Rabu, 3 Julai 2024

Jom menulis balik - kisah si Kakak

Salam semua,

Rasanya kena rajin menulis semula kat blog ni sebabnya, bila tak ingat sesuatu lately, cari balik dalam blog, eh, betul la ada gini, ada jadi gitu. Bagus sebenarnya ada rekod kat sini.

So, malam ni kita repost je balik post yang ada dalam draft ni. Lama dah taip tapi tak tahu apasal tak post. 

___________________________________________________________

Sesi persekolahan 2024/2025 dah bermula awal Mac lepas . Elok je mula sekolah, esoknya pula umat Islam mula berpuasa. 

This year berubah rutin, anak tak cukup tiga dalam kereta sebab seorang dah bertukar sesi. Si kakak terpaksa akur ke sekolah menengah harian bila permohonan ke sekolah menengah agama tidak berjaya. Ommak pun turut sedih sama tapi apakan daya,  Dia lebih mengetahui segalanya. Niat kita nak anak lebih mendalami ilmu agama, apakan daya tiada rezeki kakak.

Masa permohonan MRSM dan SBP buka haritu, tanya dia nak duduk asrama ke tak, dia jawab tak nak. So, takda lah mohon. Tapi lepas try ambil exam di sekolah agama bantuan kerajaan, tengok life senior kat sana, dia jadi teruja pula nak masuk asrama. Next time, form four nanti la kita cuba lagi ya kak.

My sulung. Saksi jatuh bangun Mami dan Dedi, sentiasa ada waktu gembira dan sedih mami dan dedi. Semua moment pertama kakak, mami ni kalau boleh nak rekod. Ni pergi exam kemasukan  ke sekolah agama je pun, tetaplah beriya ommak kau ni ikut.


Membesarkan anak menginjak dewasa ni  banyak cabarannya. Banyak kena sabar. Kadang pujuk hati, gini lah Ibu hadap perangai aku dulu. Haha.


Fasa sekolah menengah dah. Lepas tu masuk universiti, kahwin, Mami dan Dedi pun makin tua huhu.

Pendaftaran Tingakatan 1. Sat je masa berlalu. Rasa macam baru je semalam hantar kakak masuk darjah satu. 

Moga Allah permudahkan setiap langkah kakak dan kawan-kawan menuntut ilmu dan menjadi anak solehah yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.




 

1 ulasan:

  1. kalau anak tknak dok asrama jgn paksa tp die dh suka lps tgk kt sekolah agama tu...bole la try utk form 4 nanti....all the best

    BalasPadam