Salam semua,
Alhamdulillah, dah dua minggu kita semua menyambut Syawal.
Seronok tengok semuanya riang beraya =)
Rindu nak makan lemang rendang, so pagi tadi I beli pulut dengan rendang. Acah-acah makan lemang gitu.
Masuk office ni, tengok kalendar, ooo dah 14 Syawal rupanya. Tak terasa Raya berlalu sebab kami semua berulang-alik dari rumah ke hospital sejak Syawal ketiga. Baju raya anak-anak pun ada yang tak berpakai lagi.
Haha.
Simpan ke Raya Haji je lah ye anak-anak ;)
7 Jun 2019
Raya ketiga, kami adik-beradik decide hantar Abah ke hospital. Since dari pinggang ke kaki Abah tak boleh bergerak, terpaksa panggil Ambulan untuk hantar Abah ke hospital. Takut nanti tersalah angkat makin tambah sakit pula. Jalan terbaik, panggil lah orang yang lebih tahu menguruskannya.
Kronologi Abah tak boleh jalan ni (kena repeat cerita ni setiap kali Doktor tanya, abah sampai baran tak nak bercakap dah haha)
- Awal puasa Abah masih boleh berjalan lagi. Masih boleh melawat Ibu yang warded sebab denggi. Masih boleh urus diri.
- Pertengahan Ramadan, Abah dan mula pakai tongkat, lepas tu tukar ke walker, then ada appointment klinik, kita bawa terus pakai kerusi roda. Doktor pun terkejut, so Dia suggest pi buat MRI ke hospital. Abah tolak sebab katanya, dia nak beraya dulu. Dia mohon lepas raya je pergi.
- Sehari sebelum Raya (Mantai), Abah tak boleh bergerak dari pinggang ke bawah. Jari pun dah mula kebas tak boleh nak genggam. Perlukan kerusi roda untuk bergerak. I post kat FB time tu tanya ada tak yang nak jual kerusi roda, tapi sekejap ajelah. Kami decide beli baru je lah. Mak saudara pun ada bagi kerusi roda terpakai, tapi jenis yang berat macam kat hospital. Kami beli yang lebih selesa sikit untuk Abah. Time ni nak urus diri pun dah tak boleh. Kita ajar pakai diapers. Memang marah betul dia tapi terpaksa sebab struggle nak angkat setiap kali dia nak ke tandas.
- Pagi Raya, kami
struggle mengurus Abah. Bila tak boleh bergerak ni, makin berat pula rasa bila angkat Abah. Pagi tu decide akan ikut rutin raya macam biasa tapi bila tengok keadaan Abah yang susah nak uruskan pergerakkannya, Ibu kata, tak payahlah pi beraya ke Mantin. Abah sedih, tapi kenalah terima.
- Raya Kedua, adik beradik Abah datang melawat di Melaka. I pun bawa Abah dan Mak mertua datang melawat Abah. Memang Raya kedua tu penuh sanak saudara datang berziarah je lah.
- Pagi Raya Ketiga, ambulan datang ambil Abah, then bermulalah episod Abah jadi bahan uji kaji di hospital.
Kami adik-beradik dan ibu bergilir jaga Abah di hospital Melaka. Memang kena sentiasa ada orang tunggu sebab nak minum pun kena kita yang suakan straw.
Day 2 di hospital tu, buat MRI full body, Doktor kata macam ada history stroke dan result buah pinggang Abah tak cantik so kena drip nak flush urine bagi clear buah pinggang. Paru-paru pun nampak macam tak ok.
Day 3, I jaga siang dan doktor suruh buat ultrasound di bahagian perut. Abah ni fizikal dia aja yang tak boleh bergerak, tapi mulut dan selera 'sihat'. Since dah terbaring aja, dia memang tak berhenti bercakap. Ada juga dia marah. Kenalah layan je lah. Adik-adik yang bujang dan Ibu bila jaga malam, memang menadah ajalah telinga.
Ni gambar malam ketiga sebelum adik lelaki I hantar balik Nilai. Adik perempuan yang depan tu jaga, tapi pagi esok, dia akan terus pergi kerja di Subang, dari Melaka.
Day 4 di hospital, I patutnya dah start kerja, tapi Isnin tu budak sekolah cuti lagi, malas nak bawa budak-budak pi office, maka kita cutilah dan duduk rumah. Dalam 9.30 pagi Ibu call bagi tahu result MRI dah keluar.
Bila dengar suara Ibu sebak, I dah dapat agak. Abah was diagnosed CA bone, stage 4. Tak tahu nak react apa masa tu tapi I suruh Ibu jangan nangis.
Lepas letak telefon, I pula yang banjir. Macam tak boleh nak hadam yang sebelum ni ikut kata Doktor yang check bulanan hanya masalah saraf sebab diabetis Abah, now terus ke kanser tulang. Allahhuuuu! Siapalah kita nak menidakkan kerja Dia.
Petang tu Azreen suruh I balik Melaka dengan adik ketiga. Dia jaga budak-budak sebab esok sekolah dah mula. I cakap kat bos, I sambung cuti seminggu terus. Adik ketiga pun, cuti seminggu juga.
Ikut Doktor, kanser tulang berpunca dari kanser sel yang merbahaya dari organ lain dan telah merebak ke tulang dan ia menyerang ke semua tulang. So, Doktor masih mencari punca utama sama ada dari prostat atau paru-paru. Once punca dah diketahui, then Doktor akan suggest apa rawatan seterusnya.
Kes Abah ni tengah
queue untuk CT TAP scan, dan dijadualkan pada 24/6. Kami adik beradik cuba minta untuk buat CT TAP scan di private, tapi Doktor kata, ini akan beri effect pada imej hospital dan sekiranya nak buat juga, kami kena discharge dan apa jadi atas tanggungan sendiri. Since Abah memang tak boleh bergerak, kami akur dengan keputusan Dr. Abah pun kata tak payah, nanti payah pula nak dapat rawatan kat sini.
Day 7, ibu bagi tahu, esok Abah akan ditransfer ke Hospital Seremban (HTJ) untuk ambil sample tumor yang ada di spine since Pakar Neuro ada di HTJ.
Day 8, I dan adik kedua tunggu ambulan yang bawa Abah ke HTJ. Parking kat HTJ ni memang mencabar nak cari. Rasa macam masuk explorace lak sebab terlari-lari dari parking ke bahagian kecemasan. Kalau boleh nak sampai sebelum ambulan.
Explanation from Doktor pakar kepada I dan Ibu. Dia tengok muka I blur aje, terus dia lukis. I bukan tak faham, cuma nak hilangkan rasa bercampur-baur yang ada.
I tanya Doktor, minor operation je kan?
Terus muka Doktor serius dan cakap this is high risk & major operation. Dia explain segala risks yang ada.
Tips tak nak bagi menangis di waktu yang tak sesuai, agak-agak air mata nak turun tu, sila dongak ke atas dan tarik nafas dalam-dalam. Nanti air mata tak turun, ia masuk ke dalam. Haha!
Operation Abah start pukul 8 malam, dan Ibu yang nak tunggu. Pukul 2 pagi, operation selesai dan ikut doktor semuanya ok. Tumor dah dikeluarkan dan sedang tunggu keputusan ujian yang dijalankan. Doktor ada bagi gambar operation, cuma kalau letak kat sini kang, ada pula yang tak lalu makan.
Satu perkara selesai, lepas ni kita tunggu ajalah, beberapa perkara lain yang akan menyusul. Insha Allah, doa kami, semoga segala urusan penyembuhan Abah dipermudahkan.
Kami juga sedang tunggu hasil yang positif pembedahan ni. Tumor yang tekan spine telah dikeluarkan, harapnya Abah akan boleh gerakkan kaki. Sehingga Day 3 lepas operation, masih takda perubahan. Mungkin ambil masa dan gerakkan kaki. Kami positif Abah boleh bergerak semula.
Melihat keadaan Abah yang ceria dan makan pun berselera je, I masih tak boleh hadam tentang kanser tahap 4 tu. I selalu pujuk hati cakap, Doktor salah diagnos. Abah ok, abah takda apa-apa. Dia akan sihat.
I tanya cousin yang kerja nurse, kanser ni memang terus tahap empat je ke? Kat office ni pun, tahu aja ada kanser, terus tahap 4. Takde yang sikit-sikit.
Dia jawab, kanser bila ia dah merebak memang Doktor akan kelaskan sebagai tahap 4.
=(
Dalam situasi macam ni, I bersyukur sebab ada adik-adik yang masih belum berkahwin. Diorang tulang belakang kami, diorang yang banyak menguruskan Abah lagi-lagi bila kena jaga malam.
Semoga Allah swt murahkan rezeki diorang sebab banyak menjaga Abah berbanding kami yang dah kahwin ni. Semoga kesihatan Abah bertambah pulih dan akan boleh berjalan dan sembuh seperti sebelum ini.
Insha Allah, aaaminnn.