27 April 2012

Iman Raneeya is 1!


Terasa bagai semalam, I dan Azreen menangis di malam raya bila melihatkan keputusan pregnancy test ada dua line. Tak sangka rezeki kami secepat itu dan kami ketahuinya di malam raya.

Terasa bagai semalam, I sentap di hospital rasa nak sepak muka Dr., bila Dr. main-mainkan perasaan I dengan keputusan yang kejap mengandung luar rahim, kejap pregnant kembar, kejap kena D&C. Haishh!

Terasa bagai semalam, azabnya tekak yang masam sentiasa dan diikuti I muntah ikut suka hati, berhenti kat mana nak buang ikut suka. Haha!

Terasa bagai semalam, pergi check-up bulanan ditemani suami yang terlalu concern sampai nak drive sendiri pun tak dibagi.

Terasa bagai semalam pi first time scan, dan I speechless ketika itu bila melihat ada si comel bergerak-bergerak dalam perut sendiri. Allah Maha Besar!

Terasa bagai semalam lihat muka suami yang terkedu tak terkata apa bila pertama kalinya melihat si comel dalam perut isterinya bila discan.

Terasa bagai semalam, I menangis di pangku Azreen bila mengenangkan mampu atau tidak I galas tanggungjawab seorang Mummy bila baby lahir kelak.

Terasa bagai semalam juga I dok repeat lapan juta kali kat Azreen yang i takut nak bersalin, i takut rasa sakit, i takut tak mampu hadapinya.

Terasa bagai semalam, i mendaki tangga ofis ke tingkat 5 dengan perut dan penatnya, Masya Allah, hanya Tuhan yang tahu macam mana I rasa!

Terasa bagai semalam, elok je I pergi pasar malam petang tu, masak sup tulang, besok paginya dah bersalin.

Terasa bagai semalam, dan masih terasa-rasa lagi pedihnya sampai I menangis bila buang air kecil buat pertama kalinya selepas bersalin normal =p

Terasa bagai semalam, kekalutan menghandle si kecil tanpa ibu di sisi sebab kena balik rumah sendiri walaupun belum habis pantang sebab nak kena pergi kelas.


Haishhhh,
Kalau taip lagi ni,
mahu sampai 4 5 muka tang terasa bagai semalamnya.
=)

Apapun,
Dengan segala kenangan tersebut,
Alhamdulillah, hari ini, Iman Raneeya genap setahun umurnya.
Alhamdulillah, walaupun pelbagai dugaan yang mendatang dalam membesarkan Iman Raneeya, I dan suami masih mampu menanganinya.
Alhamdulillah, dengan kehadiran Iman Raneeya, I dan suami telah belajar banyak perkara.

Selama Ulangtahun Pertama Shanje.

12 ulasan:

  1. happy befday tu Raneeya... anak saya pun hari ni masuk 1 tahun... :)

    BalasPadam
  2. happy 1st iman raneeya little cheeky girl! =))

    BalasPadam
  3. ingat lg pagi raya akak sms sy bgtau akak mengandung

    ingat lg sy mengidam tapai mak akak sebab sy ckp klau org rapar dgn sy ngandung sy yg ngidam haha

    happy birthday si comel :D

    -gajahputih

    BalasPadam
  4. Happy Besday Iman Raneeya! :)

    Kak, rasa nak nangis bace entry kau T_T. tibe2 aku pun rase macam nak "terasa bagai..."

    BalasPadam
  5. happy birthday raneeya.

    aunty pon rasa mcm baru smlm je mama kamu up entry bersalin. ni tak alih2 dah setahun. huhuh..

    mamtakmohjgn tacing2 sgt ye. :P

    BalasPadam
  6. HB IR... :)
    sekejap jerkan masa berlalu....semoga IR sihat selalu..ceria selalu dan menjd anak yg solehah...

    muzaaaaahhhh untuk IR yg cute.

    BalasPadam
  7. hepi besday iman..b a good gurl tau.

    from aunty n qaid :)

    BalasPadam
  8. semoga iman sentiasa jdk anak yg sihat dan cergas utk mamy n dady..slmt pjg umo n dmrhkn rezki sll tayunk...mmwuah...

    BalasPadam
  9. Happy birthday.. Besar jadi anak yang baik ya!! 

    BalasPadam
  10. Mase ngandungkan Rayyan dah rase serik nak ngandung lg sbb segala pergerakan terbatas walopun langsung xde loya2 n muntah..
    Arini baru abes pantang dah rase rindu nak ngandung lg =p.
    Betol la org kate time sakit nak beranak tu mmg serik taknak beranak lg tp bile tgk muke si kecik ni.. Ilang rase sakit seme tu.
    Allah tu Maha Kuasa kan ;),

    ~ustajah~

    BalasPadam
  11. Hepi besday to iman raneeya....dh besar dh tu... Agak2 ble nk ade yg no.2 plak:)

    BalasPadam