Rabu, 30 Oktober 2019

Langkawi naik bas dan feri

Salam  dan hi semua!

Seronok cuti panjang?
Haha, tentulah seronok kan dapat spend time dengan family semua.

Cuti panjang kali ni, I kena follow program office. Ke Langkawi lagi!
Suka dalam duka sebenarnya nak pi.

Sebab utama  suami tak ikut, sebab kedua, mencari-cari orang yang nak dibuat teman untuk dibawa sekali. Tak terhandle anak-anak rasanya kalau tak bawa someone. Last minit, adik setuju juga nak ikut, so selamat satu bab. Thank you Maklang!

Trip ke Langkawi kali ni naik bas dan feri. Ya Allah, serabut betul rasa pi Langkawi time ni. Dengan orang ramainya, dengan cuti Deepavalinya, stress, depress semua rasa ada.

Bertolak 24 Oktober malam tu, then pagi sampai ke Jeti Kuala Perlis. Risau juga trip kali ni sebab tak naik bas office, so rasa tak selamat sepanjang masa tu memang ada la. Haha.

Teruja Reezqy naik feri for the 1st time. Dulu abang dan pernah naik lah, tapi time tu Abang dalam perut Mami lagi =p

Orang kat Jeti time ni memang ramai. Penat orang ramai, penat nak bawa bag, penat nak handle the kids yang bukan nak sangat pun dengan Maklang dia. Penat dengan perangai Reezqy yang ada aje yang tak kena. Badan penat kot, tu yang jadi gitu.

Ni time balik lak. Pun sama juga, tetap ramai orang. Rombongan sekolah, rombongan cik kiah dan termasuk rombongan kami lah sekali tu.

Time sampai di Jeti Kuala Perlis. Sempat lah juga snap gambar sekeping dua sebagai kenangan.

Shopping gamat ye dik!
Esokknya, itinerari hotel bawa pi lawatan. Merasalah kami melawat tempat pembuataan gamat, kedai batik dan beli coklat kat Billion (why Billion whhhhhyyyy???).

Haishh, stress tak dapat pergi HIG. Kalau naik bas dan ikut tourist guide ginilah. Redha dan pasrah ajelah ke mana dibawa.

Di Langkawi, kami stay di De Baron. Pool kat hotel ni kan main lagi. Slide dia budak-budak paling suka. Dah Dedi tak ikut, terpaksalah I yang jadi penunggu diorang mandi.

Yang kenit ni paling tak boleh duduk diam. Orang kata jangan berlari, dia berlari. Kita ni takut jatuh ke apa je, tapi dia fikir dia punya seronok. Penat mak nakkk.

Hi Maklang! Thank you ye sudi ikut. Since yang lain-lain taknak dengan Maklang, Raneeya je la yang ikut Maklang ke sini sana.

Hello kedai gamat! Hmm, mmg takde dalam aturcara kami tau kalau pergi sendiri ke Langkawi =p

Beratur untuk turn naik Cable Car, Sky Rex, Syk Dome, 3D Art Museum.  Ada part yang tengah beratur, Reezqy siap melalak nak berak. Mak kau hijau terus jadinya! Bab-bab gini selalu Dedi yang urus ni, tak masuk dalam tugas rasmi Mami bang oiiiiiiiiiiiii!

Family potrait with Mak Lang. Syok gak naik Cable Car time tengahari. View jadi lawa sangat.

Duduk diam-diam. Mami nak snap picture! 

Ada part yang berbengkel, tak payah la letak sini ye. Office matters tak perlu campur dengan blog peribadi. Haha.

Ni gambar time dinner. Kakak dapat best dress terus malu nak naik stage. Nasib tak jadi Urusetia, so memang layan diorang sepenuhnya la time  bengkel ni.

Hari yang check in hotel, kami sampai dalam pukul dua belas lebih macam tu. Check in pukul 3. Bilik memang tak siap lagi lah kan. Yang anak-anak dah tak sabar nak mandi kolam. I pula jenis malas nak dengar melalak-lalak ni. Terus je punggah luggage, ha mandilah korang tengahari buta tu.

Dalam hati doa juga, janganlah demam ke apa. Bapak kau takde ni, kang tak keruan lak ommak nak mencari klinik bagai.

Alhamdulillah, sampai balik pun, semua sihat walafiat. Cuma perangai jelah, memang menguji kesabaran, tapi kita hadap ajelah, janji sihat.

Kami without Dedi.

My assitant sepanjang program ni. Tukang angkat dan bawa bag sebab budak-budak taknak kat Mak Lang. Thank you Mak Lang <3 p="">
Apapun, Alhamdulillah, kami dan selamat pergi dan selamat kembali dari Langkawi. Program pun berjalan lancar aje semuanya.

Thank you office, belanja kami untuk program ni. Next year ke mana pula? Apa? Krabi?
Haha!
;)

Rabu, 16 Oktober 2019

Pemergian yang kedua


Salam semua,
Semalam, satu lagi berita sedih diterima. Pemergian jiran lama.
Ya, tahu dia sakit sebulan lepas. Ada juga ziarah dalam 2-3 minggu lepas.

Pagi semalam, ibu call pagi-pagi, hati dah cemas.
Dah la malamnya, tak boleh tidur. Berkalih ke kiri tak selesa. Ke kanan macam ada yang tak kena. Takdalah pula tergerak nak scroll FB dan layan cerita Korea malam tu.

Ibu bagi tahu, pakcik jiran sebelah rumah lama meninggal dunia malamnya tu.
Tergamam sekejap.
Then terus bagi tahu Azreen. Lepas hantar budak-budak sekolah, kami pergi ziarah.

Innalillahiwainnailaihirajiun.
Ya Allah! Ampunilah segala dosa pakcik, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, ampunilah dosanya, muliakanlah kedudukannya, lapangkanlah kuburnya. Amin.

Selamat jalan Pakcik.

Pakcik adalah jiran Abah. Lepas abah pindah jadi jiran kami. Jiran yang mengambil berat umpama ibu abah. Nak pinjam tangga, nak pinjam itu ini, nak pinjam lori nak pindah semua kat pakcik. Nak bersalin pukul 3, 4 pagi, dia bangun suami isteri, jenguk tanya dan ambil peduli.

Segala jasa dan budi baik pakcik akan sentiasa kami ingati.

Semoga pakcik tenang di sana. Sampai masa, kami pasti menyusul jua.



Rabu, 9 Oktober 2019

Permergian yang dicemburui


"Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"
(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali). (Al-Baqarah 2:156)

Selamat jalan sahabat.
Walaupun tidak rapat, tapi sebab selalu jumpa time bersukan, sifat kamu yang menyenangkan, mesra, memang terkesan juga dengan pemergiaanmu.

Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah segala dosanya.

Ramai yang ambil tahu dan ambil berat ketika Cik Faeza sakit.
Ramai yang datang menziarah ketika Cik Faeza tidak sedar.
Ketahuilah, setiap ketika kami mengikuti perkembangan Cik Faeza.

Saat menerima berita pemergiaan cik Faeza, hati sedih, terasa kehilangan, tapi tetap menerima segala ketentuannya dengan redha.
Dia yang merancang segalanya. Dia juga yang tahu apa yang terbaik untuk Cik Faeza.


Jenazah beliau dibawa ke Kompleks Islam USIM untuk disolatkan dan dikebumikan di Keramat. Ramai anak murid dan teman-teman yang  hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Tenanglah Cik Faeza di sana. Suatu hari, kami pasti menyusul juga.

Orang baik, ramai yang sayang.
Orang baik, cepat Allah panggil balik.

Khamis, 3 Oktober 2019

GCB outing day!

 As we grow old, we don't loose friends. We just learn who the real ones are.

 It's GCB outing day! Yey. Kita ni kadang, ber whats app 24 jam dengan kawan-kawan, tapi nak bersua muka tu, payahnya. Masing-masing busy dengan rutin sendiri. 

Kali ini keluar pun, tetap tak cukup korum. Korose takda. Busy menyelamatkan negara. Tangan kanan bos ni, busy dia tak tentu hala. Kadang, waktu rehat pun kena buat kerja juga. Sabar ajelah ye Kak Rose!

 Lama punya plan, Alhamdulillah, dapat juga kami keluar. Satu company aje semua ni tapi jangan ingat satu company senang nak berjumpa ya.

This time, kami try Ayam Goreng Korea pula kat Kyochon. Sambil tu celebrate harijadi Kokin.

 Kita serahkan bab order pada birthday girl dan Konee. Mereka aje yang faham nak order benda-benda gini. Kami tukang makan aje.



The food. Sikit! Haha. Tak kenyang I makan gini. Balik sambung makan nasi kerabu. Apapun, ayam goreng tu best. Setiap kali gigit, cuba bayangkan apa bahan yang dia letak sebab sedap dan crispy.





Rabu, 2 Oktober 2019

Badminton pula, layannnkan aje!

Salam,

Last two week punya program. Husband register untuk lawan Badminton anjuran budak office dia. My reaction, are you sure pilih I jadi regu you?

Haha!

Last main Badminton, bila wakil sekolah time form five rasanya. Tu pun kalah peringkat kumpulan.

Debar juga nak main badminton ni. Tapi perangai I, debar pun, kau kasi redah ajelah. Pukul aje, nak susah payah fikir takut semua buat apa. Janji pukul bola bulu tangkis, habiskan game. Kalah menang adat pertandingan, gitu!

Hambik kau, tak cukup nafas. Siap menari dalam court dah. Tiga game straight. Siap satu game tu ada rubber set! Apasal dera I Azreen oiiii!

Kami! Piala hanya untuk juara je.  Apapun, good game semua. I enjoy aje walapun, baru nak duduk, eh, game kedua. Baru nak lap peluh, eh, masuk balik dalam court untuk game ketiga. Tahniah pada yang menang, yang tak menang, bersyukurlah, jadi sihat sebab peluh keluar berlambak.

See, kalah pun tetap senyum. Lain kali, pilih lah regu yang power husband oi, baru boleh bawa balik piala tu. Pilih I, memang you saja tak nak menang la tu =p

Thank you bagi kerjasama ye anak-anak. So, balik kita bagi reward pergi makan kedai pilihan ommak.

Kami pi makan kat Watie Corner, Nilai. Gigih beratur walaupun penat lepas game sebab tekak nak makan sangat lauk masak lemak dia. Hmmm, why kedai ni dah tak sedap macam dulu ye?