Isnin, 28 Mac 2011

Sesi bergambar ketermengandungan. =)

Alhamdulillah, dapat juga tunaikan hasrat ofismet untuk mengambil gambar kehamilan ai.
Dari 5 bulan usia kandungan dia dah 'meminang', tapi setelah lapan bulan baru pinangannya diterima. Haha.
Apapun, to En. Faruq, maaf sangat-sangat ye, tak dapat nak buat sesi fotografi secara outdoor sebab ai tak larat nak bawa badan dan atas faktor keselamatan diri. =p


Mummy dan Daddy sayang baby tau. Mmmuah!


Oh, kan main 'godang' orang di depan tu!


Kami!



Gambo cantik ni buat kaki ai krem sebab berdiri lame. Haha.


Perut siapa lagi besar?


Helo, helo! Baby buat ape tu?


oh, ni ai edit dah boh 3 gambar sekali. senang, upload sekali je.
sangat bam bam lah!


Again! Edited by me.
Tengok kaki, dah mula membengkak dan tak muat kasut dah.

Updates sexybelly:
1. Sudah masuk minggu ke 34.
2. Baby sudah aktif semula dan kepala baby sudah ke bawah. Alhamdulillah. Moga dia akan terus macam tu sampai deliver nanti lah.
3. Dah packing baju dan beg untuk ke hospital.
4. Perut dah nampak jatuh.
5. Semoga semuanya kan baik-baik sahaja dan ai mampu bertahan hingga hari yang telah ditetapkan. Amin.

Sabtu, 26 Mac 2011

Lapan bulan setengah.


1. Siapa yang tak percaya saya sudah makin mengembang, sila lihat gambar di atas dan percaya lah. Ia satu kenyataan. =)
2. Semua sesi bergambar yang dicadangkan dibuat di luar terpaksa di batalkan atas faktor ketidaklaratan.
3. Nasib baik dibuat secara indoor sahaja, sebab selepas itu kaki cramp. =p
4. Saya sudah pandai pakai tudung ala-ala Yuna itu. Yey! Tapi AJ tak suka, sebab dia suka saya pakai tudung lycra sahaja. Nampak sexy katanya kalau pakai lycra.
5. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja sampai ke bulan ke sembilan. Insya-Allah.

Mami Dedi sayang baby tau! =)

Rabu, 23 Mac 2011

Minggu ke 33.


Peralihan minggu terjadi pada hari khamis so hari khamis lah ye baru masuk minggu ke 33. Dah makin hampir ok untuk bersalin. Kalau kira hari, adalah dalam 50 hari lagi. Huhu.

Setakat ini persiapan hanya sempat membeli keperluan yang kecil tok baby sahaja. Barang yang besar seperti stroller, bouncer, etc belum sempat di'tangkap' lagi. Breast pump pun tak beli lagi. =p

Bercakap tentang persiapan baby, sedikit masalah dan kekonpiusan tentang kain lampin. Rasanya perlu ditambah lagi. Ikutkan hati tak nak beli kain lampin banyak-banyak sebab dah beli pampers new born tu. Kan senang, baby pakai pampers tu je. Macam membazir kalau beli kain lampin. Boleh macam tu? Tapi bila ada yang mengatakan kain lampin perlu banyak sebab nanti nurse kat hospital marah kalau takde lampin, oleh itu haruslah berkejar mencarinya nanti. Sempat ke nak cari ni? Baby hanya pakai kain lampir besar 4 segi tu je kan?

Perkembangan baby dalam perut pulak, sekarang ini rasa pergerakan baby makin tidak aktif. Kiraan sepuluh dari pukul 9 pagi hingga ke 9 malam tu macam tak cukup je.

Kejap, kejap!
Nak tanya, ada tak di kalangan mummy to be yang kadang-kadang terlupa untuk mengira atau terlupa nak kira baby's kick? Kalau ada, itulah yang jadi pada ai. Sebab kadang-kadang terlupa dah berapa kali. Even ai ada catat kat kertas, tapi bila buat kerja, buat itu ini, kadang-kadang termiss nak sambung catat. Yang pasti, baby memang dah kurang gerak dan menendang sekarang ni dan ianya buat ai risau. Ummi kata, mungkin masa untuk bersalin dah dekat kot, sebab tu baby tak aktif? Erkk? Takan secepat ini kot!

Selasa, 22 Mac 2011

Makanan yang diidam sebelum berpantang.


Meatballs Ikea.
Terima kasih kepada Encik Azreen sebab bawa ai ke sana. 1 4 3.


Manisan yang tengah hot sekarang di Keyel: Macarons!
Terima kasih kepada ikin & tunang sebab gie cari sampai dapat. =p

Sabtu, 19 Mac 2011

Pe fe nat fat!



16, 17 dan 18 Mac 2011

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan proses ubahsuai rumah selesai juga akhirnya.
3 hari masa diambil untuk mencuci, membersih dan menyusun segalanya.
Huhu, tobat dah. Tamo buat ubahsuai. Lebih baik beli baru je, lagi senang. Ark ark ark. Macam lah banyak nau duit kan nak beli-beli rumah?

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada MIL sebab kalau dia takde, 3 minggu pun belum tentu lagi selesai ngemas kalau nak diharapkan kat ai dan AJ je berdua yang buat. Series, ai rasa macam nak menangis je, bila mula-mula masuk ke dalam rumah selepas siap diubahsuai. Dengan habuknya, dengan perobot yang bersepahnya, semak kepala otak menengoknya.

Dalam mengemas-ngemas tu juga, ai tetibe melalak. Muahahaha. Padan muka kat orang degil. Orang dah kata jangan panjat, nak buat juga. Hambik ko, krem sebelah badan dibuatnya selepas ai cuba panjat krosi nak betulkan langsir bilik. Series sakit time krem tu. Berjurai-jurai air mata turun walopun time tu suami and emi gelak-gelak je tengok ai. Effect dari kejadian tu, ai tak pergi kelas pada hari ini.

Dan,

Sedikit pesanan kepada mak enon, ai xde hapgred rumah jadik dua tingkat or lapan belas tingkat pon. Setakat tambah tile, cat sesiket dan tambah itu ini sesiket, rasanya, rumah ai masih di tahap bersederhana lagi. Lagipun, ai tak banyak duit macam yu, manalah mampu nak menandingi yu kan? So, tak perlulah beriye membuat perbandingan. =)

Ingatlah, sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada ye. Sebab kalau kita tanak dan tatau bersyukur, kita kena pulangkan kepada Dia.

Oh Merong Mahawangsa!



17 Mac 2011

Yes, dapat juga gie tengok filim yang ditunggu2 ni! Tupun tgok dalam penat selepas proses pembasuhan dan pembersihan rumah selesai.

So, pendapat ai sebagai penonton filim ni adalah seperti berikut:

1. Syabas Yusry dan bradiksnye. Sekurang-kurangnya menyahut jugalah seruan kerajaan bahawa Filem Kita Wajah Kita. (Walaupun dialog banyak dalam English). Eh, dulu-dulu, orang dah tahu cakap English ea? =p
Adalah juga wajah “kita” tu kan sikit-sikit. Ni tak, asyik-asyik kalau filim MALAYSIA, mesti orang akan kaitkan dengan HANTU SOKMO. Kan?

2. Beriya nak tengok sebab ado lagu Abg Nuar. Tapi, hampes, hanya muzik je yg sesiket kedengaran dalam filim. Sedih mami nak. Baru nak feeling2 tengok filim sambil dengar lagu tu.

3. Bahasa yang tersurat dalam filim tu membawa makna yang tersirat. Barulah Bahasa Melayu bahasa kita. =) Tinjau di bawah tudung saji yeeee. Haha.

4. Setengah jam yang pertama, cerita selow. Dah tu sebok cerita kisah Prince Rom and Princess Cina tu. Kenpius ai sekejap. Ni kisah Merong ke kisah depa?

5. Kesian Rahim Razali. Asek kena gelak je disebabkan rambut pelesu dia tu. Halahai, xde rambut pelesu tu pun xpe kot. Kan dah kena gelak. Hilang kosentrasi ai nak hayati cerita sebab encik suami lah yang gelak paling kuat.

6. Ai tak puas hati sebab tatau ape jadi pada Yiying, inang si Princess Cina yang kelakau tu.

7. Kisah cinta Merong dan apetah nama pompuan tu (aku lupaaaa) sedikit bebenau. Tak dapat nak feeling2 centa. Kalau dipanjangkan mungkin boleh buat penonton dibuai feeling laf2 sambil selit lagu abg nuar tu. *haha. Nak juga tu masuk lagu abg nuar =p Mebi sebab banyak nau yang nak diceritakan kot, tu yg sume scene kene buat sikit-sikit je.

8. Kemawas tu memang jahat abes lahhhhhhh!

9. Banyak benda yang tak logik dalam muvee ni. Tapi, tu tanak komen lah. Sebab filim omputih pun banyak je yang ditokok tambah, tapi orang layannn jugak. Tak lojik tak filim lah namanye kan.

Kesimpulannya, cerita ni taklah bagus sangat dan taklah teruk sangat. Ai boleh tahan kencing sebab tanak bangun nak tgok filim sampai abes, maknanya, filim ini berada di tahap atas 5 bintang lah. Teknik pembikinan filem bagus dan boleh maju lagi kalau mempunyai bajet yang besar. Apapun, tak menyesal tengok cerita ni. Moga lepas ni, ada pulak cerita-cerita sejarah tentang kemasukan India dan Cina ke Tanah Melayu lak supaya boleh buka mata sikit pada mereka-mereka yang buta sejarah tu.

Itu sahajalah komen dari ai. Nak komen lebih-lebih pun, ai bukan sasterawan, sejarahwan mahupun filewan negara. So, itu sahajalah komen tulus ikhlas dari ai. Laf ur sedetik lebih song's abg nuar =p

Sabtu, 12 Mac 2011

Threatened Misscarriage

Ai dan suami tidak pernah merancang untuk ada baby atau tidak dalam masa terdekat selepas berkahwin. Pada kami, kalau ada rezki kami, adalah. Kalau tiada, kami akan cuba usaha. =p Semuanya kami serahkah kepada Allah s.w.t. Lagipun baru kahwin kan, nak ejas2 kehidupan berdua dipentingkan dahulu. =)

Dua minggu selepas mendirikan rumah tangga, ai didatangi period yang melampau ketika menjalankan lawatan akademik keVietnam. Di Vietnam, ai dah mula pening dan muntah-muntah. Mungkin disebabkan jarak perjalan dari satu tempat ke satu tempat yang jauh, dan ditambah dengan keadaan jalan yang tidak sempurna seperti di Malaysia, ai mengatakan pada diri sendiri, itu adalah faktor yang menyebabkan ai muntah dan pening. Tambah pula dengan rasa makanan asing yang sangatlah tekak tidak boleh terima, lagilah pening dan muntah semakin menjadi-jadi. Lagipun, ai period, takkan lah boleh mengandung kan?

Pulang ke Malaysia, ai menjalani kehidupan sebagai pasangan yang baru berkahwin seperti biasa dan umat Islam pula mula menjalani ibadah puasa kerana bulan Ramadhan telah tiba. Satu yang ai perasan ketika ini terhadap perubahan diri ialah selepas berbuka sahaja, ai mesti akan letih yang terlampau dan akan tido. Minyak angin juga sentiasa menjadi sahabat setia ke mana-mana sebab ai mudah pening. Ketika itu juga, ai ada teringin makan sejenis makanan yang ada dijual di Changlun Kedah nun. =p

Ramai yg berkata ai pregnen based on perangai ai selalu pening dan tak boleh xde minyak angin tu. Tapi ai menafikannya. Hinggalah sampai satu masa ai pelik, bila dah nak hujung puasa, ai masih tak miss2 lagi puasa. =p Boleh, tertunggu-tunggu time tak puasa lak? Haha.

Then, dalam masa tinggal 3 hari je lagi umat Islam nak menyambut raya, berita gembira diterima iaitu masa untuk tidak berpuasa telah tiba. Tapi dalam suka itu, rupanya ada duka tanpa disangka. Ai tak period sebenarnya, tapi disahkan mengalami Threatened Miscariage. Huhu.

Mau tau apa itu threatene Misscarriage? Jom skrol down.

Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?


Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Gejala dan simptom

Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:

* Merah pekat
* Merah cair
* Coklat
* Kadang-kadang sangat sedikit
* Kadang-kadang berketul darah
* Sakit belakang
* Sakit pada ari-ari

Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur?

Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:

* Polip pada pangkal rahim
* Hamil di luar rahim
* Cancer pangkal rahim
* Kedudukan rahim yang jatuh
* Jangkitan kuman pada faraj

Bagaimana diagnosa dibuat?

Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.
Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan

Tiada rawatan atau ubatan yang mujarab untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:

1. Tunggu dan lihat:
Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.

2. Kurangkan aktiviti yang lasak:
Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.

3. Ubat Progesterone:
Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.

4. Tenangkan fikiran:
Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.

Risiko Keguguran

Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.

sumber: cik gugel & cik misi dan dokter2.

Khamis, 10 Mac 2011

We are family even lain makpak!

Tinggal 8 bulan je lagi masa untuk ai dan kelasmet mengguna tenaga selama 7 hari akan berakhir, Insya-Allah.
Macam-macam dugaan yang dah dihadapi bersama. =,)
Apapun, semoga kita akan terus tabah untuk mengharung detik itu.


Nama 16 orang yang 'membuang' masa tetiap minggu mencari sesuap ilmu. =) *tq feeza sponsor kek sodap.


Bbq party at zebrinas. muka-muka ceria.


Vietnam...., kami sampai!
next trip? Singapura atau Bali pula kot, Insya-Allah.


Detik hari besar turut diraikan oleh mereka. terima kasih kelasmetku kerana sudi hadir.


Karoks time! nyanyi sampai lebam.


Berbuka puasa bersama pensyarah, Pn Rosmiza yang cantik manis. *tudung kuning


Hafal. hafal. hafal. Presentation time selalu buat mak nebes nak!


Debate pra-parlimen!


Class campur dengan cikgu-cikgu bahasa Arab.


Sesi promosi program eksekutif dengan pihak luar.


Majlis berbuka puasa bersama anak yatim.


Presentasi lagi untuk class Dr. Jusang comel. *Dr. itu sgt tegas orangnya ye, walopun cumels.


meh kaco bubur lambuk meh.


Us! bacelor komunikasi eksekutif batch 2008/2011.
Semoga kita berjaya dan takde yang mati syahid sebelum bergraduasi ye. Amin.
Susah dan senang kita bersama, hadapai rintangan yang ada.
=,)

Rabu, 9 Mac 2011

Di setiap ada kamu, mengapa jantungku berdetak?


Orang tua-tua kata, salah satu tanda dia jodoh kita ialah hati kita akan sentiasa debar-debar bila tengok dia.

Siyesly, hingga sekarang debar-debar tu mesti ada kalau tengok dea. =p

So, betullah kot. Kan?

Eh, tapi bila jalan sorang-sorang pun, bila terpandang indon atau mat bangla yang mengkerieskan pun, hati akan ada debar-debar jugak? Adakah....?
Ark ark ark. Nehi! Nehi!

Selasa, 8 Mac 2011

Bila-bila masa sahaja boleh meletup.


Dalam keadaan ai yang,

1. Tak selesa menompang di rumah FIL sebab rumah kene renovate (even FIL ai baik & supporting, tapi hujan emas di rumah orang, hujan batu di rumah sendiri, lebih baik di rumah sendiri lagi kan?)
2. Tak selesa dengan keadaan fizikal dan mental yang menguji daya ketahanan diri dan emosi,
3. Tak selesa tengok keadaan rumah yang penuh debu merata, *nangeh
4. Tak selesa dengan keadaan yang dah macam pelarian indonesia tak semenggahnya jadinya,
5. Tak selesa nak mula semester baru, tapi nak kena cari buku dan peralatan di celah-celah debu,
6. Tak selesa dengan macam-macam lagi perkaralah!

Boleh tak jangan menambah2 'takkeselesaan' di dalam dada ai wahai Tukang Rumah?

Kita melayu kan pegang pada janji, so ikutlah pada prinsip tu. Ai jenis, apa yang kau cakap pada mula, itulah yang ai terima. Malah, ai akan ingat satu persatu. Malah, kalau kau dah janji, semestinya, itu yang ai akan tuntut. So, bila ada yang berubah, maunya ai tak melenting? Sebab, bila dah berubah, duit pun mesti kena tambah.

Lagi satu, pleaselah, sediakanlah senarai hitam putih, agar darah ai tak naik lebih tinggi lagi.

*Urut-urut dada tahan segalanya.
Cuba tahan marah sambil siapkan filing dan senarai tugas. Buat awal- awal. Senang!

Mane tau, tak amarah ai yang meletup, kot perut pulak yang termeletup awal kan? Siapa tahu?
Apepun, sediakanlah payung sebelum hujan, ye?

Isnin, 7 Mac 2011

9 weeks to go!

sebelum tu,
to ashee,
hepi besday sista! 7 mac 1985.
semoga sentiasa dimurahkan rejeki, dirahmati Allah s.wt., riang, hepi dan gumbira bersama si dia.
bersedialah untuk menghadap bulan 7 nanti. *nak jugak kawen same bulan dgn ai tu. =p
ehem2, dah abes pujuk ke belum ni? cepat weh buat decision tok hari besar. ayat tu kasi manessssss sket. haha.

9 weeks to go!
gulp!
bila kira as 9 weeks,
rasa macam dah tak lame je lagi dah. *muka cuak
tapi bila kira dalam bulan,
=)
eh, banyak lagi masa lah. bole?

sekarang ini dah terasa seperti perempuan tua yang berumur 80 tahun!
sentiasa penat dan tak cukup napas.
lagi-lagi kalau kene panjat tangga ke tingkat 5 sebab lif rosak, kelapanpuluhan umur tu kan main terasa sangat.
tercungap2 dibuatnya tok manjat tangga, siap brenti2 tok rehat lagi. tak boleh dah nak naik terus pecut je cam dulu ke tingkat 5.
huhu, somput ai oke!

malam pulak, 2 jam sekali asek bangun tok terkucil.
bila nak tdo rasa sesak nafas.
heartburn a.k.a pedih hati tetap menggila seperti biasa.
panas dan peluh dah jadi kawan rapat.
hebat kan? =p

hari sabtu petang, dea bawa pergi berjalan ke alamanda.
akibat tiada henti tok berehat, malamnya kaki rasa kebas sebelah hingga ke pagi.

apapun,
9 minggu je lagi baby,
mamidedi tak sabar nak jumpa baby dah!
diharapkan semuanya kan baik-baik saja lah, Insya-Allah.

eh, 9 minggu je lagi pun, dah dekat2 nak besday ai dah!

Jumaat, 4 Mac 2011

Mac sudah!

1. Mac sudah tiba. Bila mac tiba, itu tandanya.... masa untuk bersalin dah makin dekat lah! Macam-macam rasa yang ada sekarang ni, tapi yang paling banyak adalah seram & takot. Lagi-lagi lepas baca pengalaman orang bersalin, tambah seram mami nak oiiii!

2. Result exam sudah keluar. Alhamdulillah. Rezki untuk 3 pointer masih ada. =) Next wik akan masuk semester lapan, then tinggal satu semester sahaja untuk dihabiskan. Dak Pink, sila dabeltriple kan kekuatan mental dan fizikal anda ye. Nomore nak benti2 study dah! Kang AJ bagi penampa kang! Semester lapan akan dihadapkan sekali dengan waktu bersalin. Oh em gee, lepas pantang je terus final exam ko! Senak perot mak! Apepun, moga Tuhan tambahkan lah kekuatan untuk hadapi masa mendatang.

3. Kemengandungan setakat ini oke-oke sahaja. Berat badan naik satu kilo dan im free from diabetis. Terima kasih encik suami kerana sentiasa memantau pemakanan ai ye. =p Baby pulak, time scan semalam, kepalanya sudah ke bawah. Cuma, sekarang ini, bila malam, kaki kanan mesti akan krem. Doktor kata, ai banyak berjalan, sebab tu kaki selalu krem. Eh doktor ni, kan kalo banyak berjalan akan menyenangkan untuk bersalin. kan?

3. Semalam macik & mama calling-calling. Rendu kat ai katanya Huhu. Yelar, sejak kawen dan ditambah class every wiken, weols dah jarang lah berjumpa. Dorang suruh tepekkan gambar mengandung banyak-banyak di FB sebab dorang nak tengok. Hmm, nanti-nanti lah ye. Mood untuk bergambar sekarang ni agak kureng sket. Honestly, self esteem down sebab keadaan fizikal. )=

4. Ai dapat offer untuk untuk maternity shoot tapi tatau nakbuat bila. Sebabnya, masa sentiasa cemburu dengan ai. Ark ark ark. Bz lah, tatau cemane nak ejas masa. Apepun, tema tok shooting dah ado dah. =p

5. Taching je tengok markah prestasi yang diberi oleh bos lama. =) Terima kasih bos atas markah tersebut. I tot ai tak perform last year. Yelar, sebok dengan persiapan kawen nye lar, cuti manjang lah, morning sickness lagi, kes masuk sepital bagai, tapi Alhamdulillah, markah yang diberi amatlah memuaskan. Jauh beza lak dengan penilaian ai terhadap diri sendiri. Semoga ai akan berjaya untuk memantapkan lagi prestasi ai di masa akan datang seperti yang bos syorkan, Insya-Allah. Erkk, tahun ni ai akan cuti bersalin lak. Boleh ke nak mantop-mantop?

6. Lastly, nak buat iklah sikit. To all bloggers, meh la beramai-ramai hadir ke Hari Terbuka USIM 2011 (4-6 Mac 2011). Macam-macam ado! Mai cik mai cik datang beramai-ramai memeriahkan USIM yg di tepi highway PLUS ni je (yang kubah biru tu). Nak makanan ado, nak kuiz ada, nak hadiah pun ado tapi kene masuk pertandingan lah, dan tok pelajar yang nak mencari tempat tok sambung belajar, meh datang USIM meh, boleh cari-cari info tentang fakulti pilihan. =)