Jumaat, 27 April 2012

Iman Raneeya is 1!


Terasa bagai semalam, I dan Azreen menangis di malam raya bila melihatkan keputusan pregnancy test ada dua line. Tak sangka rezeki kami secepat itu dan kami ketahuinya di malam raya.

Terasa bagai semalam, I sentap di hospital rasa nak sepak muka Dr., bila Dr. main-mainkan perasaan I dengan keputusan yang kejap mengandung luar rahim, kejap pregnant kembar, kejap kena D&C. Haishh!

Terasa bagai semalam, azabnya tekak yang masam sentiasa dan diikuti I muntah ikut suka hati, berhenti kat mana nak buang ikut suka. Haha!

Terasa bagai semalam, pergi check-up bulanan ditemani suami yang terlalu concern sampai nak drive sendiri pun tak dibagi.

Terasa bagai semalam pi first time scan, dan I speechless ketika itu bila melihat ada si comel bergerak-bergerak dalam perut sendiri. Allah Maha Besar!

Terasa bagai semalam lihat muka suami yang terkedu tak terkata apa bila pertama kalinya melihat si comel dalam perut isterinya bila discan.

Terasa bagai semalam, I menangis di pangku Azreen bila mengenangkan mampu atau tidak I galas tanggungjawab seorang Mummy bila baby lahir kelak.

Terasa bagai semalam juga I dok repeat lapan juta kali kat Azreen yang i takut nak bersalin, i takut rasa sakit, i takut tak mampu hadapinya.

Terasa bagai semalam, i mendaki tangga ofis ke tingkat 5 dengan perut dan penatnya, Masya Allah, hanya Tuhan yang tahu macam mana I rasa!

Terasa bagai semalam, elok je I pergi pasar malam petang tu, masak sup tulang, besok paginya dah bersalin.

Terasa bagai semalam, dan masih terasa-rasa lagi pedihnya sampai I menangis bila buang air kecil buat pertama kalinya selepas bersalin normal =p

Terasa bagai semalam, kekalutan menghandle si kecil tanpa ibu di sisi sebab kena balik rumah sendiri walaupun belum habis pantang sebab nak kena pergi kelas.


Haishhhh,
Kalau taip lagi ni,
mahu sampai 4 5 muka tang terasa bagai semalamnya.
=)

Apapun,
Dengan segala kenangan tersebut,
Alhamdulillah, hari ini, Iman Raneeya genap setahun umurnya.
Alhamdulillah, walaupun pelbagai dugaan yang mendatang dalam membesarkan Iman Raneeya, I dan suami masih mampu menanganinya.
Alhamdulillah, dengan kehadiran Iman Raneeya, I dan suami telah belajar banyak perkara.

Selama Ulangtahun Pertama Shanje.

Selasa, 24 April 2012

DIY: 3 days to go!


Gud luck for myself!
;)

Khamis, 12 April 2012

Girl's day out!

Ahad lepas, I dah adik-adik perempuan telah plan nak keluar pergi Selayang. Nak pi tempah baju untuk raya nanti.

Ha, sampai selayang nunn kau pergi tempah baju!
Haha.
Bukan apa, dah biasa dengan tailor tu untuk baju fesyen-fesyen ni, so, pi tempah dengan dia je lah.

Since, cik tailor suruh datang selepas pukul dua,
terus kami singgah Aeon Cheras Selatan dulu untuk membuang masa dan lunch.
Eh, pelik je kan panggil Jusco dengan nama baru Aeon!


Gambar ni sebenarnya dah nak balik. Tapi saja letak atas sekali sebab suka tengok Iman Raneeya yang kan main teruja bila pertama kali dapat pegang belon.


Si Mak Buyung, adik I yang no. 2 teringin nak makan Mc'd, so lepas jalan-jalan sikit, kami berlunch di Mc'Donalds sahaja lah tengahari tu.

Iman Raneeya terpaksa di letakkan dalam troli sahaja bagi mengelakkan meja Mc'd yang kecil tu berantakan.


Ini budak Iman Raneeya semakin melasak dah sekarang. See, makan tak nak orang suap. Dia nak suap sendiri.


Dan sebelum teruskan perjalanan ke Selayang, haruslah weols bergambar kenangan.
=)

Isnin, 9 April 2012

APBH 2012: Nora Danish & Fazura




Malas nak cerita ABPH2012 ni sebab time rancangan ni, I aseklah sentap berebut tv.
Kan ado game MU time tu.

Tapi dalam berebut-rebut tu,
Sempatlah menjeling baju Nora Danish & Fazura.

Sweet je lah baju dorang.

Try google baju Fazura, xde pulak jumpa gambar.
Tapi siapa tengok ada tengok ABPH malam tadi, tentu tahu baju apa Fazura pakai kan.

Tak salah rasanya Rosyam Noor tu puji Fazura pelakon paling cantik malam tu kot. Tengok lah baju dia pakai, even seluar dia tak labuh, tapi nampak sopan je.

Nora Danish pulak dah macam princess dalam cerita fairy tales tu. Comel!

Eh, tema abph 2012 apa ea?
=p

Sumber.

Kau kenal Hamidah Wahab?



Me: Ain gemuk macam Ayu Raudhah tu tak?
Him: Taklah. Ayu Raudhah pendek, awak tinggi. Tak sama.

Me: Habis tu, Ain gemuk macam siapa? Awak bagi contoh artis lah. Senang nak tahu besar badan sendiri tu macam mana.
Him: Alah, nak samakan dengan hartiss aja. Orang-orang kubah biru ni tak boleh ke nak samakan?

Me: Taknaklah. Orang kubah biru tak selalu nampak. Tak tahu sangat diorang besar mana. Orang kata artis, bagi contoh artis lah. Siapa? Ada macam Rozita Che Wan tak?
Him: RCW tak gemuk ea. Dia kurus.

Me: Errrkk, RCW kurus? Ok fine. Ramlah Ram? Sama tak?
Him: Tu gemuk sangat. Awak tinggi, tak pendek macam Ramlah Ram.

Me: Zila Bakarin
Him: Tu tak gemuk. Tu mantop. Ark ark ark.

Me: Ala, siapa artis yang badan gemuk ea? Syanie dgn Adibah Nor tu besar sangat. Ala, cuba awak fikir, badan Ain ni gemuk macam siapa....

Him: Ha, dah tahu dah, badan awak besar macam siapa.
Me: Siapa?

Him: Hamidah Wahab. Ark ark ark.
Me: *_________________*

Him: Kenal ke Hamidah Wahab?
Me: Tak!
Him: Ark ark ark.


Haishh,
Bila tak tahu, gatal tanya.
Bila orang dah jawab, mengada, sentap pulak.
Fomfuan fomfuan.

Dulu, I tak kisah sangat tentang berat badan masa zaman anak dara. Mane taknya, dulu, kalau tak makan 2 3 4 hari je dah cukup, berat badan boleh turun sampai 2 kg gituu sebab kadar metabolisma badan yang tinggi. Makan lah seberapa banyak kau nak makan, for sure lepas tu I akan terlari-lari pergi toilet untuk "teberies'. Haha. Betapa cepatnya makanan tu digest di masa dulu.

Tapi,
tu semua cerita dulu lah.
Tak guna nak kenang-kenang sebab barang yang lepas jangan dikenang. Kalau kenang buat sakit hati je lah, sentap, makan hati, makan diri.

La ni,
Cuba kau tak makan 7 8 hari.
Cuba buat tengok.
1/2 kg pun belum tentu lagi jarum timbang tu nak gerak, tahu?
Rasa gigil macam tak jejak tanah adalah sebab tak makan nasi.

Motip cerita pasal ni semua?

=)

I nak kurus lah.
Betul serius nak kurus.

Kurus secara sihat.
No ubat-ubat, supplement cepat kurus ni ye.
No pakai itu ini berhabis duit ye.



Marilah bersama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat.

Ewah, terus tangan laju-laju google ni:



Diet Untuk Golongan Darah 'B'


Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.

Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Sumber.

Jumaat, 6 April 2012

Fotorawak #1



Butiran Foto: Iman Raneeya mandi kolam bersama Daddy dan Mummy.
Lokasi: Morib Gold Coast Resort

Rabu, 4 April 2012

Azreen's Birthday Surprise.

Sambutan birthday lagi!
Haha. Muntah lah baca entri pasal birthday berderet-deret je lepas ni.

Lepas sambutan birthday suami,
27/4, birthday Iman Raneeya pulak.
Then 12 Mei, Mummynye pulak.
Ha, muntahhhhhhhhhhhhhh!
=p


I plan dah lama dah nak buat party terkejut untuk suami.
Sama ada nak berkomplot bersama 'Geng Mentekedarah' atau pun family members untuk mentekejutkan beliau.

Tapi disebabkan kak ipau dah plan nak celebrate dulu,
so, misi diteruskan lah juga dengan berkomplot bersama Geng Mentekedarah.

Plan punya plan, so sampai lah hari yang dinantikan.
Hampir saja apa yg diplankan tak menjadi sebab banyak nau halangan mendatang giteww.

Kek belum masak lah.
Caterer tak nak terima order makan lah.
Husband tak nak bagi guna kereta sebelah pagi sebab dia nak hantar pergi meeting lah.
dan macam-macam lagilah masalahnya.

Tapi,
Alhamdulillah,
segala halangan itu dapat di atasi dengan bantuan Cik Linda yang jadi Ketua komplots.
Maceh Cik Linda. =)

Hehe.


Happy birthdayyyy!!!!

Birthday Boy yang terkejut sambil senyum tak berapa nak senyum pastu gelak besar bila diterkejutkan. Haha.
Paling dia tak sangka, I boleh berkomplot dengan kawan-kawan dia.

Kek ditempah di sini.


Cake Cutting sambil birthday boy pakai crown.

Crown ditempah di sini.



Sesi makan-makan bersama Geng Menketedarah a.k.a officemate Azreen. *halah, panjangnya nama geng tu. payah nak eja.






























Lastly, the organizer/mastermind yang telah dicalit kek oleh birthday boy.
Inilah balasan yang kuterima ye selepas menterkejutkan beliau di harijadinya. =p


Di kesempatan yang ada ini juga, I nak mengucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada,

Geng Mengketedarah
Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi bekerjasama,
ada rezeki ditahun depan,
kita berkomplot lagi ye. =p

En. Faruq
Mahapp, terpaksa mengheret kamu di saat akhir sebab I tak cukup kaki dan tangan.
Tengs juga tolong ambil kan gambar.

Tqsm uolsss.
=)

Selasa, 3 April 2012

March birthday treat!

Setiap tahun, bulan Mac, ada 3 orang ahli keluarga I yang akan celebrate birthday.
1. Dik Wan, 1/3 *dah besar gajah pun tetap panggil dia ni Dik Wan =p
2. Ikin, 7/3
3. Abah 31/3

So, utk jimat kos tahun ni, I belanja mereka bertiga diner sahaja.
Senang!
Plus, tak payah susah, susah sakit kepala otak nak fikir nak bagi apa.

Eh, tapi Dik Wan haritu dah share dengan Ikin beli jam dia. =p


Oleh kerana, Abah tak nak kek-kek dah untuk birthday dia kali ini, so I bawa dia pergi kedai kek je terus.
Tengok kek, tapi tak makan kek, then makan-makan.



Yang lain-lain pun, ambil keberkatan juga sempena birthday Abah. Merasa lah they olss makan di SR giteww.

=)

Oh, masa bersama keluarga adalah lovelovelove.

To abah, ikin & dikwan,
Selamat Ulang Tahun Kelahiran.
Moga sentiasa dirahmatiNya dan dikurniakan dengan kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Isnin, 2 April 2012

He turns 29!



Setiap saat, setiap detik, setiap waktu sampai hujung nyawa, sampai syurga,
Hanya senyum ini sahaja yang saya mahu bersama saya.

Moga senyuman ini tak akan hilang dan kekal hanya untuk saya sampai ke syurga.

Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Kau panjangkanlah umur suamiku agar kami sama-sama dapat mengecapi bahagia seperti mana yang Kau janjikan.
Kurniakanlah kesihatan yang baik dan kebahagian yang tidak berbelah bagi kepadanya Ya Tuhanku,
Jadikanlah dia suami dan Daddy yang penyayang serta boleh membimbing isteri dan anaknya ke jalan syurga,
Serta, tetapkanlah hatinya agar terus berbakti kepada kedua ibu bapanya.
Sesungguhnya, hanya kepadaMu tempat ku memohon dan mengadu Ya Tuhanku.
Amin.