Salam,
Dah ada anak ni, baru I faham perasaan kenapa ibu dah abah dulu susah sangat kalau nak bagi pergi ke tempat yang jauh dari pandangan diorang. Nak join pendakian tak boleh, nak pergi camping tak boleh, nak join rombongan tak boleh. Kena pujuk, merayu beriya, baru dapat kebenaran.
Begitulah sekarang ni, turn I pula rasa dengan anak sendiri.
Semua mak dan ayah sayang anak-anak mereka. Sayang tu kkadang sampai takut nak lepaskan ke mana-mana dan jadi strict tak tentu pasal.
Begitu juga lah dengan kisah si kakak ni. Serba salah nak bagi di join perkhemahan kadet polis ni sebab dia ni nampak keras tapi dalamannya lemah. Kita ni takut, bila dia pergi, nanti akan menyusahkan peserta lain dan cikgu-cikgu pula.
Puas dia merayu, cikgu pun siap hantar personal message dan call I, akhirnya bagi jugalah kebenaran. Kami redho je la apa jadi.

Tak sedap hati seorang emak ni kadang ada betulnya. Memang berdebar je dan asyik tengok phone je I ni time dia kat camping tu.
Seperti yang dijangka, esok paginya, time sampai ke office, cikgu call suruh ambil dan bawa pulang. Begitulah kak. Bukan mami tak bagi pergi, tapi condition awak tu sendiri yang buat kami serba salah dan sentiasa risau.
Nasib ah acaranya dah habis, walaupun dia menangis sebab tinggal satu hari je lagi, tetaplah kami bawa pulang sebab tak nak menyusahkan orang lain pula.
Dan seorang ayah, dek kerana sayangkan anak, esoknya sanggup, hantar semula anak ke tempat camping untuk terima anugerah.
Insha Allah kak, next year come back stronger ya! Dah kuat rohani, Insha Allah boleh camping berapa hari yang kakak nak ;)
Apapun, tahniah Seremban 1, juara keseluruhan!