Jumaat, 29 Julai 2011

Salam Ramdhan 1432H


Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia.
=)
Semoga ibadah puasa kita diterima Allah s.wt.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga."


Pengajaran Hadis:

i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.

ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:

a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.

b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.

c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.

d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.

iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda"

Allah Azza Wajalla berkata:
"Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku."

~Riwayat Bukhari & Muslim~

Majlis Sambut Puasa dan Kenduri Pulut Durian.

Tarikh: 22 Julai 2011 (Jumaat)
Tempat: Rumah Kira-kira, Kampeni Kubah Biru =p
Aktiviti: Tazkirah, Tahlil, Doa Selamat sempena menyambut Bulan Ramadhan dan Kenduri Pulut Durian.


Tenang dan nyaman je sebelum diserang oleh orang-orang. =)


Meet my bos, yg baju putih tu. Yang baju hitam tu Mummy Iman Raneeya =p


Aktiviti makan-makan bermula.


Senyum je ye, tak perlu kata apa-apa melihatkan fizikal budak baju hitam tu. Sihat!


Raja buah - Durian Planters Haven yg lazat! Yummey.


My pegawais, Timbalan Dekan & Ketua Program.

Khamis, 28 Julai 2011

Hitam kuning, hitam kuning, go Tiger!



Dea: Dulu, bila kita dah kahwin, B ada dua benda yang nak buat bersama awak. Salah satunya bawa awak pi stadium tengok bola.

Me: Oo, ok.

Dea: So, sempena enibeseri kita ni, jom ikut B tengok bola khamis ni!

Me: Ok, bawa Iman Raneeya ye?

Dea: Ishhhhh, takkan lah nak bawa budak tu. Kecik lagi.

Me: Kalau tak bawa dia, ai taknak pi.

Dea: Pleaseeeeee, jom lah ikut. Kita tinggallah Iman Raneeya kat mama (pengasuh) atau kat mak. Jom la.

Me: Taknak. Ai tak nak anak ai abeskan masa dengan orang je lah. Siang ai keja, petang balik nak masak, malam pulak Iman Raneeya dah tdo. Wiken class. So, bilanya masa ai dengan dia? Masa dia banyak habes dengan orang je dari mummy dia. So, kalau nak ai pergi, kena bawak dia. Boleh spend time sesama.

Dea: Awak memang kan! Pandai create alasan. Kan main panjang lak tu. Dulu masa bercinta, mana ajak suma nak je ikut. Jalan kaki dari Dang Wangi ke Ampang pun sanggup.

Me: Haha. Menipu! Mana ada jalan kaki dari Dang Wangi. Kalau jalan kaki kat Jalan TAR tu adalah.

Dea: Haha. Jom la Yang tengok bola. Seronok tau. Awak nak naik Broga B ikut je tau.

Me: Kalau camtu awak tak payah lah ikut naik Broga. Ai boleh je naik sorang.

Dea: Erkkk, tak dapek dohhh! Ala awak ni memang kann. Xpe lah camtu. Tunggu Iman Raneeya besar jelah baru dapat bawa awak pi tengok bola camtu.

Me: =) Im sorry ye B. Yu tau kan ai tak suka tengok bola kat stadium. Tak suka la nak bersesak-sesak. Ai tengok kat tv je lah ye dengan Iman Raneeya?

Dea: Ok.

notalipscumel:
1. Seram je menunggu game timbal balik Malaysia vs Singapura malam ni. Heshhhh!
Gud luck ye Harimau Malaya. =)

Rabu, 27 Julai 2011

Happy 3 months old baby!


Teringat mula-mula abah datang melawat di hospital 3 bulan yg lepas sambil berkata:
Inilah budak yang susah nak dapat ni. * nak tau kenapa sila rujuk disini dan disini.
=)

Alhamdulillah, rezeki Syawal tahun lalu sudah 3 bulan usianya.
Semoga Iman Raneeya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang solehah.

Tuhan,
Terima kasih atas setiap kurniaanmu.

Selasa, 26 Julai 2011

Moh kita ke Ganu weh!

Tarikh: 23 Julai 2011
Tempat: Kg. Pasir Akar, Besut, Terengganu
Program: Majlis Bertandang Adik Kedua Dakpink.


The Perantin with my lil Bro.
Mekap dia sangat lite2 dan suwit je. =)


La Familia La Usur Padora. Eh? Haha.
Keluarga saya. Laf uols. Mahapkan adik ketiga yang lolap itu ye.


Bersedia untuk ke Besut?
Satu bas kita gegarkan Kg. Pasir Akar!


Selepas 12 Jam perjalanan, maka sampailah ke Homestay tempat persinggahan.


Oh, Abang kawasan yang muncit. =p


Gedik gamba bersama perantin.


Pengantin naik bas uolss tok wish selamat pulang. =)


Mamat ni memang tak boleh dapat mic. Dia konker sorang je walaupun Pak Mentua dah jeling-jeling.


The suwit kapel.
Semoga berbahagia hingga ke syurga ye adikku.


Piknik memalam.
Makan nasi bekalan dalam mangkuk! Kau ado?


Last but not least, pic dak botak si Iman Raneeya yang kepanasan lepas kenduri.
Iman Raneeya naik bas pi Besut tu.
Alhamdulillah, dia ok je sepanjang perjalanan.

notalipscumel:

1. Tobat. Tanak pi Besut dah. Jauh wooooo!

2. To adik ketiga, pelisssssss dear. Cari lah orang dedekat je tok buat suami tau. Tak sanggup nak pi nganto dah.

Fidyah - Kes puasa belum berganti.

“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.”
(Al-Baqarah : 184)

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya.

Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin.

Untuk semakkan atau perkiraan boleh klik di sini.

sumber: Di sini.

Notalipscumel:
Sehingga hari ini, puasa masih tidak berganti lagi atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, haruslah pergi membayar fidyah.

Ahad, 24 Julai 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Sayang!


24/7 disatukan.
27/4 Iman Raneeya lahir.
Fine, kedua-dua tarikh takda nombor 5, tapi ada nombor 7, nombor kesukaan kamu.
Takpe, tak kisah pun. Ai beralah sebab nak jadi isteri solehah. =p

1 4 3. Ingat tak lagi? Haha. Malu nak sebut i love you, tukar jadi 1 4 3 time berchenta dulu. *tutup muka.

Ingatkan untuk enibeseri pertama ni, ai nak hadiahkan cerita cinta kita yang yu suruh ai buat dulu. Tapi, ampun dan mahaplah ye, ianya tak kesampaian dek kerana kekangan masa yang tak mengizinkan. =p

Apapun,
Selamat Ulang Setahun Perkahwinan Sayammmmm!
Cinta kamu sampai syurga.
Semoga kita tetap tabah dalam menempuh ranjau hidup berumah tangga dan moga istana cinta yang dibina akan sentiasa dirahmatiNya dan kekal hingga ke syurga.
Amin.

Khamis, 21 Julai 2011

Nama untuk bayi.


Entri terperam dari kandungan berusia 5 bulan.

Sejak dari kecil kalau main masak-masak dan verangan-verangan jadi mak, mesti akan pilih nama yang best untuk anak tipu-tipu itu. Haha. Nama Farah mesti jadi nama feberet ai di masa kecil. Entah apa yang best time tu dengan nama Farah pun ai tatau.

Masuk asrama pula selalu berlakon dengan Shilin, Botak, Ekorn, konon-konon ada anak dan letak nama yang masing-masing tak nak kalah. Siap berlakon konon- konon anak nangis nak susu bagai, macam reallah. Sangat miang kan nak ada anak? Tapi tak ingat pula apa nama yang diletak untuk 'anak' ai pada masa itu. Kalau tanya kawan ai, Botak, mesti dia ingat.

Masuk UiTM pun masih sama lagi perangai. Suka planing nama anak, tapi berlakon dan berangan tu dah kurang lah. =p Kalau tak silap, nama yang ai planning di ketika itu ialah Nia Insyirah.

Time bercenta dengan ex-boya2pren pun sama. Ado je nama yang ai planning tok bakal anak 'weols' dalam kepala otak ni. Bertukar boyapren, maka akan bertukar juga lah nama anak itu. Ark ark ark. =p

Ok, itu dulu.

Sekarang, bila sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata sendiri yang real, ai tiba-tiba pening nak memilih nama anak. Boleh? Fyi, 3 buah buku nama cahaya mata ia beli sejak di awal kehamilan. =p Anak sendiri yang 'real' kan, oleh itu, haruslah mau nama yang sodap disebut, dan maknanya elok.

Syariat Islam juga menganjurkan supaya memilih nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Kiamat.

Pada mulanya ai menyukai nama Zara dan suami menyukai Rayyan. Tapi, nama itu terpaksa dilupakan kerana nama itu terlalulah glemer sebab ramai sangat yang menggunakan nama itu untuk baby mereka. Kesian pulak kat cikgu sekolah nanti bila satu kelas penuh dengan nama tu je kan? Lagipun, kalau ai nak juga letak nama anak ai Zara, nanti masa jawab exam, dia mesti orang yang last sekali (bila disusun in Alphabetical Order). No, no, no! Tak best lah jadi orang last. So, kenalah fikirkan nama lain.

Jujurnya, ai suka nama yang pendek, satu perkataan dan semestinya mempunyai maksud yang baik. Nama kita kan doa. Apa yang orang panggil kita, itulah yang didoakan untuk kita. Kan? Macam ai, nama dua patah perkataan. Nurain Syazrin. Letak nama panjang-panjang pun, orang tetap panggil ai, Ain je.

Tau ape maksud Ain?
Makna Ain adalah mata. Nur Ain = Cahaya mata.
Selama ini, kawan-kawan memanggil ai 'mata'. =p
Student Arab kat sini pun pelik bila dorang tanya nama ai, ai jawab AIN, mesti mata dorang akan terbeliak. Dorang pelik dan siap tanya tau ke apa maksud ain tu in Arabic. Haha, of course ai kno lah Pak Arab oi!

AJ tanak nama satu perkataan sebab katanya, nama dia dan ai ada dua perkataan, so nama anak pun kena macam tu juga. Setelah difikir dan ditimbang tara, ai & AJ decide nak boh nama Iman (Kepercayaan) di depan untuk semua anak dengan harapan anak-anak akan sentiasa beriman dan dipercayai, Insya-Allah. =) Dan, pangkal nama bermula dengan huruf I, so time jawab exam xde lah last sangat. *nak juga masukkan yg tu. haha.

Weols putuskan untuk ai pilih nama untuk baby perempuan, dan dia pilih nama untuk baby lelaki. Mulanya ai pilih nak letak nama, Iman Marlisya. Tapi AJ tak setuju sebab katanya, macam gedik-gedik je ada sya kat hujung tu. Haha, mengong betul pendapat AJ. Dah dia tak setuju, kenalah pilih yang lain.

Fikir punya fikir, akhirnya nama Raneeya jadi pilihan untuk baby perempuan. Ini kerana, ai dapat ilham nama tersebut bila tonggang terbalik kan nama ai, Nurain dan nama Aj, Azreen maka terhasilnya gabungan Rania. Ejaan Rania pulak ditukarkan Raneeya sebab Aj nak semua anaknya ada double E seperti ejaan namanya. Alhamdulillah, makna Raneeya pun bagus iaitu yang mempersonakan.

Kenal Puteri Rania? Princess Jordan tu. Dia cantik kan? Moga Iman Raneeya juga nanti cantik dan mempesonakan seperti dia lah. *verangan

Begitulah serba sedikit cerita tentang nama bayi pilihan hati. =)

Eh, nak tau nama apa Aj pilih untuk baby boy?
Iman Reezqy!
=)



Rabu, 20 Julai 2011

Bebelan Dak Ain. #1

1. Menjaga warga tua bukanlah perkara yang mudah. Lagi-lagi kalau dia masih kuat berjalan dan perangai pula sudah berubah seperti kanak-kanak. Kencing berjejes, salah makan berak berterabur, suka bercakap benda-benda yang merapu, tak dibuka pintu rumah diambilnya kayu nak dipecahkan pintu, dan macam-macam lagi lah kelakunya yang perlu dihadap hari-hari.

Kesabaran yang amat tinggi diperlukan untuk meng'hendel' semua itu. Alhamdulillah, ibu masih mampu menggalas tugas menjaga emaknya dengan sabar walaupun kadang kala suara beliau mesti berada di nada tinggi untuk menegah benda yang tak perlu. Tapi apa yang tak bestnya, bila balik si anu yang sesekali menjenguk muka sesedap rasa mengata itu dan ini. Ewah, ewah, kan main lagi ko ye. Helo, mengadap sehari takkan samalah dengan mengadap berhari-hari! Jangan pandai bercakap je, meh ambil jaga, kita tengok jadi macam mana? Eh, tak belajar agama ke tentang tanggungjawab anak lelaki?

Psst: Ibu sakit selepas kenduri. Semoga sakit ibu cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Amin.

2. Berkenduri kahwin cara ibu ai di kampung adalah tidak menggunakan katering. Masak sendiri, basuh pinggan sendiri, tambah lauk sendiri, semuanya dibuat sendirilah. Makan hari jugalah untuk persediaan sebelum majlis apatah lagi selepas majlis. 2 hari selepas majlis pun tak abis mengemas lagi. So, jangan pandai nak mengata apa kalau orang cuti lama-lama. Ko pun ada cuti rehat sendiri kan, pergilah abiskan cuti. Jangan dok sebuk nak jaga cuti orang kalau tak tahu apa-apa.

3. Hairan sangat dengan sikap 'mereka' itu. Kenduri belum pun mula, plastik sudah ditangan dan tanpa segan silu pada orang kampung, dok membungkus lauk. Macam tak cukup makan. Haishh. Jadi lagi menyedihkan, si tukang bungkus adalah saudara mara sendiri. Tak rasa bersalah ke kamu mengambil lauk sedangkan majlis tuan rumah belum tau lagi cukup atau tidak lauknya. Apapun, respek kat tahap kesabaran ibu yang tinggi dan masih boleh berkata, biarlah dorang, anggap jelah kita sedekah.

psst: Time kenduri kahwin ai dulu pun sama juga kesnya. Lagi parah, pi dok membungkus ayam golek sekor-sekor untuk anak-anaknya. Apa jenis oranglah kan?

4. Bulan ini adalah bulan kritikal. Hmmmmm. Menunaikan hajat nenek untuk cucunya dan di saat itu juga semester baru bermula, RM ditabur laju umpama air mengalir. Bertabahlah wahai hati. Di bulan hadapan pula berkemungkinan elaun yang diperolehi di masa cuti bersalin, akan dipotong. Hmmmm lagi. Tanak salahkan kecuaian siapa, tapi sabarkan hati je lah. Sebab kalau ikut amarah, memang rasa menyampah! Apapun, semua rezeki itu datang dari Allah s.w.t., oleh itu bersyukur dengan setiap apa yang ada. Sekurang-kurangnya ai tak merempat di tepi jalan kan?

psst: Terima kasih suami. Sentiasa menyabarkan diri ini.

5. Semester akhir! Alhamdulillah untuk berjaya ke semester terakhir dan untuk keputusan peperiksaan yang so-so. Masih lagi kekal dengan CGPA 3 point dot dot dot. =p Kelas pula hanya pada hari sabtu sahaja bermula dari pukul 10.00 pagi hingga ke 9.00 malam. Oh, esaimen juga sudah mula menampakkan batang hidungnya! Haha. Projek terakhir di semester ini adalah ke Sabah bagi memenuhi keperluan kursus Komunikasi Korporat dan Kempen Persuasif. Moga bajet diluluskan oleh Fakulti lah ye. Amin.


Jumaat, 15 Julai 2011

Selamat Pengantin Baru Ikin!


Dia adalah adik nombor dua.
Dari kecik, adik-beradik kalau tak bergaduh, memang bukan adik beradik lah!
Pernah aku tarik rambut dia heret keluar bilik sebab bergaduh, pernah bermasam muka sebab merajuk dan macam-macam lagilah.
Tapi, air kan dicincang takkan putus. Macam tu jugalah adik beradik. Gaduhlah macam mana pun, lepas tu akan gelak, duduk makan tido bersama balik macam xde pape. Gaduh takkan lama. Tu dalam gambar tu aku ye, sedang susun dulang hantaran. *nak jugakkk bagitauu


Seriesly, time dia nikah aritu, aku tak terasa sebak apa pun sebab baru nak jenguk-jenguk, si kecik dah ter ek ek. Beraklah, nak susulah. Haishh Raneeya oi! Tak dapat nak duduk dekat dengan dia dan tengok dia menikah. Dah ada beg tangan kan, mana boleh nak ngadap lama-lama majlis nikahnya.


Tapi time tengok dia bersanding aritu, ada rasa sebak datang melanda. Tapi tahan je lah. Sebab aku baru tersedar dia dah jadi milik Faizal sepenuhnya. Bukan anak manja abah ibu lagi. Bukan adik yang aku boleh suruh-suruh sesuka hati lagi dah. Lepas ni semuanya perlu diminta izin dari suaminya. Hmmmm. Diam tak diam, dah jadi isteri orang ko Ikin oiii.
=)


Apapun, selamat menempuh alam baru buat adikku, geng sepergaduhan, geng sepermainan, geng kongsi bilik, geng kongsi baju, geng sepergosipan dan geng dalam segalanyalah: Nurasyikin Abu Samah. Semoga sabar dan tabah menghadapi satu lagi fasa baru dalam kehidupan. Semoga jadi isteri yg solehah untuk Faizal dan semoga dapat memberi cucu yang ramai kepada keluarga kita. Hahaha. *ehhhh, gambar ai pegang perut. nak bagitau no 2 coming soon ke tu? ark ark ark. =p

Pssstt, ko cantik hokey time jadi pengantin walaupun telah hangen dengan mak handam pada awalnya!
=)

pixas kredit to: OP ikin & Ainorida.


Khamis, 14 Julai 2011

Tag tentang suami anda.

Tag tentang suami. Macam bez je nak jawab. So, apa lagi, jom!

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
Ba wau lam alif. =)

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Thousand Island kot. Haha. *sampai bila-bila dia akan jadikan benda tuk membahan aku.

3. What's one food he doesn't like?
Sayur sawi + tempoyak = SAWIYAK.

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Minuman yang paling murah, Air Kosong!

5. Where did he go to high school?
Haha. Tak ingat nama. Tapi sekolah tu kat Nilai Old Town.

6. What size shoe does he wear?
10 kot! *seriesly, ai tak pernah check pun size kasut/selipar dia. =p

7. If he was to collect anything, what would it be?
Jam tangan, kereta mini dan kotak barang yang dia beli.

8. What is his favorite type of sandwich?
Sardin!

9. What would this person eat every day if he could?
Udang masak merah.

10. What is his favorite cereal?
Biskut cap pingpong patah-patahkan makan dengan susu pekat manis.

11. What would he never wear?
Baju batik.

12. What is his favorite sports team?
Manchester United!

13. Who did he vote for?
Baru daftar pemilih. =p

14. Who is his best friend?
Ai lah! *konfiden

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
Pakai lens. Dia suruh pakai spek mata.

16. What is his heritage?
Uzbekistan. Ark ark ark.

17. What is his favourite colour?
PINK & black. =)

18. What is his habit?
Belek pokok-pokoknya yang sekangkang kera itu.

19. What is he proud of?
................................ me & Iman Raneeya. =p

20. Lastly, do you think he will read this?
Bace kot sebab dia stalker pastu suka curi gambo dari blog ai. Haha.

Rabu, 13 Julai 2011

Majlis Cukur Jambul, Bertahnik & Akikah.

Tarikh: 9 Julai 2011 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengahari
Tempat: Masjid Tanah, Melaka


Mummy, Daddy & Baby. =)


New skill: Pandai borak dan membalas agahan.


Takde mood dah bergamba sebab dah haus dan nak tidur.


Pinjam pelamin makngah untuk Majlis Bercukur Jambul & Akikah.


Iman Raneeya diserahkan kepada Ustaz Azim.


Ewah, ewah, macam nak menikah lak dah. =p


Ustaz baca doa sebelum majlis dimulakan. Eh, Raneeya tengok kamera!


Air kelapa dan dedaunan.


Anak-anak yatim dari Sekolah Pondok Ustaz Azim.


Merasa air zam-zam.


Potong jambul.


The Qasidah group.

source: Raw pixas from faruqstudio.blogspot.com

Rabu tanpa kata. #5


Princess turns to Botak Chin sudahhhhh! =|