Jumaat, 29 Jun 2012

Semoga kau gembira sayang..

Di kala ini,
hati tengan bersedih kan main.
Sebabnya Iman Raneeya sedang dalam perjalanan ke Gambang dengan Daddy, Grandpa & Grandmanya.

Kesedihan yang pertama of course lah sebab I tak dapat ikut kan, lepas tu pulak kena berpisah dengan anak. Haishh, sedih ahkak nakkkk.

Kesedihan yang kedua pula disebabkan,
semalam Iman Raneeya demam panas tak hingat.
Kelam-kabut I dengan Azreen bawa dia pi klink petang semalam sebab lain macam panas badan dia. Even makcik I kata, dia nampak ok, sebab even badan di panas, tapi dia tetap makan minum gelak bercakap macam biasa, tapi bawakan jugalah sebab mikirkan harini dia akan ikut Daddynya ke Gambang.

Elok je sampai klinik semalam, Doktor tanya I, kenapa pakaikan dia sweater bagai. I jawab sebab nak bagi Iman Raneeya keluar peluh, cepat sikit kebah demamnya.

Kan main I jawab, confident sangat mengalahkan I pula yang doktor kan.

Sekali Doktor sound, kalau baby demam, jangan pakaikan baju tebal selimut bagai semua tu. Nanti haba panas dia tak dapat keluar. Lagi bahaya jadi bertambah panas boleh kena sawan. Kalau nak selimutkan kan pun, selimutkan dengan kain basah je. Lagi elok, biar je dia tidur pakai diapers bogel camtu je atau dimandikan.

Gulp!
Macam tu pulak kekdahnya?

Manalah I nak tahu kan sebab Iman Raneeya jarang demam. Kali terakhir dia demam pun masa umur dia 3 4 bulan dulu. Tu pun bukan demam panas merembang, demam light-light je nak beralih bulan.

So, balik dari klinik, I mandikan dan basahkan badan Iman Raneeya dengan air. Lepas tu bagi dia makan ubat. Dalam hati time tu dah berkira-kira nak pi ke tidak Langkawi ni. Serba-salah jadinya. Kalau tak pergi Langkawi tu, burn lah lagi flight tiket I untuk kali keduanya. Sebelum ni burn tiket ke Sabah sebab threatened misscarriage, so tak boleh naik flight. Kali ni, kalau kena burn lagi tiket, i redha dan pasrah je lah. Anggaplah i buat sedekah amal jariah je kat Air Asia tu. T________________T

Tap, Alhamdulillah, bangun pagi tadi, nampak macam dah kurang panasnya. Mata dia pun dah tak nampak layu dah. Elok je mulut dia menjawab lan!! bila tanya Iman Raneeya siap-siap nak pergi mana? Kembang-kembang lubang hidung kat dia pun dia dah boleh senyum dah, so I assume dia beransur sihat lah kot.

Hmmm, even nampak dia dah macam sihat, hati tetap ada risau juga lah. Tah macam manalah Daddy dia handle anak daranya itu. Boleh ke MIL melayan karenah Iman Raneeya. Harap-harap Iman Raneeya tak buat perangai lah. Bergembira dan berseronok lah kamu di sana dengan Daddy tercinta ye Iman Raneeya. Jangan nak demam sangat ea time Mummy takda.

T___T

Hadoiaiii,
susah hati den!


P/S: Semalam MIL bagi buku resipi kuih kukus kat I, siap cakap resipi seri muka durian ni macam best je. Ehem-ehem, tu bagi hintlah tu nak suruh I buat kuih time bulan puasa nanti. ;p

Selasa, 26 Jun 2012

Sroot, sroot, hingus dah datang!

Haha.
Tajuk boleh buat orang mual je baca.
Mahap, mahap dan mahap lah ye. I menulis dengan jujur dan ikhlas, so tajuk haruslah direct to the point.

Tapi betul lah, gitulah gamaknya keadaan I sekarang ni. Lubang hidung dah rasa besar macam serombong kapal dah sebab asyik dipicit-picit buang hingus.

Sangat tak selesa ok bila berselesema nih. Mata berair je, lepas tu tak boleh nak tunduk-tunduk sebab hingus tu asyik nak meleleh je keluar. Suara pulak kejap-kejap tukar sengau, kejap-kejap tukar suara jantan. Kahkahkah. Ni batuk pun dah mula menjengah-jengah ni. Kan main, dua serangkai datangnya penyakit. Tu belum masuk sengal-sengal badan lagi penangan training. Lagi lah buat rasa macam nak demam. Eh, bila penyakit datang akan terhapus dosa-dosa kecil kan kan? =)

Dah la minggu ni dan minggu depan minggu beraktiviti. Mampuih lah kalau selesema tak elok lagi, memang beraktiviti dalam keadaan tak best lah. Hadoiaiiinye punnnn.

Minggu ni i akan ke Langkawi selama dua hari dengan the Divas & Insya-Allah dan isninnya pula akan bertolak ke UUM, Kedah berkampung kat sana selama seminggu.

Balik dari UUM Kedah, ingat nak pi bercuti pulak dengan husband sebelum bulan puasa menjelma. Yelar, anniversary perkahwinan kami kan jatuh dalam bulan puasa, so haruslah disambut awal. Tapi tak tahu lagi arah tujuan ke mana. Nantilah, time di Kedah nanti I cuba fikir-fikirkan lah.

Ok lah, tu je yang nak ditaip dimalam hening ni. Sebelum menutup tirai, to Iman Raneeya yang orang ajar apple dan ayam dia sebut APAM, mummy want to wish you happy 14months sayang. Semoga anak mummy sentiasa sihat dan ceria ya walupun berat tak naik dan selamat becuti-cuti di Gambang dengan Daddy, Grandma dan Grandpa tanpa Mummy.

Isnin, 25 Jun 2012

Bebelan Dakpink. #4

1. Selimut busuk/kepam.

Kalau orang lain ada bantal busuk, anak I lain pulak feel nya. Dia ada selimut busuk. Haha. Bukanlah busuk pun selimut tu sebab selimut busuk Iman Raneeya tu I basuh selalu. Selimut busuk ni diusung oleh Iman Raneeya hari-hari. Lagi-lagi kalau nak tidur, selimut tu lah dia akan hidu-cium sampai lelap.

Sekarang ni, I dalam proses nak ceraikan Iman Raneeya dengan selimut busuknya. Walaupun, kadang-kadang nampak dia comel-comel je bila bangun tidur, diseretnya selimut itu keluar bilik, tapi lama-lama I jadi rimas menengokkannya. Lagi bertambah rimas bila dia tarik selimut, lepas tu dia terpijak selimut yang dia tarik, jatuh tersembam dan melalak tak hingat dunia. Haishh, rimas sungguh mendengarnya.

So, cara yang I guna, beli sekor rabbit pink yang kain ala-ala selimut dan bagi dia. Selimut dia I sorokkan. So far, hari pertama dia nampak ok bila takde selimut tu. Tapi time dia nak tidur, dia macam hilang arah mencari sesuatu. Lepas tu menangis. Disebabkan ada kat kampung ketika itu, ibu I bising-bising suruh bagikan je sebab kesian tengok dia menangis.

Hari kedua pulak, dah kat rumah sendiri, dia berjaya tidur sambil gentel rabbit pink tu, tapi tengah malam dia menangis-nangis meraung. Dah tak tahu nak buat cemana, i suakan je selimut dia. Terus senyap dan tidur sampai pagi. So, masih tak berjaya.

Malam ni, malam ketiga. Dia baru je tidur lepas dua jam cuba tidurkan dia tapi tak berjaya. Tapi lepas je bagi selimut, tak sampai 10 minit, tidur dah. Hmmmm, kena fikirkan cara yang lebih baik lagi lah kot nak hilangkan selimut tu.


2. Anugerah

Betul sangat bila orang kata anugerah yang kita terima di tempat kerja adalah suatu motivasi kerja. Bila dapat anugerah, orang akan rasa dihargai, kerja yang kita buat terasa dinilai dengan betul, buat kerja pun bertambah-tambah semangatnya bila dah terima anugerah. Yelar, dah dapat anugerah, tak perform kang, orang pertikai pula nanti macam mana kita boleh layak dapat kan kan?

Tapi pada yang rasa dia patut terima anugerah, tapi tak dapat-dapat lagi, jangan pula rasa kecewa atau iri hati. Tak guna kita cakap-cakap belakang bila kerja yang kita buat tak setimpal dengan penghargaan yang sepatutnya kita dapat. Seharusnya kita guna channel yang betul untuk memperjuangkan hak kita. Macam I sendiri, I direct tanya bos, kenapa markah I 93.5, tapi tak layak dapat anugerah cemerlang. Eh, ni bukan nak riak tapi itulah cara yang betul kalau nak mencari kebenaran. Kan?

So, jawapan bos, dia nak bagi semua staf dia merasa anugerah. Oleh itu kena lah bergilir bagi anugerah kat semua. OKF, jawapan bos buat I kena terima lah sebab bos kan sentiasa betul semuanya. Tapi performance yang baik tetap kenalah teruskan juga walau tak terima anugerah idaman semua tu. Kerja kan ibadah. Kerja dengan ikhlas walupun tak dapat anugerah, akan menjanjikan rezeki yang halal, Insya-Allah. Lagi satu, kalau orang asyik suruh kita buat kerja itu ini tapi masih tak dapat anugerah, ingat benda ni, itu tandanya orang percaya hasil kerja kita. =) Taw?


3. Temuduga.

Haritu kan I ada cerita tentang satu temuduga yang I terima. Oh, keputusannya I tak berjaya. I pergi temuduga dalaman je. Jawatan kosong yang tetap ada satu sahaja dan calon temuduga ada 11 iaitu 8 pegawai kontrak dan 3 orang staf sokongan termasuk I lah. So, siapa yang perform time temuduga, dia berjayalah.

Positifnya, I pergi temuduga ini untuk mencari pengalaman. Ialah, bukan senang nak dapat pengalaman ditemuduga, so i grab lah peluang ini walaupun tahu peluang I nak dapat jawatan tu 10% je. Bersaing dengan pegawai yang dah bekerja 2 3 tahun manakan sama dengan I yang baru nak mencuba nasib jawatan pegawai. Even tak dapat, Alhamdulillah, semua soalan penemuduga I boleh jawab.

Jujurnya i suka dengan cara Kampeni Kubah Biru ni. Pengisian jawatan itu dibuat berdasarkan performance ye, no cable-cable, seniority pun takde dipandangnya. Bagus! Kau perform, orang pandang, kau tak perform tata good bye lah.
=)

Dua puluh empat julai dua ribu dua belas.



Alhamdulillah.
=)
1 4 3 kamu sampai syurga Azreen.

Jumaat, 22 Jun 2012

Suami/Lelaki/Teman Lelaki pakai cincin?

S : Apakah hukumnya lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada suasa atau platinum? Ia telah menjadi satu fesyen dalam kalangan pasangan yang mendirikan rumah tangga masa kini.

Joe
Johor Baharu

J : Ramai yang menganggap hukum lelaki memakai cincin hanya bergantung kepada jenis logam. Haram memakai cincin yang diperbuat daripada emas dan halal memakai cincin yang diperbuat daripada logam-logam lain seperti perak, platinum dan lain-lain. Sebenarnya terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi hukum lelaki memakai cincin.

Pertama: Lelaki dilarang daripada memakai cincin yang diperbuat daripada `emas kuning [Shahih al-Bukhari, no: 5414]. Larangan ini sudah diketahui ramai.

Kedua: Lelaki dilarang memakai cincin atas tujuan perhiasan diri. Ini kerana cincin adalah barang perhiasan khusus kaum wanita dan Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (Shahih al-Bukhari, no: 5546).

Ketiga: Lelaki dilarang memakai cincin pertunangan mahupun perkahwinan. Cincin pertunangan mahupun perkahwinan adalah budaya orang bukan Islam dan kita sebagai umat Islam dilarang daripada menyerupai mereka. Tidak mengapa jika seorang isteri memakai cincin pertunangan atau perkahwinan dengan tujuan ia adalah perhiasan dirinya. Namun bagi seorang suami, cincin bukanlah barang perhiasan baginya. Berkenaan larangan penyerupaan ini, Rasulullah bersabda: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka adalah dia daripada mereka. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4031]

Mungkin ada di antara pembaca yang tertanya-tanya, bukankah Rasulullah juga memakai cincin? Ya, benar bahawa Rasulullah memakai cincin. Namun baginda tidak memakainya sebagai perhiasan diri atau sebagai cincin perkahwinan. Baginda memakainya sebagai cop mohor.

Di mata cincin Rasulullah, diukir tulisan “Muhammad Rasulullah”. Cincin ini baginda gunakan untuk menurunkan cop mohor ke atas surat-surat rasmi yang baginda utus kepada para pemimpin dan pembesar kaum lain. Ketika tidak digunakan sebagai cop mohor, baginda akan memusing mata cincin ke dalam, ertinya menghadap ke tapak tangannya. [Shahih al-Bukhari, no: 5417]

Jika dikaji tujuan dan cara Rasulullah memakai cincin, jelaslah kesalahan dakwaan sebahagian orang yang memakai cincin atas alasan ingin mengikuti sunnah Rasulullah. Mereka memakai cincin di beberapa jari, setiapnya dihiasi dengan mata cincin yang diperbuat daripada batu-batu yang cantik lagi berharga. Ini adalah amalan yang menyelisihi sunnah Rasulullah.

Merujuk kepada soalan di atas, apa yang penting bukanlah jenis logam tetapi tujuan cincin itu dipakai. Sudah dijelaskan lelaki tidak boleh memakai cincin atas tujuan perhiasan atau tanda sudah berkahwin. Selain dua tujuan ini, saya tidak mengetahui apa tujuan lain untuk seorang lelaki muslim memakai cincin, baik yang diperbuat daripada suasa, platinum atau apa-apa logam lain.


Sumber.

Moh kita ke Sg. Tekala lagi.

Isnin haritu, Negeri Sembilan cuti sempena cuti ganti Israk Mikraj yang jatuh pada hari Ahad. So, ingatkan takde pergi manalah sebab nak berehat saja sambil bergolek-gelentang kat rumah.

Sekali, dalam pukul doblas macam tu, Azreen ajak pergi Sg. Tekala pula. Nak mandi air terjun yang sejuk tu. Kan cuaca panas sekarang ni, kalau dapat berendam dalam air sejuk memang terbaik lah.

Seronok memang seronok lah kan dapat berendam, tap kalau pergi petang, habislah rosak program I yang nak menonton Emperatriz kat channel Bella tu. Haishh. Oleh kerana tak mahu menghampakan permintaan suami tersayang, tapi dalam pada masa yang sama nak melayan kehendak sendiri juga, terus i suggest, apa kata kita pergi sekarang. Haha.

Terus Azreen setuju dan laju-laju lah kami anak beranak bersiap.

Dari rumah I ke Sg. Tekala, Semenyih tu tak jauh mana pun. Dalam 20 minit camtu je. So, dalam satu lebih weols sampai lah kat sana. Bagi yang tak tahu, Sg. Tekala ni lokasinya dekat-dekat jalan nak pergi Bukit Broga.


Arrived!
Bentang banner. Haha, guna banner je sebab takdo tikar.


Pintu masuk.


Nak masuk kena bayar ye.
First time datang haritu, i bising juga apasal sampai kena bayar nak masuk. Tapi second time datang ni, i dah tak bising dah sebab i rasa, diorang minta bayaran tu sebab nak buat cover kos pemuliharaan kot. Ini berdasarkan pemerhatian i kat dalam hutan ni lah. Bersih dan cantik je.


Budak kenit ni, memula je eksaited riuh mulutnya bila nampak air. Tapi lepas setengah jam berendam, di bengkok-bengkok kan kakinya bila nak direndam dalam air. Dia sejuk kot, tu yang taknak masuk lagi dah.


Ni masa mula-mula masuk dalam sungai.


Three of us.
Pssst, sila abaikan kaki yang berbulu tu ye. Haha.


Ni patutnya gambar last, tapi dah terupload awal, layankan je lah.


Lepas dah tamo mandi tu, Iman Raneeya duduk kat sini je sambil main pasir.


Tanam kaki diaaaa!!


Ha, kan main riang ko ye dapat main pasir. Kau tau tak Daddy kau marah I sebab bagi ko main pasir. Takut berkudis katanya. Erk!


Hehe. Istana pasir sungai.
Nampak tak i buat love tu. Nampak???

Lepas mandi dalam sejam macam tu, lepas dah buli Daddy beli itu ini sempena hari bapa, lepas dah makan bekalan dan makanan yang Daddy beli, kami pun bertolak pulang dalam pukuk 3 macamtu.

Tak larat lah nak berendam lama-lama sebab airnya sejuk banget deh! Eh, tertukar slang Indonesia plak dah ha.


Family potrait sebelum bertolak pulang.
Eh, i tak tukar baju pun. Malas. Pakai je baju basah tu sampai rumah. Bersihkan diri kat rumah je. ;p


Ok dah. Jom pulang!

Tata.

Rabu, 20 Jun 2012

Daddy yang baik adalah Daddy yang hafal lagu dodoi anaknya. Haha.

Incy Wincy spider climbed up the water spout
Down came the rain and washed poor Incy out
Out came the sunshine and dried up all the rain
And Incy Wincy spider climbed up the spout again.

Incy Wincy spider climbed up the water spout
Down came the rain and washed poor Incy out
Out came the sunshine and dried up all the rain
And Incy Wincy spider climbed up the spout again.


Ok, dah ye Raneeya.

Bah. bah. *
tangan tunjuk lagi buku.


This old man, he play twooo, he play knick knack on my shoee... *nyanyi beriya sambil tepuk-tepuk Raneeya.

Dah. Sleep ya.

Bah bah Bah.
*tangan tunjuk lagi buku.


Do you know the muffin man, the muffin man, the muffin man..... *habis nyanyi tutup buku.

Ek ek ek ek *merengek tak nak tidur


Yang, bila Raneeya nak tidur ni!!!!!!!!!!!!!!?????? *stress + muka dah berubah



Muahahaha. Meh gelak beramai-ramai. Nasib lah ye Daddy. Dia nak awak je yang nyanyikan. So, layannnnnnnnn.

Pssst, sejak jadi Daddy ni, hebat awak ye. Hafal semua lagu ryhmes bagai ni. Baguih-baguih!
Ark ark ark.


Isnin, 18 Jun 2012

Doa buat sahabat.

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah,
panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.

Ya Allah,
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin,
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.

Ya Robbana,
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati,
jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Muhaimin,
jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu.

Ya Allah Yang Tercinta,
jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

Ya Allah,
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak.

Ya Rabbul Izzati,
bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati hambaMu yang lain.

Amin, amin yarabbal a'lamin.


Mode: R I N D U

Sabtu, 16 Jun 2012

Dejavu

Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka

Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi


Penyanyi: Shila Amzah

Jumaat, 15 Jun 2012

Malware Virus dan Iman Raneeya jatuh katil.

Dah dua kali si Elin inform I pasal blog i kena virus ni.
Tak terperasan pula dek I kat puan sri virus tu sebab I buka blog ni macam takde masalah je. Elok and smooth je bila berblog, so, tak tahu lah virus ni attack macam mana.

Ada juga dua tiga orang kawan yang inform tak boleh buka blog I. Mungkin tu effect dari virus ni kot sebab I takde private2 pun kan blog I. Blog I ni emang untuk tatapan umum je sebab takde hape pun yang nak dirahsia-rahsiakan sampai nak kena private-private blog. Iols orang ada-ada je uols, bukan seperti mereka yang berada tu. Menaip pun tentang cerita yang biasa-biasa saja, pasal diri sendiri, family, jalan-jalan, kawan-kawan, makan-makan, so apa kejadahnya lah i nak private kan kan?

Tapi macam mana pun, i try jugalah fikirkan cara tok mengatasi masalah ini sambil google-google lah tadi.

Ada yang suruh buang list blog lah tok buang virus ni.
Ada yang kata, kena tukar blog layout.
Ada satu blog tu suruh download apa tah, tapi i buat tak jadi-jadi.

I dah cuba tok buat mana yang patut sampai blog jadi cacameraba dah ni. Eh, cacamerba. ;p
Tak tentu arah dah ghope blog ini ni effect dari serangan puan sri virus. Link blog orang pun habis I deletel dah. Haishhh.

So, kalau ada juga puan sri virus tu, taktahulah nak buat cemane dah. Mungkin tutup je lah blog ni kot. Senang.


Eh, baru jap tadi anak i jatuh katil. Dalam pukul 2.30 pagi tadi. Bedebuk bunyinya. Terus melalak lah si kenit tu. Time i angkat dia tadi, dia tertiarap macam superman tu. Luluh hati weh tengok dia jatuh pastu melalak macam tu.

Dah urut-urutkan dada dia tadi. Merengek-rengek juga lah time I urut tu. I tunggu dalam setengah jam, tengok dia menangis lagi tak or ada muntah ke. Tapi ok je dah ni, siap dia boleh senyum sambil cakap tooot lagi bila dengar Daddy dia kentot tadi. Ark ark ark.

Ni, dok tengok dia tidur lagi ha, takut kot dia menangis orang merengek. Tarik toto tukar tidur bawah atas lantai je sebab seram pulak dah nak tidur atas katil.


Eh, berbalik pasal cerita virus tu, kot-kot korang ada cara nak hilangkan, meh la share dengan I ya. Or kalau korang tengok blog I ni bervirus, jangan malu-malu tolong inform kat i taw. Kerjasama korang amat I hargai sangat-sangat. Inform through email je ye: ainz05@gmail.com

Psst, I masih sedih lagi pasal kes anak I jatuh katil tu. Semoga Iman Raneeya takde apa-apa lah. Amin. *sebak

Selasa, 12 Jun 2012

The drama queen berpuasa.

Operasi mengganti puasa bermula kembali. Ada 6 hari lagi hutang yang perlu dilangsaikan.
So, niat untuk berpuasa pada hari ini diusahakanlah dengan bersungguh-sungguh ;)

4.30 pagi.
Jam hp berbunyi. Berbelas kali di snooze kan sebab malas nak bangun. Sampai lah jam dah 5.15, kelam kabut bangun panas air tok masak maggi & minum horlicks. Selesai je sahur, azan subuh pun berkumandang. Tak sambung tidur, terus iron baju, kejut husband, siapkan barang Iman Raneeya apa yang patut, dan bersiap untuk pergi kerja. Harini pergi kerja tak selesa sebab kena pakai spec. Mata infection akibat makai lens bawa ke tidur time kat rumah mentua. T_____________________________T.

On the way nak hantar Iman Raneeya ke rumah makcik, husband kalut sebab handphone dia tertinggal. I jeling je, malas nak marah sebab kena patah balik rumah. Haishh, orang puasa tak baik marah eaaa.


7.42 pagi.
Sampai ofis, check-check email, check jadual bos pagi ni, keluarkan kerja-kerja yang nak dibuat harini. Sambil tu berbalas-balas email dengan Kokojelyters. Hilang monday blues bila mengaruk dengan dorang. Haha.


9.05 pagi.
Resah sebab bos tak sampai-sampai padahal dia ada meeting pukul 9.oo. Sebaik bos jejak kaki kat pintu ofis je, terus inform meeting pagi ni dan wajib pergi sebab takde wakil. Sebelum bos pergi meeting, dia bagi surprise kat I inform dia nak buat revision class petang ni.
Haha. Kan main best. Classroom, aircond segala mak nenek tak tempah lagi kau! Terus kalut calling2 dan isi borang apa yang patut. Time ni juga dah mula rasa mual dan pening-pening sikit.


11.30 pagi.
Meneruskan rutin kerja yang pelbagai sambil menyelam minum air di blog abang Nara. Haha. Dalam pada tu, kepala dah start sakit sangat-sangat tapi tahankan aja sambil buat-buat kuat.


12.35 tengahari.
Kepala berdenyut-denyut rasa macam nak pecah. Tetap bertahan menunggukan pukul satu. Nak lari ke surau pi tidur. Sms suami bagi tahu kepala sakit macam nak meletop. Dia pun tak nak kalah, reply balik, tekak dia pun sakit macam dihiris-hiris sebab makan rambutan banyak semalam.


1.40 petang.
Terjaga dari tidur, laju2 bangun pi solat Zuhur.


2.30 petang.
Sambil buka surat masuk, sambil menunggu Timbalan Dekan tandatangan borang-borang time dia menjalankan tugas Dekan. Ingatkan lepas tidur dan solat Zuhur, akan rasa segar dan kurang lah sakit kepala, tapi makin menjadi-jadi pulak. Siap berbalam-balam je nampak skrin komputer dan tulisan pada surat. Time ni juga perut tiba-tiba sakit bergulung-gulung. Cuba bertahan tunggu Timbalan Dekan habis sign borang dan tunggu bos keluar pi taklimat.


3.05 petang.
Elok je semua yang ditunggu blah, bangun sambil jalan slow-slow ke Pejabat Am. Tinggal pesan kat ofismate cakap nak baring sat sebab sakit perut bergulung-gulung. Ofismate advice suruh pergi minum milo panas. Tapi tak sampai hati sebab jam dah pukul 3, sayang nak buka puasa.


4.15 petang.
Lepas penat menonggeng-nonggeng, tergolek, terlentang melayan sakit perut bergulung-gulung, bangun dah balik ofis tengok apa yang patut. Clearkan atas meja. Then suami sms, pukul 5 kita pi makan.

Bengong apa dah pukul 5 ajak I pi makan. I reply, suruh dia datang cepat je hantar I pi rumah FIL. Nak sambung baring. Malas nak dok melangut tunggu dia main futsal.


6.30 petang.
Sangat tak selesa baring-baring so, turun kat hall, join MIL layan Nada Cinta sambil tunggu suami ambil nak balik rumah berbuka di rumah sahaja. Tapi MIL tak bagi. Dia suruh buka di kat rumah dia je sebab dia dah siap goreng sayur dan buat air. Haishh, tiba-tiba malu dengan MIL sendiri sebab dah siapkan segala. ;p


7.30 malam
Lepas buka segala, husband ajak balik. Eh, kejap husband, kejap suami? Haha. Lantak, baca ikut paham sendiri je lah ye. Time nak balik tu, tiba-tiba mual, lari-lari kat toilet. Muntah! Keluar semua yang dimakan time berbuka. Husband pula gelak-gelak cakap kat mak dia , Ain mengandung mak.

Mengong punya husband. Perut dah masuk angin, tak boleh nak terima apa dah. Makan semua keluar balik lah. Nak mengandung hapanya.


8.30 malam.
Sampai rumah, baring-baring sambil cuba tidurkan Iman Raneeya. Tapi tak berjaya. Kepala pula makin berdenyut kencang. Perut dah hilang sakit dah. Pass tugas tidur kan Iman Raneeya kat husband dan I terlelap sekejap. Jaga-jaga, tengok husband pun tertidur sama, tapi si Iman Raneeya elok je tak tidur. Sibuk menonggeng-nonggeng dengan kain dia. Kejut husband, suruh dia tidur kan Iman Raneeya sebab I nak pi masak nasi.

Sambil tidurkan Iman Raneeya, husband berbunyi,

Awak belakon kan sakit-sakit semua tu. Drama queen je.

Belakon otak awak!

Habis tu, apasal tak sambung tidur je. Sibuk nak masak pulak. Kalau i nak makan kang, i tahu lah masak maggi.

Hello, perempuan ni kuat ok! Even sakit pun boleh buat kerja lain. Tak macam lelaki, bila sakit terlepek je. Sebab tu lah perempuan ni even tahu beranak tu sakit, tapi dia tetap nak beranak juga. Mereka kuat. Cuba bagi kat lelaki tu beranak, tah macam mana bergegar tah hospital tu dibuatnya. Nampak?

Haishh, malas nak cakap dengan orang amik komunikasi ni. Sepatah orang cakap, berpatah-patah dia jawab. Ark ark ark.


9.30 malam
Selesai masak, suruh suami makan dan I iron baju. The, tukar pampers Iman Raneeya, online sekejap sambil tengok suami yang dah selesai makan tengah godek-godek tv nak mencari siaran bola dia yang takde tu. Haha. Padan muka.


10.30 malam
Buat air teh, amek biskut lemak cap ping pong, sapu susu dan cicah teh. Heaven! Ngap-ngap, lapan keping biskut ditelan. Tak makan nasi uols, makan biskut je malam tu. Selesai makan telan panadol & tidur. Kena tidur cepat sebab besok nak bangun sahur lagi.



Notalipscumel:

Semoga I kuat untuk meneruskan usaha ganti puasa besok dan hari-hari seterusnya. No more drama. Haha.


Jumaat, 8 Jun 2012

Hukum Memakai Kanta Lekap.

Soalan:
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap berwarna?

Jawapan:
Waalaikumussalam.
Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.


1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatangkan mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara; iaitu;

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir.
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan.

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).

Sumber.

Sumber lain 1.

Khamis, 7 Jun 2012

Impian Morib Resort. #2 & last.

Ok, moh kita sambung kembali cerita tentang Impian Morib Resort, Morib. Kali ini biar I saja yang menulis, sebab lama nau nak menunggu Iman Raneeya menaip satu-satu. ;p

Actually, weols ke Impian Morib ni sebab plan asal adalah nak buat reunion kawan-kawan husband I time belajar dulu. Tapi last minute ramai yang cancel, so Iols dan husband tetap teruskan juga lah sebab dah bayar separuh. Membazir je kalau tak pergi sebab duit takkan dikembalikan nyeee pun.

I tak tahulah kenapa diorang ni pilih Morib sebab bagi i takde apa-apa attraction pun kat sini selain Morib Gold Coast tu je. Laut kat Morib ni tak boleh mandi pun. Kenapa tak boleh mandi? I pun tak tahu dan tak sempat pula nak tanya kat Receptionist haritu. Uols tahu ke kenapa haaaaa?

Time kat sini, husband ambil chalet yang mengadap laut yang tak boleh mandi tu, so rate dia dalam RM250 lah untuk dua hari semalam dan dapat free breakfast dua. Tu rate time weekend dan cuti sekolah ye. Kalau rate biasa, uols check lah kat website.

Sambung balik entri yang lepas, selepas je check in, tengok-tengok bilik dan fasiliti yang ada, kami terus tukar baju nak mandi kolam. Cuaca pun redup, so memang elok lah nak mandi time macam tu.

Kalau pergi berdua aja, memang I tak hingin pun jejak kolam mandi tu ;p
Tapi bila memikirkan si kecik yang terjerit-jerit nampak kolam, ikutkan ajalah hajat si anak itu.


Muka hepi dapat membasahkan badan.


Sekarang ni Iman Raneeya tak nak dah guna pelampung tu. Mungkin tak puas kot sebab pakai pelampung ada halangan dan tak dapat main air puas-puas.


Kalau dok dalam pelampung, macam ni lah gayanya.


Muka boring dok dalam pelampung.


Tukar turn layan Iman Raneeya.


Tengok, masuk air dalam mulut pulak dah. Macam-macam akal ko ye Iman Raneeya.

Weols mandi dalam sejam lebih macam tu.

Lepas mandi, kami pergi tengok kawasan belakang chalet yang mengadap laut.


Luas juga lah kat belakang tu. Kalau buat familya day, belakang ni sesuai sangat buat tempat sukaneka. Luas dan lapang.


Ada juga peralatan-peralatan senaman disediakan.


Nampak tak batu-batu yang kat belakang tu. Apa tah nama dia.
Time i try jalan kat situ, sakit juga lah tapak kaki. Orang kata, kalau kita pijak batu tu rasa sakit, means adalah sakit kat badan kita ni.


Ni gambar depan chalet.


Iman Raneeya with Daddy.

Malam tu, weols pergi cari makan kat luar.
Since tak biasa dengan tempat ni, kami pilih kedai makan yang agak-agak ramai orang, kedai tu lah kami terjah. Formula I, kalau kedai tu ramai orang, means dia sedap lah kan.
Haha, kan main, nak makan pun berformula bagai.


Nama kedai ni Faizool apa tah tulis kat bawah tu. Tom yam kot.


Hmmm, service dia memang agak lembssssss lah.
Dari Iman Raneeya ok & steady je, sampai dah meragam dan tidur, baru makanan ea sampai.
Nasib baik ada rasa ok semua makan yang diorder walaupun lembss, kalau tak memang siap lah i condem dalam blog. Haha.
Eh, sate kat situ pun sedap taw.


Antara kawan-kawan husband yang tetap meneruskan rancangan asal.


Iklan sat.


Si Iman Raneeya dan beebee nya buat pejam mata.


Ni gambar paginya ye lepas bangun tidur. Minah ni macam biasalah, apa jua keadaan, doa tak lupa baca even baru bangun tidur. Haha.


Orang baru dapat kaki. Tak lengah-lengah, bangun tidur terus jalan.


Keesokkan paginya, lepas semua dah bangun dan tak mandi ;p, kami pergi breakfast kat kafe di situ.


Tunggu Daddy bersiap jap.


Mummy yang gayat tengok pokok bulat-bulat yang banyak ada kat situ.


Again, bergambar kat swimming pool.


Ha, baca lah sendiri.


Ko tengok, dia tak nak jalan! Nak masuk dalam kolam tu pulak.


On the way nak pi kafe, kami lalu kat belakang bilik-bilik yang ada di resort itu.


Kolam ni kami jumpa on the way nak ke receptionist. Ada ikan & kekura dalam tu.


Si kenit ni seboleh-boleh nak terjun dalam kolam.


Nampak tak kekura berdating?
Haha.


Iman Raneeya terpegun sekejap tengok kekura.


Si budak kenit yang baru dapat kaki.
Sibuk berjalan sambil berlari.


Ni makanan kat kafe tu. Breakfast dia biasa-biasa je. Boleh lah buat mengalas perut.
I ambil nasi lemak, mee goreng, lepas tu ada pulut kelapa dan ikan masin.

Lepas habis makan tu, sambung makan roti bakar lak.


Centerpiece yang comel. I siap suruh husband ambil bawa balik. Haha.


Bahagian dalam kafe.


Take turn makan. Time i makan, Daddy jaga Iman.
Gurau senda si anak dan bapak.*tangan di dada mata ke atas. Gurauuuulah sangatkan, padahal Iman Raneeya ketuk si Daddy dengan sudu sebab tak nak kat Daddynya.


Menangis lah pulak.
Macam ni lah ragam dia sekarang kalau kat luar.
Kalau tak menangis kat bapak dia time I makan, dia buat ribut salji kat kedai orang.
Ribut salji = tabur-tabur nasi


Lepas makan, jalan-jalan lagi kat kawasan tepi laut tu.
Sebab apa I kata tepi laut, time air pasang, belakang I tu memang laut terus je ye uols.
Time I duduk ni air surut, so nampaklah pasirnya.


Pasir basah di air surut.


Oh, ni pandangan belakang chalet I.


Husband with banner.
Siap ada banner tu kan main, tapi nak buat cemane kan. Plan-plan, tak jadi pulak.
Sabarlah ye husband. Next time kita buat reunion duaorang je sudah. ;p

Pukul 12 lepas tu, dah kena checkout dah.
On the way balik, kami singgah Morib Gold Coast bagi Iman Raneeya mandi kolam lagi.
=)


Ok Impian Morib Resort, tata.
See you again kalau panjang umur.

Jom pulang!