Kami sampai awal, so moh la masuk muzium dulu.
Tiket masuk RM2 kalau tak silap.

Ada couple ni minta tolong ambilkan gambar. I laju jawab, boleh-boleh sambil sua tangan minta camera. Dah ambil, i tanya dari mana? Diorang jawab from US!
Haha. Ingatkan Cina Malaysia. Terus i minta izin ajak bergambar. Dia kagum tengok i ambil guna kosong lima, dia nak tengok gambar. Very nice picture dia kata! Dia hulur lak handphone dia nak gambar gitu.

Nak masuk program ni kena daftar dan dia akan bagi passport untuk dapatkan cop dari setiap booth. Menarik sangat sebab ada booth yang sediakan task. Yang ni booth Sarawak rasanya. Reezqy kena buat rantai guna buah tunai.

Husband daftar kat dia dan I join program melastik. Dia dapat hadiah saguhati. I tak dapat, sebab saje bagi dia hadiah =p

Lepas tu dia daftarkan i program menghias hasil tanaman. I ingatkan kena gubah hasil tanaman, rupanya tak! Kena namakan hasil tanaman yang digunakan untuk memasak dan susun dalam dulang.

Beriya susun walaupun hasil tanaman pertama i dah give up nak teka!

Tengok yang pertama tu pun i dah tak tahu. So, susun je la. Mana tahu kot ada rezeki menang saguhati.
1. Buah keluak (i jawab genuak) 2. Kucai. 3. Daun tenggek burung (i jawab pucuk manis) 4. Peria katan. 5. Cekur (i jawab halia) 6. Kunyit 7. Temu (i jawab halia bara hahaha) 8. Pucuk gajus 9. Daun Sup 10. Daun Ketumbar 11. Daung bawang 12. Paku Rawan 13. Daun kesum 14. Dauk Kari

Dapat lah tempat keempat sebab betul 10/14

Di booth Perak kena siapkan warna labu sayung baru dapat cop

Di booth Sabah kena pegang Ulat ni. I ni punya acah-acah berani depan anak pegang ni, sekali orang sebelah I, dia pegang terlepas, terus dengan haku dan petugas sekali terjerit. Haha. Kan main kuat ya kami jerit, lepas tu semua gelak sama-sama sebab terjerit tadi. Ngekkk la ko dik!
Pelbagai aktiviti menarik orang kampung ada kat sini, termask la mini zoo tu. I seronok je pergi sini sambil mengimbas kenangan zaman di kampung. Anak-nak paksa rela ikut. Si adik nak ikut tapi balik dia ajak singgah Central Market sebab ada kedai dia nampak kat tiktok dia nak singgah.

Dah alang-alang, jom la kita singgah. Sini pun, last datang time zaman-zaman dating dulu.

Inilah kedainya. Bear It. Kedai mainan anak-anak zaman sekarang. Kedai buat Squishy DIY. Kedai ni tumpuan kanak-kanak. Siap kena beratur untuk tunggu turn.

Menara 118 nampak jelas time nak ke parking di Central Market. Nak ajak husband singgah ZUS kat depan tu, dia kata tak sempat. Maka, teruslah pulang ajelah kami.
Takkan Melayu hilang di dunia =)