oh,
untuk semua yg masih belum mengetahui, laf2 di atas tersebut adalah hitungan hari untuk hari besar saya. besar mana? besarbiasa tapi akan dikenang seumur hidup la. insya-Allah.
=)
seakan tidak percaya.
i tot saya tidak akan kawen sampai bila2.
*huh, penat & tenat dengan kisah lepas2!
fullstop. no regret. yang berlalu biarkanlah, dan jgn dikenang.
tukar kepada mode kawen semula.
masa semakin berlalu,
dan percaya atau tidak,
saya masih belum bermula apa-apa lagi.
yang ada pun,
1. early mac going for
kurus , eh silap, bukan kurus tp kusus kawen. =p
2. planning g cari baju nikah kaler pink saya with mama & dakpinkL. tarikh tak decide lg tp akan dilakukan dalam bulan mac ini.
*thanx ma sponsor baju nikah saya.
3. sketch of wedding kad. sekadar contengan yang saya sendiri rasa comel untuk dibuat kad kawen. nanti nak tunjuk kat dakpinkL.
4. sokseksoksek dengan dak pinkL tentang pre-wed kami. saya suka cantuman idea awk dan idea saya itu. * senyum2 dan bayang2kan.
5. goodies bag will be sponsor by makngah.
6. macik sedang menunggu design bunga telor dari saya.
tu jela yang baru direncana.
tentang mak andam untuk hari besar, ada sedikit bingung tentang itu kerana ibu awal-awal sudah membentangkan kertas kerja cadangan mak andam pilihan hatinya. siap request mau saya pakai songket penuh di hari besar.
ayarrkk, gila panas kalo pakai songketpenuh di tengahari buta wahai ibuku. *pengsan.
dan ibu juga telah mengeluarkan stetmen untuk dikenang seumurhidup agar saya memilih makandam pilihannya itu:
"toksah ikot org nak kawen. ukur baju di badan sendiri. kalo kawen berutang bagai, semata-mata nak cantik, baik tak payah. orang lepas kawen nak hidup senang, ni, nanti lepas kawen dikeliling hutang je. " *kata-kata itu ada betulnya dan menyedarkan saya. jgn ikot nafsu, ikot kemampuan suda.
dan baru-baru ini, makcik juga ada menelefon dan sangat riang mau membelikan saya baju untuk nikah walaupun telah diberitahu, mama yang akan belikan. maaf makcik. saya tau kamu kecewa. tp saya rasa cukuplah sepasang untuk baju nikah saya sebab saya bukan artis pun nak baju nikah sampai dua tiga.
dan lagi,
sekali lagi makcik berkecil hati bile cadangan dia untuk menempah set bilik tidur pengantin terpaksa dilupakan.
maaf makcik.
saya mau yang simple2 sahaja. tidak mau saratmarat begitu ye.
seterusnya?
hurmm,
saya risau tentang hari itu, tapi masih tak mulakan apa-apa.
nantila.
lepas kursus nanti saya akan fikirkan semula.
lagipun, dakpinkL tak sehat.
tunggu dia sembuh baru saya sambung fikir.
♥,