Hmmm, sebenarnya payah nak jawab bila orang tanya I soalan ni. Sebabnya, kalau selepas bersalin hari tu, ye, betul, memang nampak bezanya. Tu I akui. Adalah kurus sikit. Dan rasa macam nak jugalah share tips nye time tu.
Tapi lepas raya ni, lagi-lagi dengan keadaan Malaysia yang banyak sangat makanan yang buat juling biji mata untuk orang yang tak kuat iman pantang nampak makanan macam I ni, dah tiada makna dah kurus tu kat I. Rasa macam orang perli adalah. Kahkahkah. Berat semakin naik kan main. Lagi-lagi I dah start minum ais. Hai, lagi lah. Macam di pam-pam. Suami pun dah mula bagi siren hoi hoi kurus balik lah yang oi.
Apapun, meh I cuba kongsi sikit apa benda kejadah yang I ambil waktu berpantang dan do and don'ts I amalkan ketika berpantang.
1. Time berpantang dulu, I ambil set bersalin Mak Dara. Dua minggu lepas bersalin, I start makan kapsul dia tu. Dua biji pagi sebelum makan, dua biji sebelum tidur. Tatau lah benda ni ada membantu untuk kurus atau tak. Tapi I ambil untuk kesihatan dalaman.
Selain itu, I rajin pakai bengkung dia ni. I tak sapu minyak panas dalam set ni, tapi I guna pati limau purut yang I ada buat review sebelum ni tu. Sapu kat perut, bengkungkan. Tu jelah. Tak pakai siang, I pakai malam. Ikut tahap kerajinan lah.
2. Selain makan jamu mak dara tu, I juga minum kopi ni. Bila minum kopi sedap ni, memang. Memang terasa sangat kurang nafsu makan tu. Pada I sendiri, kurang rasa lapar. Buat lawan cicah-cicah biskut lemak cap ping pong tu pun sedap juga dengan kopi ni.
3. Masa berpantang, selain jamu Mak Dara tu, vit shaklee ni pun I telan juga. Haha. Ada orang yang pantang, kalau makan jamu tak boleh makan vit ni. I tak. I belasah je semua, tapi tak lah telan sekali harung. Selang seli lah. Kalau jamu dah makan pagi, b complex i mkn lepas minum pukul 10. Tengahari, I telan omega. Malam 1/2 jam sebelum telah jamu, i telan oste dulu. FYI, I tak ambil full set kehamilan pun. Beli ikut kemampuan je kat Zana Putrajya =)
4. Masa berpantang juga, I disiplin kan diri betul-betul. Satu senduk nasi sekali sehari. Even ibu I paksa, makan waktu pagi, tengahari, dan malam, tapi I melawan tak nak. =p I makan hanya waktu tengahari je. Pagi ambil dua ketul kuih, pukul 10 susu + roti or meskot. Petang minum lah air apa-apa dengan biskut or kuih yang tak manis. Malam, minum susu, lepas tu laju-laju pi tidur. Kalau rasa nak makan, minum air putih banyak-banyak.
Faktor kurangkan nasi ni, I rasa memang membantu turunkan berat badan. Time berpantang, bolehlah kurangkan nasi, sebab lauk pun tak berapa nak memberangsangkan, tapi, lepas pantang, makan kalau tak menambah, rasa tak lengkap pulak rutin makan I.
5. Tak minum ais sepenuhnya. Gila ko nak sentuh ais time berpantang. Even I ni agak macam orang bandar sikit bab berpantang, ada part yang I main langgar je, tapi ais memang I tak berani sentuh. 100 hari tak minum. Ada minum pun sekali time kenduri kahwin sepupu sebab ibu I suruh rasa dengan alasan, besok anak ketiga, takda lah sakit badan kalau terminum. Tapi seratus hari je lah. Selepas itu, ditambah dengan hari raya, orang nak mudah hidang air ber ais je sebab malas nak bancuh teh ;p, belasah ais tak ingat donia dah. Terus lupa 20 jahit semua. Kahkahkah.
6. Kalau dalam gambar, korang nampak I macam kurus, silalah jangan tertipu. Dan, sila lah pergi belajar, teknik menguruskan badan ketika bergambar. Yang ini betul. Kalau dah rasa badan tu kenderaan berat sila ikut kiri, silalah jangan tunjukkan sebulat-bulatnya tubuh badan. Iringkan lah sikit bagi nampak setengah badan so, nampak lah macam kurus. Tang kaki, kalau bergambar, bengkok kan sikit ala-ala top model waloooopun badan tak berapa nak model, so akan ada ilusi nampak-nampak konon kurus lah. Susah-susah kalau tak tahu, pi tengok Top Model je lah.
7. Selain dari perkara di atas, suka I nak stresskan kat sini yang masa pregnant anak pertama, berat I naik 29 kilo ye kawan-kawan dan I tak berusaha langsung pun nak turun kan berat badan. Berat asal di ketika itu adalah 54, pregnant jadi 83. Then bila sampai ke jarum 69 kilo, jarum tu statik je tak nak turun2 dah. So, I buat assumption, berat I memang takkan turun sampai bila-bila dah, lemak pejal payah nak cair, dan, jodoh I dengan berat 54kg memang dah takdo gitu.
Di kemengandungan yang kedua pula, berat I naik hanya lah setakat 20 kilo lebih-lebih sikit je time tu. Then, I disiplin kan diri sebab asyik dicabar oleh si suami kan, so turun lah berat tu. Kau tahan ke telinga kau, bila hari-hari laki kau memekak, awak kurus lah bla bla bla, awak jangan lah jadi macam hamidah wahab bla bla bla, dah macam-macam lagi lah. So, sebab ambil berat saranan laki, dapatlah berat asal sebelum prengant sebab berdisiplin, malah turun lagi 5 kilo ke 65 sebab kurangkan nasi, dan tak minum ais.
Dah, itu jelah faktor-faktor yang I ingat setakat ini yang membantu I turunkan berat badan. Tak banyak pun turun. Tapi, adalah membantu juga untuk kurang.
=)
Jumaat, 23 Ogos 2013
Rabu, 21 Ogos 2013
One born every minute UK @ channel 709
Walau 10 kali pun kau bersalin, takut tetap ada, sakit perit takkan sama.
Haha. Itu falsafah I tentang bersalin.
=)
Korang pernah tengok cerita kat atas ni?
I tahu cerita ni through kawan. Dia suruh tengok time ada satu kes yang seorang nak bersalin dalam air, lagi seorang nak bersalin tapi OKU. Sejak tu, I memang jadi tebiat lak tengok cerita ni selalu. Haha.
Bukan apa, sambil tengok sambil teringat debar-debar time bersalin sendiri gitu. Cemasnya, sakitnya. Hailahai. Tok yang tak kawin lagi, tengok lah cerita ni. So, ko akan tahu, cemane siksanya nak bersalin tu.
=,(
Suami yang 1st time tengok I bersalin anak kedua haritu pun, lepas dia tengok, terus keluar statement, tak payah pregnant lagi lah lepas ni dah. Punyalah trauma konon sebab tengok siksanya lahai nak bersalin.
Sakit memang lah sakit. Tu tak boleh nak elak.
Tapi, lepas je tengok muka baby, semua sakit tu hilang macam tu je.
Ada orang tu,
Tak nak bersalin lagi lah, takut lah, tak nak dah lah,
tapi,
nama Iman Madeena dan Iman Mukhreez dah pilih siap-siap kan main.
Kahkahkah.
Isnin, 19 Ogos 2013
Si halia yang holiyau!
Entri yang dah draft tapi lupa nak post. Haha. Boleh macam tu? :p
Mahapkan jelah ye sebab anak dah dua, nak jaga laki lagi, housework lagi, tambah dengan kerja, so, kena dahulukan mana yang patut je lah.
Masa pantang haritu, I telah dibekalkan a.k.a sposor dengan dua benda ni. Kapsul pati halia dan losyen pati halia plus limau purut.
Yang kapsul pati halia tu I dah tahu sangat dah kalau makan dalam pantang jadi apa. So memang takde pikir apa, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal je lah. Telan tanpa rasa was was. Haha. Memang marbeles lah effectnya sebab time pregnant, selain 'berangin', badan I memang banyak angin. Bila makan tu, burp burp burp asyiklah I sendawa. Bukat takat sendawa, malah kentut pun sama. Kah kah kah.
Eh, kalau korang tak bersalin pun, tapi teringin nak buang angin dalam badan secara tak payah susah-susah, boleh je ambil kapsul pati halia tu.
Makcik yang urut I time dalam pantang haritu cakap, kalau sendawa lepas bersalin is not good. Kemain makcik tu speaking ok. Angin jahat tu, kalau sendawa. Yang elok kentut. Dia siap pesan, kalau dia tengah urut, kalau nak kentut lepas je jangan tahan-tahan sebab kentut ialah angin dikeluarkan secara elok gitu. Haha. Lawak betul makcik tu, tapi terpulanglah kan antara nak percaya dia atau tak. I kentut je sambil dia urut tu. ;p
Selain buang angin, kapsul ni juga elok untuk sesiapa yang sembelit. Minggu ketiga I berpantang, tiba-tiba sembelit datang menyerang. Nak nangis ok sebab payah nak uk uk. Dah lah jahit doploh kau, lepas tu sembelit, memang fobia nak uk uk tahap angin naik kepala dah. Nasib lah time tu jumpa pil ni, amazingly, lepas makan pagi tu, tengahari I uk uk smoothly je tanpa ragu. Lega mak nak!
Next thing is losyen pati halia plus limau purut. Benda ni yang paling I suka adalah bau dia. Bila sapu tu selain berangin rasa sejuk macam di syurga, bau losyen ni buat rasa tenang je. Dalam pantang kan, kenalah tenang-tenang, kang tak tenang meroyan pulok. Lepas tu, dah nama losyen, bila disapu, memang rasa lembut lah kulit.
Losyen ni dia tak panas kalau sapu banyak-banyak. Sapu kat tempat yang berlemak manis tu banyak-banyak, lepas tu bengkungkan cecepat, terus beradulah kau dikatil sambil rasa berangin macam duduk kat tepi pantai. Time ni kalau mak marah suruh tutup kipas pun, tak de hal punya lah sebab pakai losyen ni memang kau akan rasa sejuk je. Effect losyen ni pun sama macam kapsul tu, asyik sendawa dan terkentut-kentut je time pakai. Kahkahkah. Ingat losyen dan kapsul ni, ingat sendawa dan kentut.
Apapun, ni experience i sendiri bila guna dua benda ni. Kalau uols guna, I tak tahulah cemane pulak kesannnya kan.
Apa-apa, kalau nak order silalah order pada Cik Ummi.
Ok semua?
Hingga berjumpa lagi di lain siri.
Tata
=)
Ahad, 18 Ogos 2013
Salam Aidilfitri 1434H :)
Langgan:
Catatan (Atom)