Isnin, 30 Disember 2019

Hello Kuala Kangsar!

Salam semua,

Kerja harini? Ke masih bercuti?
I kerja. Ingat nak sambung je cuti tapi fikir Khamis dan Jumaat ni nak pergi mengendap Reezqy masuk sekolah, so harini kenalah masuk kerja.

Sesat barat cari homestay, akhirnya sampai juga. Pada muka korang, jangkit penyakit sesat I. Haha!

Last week time Cuti Krismas, pergi visit my friend kat Kuala Kangsar. Actually Hafiz yang jemput kami, plan dalam 2-3 minggu, cari homestay, so kita pergi mana yang available aje lah.

Hafiz ni pangkat adik kat kami time belajar di UPM dulu. Lepas habis belajar tercampak jauh kat Kuala Kangsar nun. Ikut wifenya yang dapat kerja kat sana.

Tahun lepas Hafiz jatuh sakit. Terbaring sebulan, kena penyakit ingat-ingat lupa sekejap gitu. So, ada kesempatan ni, kami pi visit dia la.

Kami cari homestay je. Ausila Homestay, Bukit Chandan. Recommended sangat. Yang penting ada kolam. Itu ajelah nak bagi kids diam time emak-emak dan bapak-bapak nak berborak.

Kecik aja kolamnya, tapi ok lah. Janji dapat berendam, anak-anak happy dah. Ni semua, masing-masing tak menyabo dah. Check in aje terus gedebushhh masuk kolam.

Actually, time plan ni, Feeza dan Peyus akan join juga. So, ada dalam 5-6 family la. Tapi last minit, Peyus ada hal kecemasan, dan Feeza pula kena chicken pox. Ok, yang ni klakar! Dah tua bangka kena chicken pox, memang membahan aje la semua.

Hafiz yang depan sekali. Alhamdulillah, nampak sihat dah dan makin kurus. Thank you Hafiz! Beriya menyantuni kami. Siap buat itinerari bagai.

Ni lepas check in homestay, dia hantar minum petang then terus ajak pi Victoria Bridge ni. Bising anak-anak sebab emak-emak suruh naik  dari kolam tukar baju nak pi berjalan.

Lepas Victoria Bridge, dia bawa ke Lembah Kesepian! Haha, taklah. Nama tempat ni Lembah Sungai Perak. Banyak tempat makan best kat sini, tapi since Hafiz ada sediakan BBQ untuk kami, so, tahan jelah perut.

Kat sini juga bole naik bot menyusuri Sungai Perak, tapi anak-anak kami dah melekat kat playground, so hanya mampu tengok je lah sungai tu.

Jambatan Victoria. 
Nak bergambar kat sini sila berhati-hati. Papan dia tu ada yang macam tercabut juga. Kat situ juga motor lalu lalang, so anak-anak kena tengok sama.

Ada dua tiga tempat lagi yang Hafiz nak bawa melawat, tapi kami surrender sebab dah tak larat.  Dengan ragam anak-anak lagi, kami minta balik homestay terus je lah.

MyBcomm08! Ready nak BBQ.

Banyak food malam tu. Ada kambing dan ayam juga. Kami siap simpan, dan panaskan esoknya untuk sarapan.



Sambil berBBQ, sambil karaoke. Lepas tu dok ulang-ulang lagu Mengantok mengantok nak tidur manaaaa didi and friends tu. Haha. Lepas tu semua mabok lagu mengantok =p

Dalam pukul 10.30 malam, kami stop karaoke, tapi sesi membawang tetap diteruskan sampai ke pukul 12.00 malam.

Hari kedua, Hafiz ajak pi Bukit Merah. Kata dia, dekat aje, don't worry lah. Sekali makan30-45 minit juga perjalanan.

Lepas sarapan dengan kuih-muih dan nasi lemak Mak Hafiz, kami terus ke Bukit Merah.

The girls, our junior! Sweet aje semua. Kat sana jadi BFF.


Happy mamat ni dapat berendam puas-puas.

Mami pun happy juga sebab this time around dapat mandi! Selalu kalau pi bercuti ni, I manjang red flag aja! Tapi kali ni dapat mandi manda. Dapat pula join kawan-kawan, memang jadi budak-budak balik, happy je semua.


Thank you Bukit Merah! Bila ajak bergambar, as usual, mak pak la yang terlebih suka.
Dalam pukul 4.30 macam tu, kami keluar dari Bukit Merah. I  terus balik Melaka dan yang lain-lain meneruskan agenda sendiri sebab semua sambung cuti.

Alhamdulillah, berjaya juga jumpa kawan-kawan zaman belajar dulu.

To Hafiz, thank you so much for being an amazing host! Insha Allah, next time Melaka pula ya ;)



Isnin, 23 Disember 2019

Eat clean

Salam semua,

GV6 malam tadi, juara ada dua.
Pada I juara tu kena seorang, dia yang terbaik.
Kesian Naqiu, dia layak jadi juara. Persembahan dia best sangat tapi dah tertulis, juara ada dua. So, rezeki untuk Hady Mirza juga la.
Apapun, tahniah pada kedua-duanya.

Sorry, terbuat selingan GV. Nak cerita pasal eat clean sebenarnya.

This week  dah masuk minggu ketiga I join program eat clean.
Agaknya Azreen dah give up ajak I jogging, ajak I training, semua tak jalan, terus dia daftar kelas Eat clean ni. Harapan dia untuk tengok I slim memang tinggi. Sanggup bayar kelas macam ni =p
Kita tengok ajelah ye suami, jauh mana I boleh pergi.

So, far untuk tiga minggu ni, nampak macam ok lah. Program masih berjalan walaupun diseri kan dengan macam-macam bebelan I pada Azreen.

I cakap kat Azreen,

Sebulan je tau! Lepas tu tak nak dah!

I stress, kena update semua benda yang dimakan dalam group, I penat tau.

Hp I hang tau tak. Voice Record coach lagi, gambar lagi haishhhh menyampah!

I penat nak masak ikut menu tu. Kan senang jadi you, I masak, you makan.

You tau tak I struggle nak hadap semua ni (Haha drama!)

I nak stop boleh tak?

Haha.
Now, dah boleh nampak kan, Reezqy tu ikut perangai siapa? (kahkahkah)

Berat takdelah mencanak-canak turun pun, tapi nampak lah juga turunnya bila join program ni. Dia sediakan meal plan, then masak lah ikut portion yang dia suruh. Time snacking kena snacking. Air kena minum banyak.

Sama je macam program-program diet lain. Keypointnya, disiplin dan KAU KENA RAJIN.
Tu je lah.

Isi ayam, tumis dengan bawang merah bawang putih, tabur paprika, serbuk bawang putih, rosemaryy, siap! Makan dengan roti wholmeal, letak sayur banyak-banyak.

Nasi putih (brown rice patutnya, tapi tekak tak lalu), makan dengan sayur yg direbus. Ikan tu kukus makan dengan air asam, tapi kuah air asam tu tak yah ambil banyak.

Sayur wajib meriah macam tu. Spaghetti tu dalam 10-15 helai, masak macam isi ayam (besar telapak tangan, tak termasuk jari) kat atas tadi tu. Ikut suka la janji jangan letak sos, garam, kicap dan perasa-perasa yang bukan-bukan tu.

Cabaran sepanjang  I join program ni, bulan Disember ni cuti sekolah. Anak-anak cuti kan, diorang mesti nak makan, diorang makan, mak kena join sekali. Kena breakfast sesama, lunch sesama, ommak ni kena la makan demi kualiti time bersama. Tak sampai hati nak tengok aja (again, alasan!)

Then I pun ada travel dan attend macam-macam program yang ada serve makanan, pun sama, takkan nak tengok saja,  kenalah kita makan juga. I cuba la control portion dan counter balik dengan minum air banyak-banyak if makan terlebih.

Memang nampak macam I main-main (paksa rela), tapi cuba jugalah turunkan berat sebab bila update mingguan,  berat tak turun tu rasa malu lak. Malu oi, orang lain turun banyak!

Wish me luck ye korang. #prayfornurain
Siksa zahir batin juga ni, tapi demi #sekepingnurain kita cuba jugalah. ;)




Khamis, 19 Disember 2019

Gegar Vaganza, go Hady Mirza!

Salam semua,

Korang layan Gegar Vaganza (GV)?
I layan je. Hiburan I tu je lah. Tak tengok Cerita Korea, Say Yes to the Dress, GV ni pun boleh la layan untuk mengisi masa lapang.

Sambil melipat kain baju dihujung minggu, mata pun kena berfungsi, so tengoklah GV.
This week GV minggu last dah.
Tak dapat dah nak gelak-gelak tengok Nabil Jihan. Rindu pula Bonda tembak terusss tu.
Haha!
Lepas ni apalah I nak tengok sambil lipat kain malam minggu.

Dari awal GV ni, memang dah nampak aura Naqiu tu sebagai pemenang. Mostly pun orang sokong dia. Baca komen review orang semua menjangkakan dia menang. Naqiu pun nampak bersungguh dalam semua persembahan dia.

Azreen dari awal suka Sham Visa. Haha. I gelak je, tapi takda kata apa-apa pun.
Suka hatilah nak suka sapa kan. Mata lain- lain, pandangan lain-lain.


Bila Azreen tanya, I suka siapa dan jangka siapa akan menang?

I jawab I suka One Nation Emcee.
Dia kata, tah apa-apa tah. Ada ke One Nation Emcee!

Eh eh dia ni.
Suka hatilah. I suka group ni. Suka performance dia, suka appearance dia. I suka yang joget-joget semua. Time diorang perform lagu Bila Rindu tu paling best, sebab I suka lagu tu.

Azreen kata,One Nation Emcee takkan menang.
La, kalau I suka tak semestinya menang.

I suka One Nation Emcee, tapi I rasa Naqiu akan juara dan Hady Mirza akan dapat nombor dua. One Nation Emcee akan dapat tempat ketiga kot.

Hady Mirza pun I suka juga. Suara dia unik. Untuk jadi juara, mungkin kalau ada rezeki dia, boleh challenge Naqiu, dapat la kot sebab Naqiu tu ramai yang suka.

Apapun, tahniah lah pada yang pergi final. Siapa pun juara, korang semua dah buat yang terbaik.
Go Hady Mirza, go One Nation Emcee!



Isnin, 16 Disember 2019

Hello Sarawak!

Salam semua,

Last week kena pergi kerja luar di Sarawak. Hadir mesyuarat, maka, since flightnya awal, kita explore la Sarawak mana yang sempat.

Hello Sarawak! Last sampai sini tahun 2008 kot, ada Sukan antara IPTA. Time tu Universiti kayo lagi, maka mampu la sponsor staf. Haha.

Partner of crime! En. Farid dan Dr. Azni.

Sampai dalam 10.30 pagi, daftar masuk kat kaunter Imigration, then dapat slip putih tu, kami pi cari kereta sewa. Slip putih tu kena simpan ye, nanti nak balik kena bagi semula pada kaunter.

Organizer ada menyediakan kenderaan tapi sebab ada tempat yang nak dituju, maka carilah kereta sewa.

Dr. Azni pernah duduk Sarawak dan jadi Pensyarah UNIMAS, so dialah jadi Tourist Guide kami. Tempat pertama yang dituju adalah  Kedai Mom's Laksa nak pi makan Laksa Sarawak.

On the way ke sana sempat lalu jambatan ni, pemisah antara Sarawak Utara dan Sarawak Selatan.

Our menu. Laksa Sarawak dan Teh Ais gula apong. Sedap teh ais tu. Sesedap rasa tak rasa manisnya tapi sedap je. Laksa Sarawak pun sebab dah selalu makan yang Dr. Azni masak, so ok je lah I rasa.

Thank you En. Farid bayarkan. 

Since ada beberapa jam je lagi sebelum nak ke Majlis Makan Malam, maka, kita terus ke Kampung Budaya Sarawak ajalah.  Bergambar berlatar belakangkan Gunung Santubong. Tunggu juga awan tu hilang, tapi sampai ke sudah, gitu ajelah awannya. Tak dapat kita nak bergambar dengan Puncak Santubong.

Tiket masuk RM60 dewasa dan akan diberikan passport gini. Kalau rajin, dapatkan cop untuk setiap rumah budaya yang kita lawati.

Sempat mengenakan pakaian tradisional Orang Ulu Sarawak. Suka baju ni dari baju Iban dan lain-lain sebab so colorful.

Post gambar kat Azreen, dia reply, Ada pula size awak ye?

Kurang asam betul laki den. Baju tu adjustable la oiii. Kan main lagi ayat kau kan!

Macam-macam jenis rumah ada dalam ni, kami masuk mana yang sempat ajelah. Sampai dalam pukul 12.30 macam tu, faham-faham ajelah cuacanya. Berkipas manjang je nak oiiii.

Alat muzik tradisional Sarawak, Sape. Ada bunyi tu tau. I bukan petik sesaja je ;)



Selesai kat Kampung Budaya, singgah kat Pantai Damai, then kami check in Hotel di Kuching. Stay di Riverside Majestic Hotel.

Riverside Majestic Hotel ni ada dua ya, Satu Puteri Wing (tempat I stay), satu lagi Astana Wing (yang baru). Dua-dua bersebelah aje, tapi yang Astana Wing tu baru, so ID nya lawa dan moden lah.

Puteri Wing yang blakang bangunan coklat, Astana wing yang tepi belah kanan.
Dah check in, letak barang, iron baju untuk dinner, solat semua, keluar balik sebab nak pi cari Kek Lapis lak. Walau pun time drive tadi, dah sampai ke tempat kek lapis ni, tapi kami tetap nak naik perahu ni juga pi beli kek lapis. Baru feel kek lapis Sarawak tu ada.

Ada life jacket perahu ni. Tapi tak sempat nak panas bontot pun dah sampai, maka memang tak pakai lah life jacket tu.

2008 lapan dulu I pi, tambang RM0.50 je. Sekarang dah RM1.

Colorful kek lapis. Suka yang hijau tu. Sedap tapi namanya tak ingat.

Selesai beli kek lapis, lepak kat Waterfront Kuching. Minum jus buah sambil makan cucur udang dan menghayati pemandangan Sungai Sarawak.

Then, Maghrib, bersiap untuk makan malam. Bergambar di jambatan pemisah Puteri Wing dan Astana Winga. Eh, tersama warna pula dengan Dr. Azni. Memang tak janji pun nak pakai pink putih ni.


Dinner malam tu makan Chinese Food. Being me yang memang tak suka guna chopstick, tak nak belajar guna dan tak ambil tahu, struggle gila nak makan. Last-last surrender, minta sudu garfu. Baru puas hati makan.


Esoknya meeting 9.00 pagi di UNIMAS. Bergambar di hadapan landmark UNIMAS with Team from USIM.


Sempat berjumpa Cindy, Setiausaha Post Graduate UNIMAS.

Selesai meeting, since dah sesiap check out dan flight pukul 4.30 petang, Urusetia hantar terus ke Airport. Dan as usual, kalau naik AA, mesti la order Kopi Ais Vietnam ni!

Thank you Sarawak for the sweet and memorable time!
For natures & culture lover, please visit Sarawak.
=)

Khamis, 5 Disember 2019

Skendel suami dan masalah rumahtangga

Salam semua,

Nak share tentang drama korea yang tengah I tengok sekarang ni. Walaupun cerita ni tengah ongoing dan konon nanti dah habis semua episod tayang baru nak buat marathon, tapi tak boleh tahan. Tetap juga tunggu time tayang dia.

Haha! Bangsa tak boleh sabar =p

Tajuk drama ni adalah VIP. Masa tayang drama ni adalah 30 minit per episod dan total episod ada 32. Haishh, lama sungguh nak tunggu endingnya.

Drama ni i tertunggu-tunggu sebab Jang Nara je. Haha. My fav actress Korea! Comel nau. Dah 38 tahun pun nampak muda remaja.  Comel je alahaiii.

Ingatkan ni cerita action sekali genre misteri. Mula-mula haritu, rasa macam malas nak tengok sebab drama ni agak slow jalan ceritanya.  Dah la heronya tak berapa kenal, tapi sebab Jang Nara punya pasal, kita follow rapat  juga la.

Start dari Jang Nara terima mesej yang suaminya ada skandal di tempat kerja, dia pun tercari-cari, then jalan cerita jadi semakin menarik.

Sampai kita pun ikut tertanya-tanya dan meneka-neka siapakah yang jadi skandal si suami di kalangan rakan sekerja. Plot cerita pun kan main, diputar-putarnya sampai salah-salah kita teka.

Sikit-sikit semua rahsia terbuka dan now dah tahu siapa skandal suaminya. Memang tak sangka betul skandalnya tu. Acah-acah innocent je! Suaminya Jang Nara lak nak bercerai sebab nak bersama dengan skandalnya.

Oh mennnn!!!!!
Kenapalah mudah kau berubah hati? Kalau kau tak mula, takkan jadi semuanya ni. Ke dah 18 kali tolak, kali ke 19 tak boleh tahan dah dia punya aura? Kahkahkah.

Demi rumahtangganya, Jang Nara bangkit nak melawan semua ni dan bertukar watak antagonis dah. Perempuan ni kan, kau jangan duga dia. So, jangan terkejut bila dia boleh berubah sekelip mata dan buat keputusan di luar jangka.

Dalam preview next episod, si skandal siap merayu cakap dia tak boleh hidup kalau takda Suami Jang Nara tu. Ehhhk kau ni! Rasa nak pang sekali lak dia.

Haha, terus emosi tengok drama ni.

Tak sabar nak tengok endingnya. I harap ending live happily lah. Tapi tak juga, cerita korea ni kang, ending kadang tah apa-apa, terus sakit hati kita! Yang kita expected jadi unexpected.

To Lee Sang Yoon, please jangan nak macam-macam. My eyes on you, so you better watch out!

p/s: Now dah tersuka Lee Sang Yoon, maka, marathon semua drama dia la pula lepas ni ;)