Jumaat, 8 Februari 2013

I'm counting to turns 2 lah!


Aye shang yayamm 
shuuuu wot kokoi ime
Nya ngun gi ..... unge
............ nanam koyyyam
tik wowolor yayam etas
cik baaaaaaaaa ba tuhhhhh.......
cik nah we eyit eyit

Lagu air pasang dalam versi Iman Raneeya pelat.  Bila dia menyanyi bersungguh-sungguh dia akan cuba sebut semua perkataan sambil lubang hidung kembang-kempis. Haha.

Yang mana ada tempat kosong tu dia akan kumat- kamit mulut je sambil pandang kita minta tolong sambungkan. Mungkin sebab dia tak ingat kot nak sebut macam mana. 

Bila dia dah pandai cakap ni walaupun kadangkala tak clear butirnya, rasa masa berlalu cepat sangat. Lupa terus ragam, demam, susah senang, sakit segala yang dihadap  ketika nak membesarkannya. Terus juga lupa yang dulunya I ni  terkontang-kanting segala belajar  cara nak membela seorang anak. =,)

Sekarang ni, rasa macam nak menitik air mata je bila melihat setiap perkembangan anak dari  hari ke hari yang semakin bertambah. Tu baru pandai nyanyi pelat tu. Kalau terima ijazah ke kahwin ke nanti, mau banjir kot Mummynya. Haha. Mummy kan Ratu Airmata ;p Macam ni lah juga agaknya perasaan ibu I dulu kot melihat setiap perkembangan i di setiap waktu.

Selain daripada nyanyi pelat, sekarang ni Iman Raneeya dah pandai baca satu due tiga dengan nombor sembilan selalu tertinggal. Slang dia baca adalah slang Peghak. Ate manenye dia belajar  tah sebut satu, duwe, tige, ampat, meme, nanam, jujuh, apan, lan, uluh  dalam loghat Peghak tah. One two three lak, ada part-part yang dia suruh kita sebut then dia sambung, kemudiah seven eight nine ten dia baca laju-laju. 

ABC, dia hafal sampai D je, masih memerlukan bantuan kita sebut then dia ikut. Alif ba ta, dia jadi tukang sambung. Contoh, kita sebut alif, dia sebut ba. Kita sebut ta, dia sebut sa. Haha. Pelan-pelan lah Iman. Belajar ni bukan sehari dua. Yang pasti, tiap-tiap pagi on the way nak pergi kerja ikut mummy mesti muka minah kecik ni kelat je sebab kena  baca, 1 2 3, one two three, a b c dan alif ba ta sepanjang jalan. ;p

Baru-baru ni, I ternaik suara kat suami, dia boleh sound, Mummy angannnn ayyah Dedi! Kan main,  back up bapak ko ea. Lepas tu, apa kita cakap dia suka ikut or sebut balik. Contoh kalau dalam kereta, bila traffic light warna hijau, I akan cakap, B, jalan B. Dan dia pun akan sebut, B ayyan B! Haha. Nak jugak panggil B tu ;p  So, untuk selamat, depan dia, I panggil suami Daddy je. 

Hmmm, 
lagi dua bulan plus plus je nak dua tahun dah kamu Iman Raneeya. 
Lagi dua bulan juga Daddy dah nak masuk 30. 
Mummy pun lagi dua bulan plus plus juga nak get ready to pop!. 
Haha.

Oh masa, kamu  bergerak sangat laju!


5 ulasan:

  1. semua berlaku dalam masa 2 bulan plus plus ye.. Semoga semua nya bertambah indah :)

    BalasPadam
  2. tak lama lagi jadi kakak dah raneeya ye :)

    BalasPadam
  3. alololo
    cumell je Iman dlm suma mimik muka tu :)
    yg pastinya mata dia mmg copy paste mummy dialah.hehe

    BalasPadam
  4. kalau dia baca pelat tu yg comel tu...aku dpt bayangkan nok...hehe...

    comel...sebijik muka ko nok...

    BalasPadam