Sabtu, 12 Mac 2011

Threatened Misscarriage

Ai dan suami tidak pernah merancang untuk ada baby atau tidak dalam masa terdekat selepas berkahwin. Pada kami, kalau ada rezki kami, adalah. Kalau tiada, kami akan cuba usaha. =p Semuanya kami serahkah kepada Allah s.w.t. Lagipun baru kahwin kan, nak ejas2 kehidupan berdua dipentingkan dahulu. =)

Dua minggu selepas mendirikan rumah tangga, ai didatangi period yang melampau ketika menjalankan lawatan akademik keVietnam. Di Vietnam, ai dah mula pening dan muntah-muntah. Mungkin disebabkan jarak perjalan dari satu tempat ke satu tempat yang jauh, dan ditambah dengan keadaan jalan yang tidak sempurna seperti di Malaysia, ai mengatakan pada diri sendiri, itu adalah faktor yang menyebabkan ai muntah dan pening. Tambah pula dengan rasa makanan asing yang sangatlah tekak tidak boleh terima, lagilah pening dan muntah semakin menjadi-jadi. Lagipun, ai period, takkan lah boleh mengandung kan?

Pulang ke Malaysia, ai menjalani kehidupan sebagai pasangan yang baru berkahwin seperti biasa dan umat Islam pula mula menjalani ibadah puasa kerana bulan Ramadhan telah tiba. Satu yang ai perasan ketika ini terhadap perubahan diri ialah selepas berbuka sahaja, ai mesti akan letih yang terlampau dan akan tido. Minyak angin juga sentiasa menjadi sahabat setia ke mana-mana sebab ai mudah pening. Ketika itu juga, ai ada teringin makan sejenis makanan yang ada dijual di Changlun Kedah nun. =p

Ramai yg berkata ai pregnen based on perangai ai selalu pening dan tak boleh xde minyak angin tu. Tapi ai menafikannya. Hinggalah sampai satu masa ai pelik, bila dah nak hujung puasa, ai masih tak miss2 lagi puasa. =p Boleh, tertunggu-tunggu time tak puasa lak? Haha.

Then, dalam masa tinggal 3 hari je lagi umat Islam nak menyambut raya, berita gembira diterima iaitu masa untuk tidak berpuasa telah tiba. Tapi dalam suka itu, rupanya ada duka tanpa disangka. Ai tak period sebenarnya, tapi disahkan mengalami Threatened Miscariage. Huhu.

Mau tau apa itu threatene Misscarriage? Jom skrol down.

Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?


Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Gejala dan simptom

Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:

* Merah pekat
* Merah cair
* Coklat
* Kadang-kadang sangat sedikit
* Kadang-kadang berketul darah
* Sakit belakang
* Sakit pada ari-ari

Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur?

Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:

* Polip pada pangkal rahim
* Hamil di luar rahim
* Cancer pangkal rahim
* Kedudukan rahim yang jatuh
* Jangkitan kuman pada faraj

Bagaimana diagnosa dibuat?

Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.
Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan

Tiada rawatan atau ubatan yang mujarab untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:

1. Tunggu dan lihat:
Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.

2. Kurangkan aktiviti yang lasak:
Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.

3. Ubat Progesterone:
Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.

4. Tenangkan fikiran:
Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.

Risiko Keguguran

Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.

sumber: cik gugel & cik misi dan dokter2.

2 ulasan:

  1. nice info dear.. zana berharap akn ada rezeki zana utk ada zuriat sendiri..

    BalasPadam
  2. zana:
    Insya-Allah, moga ada rezki kamu nanti. Doa dan usaha ye.

    BalasPadam