Ahad, 24 Januari 2021

Tika menungguh Abah, 6 Disember 2020

Salam semua,

Saja post kat sini, entri I di FB time menunggu abah di bahagian kecemasan Hospital Melaka haritu. I di dalam emergeny room, adik kedua di luar. Adik keempat dalam kereta.

Sempat juga kami menunaikan solat subuh di Masjid Al-Azim pagi tu. Kenangan terindah, tika saat-saat akhir abah.


Bila di emergency room semalam, lepas Doktor explain keadaan Abah dan kata boleh bisik di telinga Abah ajar mengucap, Abah dengar tu, tak tahu nak react macam mana. Tarik nafas dalam-dalam, buat juga. Doktor minta family bersedia. 

Bila bantuan pernafasan dicabut dari mulut Abah semalam, mata tak bergerak-gerak dari dada Abah. Dada berombak tu tumpuan utama. Takut kalu dada tu tak bergerak. 

Bila semua saudara-mara, jiran-jiran baca Yasin, hiba rasa hati ni. Harap sangat ni semua mimpi. Berkat air zam zam dan surah yasin, Alhamdulillah besar kuasa Allah pagi ini. 

Bila cousin nurse bagi suggestion, berkira-kira nak buat. Takut tersalah pilihan, takut nanti pilihan jadi sesal di kemudian hari. Pukul empat pagi tetap bawa abah naik ambulan pergi hospital. 

Bila pagi ni Doktor panggil dan tanya, awak buat apa dekat Abah awak, jarang ada kes macam ni. Patient sedar dan sangat fresh wajah dia. Speechlessnya, rasa nak sujud celah katil di zon merah ni. 

Bila Abah panggil kata, Amy tu kau kena tengok keperluan dia kak. Dak Wan tu tak keje lagi, kau tengok juga. Ya Allah Abah. Dalam waktu kritikal pun masih runsingkan tanggungjawab dia. Fikir diri sendiri dulu bah. 

Di kala ini, masih menunggu Abah. Moga mentari terus bersinar cerah. Terima kasih pada semua yang guide kami segalanya. Masa panik gini, benda mudah pun terlupa cara, jadi tak tahu nak buat apa. 

Ya Allah, permudahkan segala urusan kami. Kau yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami. ~Maaf sebab post panjang ni, hati risau, tapi cuma mampu tenung papan tanda zon merah sambil baca Yassin.


Update terkini:

1. Perasaan I di ketika itu, sangat pasti Abah akan ok semula. Melihat muka Abah yang berseri, siapa sangka, 2 hari lepas tu Abah pergi meninggalkan kami selamanya.

2. I dan abah sama-sama melihat pakcik di sebelah Abah 'pergi' ketika di bahagian kecemasan. Kami sama-sama mendengar mesin di sebelah pakcik tu menunjukkan garis panjang tanda jantungnya dah berhenti. Abah gelak time tu cakap, pergi dah orang tu. Rupanya lepas tu turn abah pula.

3. Segala kenangan di hari-hari terakhir Abah, masih jelas dan segar dalam ingatan. Cuba juga sibukkan diri, buat macam-macam, take time perlahan-perlahan melupakan. Payah sebenarnya, tapi Insha Allah kita cuba.

4. Tahun ini ternyata berbeza, sebab Abah dah tiada. Puasa dan raya kami tanpa Abah di sisi =,(

5. Bila ibu atau makcik marah lepas Abah pergi, I selalu kata, tak baik marah I. I ni anak yatim. Gelak diorang sambil kata, Dah tua bangka dah tak kira anak yatim. Boleh aja marah =p

Ahad, 10 Januari 2021

Salam 2021, moga sinar terus terang!

Salam 2021 semua!

Dah bulan Februari dah, barulah nampak postingnya. Haha! Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk menumpang di bumi Allah =) Walaupun penutup 2020 agak suram kerana kehilangan Abah, namun hidup tetap perlu diteruskan. Lagi-lagi tuntutan dan tanggungjawab terhadap keluarga yang menanti, Ibu juga perlu diberi perhatian, maka, tetap terus melangkah walaupun kadang terasa agak payah.

Pantai Nami, 1.1.2021

Pembukaan tahun 2020 dimulakan dengan fly ke Kelantan bagi menghadiri Majlis Pernikahan sepupu. Mewakili Ibu jugalah since Ibu masih dalam edah. Walaupun takut-takut juga lah ke sana  kerana kes covid yang naik semula, kita gagahkan juga. Sempatlah juga singgah ke beberapa tempat yang dalam checklist  Kelantan. 


Tahniah Syahid dan isteri. Jauh jodohnya. Mek Kelate dari Kubang Kerian. Alhamdulillah, selesai bernikah di Masjid, terus kami ke rumah pengantin perempuan untuk  bersanding. Petang tu, I follow adik balik naik kereta. Alhamdulillah, perjalanan balik  kami malam tu smooth aja walaupun dalam hujan. Lebih kurang pukul 7.00 pagi kami sampai di Melaka.

Makcik dan family balik esoknya. Dalam perjalanan terkandas di Benta, Pahang sebab air naik. Merasalah berkampung di R&R Benta sehari semalam. Esoknya, dengan bantuan orang kampung, mereka tunjuk jalan tikus untuk keluar dari banjir di situ.

Majlis Pernikahan dalam kenangan ni. Perlu patuh SOP. Jemputan pun tak  boleh ramai. Elok aja lepas majlis, kerajaan umum PKP terus. 

Syahid ni dulu masa kecik I yang mengasuh dia. Tukar pampers, gunting rambut dia. Semualah. Bantu arwah nenek jaga dia. Now, dah besar dah. 

Tahniah Ayid and Mek Azliza, moga jadi suami yang membimbing isteri ke arah syurga, Insha Allah.

Ingat pesan Tok Kadi tu: Perkahwinan adalah amanah, jagalah ia sebaiknya. Jaga hubungan dengan Allah, Insha Allah perkahwinan yang dibina kekal ke Jannah =)

Makcik baju merah, adik kepada Ibu I. Syahid anak dia lah. Hanya ini je adik beradik Ibu yang hadir. Selain Ibu yang dalam edah, Paklong dah uzur, Pakngah pula takda siapa nak bawa, semua anak-anak kerja. 

Takpalah, walaupun tak semua hadir, Insha Allah doa tetap dititip buat pengantin dari kejauhan.

Dah nak kahwin pun cari Kaklong tolong betulkan samping. Haha. Lepas tu samping asyik longgar aja. Adoiiiaii, mana lah aku ni reti nau ikatkan samping. Laki sendiri pun, dia tak percaya kat I. Dia ikat sendiri aja kalau nak pakai. I hanya tolong pegang kiri dan kanan. Haha.

Hantaran I gubah sesimple yang boleh. Jadilah. Majlis jejauh ni, banyak nak fikir dalam perjalan bawa hantaran tu. So, mana yang boleh buat kat Kelantan, kita siapkan malam sebelum nikah tu je.


Lepas Abah meninggal haritu, dua orang cousin mendirikan masjid. Seorang belah I, seorang lagi belah Azreen.

Kita cuba juga memenuhi jemputan. Majlis yang ini, bawah Abah dan Mak mertua ke Majlis Pernikahan anak adiknya. 

Tahniah Ucu dan Pakcu Bakhtiar terima menantu sulung. Didoakan Farah & suami dikurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah, warahmah, Insha Allah. Moga bapa pengantin lelaki juga dipermudahkan urusan penyembuhan sakitnya. 


Satu lagi majlis di Melaka. Malis anak bongsu Paklong I. Time majlis ni syahdu aja rasa. Iyalah, selalu dalam majlis kahwin, Abah ada sebagai penceria suasana. =(

Tahniah Paklong dan Maklong terima menantu. Moga  Hajar dan Faiz berbahagia hingga ke syurga.

Barokallahu laka, wa baroka ‘alayka wa jama’a baynakuma fii khoyr.

Till then!
Take care & stay strong semua.
Wassalam.