Jumaat, 30 Disember 2011

Tata 2011!


"Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami."

Khamis, 29 Disember 2011

Rupa tak seberapa!



Tak sia-sia mak mentua bagi pisang sebab cubaan kali pertama buat kek ni nampak macam jadi.

Bahan-bahan:

2 cwn gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
4 bj telur gred A
1 cwn pisang dilecek
3/4 cwn minyak masak
1 st esen banana
3/4cwn gula


Cara-cara:

1. Ayak gandum, soda dan baking

2. Dlm bekas lain,putar telur dgn mixer hingga kembang

3. Kemudian masukkan pisang lecek,gula, minyak. Putar lg sampai sebati * i masukkan 2 cawan pisang, so kek macam tak gebu nau =p

4. Masukkan gandum sedikit demi sedikit. Putar lg. Akhir sekali tambahkan esen pisang * i takda esen pisang, so i masukkan esen vanilla je

5. Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit


Sumber

Selasa, 27 Disember 2011

8 bulan.







Selamat Ulangbulan kelapan Sayang! =)

Perkembangan 8 bulan:

1. Dah boleh duduk dan cuba merangkak. Tapi setapak je lah merangkaknye kemudian dia duduk balik. Takut-takut lagi.

2. Dah laju memanjat badan Mummy, katil atau apa sajalah yang dapat di paut tanpa bantuan. Tapi balancing masih tak berapa stabil. Ikut nasib je boleh berdiri tanpa jatuh. Haha.

3. Dah makan bubur nasi yang diblender 2x sehari dan menghasilkan poopoo yang MasyaAllah baunya!

4. Dah pandai pilih orang kalau nak dukung. Tapi kalau orang yang nak ambil dia berdiri, takde pilih-pilih dah, hulur tangan aja.

5. Dah pandai bye bye orang dengan dua cara ikut mood. Satu, kamit-kamit tangan ke arah dalam atau digoyangkan seluruh tangannya. Kalau mood tak ok, kau suruh sampai hilang suara pun takkan dibuatnya.

6. Semakin menujukkan tahap ketidaksabarannya. Lambat bagi susu atau apa je lah yang lambat, memang dapat tengok drama air mata free sambil meraung lah. Menangis meleleh air mata macam kena pukul.

7. Menderam dengan kuatnya kalau melawan dan nampak baby lain.

8. Kalau suruh sayang, dia akan rapatkan muka dia ke pipi kita sambil mulut dibuka macam nak makan orang. Tu sayang (cium) stail dia lah.

9. Kadang-kadang termeniarap sendiri tanpa sedar dan sambil meniarap digoyang-goyangkan kakinya. Tapi kalau dia tersedar yang dia meniarap, memang meraunglah minta tolong dibalikkan.

10. So far, Alhamdulillah tak susah pun nak menjaga dan melayan karenahnya. Walaupun ada masa, tahap kesabaran tak dapat dikawal, tapi selalu pujuk hati, "Alah, kalau marah dia pun, bukan dia paham". =)


Nota lipscumel:

"Hmmm, makin membesar Iman Raneeya, makin banyaklah soalan cepu mas tanya bila nak tambah lagi sorang."

Haha.


Tunggulah ya.
Kalau ada rezeki, ada. Kalau tak, kami akan usaha.

Isnin, 26 Disember 2011

Morib Gold Coast!

Tarikh: 22 hingga 24 Disember 2011
Tempat: Morib Gold Coast, Selangor
Program: Retreat Fakulti


View pintu masuk dan tingkap toilet.


I like this. Haha.


View depan bilik.

Di tepi pantai yang paneh terik.


@ The Pier. Malam-malam jadi Beach Bar.


Depan toilet pun jadik!


Pangkin bambu yang comel.


Notalipscumel:

1. Layan gambo je lah ye. Masih dalam mood cuti lagi. Haha.



Rabu, 21 Disember 2011

Anak kau handal!


Gambar: Iman Raneeya nangis bila dipaksa kena pok amai-amai. Haha.


Semalam, time ambil Iman Raneeya kat rumah makcik, makcik mengadu tentang Iman Raneeya.

Makcik: Anak kau handaaa *slang nogoghi Long!

Dakpink: Eh, kenapa lak ma?

Makcik: Anak kawan Syidah datang semalam. Budak tu baru sembilan bulan. Di tolak ea budak tu. Siap tarik baju dan rambut lagi bilo didokekkan. Dah la budak tu lolaki. Bosa daghi dio lak tu. Lopeh tu, bila budak tu nak naik walker dia, di grrrr grrr kan budak tu. Gaghang kan main cucu nenek ni. Barang dio pun budak tu tak buleh usik. Kau ajar camtu ko Long?

Errrkkk, terus I pandang Iman Raneeya sambil telan air liur.


Jumaat, 16 Disember 2011

83 turns 55?

Buat 5's kat pendrive tadi, terjumpalah gambar-gambar lama. Sambil delete sampah dalam pendrive, sambil tu jugalah belek-belek gambar lama tu.

Time membelek tu jugalah baru sedar, i memang kurus sangat. Dulu, dengan berat 54kg dan ketinggian 164cm, masih sibuk nak berdiet bagai. Masih rasa diri time tu gemuk sangat. Tak makan tu takut gemuk. Tak boleh sentuh yang ni, kang berat badan naik. Kan main berjaga sangat makan time dulu.


See, peha dan lengan yang cikeding tu. Oh my gucci, i rindukan peha tu!


Tengok ha, masa pergi Padang dulu. Memang slim melim lagi!


Siap time pre-wedding boleh lompat tinggi kan main.

Tapi, sekarang agak-agaknya,
Boleh kau nak lompat macam tu?
Kalau boleh lompat pun, rasa-rasa ada setinggi itu?

Haha.
Dunia berputar.*dan dan

Yang terindah itu hanyalah sementara uols!

Semuanya berubah sekelip mata. =|


Ni 3 4 bulan lepas kahwin.
Dah 'berisi' pun time ni. Ko tengok, ambik gambar pun masih nak pegang makanan. Manalah badan tak membesar dengan jayanya. Alasan masa tu banyak makan sebab 'sikenit' dalam perot lapar nak makan.

Exercise pun kurang time tu. Harapkan naik tangga ofis je lah sebab lif selalu rosak, then berjalan kat mall atau pasar malam. Itu lah je exercise yang dibuat. Selebihnya, makan, tidur, kerja, kelas, makan, tidur, kerja, kelas.


Result daripada makan, tidur, kerja, kelas tanpa exercise.
Dari slim 55kg, terus bertukar jadi raksasa seberat 83kg.

Banyak sungguh berat naik time tu. Almost 30kilos.
Serammm sangat tengok berat yang naik kan main lagi tapi, cuba pujuk hati dengan mengatakan, alah, lepas bersalin nanti boleh turun.


Ye, lepas bersalin, turun memang turun. Tapi, turunnya bukanlah sederas yang diimpikan.
Lihat gambar lepas sebulan bersalin. Tak banyak beza pun dengan time mengandung. Berat pun turun dalam 14kg je.


Ni pula masa raya, berat masa tu dah 66kg. Masa berpuasa ada lah berat tu turun dalam dua kilo. Tapi tak bertahan lama pun sebab time hari raya, melantak tak hingat dunia, terus naik 68kg semula.

Suami memang dah asyik memerli siap buat lawak tentang berat yang tak turun-turun. Mula-mula dengar dulu sentap lah juga, tapi bila dah lali, i buat tak reti je lah.

Dulu, confident cakap kat suami bila dia bising tentang badan yang besar ni.
Kata i, " i ambil masa 9 bulan untuk naik, so, i perlukan 9 bulan juga lah untuk turun."

Kononnya lah perlu 9 bulan kan?
Tapi, sekarang, Raneeya dah nak masuk lapan bulan pun, berat badan i masih lagi kekal di tangga 66, 67, 68 tak bergerak even i pergi gym.

Kadang-kadang i rasa macam dah kurus sebab mana baju yang dulu tersekat sampi ke bahu bila pakai, kini dah lepas disarung dengan jayanya. Tapi kalau dah kurus, takkan lah berat badan tak turun-turun pula kan? =p

Hmmm, susah rupanya nak turunkan berat badan ni kan?

Takpelah, selagi boleh berexercise, i cuba lah. Usaha pasti jaya.


Takpun, kalau berat tu masih liat nak turun, nak susah apa.
Tambah je lagi sorang, sebab Raneeya pun perlukan kawan.
Kan?

=)

Rabu, 14 Disember 2011

Sabtu, 10 Disember 2011

Saya suka mandi sungai!


Helo semua. Ingat lagi saya? Iman Raneeya anak Mummy?
=)
Haritu saya ada pergi mandi sungai dengan Mummy dan Daddy.


Seronok tahu mandi sungai. Sejuk je.
Ok, sebelum mandi, kita kena posing sebab Mummy dah ready dengan camera.


Untuk mulakan mandi, kita kena celup dulu kaki ke dalam air. Nak bagi rasa kesejukan air. Nanti takdelah badan terkejut bila tiba-tiba sejuk.


Eh, ini kaki Mummy. Mummy taknak mandi sebab dia kata leceh. Nanti dah basah-basah nak kena tukar baju pulak.


Lepas dah basahkan kaki, masukkan separuh badan pula sambil tangan menampar-nampar air.


Ewah, setelah dah biasakan diri, silalah enjoy sambil mandi-manda!


Sambil enjoy tu, tampa-tampa air biar kena kat Mummy yang duduk kat tepi. Weee, seronoknya!!


Dan, jangan lupa. Cuba tunjukkan skill berenang sambil minta Daddy pegang sebab kalau Daddy tak pegang, nanti saya tenggelam.

=)


Rabu, 7 Disember 2011

When Mummy is not around!


Psssst pssst bantal bucuk kepam! Mummy takda. Jom kita panjat katil ni nak?


Huarghh, susah lah bantal bucuk kepam nak panjat katil ni. Takpe, saya panjat dulu, bantal bucuk kepam tinggal jap ye.


Ok oooo, dah hampir nak berjaya, kantoi lah pula! Habis lah kita bantal bucuk kepam.


Adoiiyaiii, misi memanjat tak berjaya. Kena kuti dengan Mummy lak. Tak pe, next time saya usaha lagi. Hehe.

Tata semua.

Saya yang suka panjat katil saya,
Iman Raneeya =)



Selasa, 6 Disember 2011

Ombak rindu.


Siapa dah pergi tengok cerita ni?
Ok ke tidak cerita ni?
Berapa bintangboleh bagi?
Sama tak macam dalam novel?

Setakat ini komen-komen kat FB I tentang cerita ni macam memberangsangkan je. Semua yang dah tengok kata best. Siap suruh sedia tisu lah kalau nak pergi tengok.

Haishhh, teringin nak pergi menonton, tapi tulah, ada masalah pula nak pergi tengok movie ni sebab Azreen tak nak pergi. Dia dah menyesal yang amat dah sebab dulu ikut tengok Lagenda Budak Setan yang tak best tu siap tidur-tidur lagi menonton. =p

Adoiiyai, ada sesiapa nak pergi tengok tak? Jom pergi sekali jom!

=)

Link
Review Belogers tentang Ombak Rindu:

1. Cik Epal
2. Ceeramoon
3. Khairil Husni


Khamis, 1 Disember 2011

Oh Ustaz Don!



Ada satu malam haritu sambil jaga Daddy & Baby yang demam, boleh pulak tertekan chanel tv Al-Hijrah dan layan Ustaza Don ni. Time tu Ustaz Don sedang ngajo pasal tajwid. Seronok tengok sebab Ustaz tu kelakar. Time rancangan tu juga ada seorang caller ni kanak-kanak.Through phone dia mengaji dan Ustaz Don dengar. Baca surah muqaddam je pun tapi tajwid budak tu perfect sangat. Siap Ustaz tanya soalan pasal tajwid, confident je dia jawab. Terus I kagumm!

Bercakap pasal mengaji ni, semua orang boleh mengaji tapi tak semua yang boleh mengaji ni bacaan dan tajwidnya betul.

Huruf Ikhfaq ada berapa? Tahu apa hukum Izhar Halqi? Iqlab? Idgham billal ghunnah? Ha, tahu ke?

=p

Bercakap pasal mengaji ni juga, ada kawan cakap, surah Yasin kalau tak dibaca dengan betul, salah baca tak betul tajwid dan sebutan boleh jadi macam kita menyeru si halus-halus tu pulak. Entah betul atau tidak, tidak lah I pasti. Tapi setahu I, ayat Al-Quran ni kalau kita salah pronounce, maksudnya jadi lain.

Eh, korang selalu mengaji?
Berapa kali dah khatam?

I kagum dengan orang yang boleh khatam Quran selalu ni.

Dulu, masa I baru masuk kerja kat tempat kerja sekarang ni, pejabat sebelah dengan bilik bos besar kat sini. Tiap-tiap hari waktu tengahari, I selalu dengar dia mengaji. Mesti bos besar tu selalu khatam Quran kan?

Nak tips khatam Quran cepat?

Ok, caranya macam ni,

Quran ada 30 juzuk kan?
1 juzuk 20 muka surat.
So, setiap hari cuba baca 5 muka surat selepas solat 5 waktu.
5 muka surat darab 5 kali solat lima waktu dah dapat 25 muka surat. Dah lebih dari 1 juzuk pun.
So, satu hari dah dapat satu juzuk.
25 muka surat darab 30 hari, sama dengan750 muka surat tapi Al-Quran ada 604 muka surat sahaja.

Terus dah boleh khatam dengan jayanya.

Tips ni i prektikkan masa nak kahwin dulu. Nak khatam tok Majlis Khatam Quran. Tapi tak diprektikkan dengan cara yang betul pun sebabnya, pertama, perempuan ni kan ada masa tak boleh ngaji. Bila datang redflagnya, terus seminggu tinggal.

Kedua, sebab kadang-kadang tertinggal solat dan masa tak sesuai. Tertinggal solat tu, tau-tau jelah kan. Ada masa solat I memang tonggang terbalik. Serius tak tipu. Tang masa yang tak sesuai tu pulak, sebagai contoh, masa bekerja, dengan masa sembahyang yang tak seberapa tu, takkan tetiba rajin nak mengaji pulak kan? Saja cari pasal lah tu!

Tapi kalau uols ni jenis mengaji perfect, tak semput macam I dan tak hilang-hilang suara waktu mengaji, tak payah bace lepas sembahyang 5 waktu pun takpe, tapi cuba lepas sembahyang Isyak tu terus je marathon baca 20 mukasurat sekali gus. Ha, ada berani?

Haishh, dah melalut panjang pulak padahal nak bercerita pasal Ustaz Don je. Apapun, seriuos macam dah jatuh cinta pula dengan Ustaz Don yang kelakar tu. Tapi tulah, timing rancangan ni, startnya 10.30 malam. Cemane nak tengok selalu sebab I ni, dalam pukul 10.00 je dah kiok. Haha.

Ehem-ehem, haruslah kiok awal ok, sebab nak get ready bersengkang mata melayan si Iman Raneeya yang akan bangun di pagi-pagi buta. =p

Sumber 1.
Sumber 2: Al-Quran dan terjemahannya.