Jumaat, 25 September 2015
Assalamualaikum Krabi!
Selamat Hari Raya Aidiladha semua.
Semoga sentiasa ceria dan bahagia di samping keluarga hendaknya!
Hakak tak sambung cuti pun untuk raya kali ini. Kena masuk office, settle few things, final touch up untuk semua persiapan penganjuran seminar di Krabi! Dedebar tak tentu arah rasa bercampur baur bila mengenangkan majlis yang nak berlangsung.
Doakan hakak berjaya menggalas tanggungjawab yang diberi dengan jayanya ya, Insha Allah.
Selagi tak settle majlis, makan Krabi, tidur Krabi, nak berak pun Krabi!
Kahkahkah.
Ya Allah, kau permudahkanlah, janganlah kau susahkan. Amin.
Selasa, 22 September 2015
Run Ain run!
Phewwww, Alhamdulillah, berjaya juga tamatkan larian 5km dengan jayanya dengan catatan masa 1jam 15 minit. Haha. Lambat gilo macam siput.
Even lambat gilo macam siput, kira ok lah sebab kali kedua I join larian seperti ini, I lari juga, takde berjalan macam kali pertama join larian dulu.
2km pertama I lari non stop, kemudian jalan, eh sedap pula jalan, jalan lagi, sekali nampak orang-orang yang di belakang dah potong I, terus datang rajin balik nak lari, maka hamik kau, jadi semput sebab kejap lari, kejap jalan. Haha.
Apapun, dapatkan habiskan larian dah kira ok dah lah tu. Ingat senang! Lagi-lagi bila mental dah crash kat starting point bila tengok adik India, kategori kanak-kanak yang kaki kurus bak kayu tu, dah pecut meninggalkan semua peserta walhal time tu laluannya adalah bukit oi!
Down Hakakk tengok adik tu memecut di bukit tau. Tapi down sekejap je lah. Malas nak layan sangat down tu, akak lari jelah sambil layan perasaan untuk mengejar suami yang telah jauh di hadapan. Kali ni lari tak start sesama dengan suami. Peserta lelaki dilepaskan dulu, kemudian baru perempuan.
Proud finisher walaupun semua tak dapat nombor satu. Kahkahkah. Baju biru peserta, baju pink urusetia. |
Geng Kampeni Kubah Biru. |
Jumaat, 18 September 2015
Kursus ala-ala Perang di Pusat Latihan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak
Seperti biasa, I terpilih lagi menggantikan orang untuk pergi berkursus. Dan sekali lagi Azreen kena beralah dengan I sebab untuk kursus yang ini, I juga kena pergi, dia tak boleh. Haha. Ampun lah ya suami. Ni lah kalau dah dedua minat aktiviti outdoor, bila ada nama dedua, salah seorang kena beralah.
Kursus kali ini bertajuk Kursus Pemerkasaan Citra Pentadbir Muda anjuran kampeni I dengan kerjasama Pusat Latihan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak. Dan sekali lagi I suka kursus ini sebab dia bukanlah kursus yang kau kena dengar ceramah semata tetapi ianya penuh dengan pelbagai aktiviti yang dapat menghilangkan tekanan dalam masa yang sama dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan kerja. Kursus kali ini juga melibatkan peserta dari universiti lain iaitu, UNISZA, UMS dan UTHM.
Hari Pertama.
Perjalanan mengambil masa tiga jam dan kami sampai di PGA ini pada pukul 12.30 tengahari.
Sampai sahaja, di sapa salam perkenalan oleh pegawai di sana, kemudian kami telah dibekalkan dengan 2 pasang uniform, sehelai T'shirt akiviti, sepasang boot dan set cadar dan sarung bantal. Untuk malam pertama, kami bermalam di berek polis yang lengkap dengan bilik mandi dan katil untuk tidur. Maka selepas itu bermulalah jadual yang padat mengikut aturcara yang telah disediakan.
Aktiviti pertama selepas check in bilik adalah Taklimat Ringkas oleh PGA. Kemudian diikuti oleh Sesi Taklimat Kompas Prismatik oleh staf PGA iaitu Tuan Shamsudin. Selesai taklimat, petang itu terus diuji dengan Latihan Amali kompas dalam hutan.
Lawak time ni sebab team I salam baca kompas, siap sesat masuk kawasan team lain, terus kena denda buat semula dari awal. Haha. Padan muka semua!
Sempat bergambor sebelum Tuan polis sampai. |
Berkursus dengan anggota badan berunifrom, kalau takde kawad memang tak sah. So, sebelum mana-mana sesi bermula, kami perlu berkawad dahulu untuk mengira semua ahli kursus cukup atau tidak. Bangunan belakang itu adalah bilik tempat kami bermalam.
Selesai latihan kompas, malamnya pula adalah aktiviti night trail di dalam hutan. Agak berdebar juga nak mengadap night trail ni tapi I cuba juga lah atasi perasaan takut yang ada. Lagi best, time sesi night trail, urusetia siap datang borak dengan I, terus takde rasa takut dah. Haha. Dalam hutan, sebenarnya event kita bayangkan gelap, tapi bila lama-lama dalam tu, bila dah mesra dengan sekeliling hutan, keadaan gelap bertukar terang. Eh, paham ke apa yang I cuba terang ni. Haha.
Hari Kedua.
Helo Perak di Hari Kedua.
Haha. Kemain berhelo-helo kau ye.
Lepas hadap aktiviti kedua, terus rasa, cepat lah hoi, nak balik nak beli air sirap. Sepanjang kat sini, time breakfast, time lunch, time hi tea, time dinner, semua air yang disediakan adalah air panas. Hazab hakak tak dapat air ais selamat tiga hari.
Aktiviti hari kedua di mulakan dengan sesi Kecergasan Fizikal (mengujji tahap ketahanan PIES) di tengah padang kawad yang penuh dengan lecak. Memang menguji sangat lah kan kena bergolek dalam lecak, meniarap ala cicak, merangkak ala bayi di tengah lecak dan macam-macam lagi. Kalau pelatih dah jerit down tu, toksah lah ko nak lenggang mak limah terkedek-kedek nak lemab-lembap, memang mendapat lah semua kena buat semula nanti.
Gambar latihan memang tak dapat nak diletakkan kat sini sebab kamera adalah kemara Urusetia, tunggu punya tunggu, sampai sekarang tak dapat softcopy. Kita letak gambar mana yang ada je lah.
Selesai aktviti pagi dan bersarapan, kami di beri masa untuk mengemas semua kelengkapan peribadi untuk di bawa bersama untuk aktviti seterusnya dan kami akan bermalam di dalam hutan pada malam kedua.
Bersedia dengan kelengkapan peribadi masing-masing. |
Aktiviti seterusnya adalah Inokulasi Seksyen dan Individu bagi menguji dan membina kerjasama dalam pasukan. Ada dua sesi time ni. Untuk sesi pertama, tiada gambar. Kami kena meredah parit dan halangan.
Gambar yang bawah ni semua sesi kedua di mana kami secara berpasukan kena meredah kawat untuk menyelamatkan diri dari musuh.
Down! Haha. |
Selasa, 15 September 2015
Suami yang cepat kurus.
Husband: 2 minggu tak makan malam, sukan sikit-sikit, mulalah orang tegur, eh Emsem, ko dah susut lah, eh Azreen kurus dah ko!
Wife: 2minggu taknak makan nasi sampai gastrik, sukan bagai nak rak bak kata abah buang bogheh jo hanta poie bertanding, orang tegur, Eh Ain kan main berisi, eh Kak Hainnn, badan gemuk macam ni main sukan apa?
Haha!
Terus jealous dengan suami sendiri.
#nianeerza
Khamis, 10 September 2015
Rindu blog!
Assalamualaikum kawan-kawan maya!
Rindunya lahai.
Rindu nak membebel di blog.
Rindu nak melawat blog kawan-kawan.
Rindu nak post aktiviti mingguan.
Rindu nak mencoret kisah anak-anak dan keluarga.
Rindu sangat-sangat!
Tapi apakan daya,
Tuntutan kerja dan tenaga sekarang sangat membataskan.
Pelbagai program juga turut sama berbaris menunggu untuk dilaksanakan.
Alhamdulillah atas semua tugasan dan kepercayaan yang diberikan.
Cuba juga untuk menulis di malam hari,
Tapi bila fikir masa yang terhad dengan anak dan suami,
Taknak rasa bersalah, kenalah luangkan masa untuk mereka,
Mengganti masa bersama mereka yang dicuri untuk mencari sesuap nasi.
Bila ada masa terluang,
Cuba juga mencari ruang,
Demi blog tersayang,
Tapi lebih suka layan mata bagi rehat badan dari melayan rindu kepada blog.
Haha.
Apapun, I doakan semua rakan-rakan blog sentiasa dirahmatiNya dan happy selalu.
Semoga semuanya terus giat menulis di alam maya.
Panjang umur, murah rezeki, semoga kita berjumpa lagi.
Salam rindu kasih sayang,
Dakpink a.k.a Ain
=)
Selasa, 8 September 2015
Program Motivasi untuk anak-anak di Hari Terbuka USIM
Moh suntik semangat anak-anak masuk uniBESTi! Nak bagi fefeeling masuk uniBESTi, mai la join program kami.
Ada pertandingan mewarna, dan juga program motivasi,
Bukan senang sesekali USIM nak bagi join program for free,
So, apa tuan/puan tunggu lagi,
Bawalah anak-anak join program kami.
;)
#iloveusim #supportUSIM #supporttempatmencarirezeki
Langgan:
Catatan (Atom)