Isnin, 28 Julai 2025

Anugerah Staf Pelaksana Cemerlang

Salam semua,

Alhamdulillah, dengan izinNya, tahun ini diberi peluang merasa menerima Anugerah Staf Pelaksana (Admin) Cemerlang bagi tahun 2024. Moh la kita post kat sini dan simpan kisah ini sebagai kenangan.


Pagi-pagi dah dapat WA ni. Bergenang air mata kita. Sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita plan, Allah pun plan, plan Allah lebih baik lagi. Siapalah kita untuk menidakkan segala perancangan Dia. Kan?

Pagi majlis tu, semua ada urusan. Kakak dan abang wakil daerah untuk sukan, I dan husband ke perform koir untuk majlis anugerah. Si adik sampai jelous sebab dia sorang je baju lain. Haha. 

With Puan El, rakan sejabatan yang turut menerima anugerah yang sama tapi dia bagi kategori Pegawai. Sesama lak kita ya pakai selendang di kepala. 


Team koir yang perform pada majlis tersebut. 


Tak banyak sangat bergambar. Ni kebetulan time pendaftaran, jumpa senior-senior USIM, moh kita. Mereka ni antara orang-orang awal bekerja time penubuhan USIM dulu. No staf pun dua angka je.


with him. Sama-sama kena perform so memang ada di belakang stage je lah.


During training untuk majlis anugerah.


Kami yang perform koir dan penerima anugerah juga =)

Haza min fadli Rabbi. Alhamdulillah.


rakan koir juga. Tahniah korang!


Backstage. Geng walaupun hitam dipandang manis hehe.


Persembahan kami. 

Since tak tahu yang kami suami isteri, ada juga yan tegur I rapat sangat dan bersentuh dengan yang baju hitam tu.

Hehe.

Minta maaf je la siap-siap dan bagi tahu, sebenarnya dia suami saya ;)

Alhamdulillah, terima kasih Allah.
I wish u're here Ibu Abah!



1 ulasan: