Khamis, 5 Disember 2019

Skendel suami dan masalah rumahtangga

Salam semua,

Nak share tentang drama korea yang tengah I tengok sekarang ni. Walaupun cerita ni tengah ongoing dan konon nanti dah habis semua episod tayang baru nak buat marathon, tapi tak boleh tahan. Tetap juga tunggu time tayang dia.

Haha! Bangsa tak boleh sabar =p

Tajuk drama ni adalah VIP. Masa tayang drama ni adalah 30 minit per episod dan total episod ada 32. Haishh, lama sungguh nak tunggu endingnya.

Drama ni i tertunggu-tunggu sebab Jang Nara je. Haha. My fav actress Korea! Comel nau. Dah 38 tahun pun nampak muda remaja.  Comel je alahaiii.

Ingatkan ni cerita action sekali genre misteri. Mula-mula haritu, rasa macam malas nak tengok sebab drama ni agak slow jalan ceritanya.  Dah la heronya tak berapa kenal, tapi sebab Jang Nara punya pasal, kita follow rapat  juga la.

Start dari Jang Nara terima mesej yang suaminya ada skandal di tempat kerja, dia pun tercari-cari, then jalan cerita jadi semakin menarik.

Sampai kita pun ikut tertanya-tanya dan meneka-neka siapakah yang jadi skandal si suami di kalangan rakan sekerja. Plot cerita pun kan main, diputar-putarnya sampai salah-salah kita teka.

Sikit-sikit semua rahsia terbuka dan now dah tahu siapa skandal suaminya. Memang tak sangka betul skandalnya tu. Acah-acah innocent je! Suaminya Jang Nara lak nak bercerai sebab nak bersama dengan skandalnya.

Oh mennnn!!!!!
Kenapalah mudah kau berubah hati? Kalau kau tak mula, takkan jadi semuanya ni. Ke dah 18 kali tolak, kali ke 19 tak boleh tahan dah dia punya aura? Kahkahkah.

Demi rumahtangganya, Jang Nara bangkit nak melawan semua ni dan bertukar watak antagonis dah. Perempuan ni kan, kau jangan duga dia. So, jangan terkejut bila dia boleh berubah sekelip mata dan buat keputusan di luar jangka.

Dalam preview next episod, si skandal siap merayu cakap dia tak boleh hidup kalau takda Suami Jang Nara tu. Ehhhk kau ni! Rasa nak pang sekali lak dia.

Haha, terus emosi tengok drama ni.

Tak sabar nak tengok endingnya. I harap ending live happily lah. Tapi tak juga, cerita korea ni kang, ending kadang tah apa-apa, terus sakit hati kita! Yang kita expected jadi unexpected.

To Lee Sang Yoon, please jangan nak macam-macam. My eyes on you, so you better watch out!

p/s: Now dah tersuka Lee Sang Yoon, maka, marathon semua drama dia la pula lepas ni ;)




5 ulasan:

  1. google tentang kdrama. ter landing sini :)
    nampak ok jalan citer ni. boleh la survey balik nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Drama berat ni, hero pun dah tua. Tapi lama-lama layan best

      Padam
  2. minat dengan Lee Sangyoon, banyak juga drama dia yg best dan saya suka tengok dia berlakon watak yg sweet2 gitu. tapi sekarang ni dia banyak berlakon drama yg berat sebab tu dah malas nak tengok drama dia..hehe

    BalasPadam
  3. belum tengok lagi. tunggu habis dulu dan tengok ep last. haha. pastu kalau hati rasa ok, baru mula dengan ep 1. haahhaa

    BalasPadam
  4. Lee Sang Yoon dalam cite Whisper pun best juga.

    BalasPadam