Khamis, 12 Disember 2013

Set Pengurusan Uri Bayi: Grandma Secret

Eh, ini bukan post berbayar ye. Saja suka post sebab set ni macam menarik je. Tambah lagi bila dengar cerita kawan-kawan yang duduk jauh dari parents, lepas tu ada yang first time jadi parents  dan macam terkial-kial nak urus uri, tiba-tiba I rasa macam nak share pulak benda ni.

Macam best je kan.

Dan,
Untuk pertama kalinya juga I tengok uri  dari FB page Grandma Secret. Dua-dua anak dulu, kedua-dua uri dah selamat Ibu uruskan bila I balik dari hospital so memang tak dapat nak tengok yang real lah.

Yang penting set ni ringkas dan takde nak kena letak paku ke, lilin ke, etc, benda-benda kepercayaan nenek moyang kita dulu :p


Kitab Nihayah al-Muhtaj disebutkan:

ومنه المشيتة التي فيها الولد طاهرة من الآدمي ، نجسة من غيره

Ertinya: Dan daripadanya, tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak) adalah suci daripada manusia, najis daripada lainnya. (Nihayah al-Muhtaj: 1/245)

Berdasarkan daripada kenyataan di atas, dapatlah difahami bahawa tembuni dan tembuni kecil yang dipisahkan daripada anak itu adalah suci, bukan najis. Sebagai penghormatan kepada anggota manusia, maka tembuni dan tembuni kecil tersebut sunat dibungkus dengan kain atau lainnya dan ditanam jika ia dipisahkan ketika anak berkenaan hidup. Jika ia dipisahkan setelah anak berkenaan meninggal dunia, maka penyempurnaannya adalah mengikut penyempurnaan mayat anak berkenaan. 


-  Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004




Set Asas Pengurusan Uri Grandma Secret mengandungi:

1) Periuk tanah - digunakan utk mengisi uri yang telah dibasuh bersih. Dimasukkan ke dalam bekas utk mengelakkan daripada bau uri (bau darah) dapat dihidu dan dimakan oleh binatang.


2) Sarung tangan latex - dipakai ketika membersihkan darah pada uri bayi. Ia dapat mengelakkan supaya bau darah tidak melekat pada tgn.


3) Kain putih - digunakan utk mengisi uri yang telah dibasuh, sebelum diisi ke dalam periuk tanah. 


4) Asam - ia digunakan utk menghilangkan bau hanyir darah dan memudahkan untuk membasuh uri.


5) Garam - ia digunakan utk menghilangkan bau hanyir darah dan memudahkan untuk membasuh uri.



So, untuk young parents atau bakal menjadi ibu bapa untuk pertama kalinya ,I rasa, set ini memang perlu lah ada dalam to buy list korang. Semua yang diperlukan dah ada, tinggal beli, guna, then uruskan je uri tu. Mudah je. Kalau berminat, pergilah order sendiri ye.

=)


Grandma Secret:
Page di FB
Website

2 ulasan:

  1. Ya Allah nok...kalau ko tak up n3 pasal ni, aku tak tau pun ada set pengurusan uri mcm ni...bagusnya la hai set ni nok...memudahkan kerja...laju2 aku klik link ko bg tu nok...

    tengs sharing, info yang sangat2 berguna...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Sebab rasa best yg aku share tu. Kot berguna tok orang lain. =)

      Padam